USIM | Info Akademik USIM
11.6K subscribers
474 photos
2 videos
26 files
307 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

Ā© PPAUSIM2024
Download Telegram
šŸ“¢PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDAšŸ“¢

~PERMOHONAN SURAT PENGESAHAN PELAJAR DAN SURAT PENGESAHAN PENGELUARAN KWSP~

Permohonan Surat Pengesahan Pelajar dan Surat Pengesahan Pengeluaran KWSP untuk Semester II, Sesi Akademik 2020/2021 (A202) akan ditutup mulai pada 19 September 2021 (Ahad) hingga 20 September 2021 (Isnin). Penutupan ini adalah bagi tujuan pengemaskinian status (aktif) pelajar untuk Semester I, Sesi Akademik 2021/2022 (A211).

Sebarang permasalahan berkaitan perkara ini, pelajar boleh menghubungi Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-7988110 atau melalui aplikasi Whatsapp di wasap.my/6067988335

#usimnilai
#USIMTerusMaju
#teambpa_usim
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2020/2021

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2020/2021 boleh dicapai melalui portal istudent selepas pengesahan Senat Universiti pada 15 September 2021, bermula jam 5.00 petang.

Keputusan peperiksaan boleh di capai melalui mobile apps di url berikut https://usimmobile.usim.edu.my

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pelajar boleh merujuk terus ke pejabat fakulti masing-masing atau menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) di talian 06-7988326/8329/8335 atau Whatsapp BPA wasap.my/6067988335 atau emel kepada bpa@usim.edu.my

šŸ”“Notis rasmi ini juga dipaparkan di Portal iStudent, FB Pages, Instagram dan Telegram BPA
BPA SEDANG MENERIMA PERTANYAAN YANG TINGGI PADA KETIKA INI DAN AKAN MEMBALAS PERTANYAAN ANDA SATU PERSATU.

MOHON TERUS TUNGGU
šŸ“¢ PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM SARJANA šŸ“¢

PENDAFTARAN SEMESTER SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2021/2022 (A211)

Kegagalan pelajar mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan pelajar TIDAK DIBENARKAN mendaftar dan mengikuti pengajian pada semester tersebut.

Bagi pelajar yang tidak membuat pra-pendaftaran kursus sebelum ini perlu menjelaskan denda berjumlah RM25.00 ke akaun Bendahari USIM dan menunjukkan bukti resit bayaran ke pejabat pentadbiran fakulti masing-masing untuk mendaftar.

Manakala bagi pelajar yang telah membuat pra-pendaftaran kursus dan ingin menambah kursus, pelajar boleh berbuat demikian selepas mendaftar semester melalui portal iStudent.

Sebarang kemusykilan boleh dirujuk terus ke Pejabat Pentadbiran Fakulti atau Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.

šŸ“ŒNotis rasmi ini turut dipaparkan di Portal iStudent, Telegram InfoBPAUSIM, Facebook Page dan Instagram.

#a211usim
šŸ“¢ PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA šŸ“¢

SESI PERKULIAHAN SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2021/2022

Pelajar diminta menghubungi Fakulti masing-masing atau Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my sekiranya terdapat permasalahan berkaitan pendaftaran sebelum sesi perkuliahan bermula.

āš ļø Pelajar yang perlu kembali ke kampus adalah dinasihatkan untuk mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan serta mengutamakan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup separuh muka dan mengekalkan jarak fizikal sepanjang sesi perkuliahan berlangsung.

šŸ“ŒNotis rasmi ini turut dipaparkan di Portal iStudent, Telegram InfoBPAUSIM, Facebook Page dan Instagram.

#a211usim
šŸ“¢ PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA šŸ“¢

PAPARAN DAN CETAKAN JADUAL WAKTU KULIAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2021/2022

Dimaklumkan bahawa sesi PERKULIAHAN bagi Semester I, Sesi Akademik 2021/2022 akan bermula pada 11 Oktober 2021 (Isnin).

Sehubungan dengan itu, senarai pelajar dan Jadual Waktu Kuliah boleh dicetak melalui portal iStaf mulai 4 Oktober 2021 (Isnin).

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.

šŸ“ŒNotis rasmi ini turut dipaparkan di Portal iStudent, Telegram InfoBPAUSIM, Facebook Page dan Instagram.

#a211usim
šŸ“¢ PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA šŸ“¢

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PENILAIAN KURSUS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER & RAYUAN MENERUSKAN SEMULA PENGAJIAN (KES GAGAL & DIBERHENTIKAN)

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus melalui Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8326, melalui aplikasi Whatsapp di wasap.my/6067988335 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.

šŸ“ŒNotis rasmi ini turut dipaparkan di Portal iStudent, Telegram InfoBPAUSIM, Facebook Page dan Instagram.

#a211usim
SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN MENGEMASKINI SEGALA MAKLUMAT TERSEBUT SEBELUM ATAU PADA 10 OKTOBER 2021. KEGAGALAN PELAJAR TERUTAMANYA PELAJAR TAHUN AKHIR MENGEMASKINI MAKLUMAT TERSEBUT MENYEBABKAN NAMA JAWI DALAM SKROL IJAZAH PELAJAR TIDAK DICETAK.

PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI BPA MELALUI APLIKASI WHATSAPP DI
wasap.my/6067988335.

TERIMA KASIH
šŸ“¢ PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA šŸ“¢

PERMOHONAN PEPERIKSAAN ULANGAN KHAS

Berdasarkan PERATURAN-PERATURAN USIM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN 2007 (PINDAAN KELIMA 2019) yang sedang berkuat kuasa, Peperiksaan Ulangan Khas adalah peperiksaan yang diadakan bagi pelajar semester akhir yang memerlukan hanya satu (1) kursus bagi tujuan pengijazahan DENGAN SYARAT pelajar telah menduduki Peperiksaan Akhir Semester bagi kursus berkenaan.

Peperiksaan ini hendaklah diadakan dalam bentuk bertulis atau dalam bentuk penilaian yang ditetapkan oleh Fakulti dan hanya boleh diambil sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. Gred yang diberikan hanya ā€œLā€ atau ā€œGā€ (Lulus atau Gagal).

Permohonan Peperiksaan Ulangan Khas adalah sebagaimana berikut: RUJUK IMEJ

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Unit Peperiksaan Dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-7988326/8329/8335 atau melalui emel di alamat bpa@usim.edu.my atau Whatapps BPA di wasap.my/6067988335 untuk maklumbala
TARIKH-TARIKH PENTING SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2021/2011 (A211)
MAKLUMAN

TALIAN BPA 067988335 MEMGALAMI GANGGUAN SEMENTARA WAKTU.

PERTANYAAN SILA WHATSAPP DI
wasap.my/6067988335
MAKLUMAN

TALIAN BPA 067988335 TELAH PULIH SEPERTI SEDIAKALA DAN BOLEH DIHUBUNGI PADA WAKTU 8:00 PAGI-5:00 PETANG

PERTANYAAN LANJUT SILA WHATSAPP DI
wasap.my/6067988335