☄️ STUDY LAST MINUTE ☄️
187 subscribers
167 photos
4 videos
33 files
59 links
JOM STUDY SAMA2 UNTUK STPM😆
BTW SAYA AMBIK PA+EKO+BM+SEJ..🙈
WE CAN DO THIS GUYS!!! SPM KITA DPT TKKN STPM TKLEHH kann! 🥳😎🎊
Download Telegram
🌱PEMAKANAN ORGANISMA UNISEL🌱
Organisma unisel ialah organisma yang terdiri daripada satu sel sahaja.

- Amoeba sp. bergerak ke arah makanan dengan mengunjurkan pseudopodium untuk memerangkap zarah makanan [fagositosis]
- Bagi Paramecium sp. pukulan silium membantu zarah makanan masuk ke dalam alur mulut.

-Makanan yang dibungkus dalam vakuol makanan kemudiannya bergabung dengan lisosom.

- Zarah makanan dihidrolisis oleh enzim lisozim dalam lisosom.

- Nutrien yang dihasilkan diserap ke dalam sitoplasma.

- Makanan yang tidak tercerna disingkirkan apabila Amoeba sp. bergerak.
- Makanan yang tidak tercerna dalam Paramecium sp. disingkirkan melalui liang dubur.
BIO: CIRI BAHAN YANG BERGERAK MERENTASI MEMBRAN PLASMA

......................................................

-BAHAN LARUT LIPID/Lemak (Molekul tidak berkutub):
• Asid lemak
• Gliserol
• Vitamin larut lemak (A, D, E, K)
• Sebatian steroid

......................................................

-BAHAN TIDAK LARUT LIPID

1) MOLEKUL KECIL DAN ION (melalui Protein Liang)
• Molekul berkutub: air
• Molekul tidak berkutub: oksigen, karbon dioksida
• Ion "MUNG CAKNA" : Mg²+, Ca²+, K+, Na+

......................................................

2) MOLEKUL BESAR (melalui Protein Pembawa)
Ingat Gaa!
• Glukosa
• Asid amino
🌱Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma🌱


🪵Pengangkutan pasif : Molekul bergerak menuruni kecerunan kepekatan, dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan lebih rendah.

Resapan ringkas : Pergerakan bahan merentasi membran, sehingga keseimbangan dicapai.

Osmosis : Resapan molekul air dari larutan berkepekatan rendah (keupayaan air tinggi) ke larutan berkepekatan tinggi (keupayaan air rendah) merentasi membran.

Resapan berbantu : Pergerakan molekul dari kepekatan tinggi ke rendah merentasi membran dengan bantuan protein liang atau protein pembawa .



🪵Pengangkutan aktif : Molekul bergerak menentang kecerunan kepekatan, dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan lebih tinggi. (Tenaga diperlukan)
👍2🥰1
Forwarded from Deleted Account
TEASER BY RAJABIO
👍1
🥔KARBOHIDRAT🥖
- Terdiri daripada unsur karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O) dalam nisbah 1:2:1
- Penting sebagai sumber tenaga [glukosa] dan menjadi bahan asas struktur sokongan [contohnya selulosa pada dinding sel tumbuhan]

...............................................................................

💠Monosakarida:- monomer karbohidrat iaitu unit karbohidrat yang paling ringkas

- Glukosa : Gula dalam tumbuhan (Padi, Gandum, Anggur)
- Fruktosa : Gula yang terdapat dalam madu dan buah–buahan manis.
- Galaktosa : Terdapat dalam susu

————————————————————————

💠Disakarida
:- 2 molekul gula ringkas (monosakarida) bergabung melalui kondensasi untuk membentuk satu unit disakarida.

(Akronim: GLU MAL, FRUK SU, GAL LA) +GLUKOSA
GLU=MAL : GLUKOSA +GLUKOSA = MALTOSA
FRUK=SU : FRUKTOSA +GLUKOSA = SUKROSA
GAL=LA : GALAKTOSA +GLUKOSA = LAKTOSA

————————————————————————

💠Polisakarida
:-
Gula polimer yang terdiri daripada monomer monosakarida. Terbentuk melalui proses kondensasi dan melibatkan beratus-ratus monosakarida untuk membentuk rantai molekul yang panjang.

- Selulosa: struktur utama dalam dinding sel tumbuhan.

- Kanji: simpanan utama dalam tumbuhan dan boleh didapati dalam kloroplas (Sumber: bijirin, ubi kentang dan kekacang)

- Glikogen: Simpanan utama yang didapati dalam sel otot dan sel hati haiwan.
👍2
🚰Larutan Hipotonik : Kepekatan bahan terlarut dalam larutan adalah lebih rendah berbanding sitoplasma sel.

- Air meresap masuk ke dalam sel secara osmosis menuruni kecerunan keupayaan air

Sel haiwan mengembang dan mungkin meletus (hemolisis / lisis)

Sel tumbuhan mengembang , vakuol membesar dan membran plasma ditolak ke arah dinding sel.

———————————————

🚰Larutan Isotonik : Kepekatan bahan terlarut dalam larutan adalah sama seperti sitoplasma sel.

- Air meresap ke dalam dan ke luar sel dengan kadar yang sama (tiada pergerakan bersih air).

Sel haiwan adalah normal , bentuk dan saiz sel kekal tidak berubah.

Sel tumbuhan adalah flasid , bentuk dan saiz sel kekal tidak berubah.

———————————————

🚰Larutan Hipertonik : Kepekatan bahan terlarut dalam larutan adalah lebih tinggi berbanding sitoplasma sel

- Air meresap keluar daripada sel secara osmosis menuruni kecerunan keupayaan air.

Sel haiwan mengecut , krenasi berlaku.

Sel tumbuhan mengecut , membran plasma menjauhi dinding sel.
👍6
Contoh Soalan K2 by DidikTv
Meiosis: PMAT

Profasa I :
Pindah silang berlaku dan menghasilkan kombinasi gen yang baharu pada kromosom.
-nukleolus hilang dan membran nuklues terurai.

Metafasa I (Middle) : Pasangan kromosom homolog tersusun di satah khatulistiwa.
-Gentian gelendong melekat pada kromosom.

Anafasa I (Away) : Gentian gelendong mengecut dan menarik kromosom homolog
-Setiap kromosom terpisah dan bergerak ke kutub sel yang bertentangan
-Sitoplasma mula membahagi.

Telofasa I (Two) : Setiap kumpulan kromosom yang mengandungi bilangan kromosom haploid tiba di kutub sel.
-Gentian gelendong mula hilang, Membran nuklues baharu terbentuk mengelilingi tiap kumpulan kromosom.
-Dua sel anak haploid terbentuk (Sitokinesis)

..........................................................................

Profasa II : Membran nuklues menghilang / Gentian gelendong mula terbentuk
-(tiada pindah silang berlaku)

Metafasa II (Middle) : Kromosom tersusun pada satah khatulistiwa.
-Gentian gelendong yang baharu terikat kepada kromosom

Anafasa II (Away) : Gentian gelendong mengecut. Setiap kromatid kembar berpisah dan tertarik ke kutub sel yang bertentangan.
-Sitoplasma mula membahagi.

Telofasa II (Two) : Kromosom membuka pintalan dan menjadi kromatin semula.
-Gentian gelendong menghilang. Membran nuklues baharu terbentuk mengelilingi tiap kumpulan kromosom.
-Empat sel anak haploid terbentuk (Sitokinesis)