USIM | Info Akademik USIM
11.6K subscribers
482 photos
2 videos
26 files
312 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2024
Download Telegram
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN SEMESTER?
Bersama ini disertakan manual ringkas kaedah pendaftaran semester untuk rujukan para pelajar. Sila klik pautan ➡️ https://shorturl.at/ciqIX

SAYA TERLUPA DAFTAR SEMALAM, APA YANG PERLU SAYA BUAT?
Anda perlu membuat bayaran denda lewat mendaftar sebanyak RM25 seterusnya perlu menghubungi fakulti untuk pendaftaran secara manual.
JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 (A231) bagi program Sarjana Muda akan diadakan mulai pada 25 Mac 2024 (Isnin) hingga 27 Mac 2024 (Rabu) secara bersemuka bertempat di Dewan Peperiksaan Pusat Tamhidi, Aras 5.

Jadual Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 adalah sebagaimana di lampiran. Pelajar adalah DIWAJIBKAN membawa Kad Matrik/Kad Pengenalan ke dalam Dewan Peperiksaan.

Notis penuh boleh dilihat melalui pautan ➡️ https://shorturl.at/moIT1
Jadual peperiksaan boleh dilihat melalui pautan ➡️ https://shorturl.at/oqwH4

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
MAKLUMAN SENARAI KEHADIRAN DAN NO. MEJA PEPERIKSAAN GANTIAN

Bersama-sama ini di sertakan senarai kehadiran untuk semakan nombor meja mengikut slot dan jadual peperiksaan masing-masing. Calon WAJIB MENGINGATI NO. MEJA masing-masing berdasarkan senarai kehadiran yang telah disertakan dibawah. Calon juga dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad pelajar semasa hadir ke dewan peperiksaan selain mematuhi segala peraturan peperiksaan universiti.

⚠️PEPERIKSAAN GANTIAN TIDAK MEMERLUKAN SLIP MASUK KE DEWAN⚠️


Pautan Senarai kehadiran dan no. meja ➡️ https://shorturl.at/bdTZ2

Mesej daripada:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan,
Bhgn. Pengurusan Prasiswazah,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Saka merujuk kepada sejenis makhluk halus daripada golongan jin atau syaitan yang dipelihara bagi tujuan memelihara diri. Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka.

Saka merujuk kepada semua jenis jin seperti bajang, toyol, hantu raya, pelesit dan lain-lain.

Menarik kan?? Nak tahu lagi??

Jom luangkan masa bersama kami untuk sesi Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik dengan tajuk menarik 'Saka: Pemusnah Keturunan' seperti ketetapan berikut:


📅 Tarikh : 20 Mac 2024 (Rabu)
Masa : 2:30 Petang
👨🏻‍💻 Penceramah : Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin, Dekan, FPQS
🔗 Pautan : https://rb.gy/02h8qo dan FB Pages facebook.com/academicusim
Memo kepada : Pelajar Latihan Industri (LI) FPQS, FPBU, FEM, FKP, FST, FSU Semester 2, Sesi Akademik 2023/2024 (A232)

Sumber dari:
SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR JABATAN BENDAHARI
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
20 MAC 2023 | 9 RAMADAN 1445H
SEMAKAN PENGIJAZAHAN BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024

Dimaklumkan bahawa seramai 2,900 pelajar tahun akhir program Sarjana Muda dijangka akan menamatkan pengajian dan bergraduat pada tahun 2024.

Sehubungan dengan itu, dimohon kepada semua Pelajar Tahun Akhir program Sarjana Muda untuk membuat semakan Laporan Akademik dan Graduation Checking bagi tujuan pengijazahan dalam Portal iStudent-Menu Graduation (rujuk notis).

Sebarang kemusykilan, pelajar boleh merujuk terus ke pejabat pentadbiran fakulti masing-masing atau menghubungi Pusat Pengurusan Akademik (PPA) di talian06-7988335 (Whatsapp wa.me/6067988335) atau emel kepada pengijazahan@usim.edu.my

Dikeluarkan oleh:-
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah,
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
HEBAHAN PEPERIKSAAN UEPT

Sumber:
Bhgn. Siswazah USIM
[TEASER] Drama Raya USIM 2024: Pesan Ibu

https://youtu.be/jUkLVoUeD1g

Saksikan ‘Pesan Ibu’ pada 1 April 2024 secara eksklusif di YouTube dan Facebook USIMTV.

#USIMIhsanInsani
#USIMRaya2024
'PESAN IBU' - FILEM PENDEK RAYA USIM 2024

https://youtu.be/9YoGRnEpoPE

#USIMPesanIbu
Wacana IFWMI-AZKA: Infaq Pembangunan Peradaban: Kemanakah Dana Infaq Disalurkan?

Ayuh kita dengarkan perkongsian panelis dengan menonton siaran langsung ini di https://www.youtube.com/watch?v=GaRqJCIpRQs
Tonton Iklan Raya FEM 2024: Adik; Adaptasi kisah realistik sempena Aidilfitrii.

Iklan Raya 2024: Adik
https://youtu.be/sQC7_jBfw0U

Kongsikan juga pada kenalan yang lain.
Alhamdulillah ‘Pesan Ibu’ kini telah mencapai lebih 100,000 tontonan di YouTube. Terima kasih untuk semua yang telah menonton.

Teruskan menonton di USIMTV

https://youtu.be/9YoGRnEpoPE
Pusat Pengurusan Akademik (PPA), Universiti Sains Islam Malaysia mengucapkan Salam Aidilfitri 1445H buat seluruh warga universiti, para alumni dan seluruh umat Islam.

#USIMRaya2024
SEMAKAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A232)

Semua pelajar dikehendaki membuat semakan dan pengesahan terhadap senarai kursus yang didaftarkan mulai pada 29 April hingga 5 Mei 2024 (minggu ke-5 perkuliahan) melalui portal iStudent >>> Timetable.

Hanya kursus yang disahkan sahaja yang akan dijana untuk penilaian / peperiksaan akhir.

Sebarang kemusykilan atau pembetulan terhadap pendaftaran kursus, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik
di talian 06-798 8110 (Whatsapp wa.me/6067988110) atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
PERHATIAN KEPADA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA USIM
PENGEMASKINIAN NAMA JAWI DI DALAM PORTAL iSTUDENT

DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) ADALAH DIMOHON UNTUK MENGEMASKINI MAKLUMAT DIRI TERUTAMANYA MELENGKAPKAN NAMA DALAM EJAAN JAWI DI DALAM PORTAL iSTUDENT SEPERTI DIATAS.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN MENGEMASKINI SEGALA MAKLUMAT TERSEBUT SEBELUM ATAU PADA 1 JUN 2024. KEGAGALAN PELAJAR MENGEMASKINI MAKLUMAT TERSEBUT TERUTAMANYA PELAJAR YANG AKAN BERGRADUASI PADA TAHUN INI MENYEBABKAN NAMA JAWI DALAM SKROL IJAZAH PELAJAR TIDAK TERTERA.

SEBARANG KEMUSYKILAN SILA BERHUBUNG TERUS MELALUI SEKSYEN PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PRASISWAZAH (BPPS) DI SAMBUNGAN 06-7988326/8335 ATAU APLIKASI WHATSAPP wa.me/6067988335 ATAU EMEL pengijazahan@usim.edu.my

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Dikeluarkan oleh
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa 12 Kursus Micro-Credential USIM akan ditawarkan dengan harga diskaun sehingga 30 Syawal 1445H. Segala maklumat berkaitan Kursus Micro-Credential USIM boleh diakses di pautan https://mooc.usim.edu.my/.

Jangan lepaskan peluang meningkatkan kemahiran anda sambil menikmati diskaun sempena bulan yang mulia ini.

🎓 #USIM #MicroCredential #OnlineCourses #Education #MOOC
Dapatkan Tudung Eksklusif اوسيم bersempena Ulangtahun USIM ke-24 melalui portal: https://faemhub.onpay.my/order/form/hijabpremium/muamalatsc

Istimewa sempena Tutelage Raya FEM; kod promo sah sehingga 27 April 2024 Jam 9.00 pagi