USIM | Info Akademik USIM
13.8K subscribers
561 photos
2 videos
26 files
362 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2026
Download Telegram
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA

TARIKH-TARIKH PENTING BAGI PROGRAM SARJANA MUDA

Dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh penting berkaitan pendaftaran kursus dan penjadualan bagi
pelajar program Sarjana Muda, Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 adalah seperti notis diatas.

Pelajar perlu mematuhi tarikh-tarikh yang ditetapkan serta bertanggungjawab terhadap pendaftaran kursus masing-masing bagi mengelakkan berlakunya sebarang permasalahan semasa Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester kelak. Pelajar adalah dinasihatkan untuk menyemak melalui portal iStudent masing-masing dari semasa ke semasa.

Sekian, harap maklum.

‘BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA’

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
10👍7
JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN AKHIR SEMESTER II SESI AKADEMIK 2022/2023

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester II, Sesi Akademik 2022/2023 (A222) bagi program Sarjana Muda akan diadakan mulai pada 16 Oktober 2023 (Isnin) hingga 20 Oktober 2023 (Jumaat) secara bersemuka bertempat di Dewan Peperiksaan Pusat Tamhidi dan secara dalam talian melalui Portal Peperiksaan (Portal MyExam).

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Pra Siswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988326/8329/8335/8332 atau melalui emel di alamat peperiksaan@usim.edu.my atau Whatsapp PPA wasap.my/6067988335 untuk maklumbalas segera.

Sekian,

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
👍74
"Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam". (Al-Anbiya'-107)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H
27👍3
CAJ YURAN BAGI SEMESTER 1, SESI AKADEMIK 2023/2024 DAN PEMBAYARAN PTPTN MENGGUNAKAN RHB

Adalah dimaklumkan bahawa yuran pengajian dan penginapan bagi Semester 1, Sesi Akademik 2023/2024 akan dicaj ke lejer pelajar bermula 29 September 2023 secara berperingkat.

Mohon rujuk notis diatas untuk info selanjutnya.

SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR
JABATAN BENDAHARI
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

29 SEPTEMBER 2023 | 13 Rabiulawal 1445H
👍8🤔5
PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA)

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024

Dimaklumkan bahawa permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda Lepasan Diploma bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 adalah seperti berikut:

Tarikh : 9 hingga 15 Oktober 2023
Capaian : iStudent ➡️ Services ➡️ Credit Transfer

Permohonan yang diterima selepas 15 Oktober 2023 tidak akan diproses.

Info lanjut sila lihat notis penuh diatas.

Sekian untuk makluman,

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
👍32
[REPOST]

SESI PERKULIAHAN SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi PERKULIAHAN bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 akan bermula pada 9 Oktober 2023 (Isnin).

Tarikh pendaftaran semester secara dalam talian (online) menerusi portal iStudent
(https://istudent2.usim.edu.my) ditetapkan bermula pada 26 September 2023 hingga 6 Oktober 2023 secara berperingkat mengikut tahun pengajian sebagaimana yang dimaklumkan menerusi Notis bertarikh 26 September 2023.

Pelajar yang gagal mendaftar selepas tarikh (Pendaftaran Lewat Berdenda) perlu mendaftar di pejabat fakulti dalam tempoh dua (2) minggu pertama perkuliahan dengan syarat menjelaskan denda lewat mendaftar berjumlah RM25.00 serta RM25.00 bagi setiap kursus yang didaftarkan (sekiranya tidak membuat pra-pendaftaran).

Info lanjut sila lihat notis penuh diatas.

Sekian untuk makluman,

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah Pusat Pengurusan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia
👍96🔥2
Assalamualaikum wbt kepada semua pelajar baharu Sesi Akademik 2023/2024

Selamat datang ke Universiti Sains Islam Malaysia ☺️

Kami dari Pusat Pengurusan Akademik yang akan berkhidmat kepada mahasiswa/i dalam hal berkaitan pengurusan akademik.

Kami sangat teruja untuk anda menyertai keluarga USIM dan terus membina  kecemerlangan bersama kami 📚

Untuk memastikan anda sentiasa mengetahui tentang INFO TERKINI serta NOTIS RASMI berkaitan PENJADUALAN, PEPERIKSAAN, PENGIJAZAHAN dan  KONVOKESYEN disepanjang pengajian, anda DIWAJIBKAN untuk menyertai saluran Telegram dan WhatsApp kami:

📢 Saluran Telegram: https://t.me/InfoBPAUSIM
📱 Saluran WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va6PUg03WHTb99cHSh0E

Kekal setia bersama kami juga untuk melihat notis rasmi serta gambar menarik sepanjang pengajian anda di kampus, jom ikuti kami melalui saluran media sosial berikut:

📸 Instagram: https://instagram.com/academicUSIM
📘 Facebook: https://facebook.com/academicUSIM

Saluran ini akan menjadi sumber rujukan anda sepanjang pengajian di USIM ☺️

Malas nak kepejabat tetapi ada pertanyaan?
Kami mudahkan urusan anda bersama kami melalui Aplikasi Whatsapp.

Jom Whatsapp kami melalui talian wa.me/6067988335

Akhir kata, selamat maju jaya dan selamat belajar

Mesej daripada,
Bhgn Pengurusan Prasiswazah,
Pusat Pengurusan Akademik,
Universiti Sains Islam Malaysia
👍95
MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA

PENUTUPAN OPERASI PEJABAT PENTADBIRAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

Dimaklumkan bahawa semua staf Pusat Pengurusan Akademik terlibat dengan Program Pengukuhan Pasukan seperti ketetapan berikut:

📅Tarikh:
17 Oktober 2023 | Selasa

Masa:
8:00 pagi – 5:00 petang

Sehubungan dengan itu, sebarang urusan berkaitan jabatan hanyalah secara dalam talian menggunakan Aplikasi Whatsapp wa.me/6067988335 atau Telegram Rasmi PPA t.me/InfoBPAUSIM

Sekian untuk makluman.

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK
16 OKTOBER 2023
👍11🤔32😢1🎉1
Q&A : SOALAN LAZIM BERKAITAN iSTUDENT2 & EMEL RAUDAH
—————————————————————

🔴 SAYA NAK TANYA CEMANA NAK TUKAR PASSWORD ISTUDENT YE? LEPAS SAYA TEKAN FORGOT PASSWORD,EMAIL BAGI PASSWORD YANG SUSAH SAYA NAK INGAT.. JADI CEMANA SAYA NK UBAH PASSWORD TERSEBUT?
Berkenaan masalah istudent sila email ke support_academic@usim.edu.my sertakan no matrik, nama dan masalah yang dihadapi.

🔴 NAK TANYA KENAPA SAYA MASIH TIDAK DAPAT EMAIL RAUDAH ?
Bagi yang masih belum mendapat emel raudah, mohon isi aduan disini https://bit.ly/usim365

🔴 SAYA ADA MASALAH BERKAITAN iSTUDENT2, DENGAN SIAPA SAYA PERLU BERURUSAN?
Berkenaan masalah istudent sila email ke support_academic@usim.edu.my sertakan no matrik, nama dan masalah yang dihadapi.

🔴 SAYA TIDAK DAPAT MELIHAT RESULT PEPERIKSAAN, LOADING JE. CAMNER YE?
Pastikan browser anda telah mendapat kemaskini (update) yang terkini. Sekiranya masih gagal, mohon laporkan terus ke support_academic@usim.edu.my

🔴 SAYA NAK TAHU DIA MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN TRANSKRIP AKADEMIK SEMENTARA?
Semestinya di Portal istudent2.usim.edu.my


➡️Bantuan Teknikal/Aduan Emel Raudah: https://bit.ly/usim365
➡️Bantuan Teknikal/Aduan Portal iStudent: support_academic@usim.edu.my
👍136👏1
Pra Tempahan Tshirt Eksklusif FEM kini dibuka mulai 17 - 20 Oktober 2023

Tempahan waktu terhad di https://flpictures.onpay.my/order/form/fem-merchandise
🔥4👍31
PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA) (RAYUAN)

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024

Dimaklumkan bahawa permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda (Lepasan Diploma (Rayuan) bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 adalah seperti berikut:

📅 Tarikh : 30 Oktober – 5 November 2023
🔗 Capaian : iStudent > Services > Credit Transfer

Pemohon perlu:
1. Semak struktur program masing-masing dan masukkan semua kursus peringkat Diploma yang
ingin dibuat Pemindahan Kredit;
2. Jelaskan bayaran RM30.00 menerusi perbankan online ke akaun Bendahari USIM (No. Akaun
BIMB 05058010008884);
3. Muat naik slip bayaran serta salinan Transkrip Akademik Rasmi (Diploma).

⚠️Permohonan yang diterima selepas 5 November 2023 tidak akan diproses.

Maklumat lanjut sila rujuk notis penuh diatas.

Sekian harap maklum.

Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
👍51😁1🤔1