USIM | Info Akademik USIM
13.8K subscribers
561 photos
2 videos
26 files
362 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

Β© PPAUSIM2026
Download Telegram
TAKWIM AKADEMIK (FPg) SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2023/2024 (KAMPUS NILAI)
πŸ‘4❀1
TAKWIM AKADEMIK (FPSK) SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2023/2024 (KAMPUS NILAI)
πŸ‘7❀2
PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA) (AMBILAN MAC)

KELULUSAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2022/2023

Dimaklumkan bahawa permohonan pemindahan kredit bagi pelajar Sarjana Muda (Lepasan Diploma) (Ambilan Mac) bagi Semester II, Sesi Akademik 2022/2023 telah pun dipertimbangkan oleh Fakulti/Pusat selaku pemilik kursus.

Surat Kelulusan Pemindahan Kredit boleh diperoleh di pejabat Bahagian Pengajian Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik mulai 23 Mei 2023 (Selasa).

Pertanyaan lanjut? Anda boleh hubungi Fakulti masing-masing atau Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengajian Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-798 8110.

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh:
Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
πŸ‘3❀2πŸ”₯2
PINDAAN TAKWIM AKADEMIK SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2022/2023 (KAMPUS NILAI)
SERAHAN SURAT TAMAT PENGAJIAN (SARJANA MUDA) & TRANSKRIP AKADEMIK RASMI YANG TELAH DISAHKAN LAYAK DIANUGERAHKAN IJAZAH (LDI)

TAHNIAH
diucapkan kepada bakal graduan yang baharu sahaja disahkan TAMAT PENGAJIAN oleh pihak Senat Universiti dan LAYAK DIANUGERAHKAN IJAZAH (LDI) pada FEBRUARI dan MAC yang lalu.

Bakal graduan dibenarkan mengambil Surat Pengesahan Tamat Pengajian & Transkrip Akademik Rasmi secara bersemuka (walkin) bermula pada 29 Mei | Isnin (wajib mengisi slot temujanji pengambilan melalui pautan https://www.picktime.com/AmbilSkrolUSIM) bertempat di pejabat Pusat Pengurusan Akademik, Bhgn. Pengajian Prasiswazah (BPPS), Aras 2 Bangunan Canselori atau diambil pada hari konvokesyen Disember ini.

Bakal graduan juga mestilah melengkapkan borang clearance di Jabatan Bendahari & Perpustakaan terlebih dahulu sebelum hadir mengambil dokumen tersebut.

Untuk kaedah pengeposan, sila hubungi admin melalui Aplikasi Whatsapp di wa.me/6067988335

⚠️ Bakal graduan dikehendaki menyertai channel ‼️Telegram Khas Konvokesyen Kali ke21 USIM | t.me/Konvo21USIM bagi memudahkan urusan penyampaian info berkaitan Konvokesyen dari semasa ke semasa.

πŸ“„Borang clearance ➑️ https://rb.gy/o4ee0
πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“Senarai nama yang telah disahkan Layak Dianugerahkan Ijazah ➑️
https://rb.gy/fw926

Pertanyaan
lanjut, sila hubungi admin melalui Aplikasi Whatsapp di wa.me/6067988335

Sekian untuk makluman.
πŸ‘7❀4
Assalamualaikum wbt. para pelajar sekalian 😊

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik sedang dalam menjalankan kajian kepuasan pelanggan bagi separuh tahun pertama (Jan-Jun) 2023.

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama saudara/saudari untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan seperti yang tertera pada pautan https://forms.gle/HPQWnqPzhbFEeMhdA sebelum atau pada 30 Jun 2023.

Terima kasih atas maklumbalas, respon anda amat kami hargai 😊
πŸ‘2❀1
​​PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIRSEMESTER II, SESI AKADEMIK 2022/2023

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2022/2023 akan berlangsung mulai pada 17 Julai hingga 4 Ogos 2023.

Bersama-sama ini dilampirkan Jadual Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2022/2023 untuk makluman kepada semua pelajar. Diingatkan bahawa, Jadual Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada pindaan. Sebarang perubahan tarikh dan masa mungkin berlaku tertakluk kepada situasi dan keadaan semasa.

Kursus yang tidak tersenarai di dalam jadual adalah kursus yang Tiada Peperiksaan/Penilaian Akhir atau dilaksanakan Secara Nyah Pusat (sila berhubung dengan Fakulti/Pusat untuk maklumat lanjut).

Maklumat lengkap berkaitan Jadual Peperiksaan seperti lokasi, tempoh masa dan lain-lain boleh dilihat selepas pelajar melengkapkan Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) bermula pada 10 Julai 2023.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila berhubung terus melalui fakulti masing-masing atau Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988329/8326/8335 atau emel kepada peperiksaan@usim.edu.my atau Whatapps wa.me/6067988335 untuk maklumbalas segera.

Dikeluarkan oleh:
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik

➑️ Telegram | t.me/infoBPAUSIM
➑️ Whatsapp | wa.me/606798833
​​Anda pernah dengar perkataan Nasisisme? Pernah berhadapan dengan mereka yang bersifat Narsisme??
Macam mana nak hadapi mereka yang bersifat Narsisme?

OK jom sertai Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik dengan tajuk yang menarik pada pagi ini.

Disebalik Topeng Narsisme

βœ… Tarikh : 16 Jun 2023 (Jumaat)
βœ… Masa : 10.00 Pagi
βœ… Penceramah : YBrs. Dr. Nurazah Ismail, FPSK
βœ… Pautan MS Teams : https://bit.ly/3WTiFj6
βœ… FB Profile : facebook.com/akademik.usim

Semua dijemput hadir 😊
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga amal ibadah dan pengorbanan kita diberkati dan mendapat rahmat dan keredhaan daripada Yang Maha Esa.

#RayaHaji2023
​​ONLINE EXAM SIMULATION A222

DATE: 5-7 JULY 2023 (3 days)
TIME: 9.00 AM - 5.00 PM

INSTRUCTIONS TO CANDIDATES:
πŸ“ This simulation contains 5 sections.
πŸ“ Students MUST COMPLETE all sections.
πŸ“ Please read and understand the Online Assessment Technical Guidelines (Student)

USIM EXAMPORTAL:
https://myexam.usim.edu.my

❗️This simulation is MANDATORY for exam candidates who will sit ONLINE FINAL EXAM papers.

Simulation course is AVAILABLE in student's course list (My courses) in EXAMPORTAL
​​PENILAIAN KURSUS & PENGAJARAN (eNilai) DAN CETAKAN SLIP MASUK PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2022/202

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2022/2023 akan berlangsung mulai pada 17 Julai hingga 4 Ogos 2023.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) bagi tujuan Cetakan Slip Masuk Peperiksaan melalui Portal iStudent bermula pada 10 hingga 23 Julai 2023 seperti di notis.

⚠️Kegagalan membuat eNilai akan menyebabkan pelajar tidak memperolehi Slip Masuk Peperiksaan dan Tidak Dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan.

Sekian, Harap Maklum.
Mohon PERHATIAN

Kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan secara dalam talian bagi Semester A222 ini, anda boleh melengkapkan SIMULASI PEPERIKSAAN sepertimana butiran di bawah selewat-lewatnya pada 14 Julai 2023 (Jumaat), 12.00 tengah hari.

USIM EXAMPORTAL:
https://myexam.usim.edu.my

Komitmen anda berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Sumber : SDEC USIM
πŸ‘1
​​TARIKH PENTING PELAKSANAAN PENILAIAN/PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2022/2023 PROGRAM SARJANA MUDA
​​Khusyuk dalam solat? Diri akan rasa bahagia?
Betul ke?? Macam mana tu?

OK jom luangkan masa anda dan sertai Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik edisi Julai 2023 dengan tajuk menarik iaitu "KHUSYUK DALAM SOLAT, KUNCI KEBAHAGIAAN".


πŸ”’Tarikh : 13 Julai 2023 (Khamis)
⌚️Masa : 2:30 petang
πŸ€΅πŸ»β€β™‚οΈPenceramah : Dr. Mohd Yusuf Ismail, FPQS
πŸ–₯ MS Teams : https://shorturl.at/dksZ3

Jangan ketinggalan..anda dijemput hadir ☺️
​​Bersama ini disertakan semula Kedudukan Dewan Peperiksaan di DTC untuk rujukan para calon peperiksaan akhir.

Pastikan anda ke lokasi yang betul unthk mengelakkan sebarang kesulitan semasa peperiksaan berlangsung.