USIM | Info Akademik USIM
13.8K subscribers
561 photos
2 videos
26 files
362 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2026
Download Telegram
DIMAKLUMKAN BAHAWA BAHAGIAN PENGAJIAN PRASISWAZAH (BPPS), PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA) SEDANG MENJALANKAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN BPPS UNTUK MENDAPATKAN MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN YANG TELAH DIBERIKAN PADA SEPARUH TAHUN KEDUA (JUN-DIS 203).

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KERJASAMA PARA PELAJAR SEKALIAN AMATLAH DIHARAPKAN AGAR DAPAT MENGISI BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN SEPERTI YANG TERTERA PADA PAUTAN DI BAWAH SEBELUM ATAU PADA 19 JANUARI 2023 (JUMAAT).

PAUTAN SEPERTI BERIKUT : https://forms.gle/x86GT88RPGWjP5G86

RESPON CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN DARI ANDA AMAT KAMI HARGAI
👍73
Perhatian kepada semua pelajar USIM,

Kami ingin memaklumkan bahawa University English Proficiency Test (UEPT) Bil. 01/2024 yang dijadualkan pada 23 Mac 2024 (Sabtu) telah dibuka pendaftarannya bermula hari ini.

Kami menggalakkan semua pelajar untuk mendaftar secepat mungkin untuk memastikan tempat anda.

Untuk mendaftar, sila kunjungi pautan berikut: https://forms.gle/TNKoByvvKCeE7bke6

Untuk sebarang pertanyaan, sila sertai Telegram UEPT di pautan berikut: https://t.me/joinchat/aPX1bLgGLQdjZGE1

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan berharap dapat melihat anda di University English Proficiency Test (UEPT) pada 23 Mac 2024 (Sabtu)!

Sumber: Bhgn Pengurusan Siswazah, PPA
👍74
Dear Students,

Kindly assist to fill in the survey questions as provided. The purpose of the survey form is to identify the level of satisfaction and/or to rectify the problem in the event there are some student having difficulty using the iWISH WiFi. Your prompt reply and corporation is highly appreciated, thank you

https://bit.ly/iwishasramausimsurvey

This survey conducted by System Development and Engineering Center (SDEC)
👍32😱1
‼️PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA) (RAYUAN)‼️

KELULUSAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024
👍8
DIMAKLUMKAN BAHAWA BAHAGIAN PENGAJIAN PRASISWAZAH (BPPS), PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA) SEDANG MENJALANKAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN BPPS UNTUK MENDAPATKAN MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN YANG TELAH DIBERIKAN PADA SEPARUH TAHUN KEDUA (JUN-DIS 203).

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KERJASAMA PARA PELAJAR SEKALIAN AMATLAH DIHARAPKAN AGAR DAPAT MENGISI BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN SEPERTI YANG TERTERA PADA PAUTAN DI BAWAH SEBELUM ATAU PADA 19 JANUARI 2023 (JUMAAT).

PAUTAN SEPERTI BERIKUT : https://forms.gle/x86GT88RPGWjP5G86

RESPON CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN DARI ANDA AMAT KAMI HARGAI
👍52
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA

Semua pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) bagi tujuan Cetakan Slip Masuk Peperiksaan melalui Portal iStudent bermula pada 22 Januari 2024 hingga 16 Februari 2024 sebagaimana berikut:

Portal iStudent
(Menu ➡️ Examination ➡️ Examination Entry Slip ➡️ Klik Link eNilai)

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pengajian Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 6067988335 atau Whatsapp wa.me/6067988335

Pusat Pengurusan Akademik,
Universiti Sains Islam Malaysia.
👍142
ONLINE EXAM SIMULATION A231

DATE: 22-23 JAN 2023
TIME: 9.00 AM - 5.00 PM

USIM EXAMPORTAL:
https://myexam.usim.edu.my

sumber: SDEC USIM
👍51
Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik :

Tajuk : Keajaiban Zikir

📆 Tarikh : 22 Januari 2023 (Isnin)
⏱️ Masa : 2:30 - 4:00 Petang
👨🏻‍🏫 Penceramah : Dr. Mohd Yusuf Ismail, FPQS
📌 Pautan :
https://shorturl.at/ltzGT | Facebook.com/academicusim

Semua dijemput hadir
👍91
MAKLUMAN PEMBUKAAN eNILAI

eNilai boleh mula dijawab oleh pelajar bermula pada 22 Januari 2024 jam 2:30 petang.

Sumber: SDEC USIM
👍26🤔1
Kedudukan Dewan di Aras 2, DTC
👍17
Kedudukan Dewan di Aras 1, DTC
👍17
Kedudukan No Meja di DTC Tengah
👍261
📌PERKARA 19.5 PERATURAN – PERATURAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN) 2007 (PINDAAN KELIMA, 2019)

Pelajar perlu mematuhi kod etika pakaian Universiti (semasa peperiksaan) dan pihak Universiti berhak menghalang pelajar jika tidak mematuhi kod etika pakaian yang ditetapkan.
👍3
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER AKHIR KEPADA SEMUA PELAJAR USIM

Kami di PPA mendoakan agar anda semua berjaya menjawab semua soalan dengan baik, diberi kelancaran/kecerdasan ketika menjawab, diberi kesihatan yang baik disepanjang minggu peperiksaan serta dipermudahkan segala urusan 🤲🏻
18🔥2👍1😁1
​​MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024

Makluman Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 sedang berlangsung di sekitar kampus Nilai melibatkan semua pelajar Sarjana Muda.

Peperiksaan bermula pada 29 Januari sehingga 16 Februari melibatkan 25 slot peperiksaan dan 8 lokasi disekitar kampus Nilai pada waktu pagi dan petang.

Mohon kerjasama kepada semua pengguna jalanraya di sekitar Kampus Nilai untuk memberi laluan kepada kenderaan pengiring (escort) Jabatan Keselamatan dan kenderaan jabatan yang membawa kertas soalan peperiksaan (dengan nyalaan beacon light🚨) demi memastikan keselamatan pengguna jalanraya dan kelancaran penghantaran kertas soalan peperiksaan ke lokasi yang telah ditetapkan.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui talian 067988073 / 017-9144621

Sekian untuk makluman.

Unit Trafik dan Lalu lintas,
Jabatan Keselamatan
👍7😢1
PERMOHONAN PENANGGUHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024 BAGI PROGRAM SARJANA MUDA

Dimaklumkan bahawa, Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 bagi program Sarjana Muda telah berlangsung mulai pada 29 Januari 2024 hingga 16 Februari 2024.

Bagi pelajar yang sakit ATAU terlibat dengan kes luar jangka seperti bencana alam ATAU lain-lain kes yang dipertimbangkan oleh Dekan fakulti pelajar, boleh memohon Penangguhan Peperiksaan dan akan menduduki Peperiksaan Gantian seperti syarat dibawah:

i. Permohonan penangguhan peperiksaan hendaklah menggunakan BORANG seperti dilampiran dan dihantar ke Pusat Pengurusan Akademik (PPA) untuk diproses. Pastikan borang telah ditandatangani oleh Dekan Fakulti pelajar. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

ii. Permohonan untuk menangguhkan peperiksaan bagi sesuatu kursus hendaklah dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas peperiksaan kursus berkenaan diadakan.

iii. Permohonan untuk menangguhkan pengambilan peperiksaan atas sebab-sebab kesihatan hendaklah disertakan dengan Sijil Cuti Sakit (WAJIB) yang dikeluarkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar yang merawat pelajar berkenaan. Slip Masa (Time slip) adalah tidak diterima.

iv. Peperiksaan Gantian hanya akan dibuat sekali sahaja pada setiap semester iaitu pada dua (2) minggu pertama semester yang berikutnya.

v. Pelajar yang tidak menghadirkan diri pada tarikh Peperiksaan Gantian yang telah ditetapkan tanpa alasan yang munasabah akan diberikan taraf Gagal (F) dan dikehendaki mengulang kursus pada semester yang ditawarkan dan sebarang rayuan untuk menduduki Peperiksaan Gantian Kali Kedua tidak akan dipertimbangkan.

vi. Status kursus yang terlibat dengan Peperiksaan Gantian adalah Tangguh Peperiksaan (TP) sehingga keputusan peperiksaan tersebut diperolehi.

vii. Jadual Peperiksaan Gantian akan dikeluarkan oleh PPA dan dimaklumkan kepada pelajar dari masa ke semasa dalam Portal iStudent dan Telegram.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan pihak Fakulti atau Pusat Pengurusan Akademik melalui call/Whatsapp PPA 6067988335 atau melalui peperiksaan@usim.edu.my

BORANG PERMOHONAN PENANGGUHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PROGRAM SARJANA MUDA 👉🏻 https://shorturl.at/aclpJ
👍92
KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER A231.

Mohon kerjasama semua calon untuk melorek no daftar mengikut turutan dari atas ke bawah dengan betul menggunakan pensil 2B sahaja.

Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan borang jawapan OMR anda gagal diimbas oleh mesin pengimbas OMR seterusnya markah anda tidak dapat dijana.

Setakat ini terdapat ramai calon yang gagal melorek dengan betul dan mungkin kehilangan markah daripada tindakan ini.
👍36👌2