USIM | Info Akademik USIM
13.8K subscribers
561 photos
2 videos
26 files
362 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2026
Download Telegram
SEMAKAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A231)

Semua pelajar dikehendaki membuat semakan dan pengesahan terhadap senarai kursus yang didaftarkan mulai pada 6 hingga 12 November 2023 (minggu ke-5 perkuliahan) melalui portal iStudent.

‼️ Hanya kursus yang disahkan sahaja yang akan dijana untuk penilaian / peperiksaan akhir.

Sebarang kemusykilan atau pembetulan terhadap pendaftaran kursus, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
👍162
PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA)

Dimaklumkan bahawa permohonan pemindahan kredit bagi pelajar Sarjana Muda (Lepasan Diploma) bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 telah pun dipertimbangkan oleh Fakulti/Pusat selaku pemilik kursus.

Surat Kelulusan Pemindahan Kredit boleh diperoleh di pejabat Fakulti masing-masing mulai pada 23 November 2023 (Khamis).

Pelajar yang mendapat kelulusan tidak perlu mengikuti kursus yang telah diberikan pemindahan kredit. Walau bagaimanapun, sehingga kelulusan dikeluarkan, pelajar perlu menghadiri kuliah seperti biasa.

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110

Sekian, harap maklum.

Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
👍123
PEMAKLUMAN

Pintu Kedua (Gate 2) akan dibuka Dari Jam 7.00 Pagi Sehingga 7.00 Petang bermula 11 - 15 Disember 2023 bagi Memudahkan Staf Dan Pelajar USIM keluar/masuk ke Kampus.
👍133👌2
🔴BILA YA JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER AKAN DIKELUARKAN OLEH PPA?

Jadual peperiksaan akhir semester yang disediakan oleh PPA akan dipaparkan melalui media sosial rasmi kami selewat-lewatnya pada minggu ke-11 perkuliahan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Sumber : PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN) 2007 (PINDAAN KEENAM 2022) : m/s 34 perkara 19.1
24👍21
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 akan berlangsung mulai pada 29 Januari 2024 hingga 16 Februari 2024.

Bersama-sama ini dilampirkan Jadual Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 untuk makluman kepada semua pelajar. Diingatkan bahawa, Jadual Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada pindaan. Sebarang perubahan tarikh dan masa mungkin berlaku tertakluk kepada situasi dan keadaan semasa.

Jadual penuh boleh dilihat melalui pautan 👉🏻 https://shorturl.at/blsN2

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan,
Bahagian Pengurusan Prasiswazah,
Pusat Pengurusan Akademik.
10👍9🔥4🎉2
Selamat Tahun Baharu 2024

Semoga anda kita semua sentiasa didalam lindungan Allah SWT serta lebih cemerlang dalam tahun 2024 ☺️
40👍6🎉2😱1
DIMAKLUMKAN BAHAWA BAHAGIAN PENGAJIAN PRASISWAZAH (BPPS), PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA) SEDANG MENJALANKAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN BPPS UNTUK MENDAPATKAN MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN YANG TELAH DIBERIKAN PADA SEPARUH TAHUN KEDUA (JUN-DIS 203).

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KERJASAMA PARA PELAJAR SEKALIAN AMATLAH DIHARAPKAN AGAR DAPAT MENGISI BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN SEPERTI YANG TERTERA PADA PAUTAN DI BAWAH SEBELUM ATAU PADA 19 JANUARI 2023 (JUMAAT).

PAUTAN SEPERTI BERIKUT : https://forms.gle/x86GT88RPGWjP5G86

RESPON CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN DARI ANDA AMAT KAMI HARGAI
👍73
Perhatian kepada semua pelajar USIM,

Kami ingin memaklumkan bahawa University English Proficiency Test (UEPT) Bil. 01/2024 yang dijadualkan pada 23 Mac 2024 (Sabtu) telah dibuka pendaftarannya bermula hari ini.

Kami menggalakkan semua pelajar untuk mendaftar secepat mungkin untuk memastikan tempat anda.

Untuk mendaftar, sila kunjungi pautan berikut: https://forms.gle/TNKoByvvKCeE7bke6

Untuk sebarang pertanyaan, sila sertai Telegram UEPT di pautan berikut: https://t.me/joinchat/aPX1bLgGLQdjZGE1

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan berharap dapat melihat anda di University English Proficiency Test (UEPT) pada 23 Mac 2024 (Sabtu)!

Sumber: Bhgn Pengurusan Siswazah, PPA
👍74
Dear Students,

Kindly assist to fill in the survey questions as provided. The purpose of the survey form is to identify the level of satisfaction and/or to rectify the problem in the event there are some student having difficulty using the iWISH WiFi. Your prompt reply and corporation is highly appreciated, thank you

https://bit.ly/iwishasramausimsurvey

This survey conducted by System Development and Engineering Center (SDEC)
👍32😱1
‼️PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA) (RAYUAN)‼️

KELULUSAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024
👍8
DIMAKLUMKAN BAHAWA BAHAGIAN PENGAJIAN PRASISWAZAH (BPPS), PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA) SEDANG MENJALANKAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN BPPS UNTUK MENDAPATKAN MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN YANG TELAH DIBERIKAN PADA SEPARUH TAHUN KEDUA (JUN-DIS 203).

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KERJASAMA PARA PELAJAR SEKALIAN AMATLAH DIHARAPKAN AGAR DAPAT MENGISI BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN SEPERTI YANG TERTERA PADA PAUTAN DI BAWAH SEBELUM ATAU PADA 19 JANUARI 2023 (JUMAAT).

PAUTAN SEPERTI BERIKUT : https://forms.gle/x86GT88RPGWjP5G86

RESPON CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN DARI ANDA AMAT KAMI HARGAI
👍52
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA

Semua pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) bagi tujuan Cetakan Slip Masuk Peperiksaan melalui Portal iStudent bermula pada 22 Januari 2024 hingga 16 Februari 2024 sebagaimana berikut:

Portal iStudent
(Menu ➡️ Examination ➡️ Examination Entry Slip ➡️ Klik Link eNilai)

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pengajian Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 6067988335 atau Whatsapp wa.me/6067988335

Pusat Pengurusan Akademik,
Universiti Sains Islam Malaysia.
👍142
ONLINE EXAM SIMULATION A231

DATE: 22-23 JAN 2023
TIME: 9.00 AM - 5.00 PM

USIM EXAMPORTAL:
https://myexam.usim.edu.my

sumber: SDEC USIM
👍51
Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik :

Tajuk : Keajaiban Zikir

📆 Tarikh : 22 Januari 2023 (Isnin)
⏱️ Masa : 2:30 - 4:00 Petang
👨🏻‍🏫 Penceramah : Dr. Mohd Yusuf Ismail, FPQS
📌 Pautan :
https://shorturl.at/ltzGT | Facebook.com/academicusim

Semua dijemput hadir
👍91
MAKLUMAN PEMBUKAAN eNILAI

eNilai boleh mula dijawab oleh pelajar bermula pada 22 Januari 2024 jam 2:30 petang.

Sumber: SDEC USIM
👍26🤔1
Kedudukan Dewan di Aras 2, DTC
👍17