USIM | Info Akademik USIM
13.8K subscribers
561 photos
2 videos
26 files
362 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

Β© PPAUSIM2026
Download Telegram
JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN AKHIR SEMESTER II SESI AKADEMIK 2022/2023

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester II, Sesi Akademik 2022/2023 (A222) bagi program Sarjana Muda akan diadakan mulai pada 16 Oktober 2023 (Isnin) hingga 20 Oktober 2023 (Jumaat) secara bersemuka bertempat di Dewan Peperiksaan Pusat Tamhidi dan secara dalam talian melalui Portal Peperiksaan (Portal MyExam).

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Pra Siswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988326/8329/8335/8332 atau melalui emel di alamat peperiksaan@usim.edu.my atau Whatsapp PPA wasap.my/6067988335 untuk maklumbalas segera.

Sekian,

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
πŸ‘7❀4
"Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam". (Al-Anbiya'-107)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H
❀27πŸ‘3
CAJ YURAN BAGI SEMESTER 1, SESI AKADEMIK 2023/2024 DAN PEMBAYARAN PTPTN MENGGUNAKAN RHB

Adalah dimaklumkan bahawa yuran pengajian dan penginapan bagi Semester 1, Sesi Akademik 2023/2024 akan dicaj ke lejer pelajar bermula 29 September 2023 secara berperingkat.

Mohon rujuk notis diatas untuk info selanjutnya.

SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR
JABATAN BENDAHARI
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

29 SEPTEMBER 2023 | 13 Rabiulawal 1445H
πŸ‘8πŸ€”5
PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA)

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024

Dimaklumkan bahawa permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda Lepasan Diploma bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 adalah seperti berikut:

Tarikh : 9 hingga 15 Oktober 2023
Capaian : iStudent ➑️ Services ➑️ Credit Transfer

Permohonan yang diterima selepas 15 Oktober 2023 tidak akan diproses.

Info lanjut sila lihat notis penuh diatas.

Sekian untuk makluman,

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
πŸ‘3❀2
[REPOST]

SESI PERKULIAHAN SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi PERKULIAHAN bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 akan bermula pada 9 Oktober 2023 (Isnin).

Tarikh pendaftaran semester secara dalam talian (online) menerusi portal iStudent
(https://istudent2.usim.edu.my) ditetapkan bermula pada 26 September 2023 hingga 6 Oktober 2023 secara berperingkat mengikut tahun pengajian sebagaimana yang dimaklumkan menerusi Notis bertarikh 26 September 2023.

Pelajar yang gagal mendaftar selepas tarikh (Pendaftaran Lewat Berdenda) perlu mendaftar di pejabat fakulti dalam tempoh dua (2) minggu pertama perkuliahan dengan syarat menjelaskan denda lewat mendaftar berjumlah RM25.00 serta RM25.00 bagi setiap kursus yang didaftarkan (sekiranya tidak membuat pra-pendaftaran).

Info lanjut sila lihat notis penuh diatas.

Sekian untuk makluman,

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah Pusat Pengurusan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia
πŸ‘9❀6πŸ”₯2
Assalamualaikum wbt kepada semua pelajar baharu Sesi Akademik 2023/2024✨

Selamat datang ke Universiti Sains Islam Malaysia ☺️

Kami dari Pusat Pengurusan Akademik yang akan berkhidmat kepada mahasiswa/i dalam hal berkaitan pengurusan akademik.

Kami sangat teruja untuk anda menyertai keluarga USIM dan terus membina  kecemerlangan bersama kami πŸ“šβœ¨

Untuk memastikan anda sentiasa mengetahui tentang INFO TERKINI serta NOTIS RASMI berkaitan PENJADUALAN, PEPERIKSAAN, PENGIJAZAHAN dan  KONVOKESYEN disepanjang pengajian, anda DIWAJIBKAN untuk menyertai saluran Telegram dan WhatsApp kami:

πŸ“’ Saluran Telegram: https://t.me/InfoBPAUSIM
πŸ“± Saluran WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va6PUg03WHTb99cHSh0E

Kekal setia bersama kami juga untuk melihat notis rasmi serta gambar menarik sepanjang pengajian anda di kampus, jom ikuti kami melalui saluran media sosial berikut:

πŸ“Έ Instagram: https://instagram.com/academicUSIM
πŸ“˜ Facebook: https://facebook.com/academicUSIM

Saluran ini akan menjadi sumber rujukan anda sepanjang pengajian di USIM ☺️

Malas nak kepejabat tetapi ada pertanyaan?
Kami mudahkan urusan anda bersama kami melalui Aplikasi Whatsapp.

Jom Whatsapp kami melalui talian wa.me/6067988335

Akhir kata, selamat maju jaya dan selamat belajar ✨

Mesej daripada,
Bhgn Pengurusan Prasiswazah,
Pusat Pengurusan Akademik,
Universiti Sains Islam Malaysia
πŸ‘9❀5
MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA

PENUTUPAN OPERASI PEJABAT PENTADBIRAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

Dimaklumkan bahawa semua staf Pusat Pengurusan Akademik terlibat dengan Program Pengukuhan Pasukan seperti ketetapan berikut:

πŸ“…Tarikh:
17 Oktober 2023 | Selasa

⏰Masa:
8:00 pagi – 5:00 petang

Sehubungan dengan itu, sebarang urusan berkaitan jabatan hanyalah secara dalam talian menggunakan Aplikasi Whatsapp wa.me/6067988335 atau Telegram Rasmi PPA t.me/InfoBPAUSIM

Sekian untuk makluman.

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK
16 OKTOBER 2023
πŸ‘11πŸ€”3❀2😒1πŸŽ‰1
Q&A : SOALAN LAZIM BERKAITAN iSTUDENT2 & EMEL RAUDAH
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

πŸ”΄ SAYA NAK TANYA CEMANA NAK TUKAR PASSWORD ISTUDENT YE? LEPAS SAYA TEKAN FORGOT PASSWORD,EMAIL BAGI PASSWORD YANG SUSAH SAYA NAK INGAT.. JADI CEMANA SAYA NK UBAH PASSWORD TERSEBUT?
βœ… Berkenaan masalah istudent sila email ke support_academic@usim.edu.my sertakan no matrik, nama dan masalah yang dihadapi.

πŸ”΄ NAK TANYA KENAPA SAYA MASIH TIDAK DAPAT EMAIL RAUDAH ?
βœ… Bagi yang masih belum mendapat emel raudah, mohon isi aduan disini https://bit.ly/usim365

πŸ”΄ SAYA ADA MASALAH BERKAITAN iSTUDENT2, DENGAN SIAPA SAYA PERLU BERURUSAN?
βœ… Berkenaan masalah istudent sila email ke support_academic@usim.edu.my sertakan no matrik, nama dan masalah yang dihadapi.

πŸ”΄ SAYA TIDAK DAPAT MELIHAT RESULT PEPERIKSAAN, LOADING JE. CAMNER YE?
βœ… Pastikan browser anda telah mendapat kemaskini (update) yang terkini. Sekiranya masih gagal, mohon laporkan terus ke support_academic@usim.edu.my

πŸ”΄ SAYA NAK TAHU DIA MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN TRANSKRIP AKADEMIK SEMENTARA?
βœ… Semestinya di Portal istudent2.usim.edu.my


➑️Bantuan Teknikal/Aduan Emel Raudah: https://bit.ly/usim365
➑️Bantuan Teknikal/Aduan Portal iStudent: support_academic@usim.edu.my
πŸ‘13❀6πŸ‘1
Pra Tempahan Tshirt Eksklusif FEM kini dibuka mulai 17 - 20 Oktober 2023

Tempahan waktu terhad di https://flpictures.onpay.my/order/form/fem-merchandise
πŸ”₯4πŸ‘3❀1
PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA) (RAYUAN)

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024

Dimaklumkan bahawa permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda (Lepasan Diploma (Rayuan) bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 adalah seperti berikut:

πŸ“… Tarikh : 30 Oktober – 5 November 2023
πŸ”— Capaian : iStudent > Services > Credit Transfer

Pemohon perlu:
1. Semak struktur program masing-masing dan masukkan semua kursus peringkat Diploma yang
ingin dibuat Pemindahan Kredit;
2. Jelaskan bayaran RM30.00 menerusi perbankan online ke akaun Bendahari USIM (No. Akaun
BIMB 05058010008884);
3. Muat naik slip bayaran serta salinan Transkrip Akademik Rasmi (Diploma).

⚠️Permohonan yang diterima selepas 5 November 2023 tidak akan diproses.

Maklumat lanjut sila rujuk notis penuh diatas.

Sekian harap maklum.

Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
πŸ‘5❀1😁1πŸ€”1
Nak luah ke nak diam?? hmmm...
Nak cakap ke tidak??

Ok jangan pendam lama-lama, jangan simpan lama-lama..tak elok untuk diri sendiri 😊.

Nak tahu lebih lanjut?

Jom dengarkan Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik dengan tajuk menarik pada petang ini "Luah Atau Diam? Tips Mengimbangi Emosi Dalam Mengurus Rumah Tangga"

πŸ“… Tarikh: 1 November 2023 | Rabu
⏰ Masa : 2:30 - 4:00 Petang
πŸ§‘πŸ»β€πŸ« Penceramah: Puan Nurhazreen Mohd Nor, Peg. Psikologi, Jabatan Pendaftar
πŸ”— Pautan MS Teams:
https://shorturl.at/afkSV
πŸ”— FB Live:
https://www.facebook.com/akademik.usim/videos/232522503175428/?d=w&mibextid=p7WL9T

Semua dijemput hadir.
πŸ‘5πŸ‘4❀1πŸ”₯1
Capaian kepada maklumat Akademik V2 (AISV2) dan Portal iStudent2 akan DITUTUP disebabkan kerja-kerja penyelanggaraan pangkalan data seperti ketetapan diatas.

Sumber: SDEC USIM
πŸ‘8😒2❀1πŸ€”1
Pengaktifan Kad Prihatin Siswa Bagi Pelajar Baharu Sesi Akademik 2023/2024

Semua pelajar baharu sesi akademik 2023/2024 yang masih belum mengaktifan kad matrik perlu hadir ke sesi pengaktifan yang ditetapkan.

Kegagalan pengaktifan kad akan mengakibatkan penyaluran PTPTN dan bantuan kewangan/penajaan tidak dapat disalurkan.

Pertanyaan lanjut melalui talian 067986160

Sekian.

Mesej dari:
Pusat Hal Ehwal Pelajar USIM
πŸ‘7❀2
SEMAKAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A231)

Semua pelajar dikehendaki membuat semakan dan pengesahan terhadap senarai kursus yang didaftarkan mulai pada 6 hingga 12 November 2023 (minggu ke-5 perkuliahan) melalui portal iStudent.

‼️ Hanya kursus yang disahkan sahaja yang akan dijana untuk penilaian / peperiksaan akhir.

Sebarang kemusykilan atau pembetulan terhadap pendaftaran kursus, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
πŸ‘16❀2
PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA)

Dimaklumkan bahawa permohonan pemindahan kredit bagi pelajar Sarjana Muda (Lepasan Diploma) bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 telah pun dipertimbangkan oleh Fakulti/Pusat selaku pemilik kursus.

Surat Kelulusan Pemindahan Kredit boleh diperoleh di pejabat Fakulti masing-masing mulai pada 23 November 2023 (Khamis).

Pelajar yang mendapat kelulusan tidak perlu mengikuti kursus yang telah diberikan pemindahan kredit. Walau bagaimanapun, sehingga kelulusan dikeluarkan, pelajar perlu menghadiri kuliah seperti biasa.

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110

Sekian, harap maklum.

Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
πŸ‘12❀3