USIM | Info Akademik USIM
13.8K subscribers
564 photos
2 videos
26 files
362 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2026
Download Telegram
NOTIS PRA-PENDAFTARAN A202 .pdf
97.3 KB
PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2020/2021
⚠️PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA ⚠️

PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2020/2021

Pra-pendaftaran kursus bagi Semester II, Sesi Akademik 2020/2021 adalah seperti di notis diatas ☝🏻.

Mohon kerjasama semua pelajar (termasuk pelajar berstatus Tangguh Pengajian serta Tidak Mendaftar pada semester semasa) untuk membuat pra-pendaftaran kursus sebagaimana tarikh yang telah ditetapkan melalui pautan berikut:

https://ireg.usim.edu.my/login.php?

Pelajar yang gagal membuat pra-pendaftaran kursus akan dihalang daripada mendaftar untuk semester hadapan dan akan dikenakan denda sebagaimana
yang telah ditetapkan.

Pelajar diminta menghubungi Fakulti masing-masing atau Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-7988110, sekiranya terdapat permasalahan berkaitan proses pra-pendaftaran ini.

Sekian dimaklumkan.

“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Dikeluarkan oleh:
Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

🔴Notis rasmi ini juga boleh dilihat di laman sesawang rasmi BPA, FACEBOOK BPA & di Portal iStudent.
BILAKAH JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR AKAN KELUAR?

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR AKAN MULA DIPAPARKAN PADA 1 FEBRUARI 2021 SEJURUS SELEPAS PELAJAR MENJAWAB PENILAIAN PENILAIAN KURSUS & PENGAJARSAN SECARA ONLINE (eNILAI).
JADUAL PEPERIKSAAN TERKINI.pdf
190.7 KB
📌 JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2020/2021

BERSAMA INI DISERTAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I 2020/2021 UNTUK RUJUKAN PELAJAR. PASTIKAN ANDA MENJAWAB eNILAI BERMULA 1 FEBRUARI 2021 UNTUK MENJANA SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR.

KURSUS YANG TIDAK DIJADUALKAN ADALAH TERLIBAT DENGAN PENILAIAN BERTERUSAN. MAKLUMAT PENUH SEMUA SENARAI KURSUS YANG TERLIBAT DENGAN PENILAIAN/PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER BOLEH DILIHAT SELEPAS PELAJAR MELENGKAPKAN ENILAI BERMULA 1 HINGGA 28 FEBRUARI 2021.
📢 PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA 📢

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2020/2021

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2020/2021 akan berlangsung mulai 8 hingga 28 Februari 2021.

Bersama-sama ini dilampirkan (seperti diatas 👆🏻) Jadual Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2020/2021. Kursus yang tidak dijadualkan adalah terlibat dengan Penilaian Berterusan.

Maklumat lengkap semua senarai kursus yang terlibat dengan
Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester boleh dilihat selepas pelajar melengkapkan Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) bermula 1 hingga 26 Februari 2021.

Sebarang
pertanyaan dan kemusykilan sila berhubung terus melalui fakulti masing-masing atau Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8335 /8326 atau emel kepada bpa@usim.edu.my

Sekian, Harap Maklum.

‘BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA’

Dikeluarkan oleh:
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

🔴Notis rasmi ini juga dipaparkan didalam poertal iSTUDENT, Facebeook BPA & laman sesawang rasmi BPA. Mohon sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
📢 PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA 📢

PENILAIAN KURSUS DAN PENGAJARAN (eNilai) SECARA ONLINE BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2020/2021

Dimaklumkan bahawa, Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) boleh dibuat mulai pada 1 hingga 26 Februari 2021.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar dikehendaki melengkapkan Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) secara online melalui pautan http://enilai.usim.edu.my bagi membolehkan pelajar melihat:

i. Jadual Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2020/2021 (Kursus yang terlibat Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester Secara Dalam Talian)

ATAU

ii
. Senarai kursus yang didaftarkan untuk Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2020/2021 (Kursus yang terlibat dengan Penilaian Berterusan).

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8329/8326 atau melalui emel bpa@usim.edu.my

Sekian
, Harap Maklum.

“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Dikeluarkan oleh:
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

🔴Notis rasmi ini juga dipaparkan didalam poertal iSTUDENT, Facebeook BPA & laman sesawang rasmi BPA. Mohon sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
Jom Bantu kami di USIM Admissions untuk hebahan UPUOnline
https://youtu.be/jaQuTbA6u3U

Jemput tonton semua😁

Kongsikan informasi penting ini kepada saudara-mara dan rakan-rakan anda.

Ketahui informasi berkaitan cara-cara permohonan UPUonline.

Jadikan USIM Destinasi pengajian anda.

#USIMpilihanpertama

Subscribe & Share!
📌 ASSALAMUALAIKUM WBT.

MOHON KERJASAMA ANDA SEMUA UNTUK MELUANGKAN MASA MELAKUKAN KAJIAN MAKLUM BALAS PELANGGAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK (BPA), UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

KAJIAN INI AMAT PENTING UNTUK PENAMBAHBAIKAN KAMI PADA MASA AKAN DATANG.

KERJASAMA ANDA SEMUA AMAT KAMI HARGAI 🤝

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdLIAv3TAeovJykeVoGklnBAhicS9SaACOHkrJGiztnW7wlGA/viewform
📢 MAKLUMAN KHAS DARI SDEC (PUSAT PEMBANGUNAN SISTEM & KEJURUTERAAN) 📢

PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM PENILAIAN KURSUS DAN PENGAJARAN (eNilai)

SISTEM eNILAI DITUTUP SEMENTARA BAGI MEMBERI LALUAN PADA PENDAFTARAN TAMHIDI. SISTEM AKAN DIBUKA SEMULA PADA 2 FEBRUARI 2021.

SEKIAN.
📢PENGUMUMAN📢
⚠️PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA⚠️

📵📵 LARANGAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT/ ALAT KOMUNIKASI GAJET 📵📵

Adalah Dimaklumkan Bahawa, Telefon Bimbit/Alat Komunikasi Gajet Tidak Dibenarkan Dibawa Masuk Ke Dalam Bilik/Dewan Peperiksaan. Pelajar Yang Tidak Mematuhi Arahan Ini Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib Di Bawah Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009.

Membawa Masuk/Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Peperiksaan Adalah Satu (1) Kesalahan (Termasuk Semua Alatan Komunikasi Elektronik, Peranti Storan Dan Alatan Digital Lain).

Sekian, Harap Maklum

‘BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA’

Dikeluarkan oleh
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia



🔴Notis rasmi ini juga dipaparkan didalam poertal iSTUDENT, Facebeook BPA & laman sesawang rasmi BPA. Mohon sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
📢PENGUMUMAN📢
⚠️PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA⚠️

PERUBAHAN LOKASI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2020/2021 BAGI FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB)

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2020/2021 yang bertempat di Dewan Peperiksaan 1, Bangunan Fakulti Syariah dan Undang-undang di ubah ke lokasi Dewan Tuanku Canselor (DTC). Tarikh, masa dan no meja adalah kekal sebagaimana yang tertera di slip masuk pelajar masing-masing.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak pentadbiran akademik FKAB di talian 06-798 6579/6519 atau Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 8329/8326.

Sekian, Harap Maklum.

‘BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA’


Dikeluarkan oleh
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia


🔴Notis rasmi ini juga dipaparkan didalam poertal iSTUDENT, Facebeook BPA & laman sesawang rasmi BPA. Mohon sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
📢 NOTIS KEMASUKAN SEMULA PELAJAR KE KAMPUS SECARA FIZIKAL BAGI KATEGORI PELAJAR BERKEPERLUAN SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2020/2021 📢

Link - https://bit.ly/3rkAkz3
📢 NOTIS KEMASUKAN SEMULA PELAJAR KE KAMPUS SECARA FIZIKAL BAGI KATEGORI PELAJAR BERKEPERLUAN SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2020/2021 📢
Hai adik-adik SPM Pro Max 2020!

Ayuh bersama-sama Imam Muda Asyraf (IM Asyraf) dalam sesi siaran langsung di You Tube USIM Admissions dengan membawakan tajuk perkongsian, " Don't Give Up, Jom Tempuh!" .

Sesi kali ini dibawakan khas untuk adik-adik yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 sudah tentunya adik-adik merasa resah, gementar dan panik untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.

Semoga dengan tips dan perkongsian dari IM Asyraf dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada adik-adik untuk menghadapi peperiksaan SPM nanti. InshaAllah.

Bila tu?

Tarikh: 13 Februari 2021
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 malam
Link: https://youtu.be/lyU22KGxAfw

Untuk adik-adik yang nak menang hadiah istimewa dari kami di USIM Admission untuk sesi cabutan bertuah, jom daftar kehadiran sekarang di: http://bit.ly/BBUA-IMAsyraf

Terima kasih
USIM Admission