USIM | Info Akademik USIM
13.8K subscribers
564 photos
2 videos
26 files
362 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2026
Download Telegram
Ini adalah platform Telegram rasmi bagi Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Universiti Sains Islam Malaysia.

Para pelajar USIM adalah digalakkan untuk menyertai channel dan group ini agar makluman terkini berhubung BPA akan mudah dicapai dengan pantas. Aktifkan juga notifikasi bagi channel.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh diajukan secara langsung di group Q&A yang telah disediakan. Segala perkongsian yang tidak berkaitan dengan urusan BPA adalah dilarang sama sekali. Jika didapati berbuat demikian, anda akan di ban.

Terima kasih
👍1
PERMOHONAN TRANSKRIP AKADEMIK SEMENTARA PELAJAR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Untuk makluman semua pelajar, Transkrip Akademik Sementara boleh digunakan untuk mendapatkan tempat Latihan industri (sekiranya diminta oleh majikan), tajaan biasiswa atau untuk mendapatkan kerja (pelajar yang telah tamat pengajian dan disahkan LDI oleh Senat Universiti).

Bagaimana cara memohon?
Pelajar perlu membuat bayaran secara atas talian (Online Banking) sebanyak RM1 ke akaun Bendahari USIM dan emailkan resit bayaran tersebut kepada faruq28@usim.edu.my beserta nama penuh dan no. matrik pelajar.

Berapa lamakah proses tersebut?
BPA akan memproses segala permohonan yang lengkap dalam tempoh masa 1-3 hari bekerja walaubagaimanapun permohonan akan menjadi lewat sekiranya jumlah permohonan terlalu tinggi dalam satu-satu masa.

Terima kasih.
PENYERAHAN TRANSKRIP AKADEMIK RASMI, SURAT TAMAT PENGAJIAN DAN SKROL

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Bakal Graduan USIM.

Kepada semua bakal graduan USIM, Transkrip Akademik Rasmi, Surat Tamat Pengjian dan Skrol akan mula diedarkan bermula pada 7 Disember 2020 (tertakluk kepada keadaan semasa Covid-19).

Demi mengekang penularan Virus Covid-19, penyerahan kesemua dokumen tersebut akan dilaksanakan secara penggiliran mengikut fakulti. Jadual penggiliran penyerahan dokumen tersebut akan dimaklumkan kepada bakal graduan dalam masa terdekat untuk mengelakkan kesesakan yang berlaku.

Lokasi edaran bertempat Bilik Cetak BPA, Aras 1 Bangunan Canselori (Bersebelahan Dataran Canselori).

Graduan juga perlu membawa bersama :
- Borang Clearance Semakan Hutang/Yuran.
https://konvo.usim.edu.my/wp-content/uploads/2020/11/Borang_Clearence_Semakan_Hutang_Pelajar_bagi_tujuan_Konvokesyen.pdf
- Slip Pengesanan Graduan (Tracer Study)
http://graduan.moe.gov.my/v/
- Borang Maklum Balas Graduan
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfUiSEXS0IjF6lcfHWPexoJz0l8v5VgFDPPFp9BVRRScm0VGw/viewform
- Surat kuasa/wakil bagi graduan (sekiranya perlu) yang mengambil bagi pihak orang lain (maksimum 2 orang sahaja)

*Proses penghantaran melalui pos akan dikemaskini dalam masa terdekat.*

PERINGATAN
Bakal graduan bertanggungjawab memastikan surat tamat pengajian, transkrip akademik rasmi dan skrol ijazah yang diterima diperiksa terlebih dahulu sebelum meninggalkan kaunter. USIM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Bakal Graduan USIM.

Kepada semua Bakal Graduan,
anda diminta untuk turut mengikuti channel USIM|Info Rasmi Majlis Konvokesyen ke-18 USIM bagi penyampaian makluman semasa daripada BPA berkenaan edaran Transkrip Rasmi, Surat Tamat Pengajian, Skrol, peminjaman jubah graduan dan lain-lain lagi.

https://t.me/konvo18USIM

Mohon kongsikan kepada rakan-rakan kelas, persatuan dan sebagainya.
BOLEHKAH SAYA AMBIL TRANSKRIP RASMI DAN SURAT TAMAT PENGAJIAN SELAIN PADA TARIKH YANG DIJADUALKAN?

Ya dibenarkan tetapi kami menyarankan untuk anda mengikuti tarikh yang diberi bagi mengelakkan kesesakan semasa proses penyerahan. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mengikuti tarikh yang dijadualkan.

BOLEHKAH SAYA AMBIL PADA HARI KONVOKESYEN IAITU 6/7/8 APRIL 2020?

Ya boleh..BPA akan membuka kaunter serahan Transkrip Rasmi dan Skrol pada hari Konvokesyen bertempat di Kaunter Dewan Tuanku Canselor (DTC).
BOLEHKAH SAYA DAPATKAN SALINAN TAMBAHAN DALAM BAHASA INGGERIS UNTUK TRANSKRIP RASMI?

Untuk makluman semua Bakal Graduan, Transkrip Akademik Rasmi akan diberi dalam 3 Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Pelajar tidak perlu memohon dan tiada bayaran dikenakan kerana telah dicaj didalam yuran pelajar.
🔴 BOLEHKAH SAYA DAPATKAN SALINAN SURAT TAWARAN ASAL KEMASUKAN KE IJAZAH SARJANA MUDA?

Ya boleh. Anda perlu terus berurusan dengan Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) ATAU emailkan persoalan kepada ug@usim.edu.my
🔴 BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMOHON SURAT PENGESAHAN PELAJAR BAGI TUJUAN KWSP?

Sila buat pembayaran online sebanyak RM2 ke bank Islam online Bendahari USIM sebagaimana berikut:

Buat bayaran RM2 kepada Bendahari USIM (perbankan online)
> Bank Islam : 05058010008884
> rujukan 1 : nombor matrik pelajar
> rujukan 2 : Surat KWSP
> Selepas selesai, Mohon emel resit bayaran ke terimaanhasil@usim.edu.my dan azliza@usim.edu.my.

Selepas pihak kami menerima resit pembayaran, permohonan anda ini akan diproses.
Tempoh masa untuk disiapkan : 1 minggu.
ADAKAH PROSES PENYERAHAN TRANSKRIP RASMI INI SAMA JUGA TERPAKAI BAGI PELAJAR SARJANA DIBAWAH GRADUATE SCHOOL OF MUAMALAT (GSM) ?

TIDAK
. Untuk pelajar Master/PhD, anda perlu rujuk terus ke Pusat Pengajian Siswazah atau layari http://cgs.usim.edu.my/ .
UNTUK BORANG MAKLUMBALAS GRADUAN, PERLU PRINT JUGA KE? SEDANGKAN ITU DIISI MELALUI GOOGLE FORM.

Pelajar TIDAK PERLU mencetak dokumen tersebut. Pihak BPA akan membuat semakan didalam Google Form semasa anda hadir untuk mengambil Transkrip Rasmi.
ADAKAH TARIKH/HARI PENYERAHAN TRANSKRIP RASMI BAGI PELAJAR SARJANA MUDA SAMA DENGAN TARIKH/HARI PENYERAHAN UNTUK PELAJAR SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH?

Tidak
. Untuk pelajar Sarjana/Doktor Falsafah, anda perlu mendapatkan maklumat lanjut dari Pusat Pengajian Siswazah.
🔴 SAYA TELAH MEMOHON PEMINDAHAN KREDIT SEBELUM INI TETAPI GAGAL. ADAKAH SAYA BOLEH MEMOHON SEMULA DI FAKULTI?

Kelulusan terhadap permohonan Pemindahan Kredit adalah di bawah bidangkuasa Fakulti. Ia diputuskan oleh panel yang dilantik oleh Fakulti. Keputusan panel adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Sila rujuk Fakulti yang berkenaan.
🔴 ADAKAH PELAJAR TIDAK LAYAK UNTUK MEMOHON/MENERIMA TRANSKRIP SEMENTARA SEKIRANYA BAND MUET BELUM MENCAPAI TAHAP YANG SEPATUTNYA?


Pelajar boleh memohon Transkrip Sementara pada bila-bila masa dan hanya perlu memastikan tiada tunggakkan pada lejar masing-masing. Tatacara permohonan ada pada jawapan yang telah di pinkan. Sila rujuk Q&A yang lepas.