USIM | Info Akademik USIM
11.6K subscribers
478 photos
2 videos
26 files
312 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2024
Download Telegram
Atas permintaan ramai, Sierra Muslimah mula dibuka untuk Pra Tempahan dari 5 April hingga 10 April.

Nak tengok gambar lagi??
KLIK ➡️ https://flpictures.ordersini.com/?ref=473226&ref_seller=472184

Boleh tengok dan ORDER TERUS melalui link diatas 😊.
WAKTU OPERASI KAUNTER JABATAN BENDAHARI
Hai BPA😊
Macam mana cara nak mohon Surat Pengesahan Pelajar atau Khas untuk KWSP?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SURAT PENGESAHAN PENGAJIAN

1) Permohonan Surat Pengesahan Pelajar adalah secara dalam talian (online) melalui Portal iStudent.

2) Login https://iaccess.usim.edu.my/login dan masukan No. Matrik/password anda.

3) Pergi ke modul eService > academic services, pilih Confirmation Letter dan lengkapkan permohonan anda.

4) Bayaran wang proses sebanyak RM1.00 akan dikenakan bagi tujuan ini.
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (No. Akaun: 05058010008884)
Rujukan 1: No Matrik Pelajar
Rujukan 2: Pengesahan Pelajar

5) Upload resit bayaran dan tekan “Hantar”.

6) Permohonan yang telah diluluskan boleh dicetak sendiri oleh pelajar.

---------------------------------------------------------------------

SURAT PENGESAHAN BAGI TUJUAN PENGELUARAN KWSP

1) Permohonan Surat Pengesahan bagi tujuan pengeluaran KWSP adalah secara dalam talian (online) melalui Portal iStudent.

2) Login https://iaccess.usim.edu.my/login dan masukan No. Matrik/password anda.

3) Pergi ke modul eService > academic services, pilih Surat Pengesahan KWSP dan lengkapkan permohonan anda.

4) Bayaran wang proses sebanyak RM2.00 akan dikenakan bagi tujuan ini.
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (No. Akaun: 05058010008884)
Rujukan 1: No Matrik Pelajar
Rujukan 2: KWSP

5) Upload resit bayaran dan tekan “Hantar”.

6) Pemohon akan dihubungi semula oleh BPA selepas dokumen siap dicetak dan ditandatangani.
Assalamualaikum and waddup!

As per request, we launched Sierra Muslimah Series - 2nd Batch Project. Get your own Sierra Shirt sublimation shirt by Pre-Order from 5-10 April 2022.

What are you waiting for? Let’s grab by your own ☺️ Only the beautiful design can match for the beautiful and the handsome.

Grab now sweetheart!

Pre-Order now on https://flpictures.ordersini.com/?ref=101335&ref_seller=472184

USE RM5.00 OFF BY PROMO CODE: RAMADAN

🔥
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA

SEMAKAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2021/2022
:
Semua pelajar dikehendaki membuat semakan dan pengesahan terhadap senarai kursus yang didaftarkan mulai pada 18 hingga 24 April 2022 (minggu ke-5 perkuliahan) melalui portal iStudent.
:
‼️ Hanya kursus yang disahkan sahaja yang akan dijana untuk penilaian/peperiksaan akhir semester. ‼️
:
Sebarang pembetulan terhadap pendaftaran kursus atau kemusykilan, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.
:
Sekian.
:
Notis ini juga boleh dilihat di:
📌Portal iStudent : http://istudent.usim.edu.my/
📌FB BPA | https://www.facebook.com/academicUSIM
📌Telegram | t.me/InfoBPAUSIM
📌Instagram | https://instagram.com/academicusim
📌Whatsapp BPA | wa.me/6067988335

#A212
Program Singgah Sahur BPA 2.0 ☺️

22 April 2022 | 20 Ramadan 1443H
11:00 Malam
Sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur

#singgahsahurBPA
#ihya'ramadanBPA
Bagi memeriahkan suasana raya USIM telah mereka Sticker Pack Raya 2022, bagi aplikasi WhatApp dan Telegram. Muat turun segera dan gunakan pelekat Raya USIM untuk ucapan kepada saudara-mara atau rakan-rakan.

WhatsApp: https://getstickerpack.com/stickers/usim-raya-2022
Telegram: https://t.me/addstickers/RAYA2022

#IntegrasiIlmuNaqliAqli
#USIM
Wargakerja Bahagian Pengurusan Akademik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin 😊

Amacam raya tahun ni? Kelam kabut tak 😅..
Share laa sikit pengalaman raya tu...

#aidilfitri2022
PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA

MAKLUMAN GANGGUAN PENGHAWA DINGIN DI DKP 1 & 2

Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan sistem penghawa dingin di kawasan sekitar Dewan Kuliah Pusat disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Maklumat gangguan adalah seperti berikut :

Tempat :
Dewan Kuliah Pusat 1 & Dewan Kuliah Pusat 2

Masa :
10:00 pagi – 7:00 petang

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus ke Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8144 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.

Sekian, harap maklum.

“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Dikeluarkan oleh
Unit Pentadbiran, Kewangan dan Konvokesyen
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
image_2022-05-17_11-17-29.png
272.4 KB
GANGGUAN PERKHIDMATAN WIFI DI KKNC
PAUTAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN BPA
https://bit.ly/maklumbalaspelangganBPA2022
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEM II, SESI AKADEMIK 2021/2022 (A212) FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (TAHUN 2 & 3)

Sumber : Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
SEMAKAN DAN PENGESAHAN KURSUS UNTUK PENILAIAN/PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II,
SESI AKADEMIK 2021/2022

Dimaklumkan bahawa Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2021/2022 Secara Dalam Talian Dan bersemuka akan diadakan mulai 13 Julai hingga 31 Julai 2022.

Sehubungan dengan itu, Saudara/i dimohon untuk membuat semakan senarai daftar kursus Semester II, Sesi Akademik 2021/2022 bagi tujuan Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester.

Sila pastikan segala maklumat berikut adalah betul dan tepat:

• Kod dan Nama Kursus
• Set Kumpulan Pembelajaran

SEMAKAN DAN PENGESAHAN KURSUS ADALAH MERANGKUMI SEMUA KURSUS YANG DIDAFTARKAN TERMASUK KURSUS YANG TIADA PEPERIKSAAN AKHIR.

Jika
terdapat sebarang perubahan maklumat (kursus tiada dalam senarai atau kursus yang tidak sepatutnya berada dalam senarai atau lain-lain), sila maklumkan terus ke pejabat fakulti masing-masing sebelum atau pada 5 Jun 2022.

Info lanjut sila klik imej diatas.
Dimaklumkan bahawa semua staf Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) tiada di pejabat kerana menghadiri bengkel seperti maklumat berikut :

BENGKEL PEMURNIAN PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN) 2007
(PINDAAN KELIMA 2019)

26 - 27 MEI 2022 (KHAMIS - JUMAAT)

TEMPAT: DEWAN PEPERIKSAAN, FAKULTI PERUSATAN DAN SAINS KESIHATAN ANJURAN : BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

Urusan lanjut anda boleh menghubungi kami melalui aplikasi Whatsapp di wa.me/6067988335

Sekian, terima kasih.

Unit Pentadbiran, Kewangan dan Konvokesyen
Bahagian Pengurusan Akademik
MAKLUMAN PERTUKARAN LOKASI KELAS/KULIAH

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan/penyelenggaraan di Dewan Kuliah Pusat 1 (DKP 1) telah selesai dilaksanakan dan boleh digunakan.

Sehubungan dengan itu, kelas/kuliah bagi kursus-kursus berikut hendaklah dilaksanakan di DKP 1 mengikut jadual asal bermula pada 1 Jun 2022 (Rabu) seperti notis rasmi di lampiran.
Daulat Tuanku.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-63 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 6 Jun 2022 bersamaan 6 Zulkaedah 1443H.

Sembah Takzim daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga USIM.

#DaulatTuanku
#USIM
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2021/2022

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2021/2022 akan berlangsung mulai pada 13 Julai hingga 31 Julai 2022.

Bersama-sama ini dilampirkan Jadual Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2021/2022 untuk makluman kepada semua pelajar. Diingatkan bahawa, Jadual Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada pindaan. Sebarang perubahan Tarikh/Masa/Lokasi mungkin berlaku tertakluk kepada situasi dan keadaan semasa.

Maklumat lanjut sila rujuk notis rasmi.