USIM | Info Akademik USIM
11.6K subscribers
475 photos
2 videos
26 files
308 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2024
Download Telegram
Anda berkelapangan esok? Rasa tak taw nk buat apa?

Jom segarkan diri selama 1 jam dengan menyertai Tazkirah Bulanan Bahagian Pengurusan Akademik dengan tajuk menarik iaitu Syafaat Nabi Muhammad S.A.W: Layakkah Aku?

🔢Tarikh : 25 Oktober 2022 (Selasa)
Masa : 10:00 Pagi
👳🏻‍♀️Penceramah : Dr. Nidzamuddin Zakaria, Pensyarah FPQS
🔗Pautan : https://bit.ly/3ENdKcq dan Facebook Bahagian Pengurusan Akademik

Semua dijemput hadir.
SERAHAN SURAT TAMAT PENGAJIAN (SARJANA MUDA) BAKAL GRADUAN OKTOBER 2022

TAHNIAH
diucapakan kepada bakal graduan yang baharu sahaja disahkan TAMAT PENGAJIAN oleh pihak Senat Universiti dan LAYAK DIANUGERAHKAN IJAZAH (LDI) pada 28 Oktober 2022 yang lalu.

Anda boleh mengambil Surat Pengesahan Tamat Pengajian anda hanya pada 31 Oktober 2022 | Isnin di lokasi yang telah dimaklumkan sebelum ini atau diambil pada hari konvokesyen Disember ini.

Untuk pengeposan, mohon anda berurusan terus bersama sukarelawan kami di wa.me/6067912066.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi admin melalui Aplikasi Whatsapp di wa.me/6067988335

‼️Telegram Khas Konvokesyen Kali ke20 USIM | t.me/Konvo20USIM

Sekian untuk makluman.
PERTUKARAN PERKULIAHAN DARIPADA DKP 1 & 2 KE DKP 3 & 4

Dimaklumkan bahawa penggunaan kelas/kuliah di Dewan Kuliah Pusat 1 (DKP1) dan DKP 2 terpaksa dipindahkan ke Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) dan Dewan Kuliah Pusat 4 (DKP4) atas sebab gangguan penghawa dingin. Kelas/kuliah yang terlibat adalah sebagaimana dilampiran.

Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak tuan/puan juga perlu membawa notebook/laptop sendiri (adaptor jika perlu) kerana tiada pc disediakan di DKP 3 & 4.

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.

Sekian untuk makluman
PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA) (RAYUAN)

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2022/2023

Dimaklumkan bahawa permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda Lepasan Diploma (Rayuan) bagi Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 adalah seperti dilampiran.

➡️ Tarikh : 7 hingga 13 November 2022
➡️ Capaian : iStudent > eServices > Academic > Transfer Credit

⚠️Permohonan yang diterima selepas 13 November 2022 tidak akan diproses.

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh
Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
SEMAKAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2022/2023 (A221)

Semua pelajar dikehendaki membuat semakan dan pengesahan terhadap senarai kursus yang didaftarkan mulai pada 14 hingga 20 November 2022 (minggu ke-5 perkuliahan) melalui portal iStudent.

Hanya kursus yang disahkan sahaja yang akan dijana untuk penilaian / peperiksaan akhir.

Sebarang pembetulan terhadap pendaftaran kursus atau kemusykilan, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan,
Bahagian Pengurusan Akademik
di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh:
Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
SESI KUTIPAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN (KELOMPOK 1 & 2 SESI AKADEMIK 2022 & 2023)
SELAMAT MENGUNDI

Dah ngundi ke tu?

Sudah tiba masanya. Sama-sama kita tunaikan tanggungjawab kita kepada negara 😊

#mypru15
Dengar perkataan SYURGA pun dah seronok kan..pelbagai keindahan yang dibayangkan...semua nak masuk SYURGA kan?

Tapi camner rupa sebenar syurga?? Indah yang macam mana??

Haaaa nak tahu lebih lanjut???

Jom join tazkirah bulanan BPA dengan tajuk menarik 'Gambaran Keindahan Syurga'

🔢Tarikh : 25 November 2022 (Jumaat)
⌚️Masa : 9:00 Pagi
🤵🏻‍♂️Penceramah : En. Mohd Shamsul Hakim Abd Samad
🖥️Pautan :MS Teams | https://bit.ly/3AiF1k7 & FB LIVE Bhgn Pengurusan Akademik

Jangan lupa temujanji kita ye 😉
NOTIS MAKLUMAN PELAKSANAAN PEMUSATAN KELAS PADA WAKTU MALAM BAGI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP), SEMESTER l, SESI AKADEMIK 2022/2023
Tengah bercuti kan? Selamat bercuti guys tapi jangan lupa baca notis ye 😊

📢 PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR

SEMAKAN DAN PENGESAHAN KURSUS UNTUK PENILAIAN/PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2022/2023

Dimaklumkan
bahawa Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 Secara Dalam Talian Dan bersemuka akan diadakan mulai 6 hingga 24 Februari 2023.

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-7988326/8329/8335 atau melalui emel di alamat peperiksaan@usim.edu.my atau Whatsapp BPA wa.me/6067988335 untuk maklumbalas segera (tertakluk kepada situasi semasa).

Maklumat lanjut sila rujuk notis penuh di https://bit.ly/semadansahakad22_23

Dikeluarkan oleh:
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Assalamualaikum wbt. para pelajar sekalian 😊 Maaf menggangu cuti sem dan hujung minggu anda.

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Akademik sedang dalam menjalankan kajian kepuasan pelanggan untuk mendapatkan maklumbalas kepuasan pelanggan terhadap kepuasan pelanggan pada separuh tahun kedua (Julai-Disember) 2022.

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tanda semua agar dapat mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan seperti yang tertera pada pautan https://forms.gle/CbJU1aEsvELwiGKG7 sebelum atau pada 16 Disember 2022.

Terima kasih atas maklumbalas dari anda dan amat kami hargai 😊
MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR

Adalah dimaklumkan bahawa semua staf Bhgn Pengurusan Akademik terlibat dengan Majlis Konvokesyen Kali ke-20 USIM pada 13-15 Disember 2022.

Segala pertanyaan dan info lanjut, sila hubungi kami melalui Aplikasi Whatsapp wa.me/6067988335

Sekian untuk makluman.
PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA)

KELULUSAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2022/2023

Dimaklumkan bahawa permohonan pemindahan kredit bagi pelajar Sarjana Muda (Lepasan Diploma) bagi Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 telah pun dipertimbangkan oleh Fakulti/Pusat selaku pemilik kursus.

Surat Kelulusan Pemindahan Kredit boleh diperoleh di pejabat Fakulti masing-masing mulai 21 Disember 2022 (Rabu).

Info lanjut sila rujuk notis penuh diatas.

Dikeluarkan oleh:
Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Akademik
Assalamualaikum wbt. para pelajar sekalian 😊

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Akademik sedang dalam menjalankan kajian kepuasan pelanggan untuk mendapatkan maklumbalas kepuasan pelanggan terhadap kepuasan pelanggan pada separuh tahun kedua (Julai-Disember) 2022.

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tanda semua agar dapat mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan seperti yang tertera pada pautan https://forms.gle/CbJU1aEsvELwiGKG7 sebelum atau pada 23 Disember 2022.

Terima kasih atas maklumbalas dari anda dan amat kami hargai 😊
Pernah dengar Titian Siratul Mustaqim? Camner rupanya tu ye? Menarik untuk diketahui kan.. so.. jom luangkan masa sebentar untuk bersama kami 😉

Jom join tazkirah bulanan BPA dengan tajuk menarik 'Pengajaran & Ikhtibar daripada Titian Siratul Mustaqim'

🔢Tarikh : 29 Disember 2022 (Khamis)
⌚️Masa : 10:00 Pagi
🤵🏻‍♂️Penceramah : Ustaz Shamsul Hakim Abd Samad, FPQS
🖥Pautan :MS Teams | https://bit.ly/3GkiBCc & FB LIVE Bhgn Pengurusan Akademik

Jangan lupa temujanji kita ye 😉
Semoga tahun baru ini menjadi tahun yang lebih baik bagi kita semua. Selamat tahun baru 2023!