USIM | Info Akademik USIM
13.8K subscribers
561 photos
2 videos
26 files
362 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2026
Download Telegram
​​MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2022/2023

Makluman Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2022/2023 sedang berlangsung di sekitar kampus Nilai melibatkan semua pelajar Sarjana Muda.

Peperiksaan bermula pada 17 Julai hingga 3 Ogos 2023 melibatkan 24 slot peperiksaan pada waktu pagi dan petang.

Mohon kerjasama kepada semua pengguna jalanraya di sekitar Kampus Nilai untuk memberi laluan kepada kenderaan pengiring (escort) Jabatan Keselamatan dan kenderaan jabatan yang membawa kertas soalan peperiksaan (dengan nyalaan beacon light🚨) demi memastikan keselamatan pengguna jalanraya dan kelancaran penghantaran kertas soalan peperiksaan ke lokasi yang telah ditetapkan.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui talian 06-7988073 / 017-9144621

Sekian untuk makluman.

Unit Trafik dan Lalu lintas,
Jabatan Keselamatan
​​Muamalat Interactive Game, sambil bermain dapat belajar tentang pengurusan kewangan Islam.

https://vt.tiktok.com/ZSLmxq1C8/

‘USIM's Islamic Finance and Halal as Malaysia Higher Education Gateway’
​​PENUTUPAN PORTAL iSTUDENT (e-Services)

Adalah dimaklumkan bahawa modul e-Services di dalam Portal iStudent akan ditutup mulai pada 7 Ogos 2023 (Isnin) sehingga 13 Ogos 2023 (Ahad) bagi tujuan proses migrasi data ke Portal iStudent yang baharu. Semua urusan berkaitan e-Services tidak dapat dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.

Sebarang permasalahan berkaitan perkara ini, pelajar boleh menghubungi Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988110 atau e-mel bpa@usim.edu.my.

Sekian, harap maklum.

“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Pilihan ditangan anda. Undilah dengan bijak demi kemakmuran dan negara tercinta. TAHNIAH kepada mereka yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Selamat Mengundi 😊
MAKLUMAN CUTI PERISTIWA

DIMAKLUMKAN BAHAWA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TELAH MENETAPKAN BAHAWA 14 OGOS 2023 (ISNIN) ADALAH CUTI PERISITIWA SEMPENA KEMENANGAN KERAJAAN PERPADUAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-15.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMPUS NILAI DAN KAMPUS PANDAN INDAH USIM SECARA UMUMNYA TIDAK BEROPERASI PADA HARI KELEPASAN AM INI.

SEBARANG MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SEKSYEN SARAAN DAN CUTI, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR DI TALIAN 06-7988112/88154/88164 ATAU E-MEL KEPADA saraan.bpsm@usim.edu.my.
1
​​PORTAL iSTUDENT BAHARU

Penggunaan portal istudent yang baharu menerusi link https://istudent2.usim.edu.my/
​​PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA

PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024

Pra-pendaftaran kursus bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 (Sem A231) telah ditetapkan sebagaimana seperti notis rasmi.

Mohon kerjasama semua pelajar (termasuk pelajar berstatus Tangguh Pengajian serta Tidak Mendaftar pada semester semasa) untuk membuat pra-pendaftaran kursus sebagaimana tarikh yang ditetapkan menerusi portal iStudent baharu di pautan https://istudent2.usim.edu.my/

Pelajar yang gagal membuat pra-pendaftaran kursus akan dihalang daripada mendaftar untuk semester hadapan (A231) dan akan dikenakan denda sebagaimana yang telah ditetapkan dalam peraturan pengajian.

Pelajar diminta menghubungi pejabat pentadbiran akademik di Fakulti masing-masing atau Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my sekiranya
terdapat permasalahan berkaitan perkara ini.

Sekian dimaklumkan.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik

#notisppa
#usim
👍6🔥1😁1
​​PAPARAN JADUAL WAKTU KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 akan bermula pada 9 Oktober 2023 (Isnin).

Sesi Pendaftaran Semester akan berlangsung mulai pada 26 September 2023 hingga 6 Oktober 2023 secara berperingkat mengikut tahun pengajian pelajar.

Manakala sesi Pra-Pendaftaran akan berlangsung mulai pada 21 Ogos 2023 hingga 10 September 2023 secara berperingkat mengikut tahun pengajian pelajar.

Sehubungan dengan itu, Jadual Waktu Kuliah akan dipaparkan di portal iStaf mulai pada 21 Ogos 2023 (Isnin).

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my.

Sekian untuk makluman.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akdemik
👍41
Anda pernah dengar Penyakit 'Ain?

Penyakit ‘Ain merupakan salah satu penyakit yang tidak asing bagi umat islam. Penyakit ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai oleh perasaan iri dan hasad dengki.

Apakah tanda-tanda penyakit 'Ain dan bagaimana cara merawat penyakit ini? Nak tahu lebih lanjut lagi??

Jom sertai TAZKIRAH BULANAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK dengan tajuk menarik iaitu "Penyakit 'Ain menurut perspektif Quran & Sunnah" seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Ogos 2023
Masa: 10:30 pagi
Penceramah: Prof Madya Dr. Rabiatul Adawiyah (FPQS)


Pautan MS Teams: https://rb.gy/csynd
Pautan FB Pages: https://www.facebook.com/akademik.usim

jom kongsikan bersama kepada rakan anda 😊
#tazkirahPPAUSIM
#usim
😍8👏32👍1
📣 📣 JOM SAMBUNG MASTER
💢 Dah habis internship? Ada yang sedang dalam dilema samada nak bekerja atau nak sambung belajar? Rasa takut nak sambung Master sebab tak yakin?

🌟 Haaaa…Jangan risau! Jom sertai program Jom Sambung Master bersama para Penyelaras Program di GSM, FEM.

Tarikh: 25 Ogos 2022 (Jumaat)
Jam: 9.00 - 10.00 malam
Platform: Live di Instagram @fem.usim
(https://www.instagram.com/fem.usim)
atau di YouTube: https://youtube.com/live/vY3B0I4X49g?feature=share
🛑 📣
Jangan tunggu lagi! Terbuka juga kepada semua untuk sertai program ini.
#jommasukusim
#jomsambungmaster
#pilihusim
#gsmfem
4👍1
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA

PERMOHONAN SURAT PENGESAHAN PELAJAR DAN SURAT PENGESAHAN BAGI PENGELUARAN KWSP

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Surat Pengesahan Pelajar dan Surat Pengesahan Bagi Pengeluaran KWSP untuk Semester II, Sesi Akademik 2022/2023 (A222) akan ditutup mulai pada 1 September 2023 (Jumaat) hingga 24 September 2023 (Ahad). Penutupan ini adalah untuk tujuan pengemaskinian status (aktif) pelajar bagi Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 (A231).

Sebarang permasalahan berkaitan perkara ini, pelajar boleh menghubungi Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988110 atau e-mel bpa@usim.edu.my.

Sekian, harap maklum.

“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan

#notisppa
#usim
👍94
Assalamualaikum dan selamat malam.

Mohon sebarkan kepada semua rakan-rakan kamu di fakulti.
----------------
Channel Whatsapp PPA

Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkaitan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada Whatsapp Rasmi academicUSIM wa.me/6067988335

Jom FOLLOW channel Whatsapp AcademicUSIM ➡️ https://whatsapp.com/channel/0029Va6PUg03WHTb99cHSh0E

©️ PPAUSIM2023
👍4🔥31
PENGEMASKINIAN NAMA JAWI DI DALAM PORTAL iSTUDENT

DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) ADALAH DIMOHON UNTUK MENGEMASKINI MAKLUMAT DIRI TERUTAMANYA MELENGKAPKAN NAMA DALAM EJAAN JAWI DI DALAM PORTAL iSTUDENT SEPERTI DI NOTIS.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN MENGEMASKINI SEGALA MAKLUMAT TERSEBUT SEBELUM ATAU PADA 20 SEPTEMBER 2023. KEGAGALAN PELAJAR MENGEMASKINI MAKLUMAT TERSEBUT TERUTAMANYA PELAJAR YANG AKAN BERGRADUASI PADA TAHUN INI MENYEBABKAN NAMA JAWI DALAM SKROL IJAZAH PELAJAR TIDAK TERTERA.

SEBARANG KEMUSYKILAN SILA BERHUBUNG TERUS MELALUI SEKSYEN PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PRASISWAZAH (BPPS) DI SAMBUNGAN 06-798 8326/8335 ATAU APLIKASI WHATSAPP wa.me/6067988335 ATAU EMEL pengijazahan@usim.edu.my

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN.

Dikeluarkan oleh,
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
👍114
DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Tuanku Canselor USIM memperkenankan tarikh untuk Majlis Konvokesyen ke-21 USIM bagi tahun 2023 pada 12–15 Disember 2023 bersamaan 28 Jamadilawal - 2 Jamadilakhir 1445H.

Buat semua bakal graduan, selamat bergraduasi!

Sertai TELEGRAM KHAS KONVOKESYEN t.me/Konvo21USIM

#konvo21USIM
13👍5
PENGUMUMAN KEPADA SEMUA BAKAL GRADUAN

DYMM
Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor USIM telah memperkenan tarikh untuk dilangsungkan Majlis Konvokesyen Ke-21 USIM pada 12-15 Disember 2023 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM.

Bakal graduan diminta melayari laman web Majlis Konvokesyen Ke-21 USIM melalui alamat konvo.usim.edu.my bagi merujuk maklumat terperinci berkaitan Majlis Konvokesyen Ke-21 USIM mulai pada 20 September 2022.

Bakal graduan juga diminta merujuk kepada sidang yang terlibat sebagaimana di Lampiran A dan memastikan pengesahan kehadiran bakal graduan dibuat melalui portal Istudent pada menu graduation attendance confirmation. Semua bakal graduan wajib mengesahkan kehadiran dan sekiranya mengesahkan HADIR, bakal graduan perlu mencetak Surat Jemputan Graduan ke Majlis Konvokesyen Ke-21 USIM bagi tujuan bukti kehadiran semasa hari konvokesyen.

Info lanjut sila rujuk notis penuh seperti di lampiran.
👍2313😢5
Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun tanggal 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Walau di mana kita berapa, ucapan Selamat Hari Malaysia adalah tanda ingatan buat negara yang kita cintai.

Selamat Hari Malaysia 2023

#harimalaysia2023
#usim
9😍4👍2
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2022/2023 (A222)

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2022/2023 (A222) bagi program Ijazah Sarjana Muda boleh dicapai melalui Mobile Apps selepas pengesahan Mesyuarat Senat Universiti pada 20 September 2023 mulai jam 6.00 petang.

Keputusan peperiksaan boleh di capai melalui mobile apps di url berikut https://usimmobile.usim.edu.my

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pelajar boleh merujuk terus ke pejabat fakulti masing-masing atau menghubungi Pusat Pengurusan Akademik (PPA) di talian 06-7988335 (Whatapps wa.me/6067988335) atau emel kepada peperiksaan@usim.edu.my

Sekian untuk makluman,

Dikeluarkan oleh:-
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
😱51👍205🎉3😁2