Tips Kewangan & Emas By Azam Amiri
2.8K subscribers
1.7K photos
49 videos
17 files
972 links
Channel Telegram rasmi Info Emas bagi mendapat perkongsian mengenai panduan, motivasi dan info terkini pasal emas dan kewangan.

Nak mula simpan emas serendah RM100 boleh pm saya terus di www.wasap.my/60179600278/SimpanEmasSerendahRM100
Download Telegram
Ada dua kemungkinan kenalan kita datang nak jumpa setelah lama tidak berjumpa dengan kita.

1. Datang nak pinjam duit, kalau tak bagi nanti dia akan kata kita tidak ingat kawan lama.

2. Datang nak pinjam duit juga, kalau tak bagi nanti dia kata kaya saja, taknak tolong orang.

Ehh dua-dua sama, ya inilah kebiasaannya. Orang waktu senang dia “tidak ingat dunia”, berbelanja bagaikan hidup masih lagi 100 tahun.

Memang betul apa yang diberitahu oleh mentor saya, masalah kewangan berlaku sebab dua perkara.

Yang pertama adalah tidak mempunyai simpanan, dan apabila tidak mempunyai simpanan akan datang masalah kedua iaitu kita akan berhutang.

Apabila kita suruh buat simpanan, dia bilang kita mau promot ini bisnes emas pula. Sedangkan kita suruh dia buat simpanan.!!

Jangan main-main dengan hutang, biarlah hidup biasa-biasa daripada kita ada hutang yang banyak. Takut nanti hidup untuk gali lubang tutup lubang.

Tidak perlu nak bermewah-mewah, ukur baju dibadan sendiri. Musim raya ini, kena tahu mana yang keutamaan, keperluan ataupun kehendak.

Tak pakai baju raya baru, tidak berdosa besar pun. Tak bayar hutang orang itu yang kena risau.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
5G TALKSHOW | EMAS SEBAGAI DANA PERKAHWINAN

Program khas untuk penyimpan emas di bawah team #5GAssociates yang ingin tahu kupasan mendalam berkenaan “Emas Sebagai Dana Perkahwinan”.

Dan semestinya banyak lagi ilmu mahal yang akan dikongsikan nanti. Seminar ini untuk anda! Semua dijemput hadir.

Tarikh : 8 April 2024 (Isnin)
Masa : 10.30 Malam
Platform : Live FB
https://www.facebook.com/profile.php?id=100083357911656&mibextid=2JQ9oc

PANEL 1
•Cik Odah Solehah
•Persara Mahasiswa
•Pearl Triple Star Founder Master Dealer Public Gold

PANEL 2
•Pn Badri Anis
•Auditor
•Master Dealer Public Gold

MODERATOR
Cik Nabihah Hakim

Jom Hadir Ramai-Ramai
“Misi 10 Juta Penyimpan Emas”

Petang ini saya diminta oleh seorang dealer Public Gold dibawah bimbingan saya dari Indonesia iaitu bapak Agung Andika Chandra untuk buat satu perjumpaan khas secara online bersama dengan temannya bapak Helmi dari Semarang.

Tidak lain dan tidak bukan sesi ini adalah untuk memberi perkongsian tentang peluang membina bisnes Public Gold Indonesia dan menceritakan tentang bisnes model Public Gold kepada temannya iaitu bapak Helmi yang merupakan leader terbesar produk (HPA) di Indonesia sekarang ini.

Sesi sepanjang satu jam ini telah membuka mata tentang potensi bisnes Public Gold di Indonesia dan bagaimana cara untuk kembangkannya. Kerana bisnes Public Gold hanya berfokuskan kepada edukasi tentang ilmu emas dan kewangan.

Potensi bisnes Public Gold di Indonesia sangat besar dan akan berkembang 10 kali ganda lebih laju dan besar berbanding di Malaysia dengan populasi penduduk Indonesia yang sangat ramai.

Sekarang jumlah pelanggan emas yang berdaftar di Malaysia sudah ada lebih 1 juta orang dan InsyaAllah menjelang tahun 2030 pelanggan Public Gold akan capai 10 juta orang.

Inilah misi kami untuk sebarkan seluas mungkin ilmu tentang emas manfaat dan kebaikan menyimpan emas bersama Public Gold. InsyaAllah.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgoldindonesia
CLUB 100 ACHIEVEMENT

Tahniah kepada Tuan Azam Amiri & Puan Raziatul Mardhiah atas usaha gigih telah mendapat 100 direct frontline baru bagi tahun kewangan Public Gold 2024/2025 ini.

Teruskan usaha untuk mencapai target seterusnya. See you at the top!

#club100 #clubachievement #5gassociates
Semalam kami diundang untuk datang ke majlis rumah terbuka sambutan hari raya dirumah pakar kewangan No.1 Malaysia iaitu Tuan Azizi Ali.

Tuan Azizi Ali adalah “otai” yang paling lama dalam industri kewangan dan telah menulis buku-buku kewangan lebih 30 biji sejak 30 tahun yang lepas.

Majoriti orang yang belajar tentang kewangan dan bisnes di Malaysia akan kenal Tuan Azizi Ali. Kalau tidak kenal Tuan Azizi Ali maksudnya belum capai level yang tinggi dalam industri kewangan.

Beliau adalah guru kepada ramai guru-guru kewangan di Malaysia sejak berpuluh tahun yang lepas. Seorang yang sangat humble dan sangat tegakkan perkara yang benar dan betul dalam kewangan.

Dengan ilmu beliau dan sumbangan beliau telah memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia yang mula celik tentang kewangan dengan ilmu yang betul dan semestinya sentiasa terpakai sepanjang zaman.

Alhamdulillah, rezeki dapat belajar secara lebih dekat dengan Tuan Azizi Ali apabila beliau buat keputusan untuk mula buat bisnes Public Gold secara “fulltime” dan hari ini beliau sudah menjadi Master Dealer di Public Gold.

Gambar kali ini sangat mahal kerana saya bersama dengan Tuan Azizi Ali yang merupakan pakar kewangan No.1 di Malaysia, guru emas saya Tuan Syukor Hashim yang merupakan ikon pelaburan emas No.1 di Malaysia dan sahabat saya Tuan Azim Aliif.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Antara perkara yang saya paling suka adalah melihat penyimpan emas dibawah bimbingan saya gembira dan seronok dapat memulakan dan tambah simpanan emas mereka dalam akaun emas GAP.

Alhamdulillah untuk dalam tempoh 2 minggu ini saya telah membantu lebih 100 orang penyimpan emas baru yang mula buat simpanan emas dibawah bimbingan saya. Semua mereka buka akaun emas GAP Public Gold untuk mula menabung.

Ini adalah sebahagian testimoni dari penyimpan emas yang baru mula simpan emas dan yang telah konsisten menyimpan emas melalui akaun GAP.

Doakan semoga mereka ini terus konsisten menyimpan emas dengan betul dan berilmu untuk mencapai target dan impian masing-masing, InsyaAllah.

Nak saya bantu anda untuk mula simpan emas, boleh baca info dan register disini: https://mypublicgold.com/azamamiri

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Bermula sebagai penyimpan emas dibawah bimbingan saya sejak 3 tahun lepas sebelum sambung belajar di UPSI lagi, dan sekarang Ikmal Nizam sambung belajar di UPSI Tanjung Malim.

Kelebihan anak muda yang mula simpan emas lebih awal dan buat simpanan sewaktu masih muda, mereka akan lebih cepat faham tentang kewangan dan kewangan akan lebih stabil abila memulakan alam kerjaya nanti.

Yang pertama sebab mereka sudah tahu bagaimana cara yang betul untuk kawal duit dan sudah tahu cara untuk membina kekayaan dengan buat simpanan.

Yang kedua, mereka sudah ada simpanan semasa masih belajar lagi dan dengan simpanan tersebut akan menjadikan mereka tidak akan ada masalah kewangan dikemudian hari.

Yang lagi menguntungkan, semasa masih muda mereka telah mengambil peluang untuk mencari pendapatan dan pendapatan itu adalah pendapatan pasif iaitu kita buat sekali dan ianya akan dapat berkali-kali sampai bila-bila. Ini kita akan jadi kaya!!

Ikmal Nizam ini telah buat keputusan untuk menjadi dealer Public Gold dibawah bimbingan saya dalam team #5gassociates beberapa minggu yang lepas. Hari ini kebetulan saya ada di Tanjung Malim sempat berjumpa untuk kongsikan tentang bisnes plan kepadanya.

Dalam tempoh seminggu dua ini beliau sudah berjaya membantu hampir 50 orang penyimpan emas baru dibawah bimbingannya. Tahniah saya ucapkan.

P/s: Saya baru perasan, dalam gambar ini kami bertiga dan sebenarnya kami dulu sekolah menengah berasrama di sekolah yang sama di SMU(A) Al-Kauthar, Kota Bharu, Kelantan. 😂

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Tahniah kepada kesemua 8 orang Master Dealer baru dalam team Public Gold By 5G Associates Official yang baru capai pada bulan April 2024 ini.

Kejayaan dealer-dealer dalam bisnes Public Gold
semakin hari semakin mudah sebab adanya “support system” yang disediakn oleh team #5gassociates.

“Success Is Predictable, See You At The Top”

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold
Tiada betul, tiada salah…

Saya bergerak atas dasar IMPIAN, dan saya percaya untuk capai impian semestinya akan ada proses, cabaran dan halangan yang kita wajib lalui.

Segala keputusan yang kita lakukan adalah betul untuk kita, tapi mungkin orang lain nampak tidak betul. Sebenarnya, setiap kita mempunyai impian.

Apabila kita mempunyai impian, cabaran yang besar pun kita akan nampak kecil. Kita tidak akan pernah rasa rugi sepanjang proses perjalanan untuk kita capai impian.

Saya memang sudah ada impian saya, sebelum umur 25 tahun saya akan capai “financial freedom & time freedom”. Saya sambung belajar dan sekiranya saya tidak bekerja itu bukan kerugian bagi saya.

Sebab itu adalah sebuah proses untuk saya capai impian saya. Saya belajar penat-penat, korbankan segala macam diusia muda untuk capai impian saya. Kenapa saya harus berpenat lagi?.

Saya fikir sebahagian orang tidak boleh terima apa yang kita kongsi. Kita jangan anggap apa yang kita kongsikan semua orang boleh terima dengan hati yang terbuka, malah sebaliknya.

Kadang-kadang sebenarnya orang tak faham pun apa yang kita kongsikan, kita ja syok sendiri. Ada perkongsian yang sesuai dengan tempatnya dan sebaliknya.

Mindset orang ni berbeza, ada orang mindset dia memang suka makan gaji dan bagi dia makan gaji adalah sesuai kepada dia. Maka itulah pilihan dia, tidak ada betul dan salah.

Ada orang mindset dia perlu buat bisnes dan bagi dia dengan bisnes lah cara paling mudah dan cepat untuk dia capai impian dalam hidupnya, juga tidak ada betul dan salah. Itu pilihan dia.

Ada orang tidak mahu jadi kaya pun, tapi hakikatnya dia sendiri perlukan kekayaan. Ada orang dia nak sangat jadi kaya dan dia sangat bersungguh-sungguh untuk mencapai impian dia mahu menjadi orang kaya.

Ada orang yang menganggap bagi dia lebih baik makan gaji dari berbisnes, ada orang mngananggap lebih baik berbisnes daripada makan gaji. Juga tidak ada betul dan salahnya.

Sebenarnya setiap kita ini tidak serupa, memang akan ada yang bertentangan dengan kita, akan ada sama dengan kita malah ada yang langsung tidak peduli pun dalam hidup dia apa yang perlu dicapai.

Sebab itu dalam bisnes, saya memang tidak suka untuk paksa orang buat seperti apa yang saya buat. Kalau orang nak ikut kita semestinya dia akan bagitau dan dia sendiri akan buat. Saya akan bantu sebaik mungkin.!!

Kalau orang taknak buat, kita suruh macam mana sekalipun dia tidak akan buat sebab bagi dia ini bukan yang terbaik kepada dia. Kita hanya teruskan apa yang kita telah buat.

Kita kena raikan semua pendapat dan cara hidup setiap orang. Sebab itulah Allah jadikan ada orang yang pelbagai melakukan semua perkara, ada yang jadi nelayan, ada yang jadi polis, guru, pensyarah, bisnes dan sebagainya.

Allah jadikan orang kaya, Allah juga jadikan orang miskin. Kita tidak boleh salahkan kenapa dia kaya dan kenapa dia miskin. Pada masa yang sama semua ini akan saling melengkapi antara satu sama lain. Semuanya ada hikmahnya.

Tapi kita kena ingat masing-masing ada tanggungjawab dan amanah yang tersendiri, orang kaya ada untuk melengkapi orang miskin, orang miskin ada sebab untuk melengkapi orang kaya.

Hidup di dunia ini memang kita rancang tapi kita kena ingat yang sebenarnya Allah juga maha merancang dan semua ditentukan oleh Allah SWT. Kita berjaya atau tidak berjaya semuanya sudah tertulis dalam suratanNya.

Maka teruskanlah apa pilihan kita...

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#5gassociates #notaazamamiri #publicgold
𝙊𝙁𝙁 𝙏𝙊 𝙄𝙉𝘿𝙊𝙉𝙀𝙎𝙄𝘼 🇮🇩 ✈️

Kembali lagi saya ke Idonesia untuk misi mengedukasikan tentang emas dan keuangan kepada warga Indonesia, InsyaAllah jumpa disana!!

InsyaAllah kali ini saya dan team akan adakan seminar edukasi emas untuk warga Indonesia dan akan adakan training khas untuk dealer-dealer Public Gold Indonesia dari team 5G Associates Indonesia.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #publicgold #5gassociates
KINI KEMBALI KE PANTAI TIMUR!

Bagi orang Pahang yang serius nak ubah kewangan keluarga, jemput hadir ke #SeminarMembinaSatuJutaPertama di :

Lokasi : Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan, Pahang
Masa : 10:30 pagi
Tarikh : 18 Mei 2024 (Sabtu)

Boleh register di https://forms.gle/a7KNxoJXQ73aYNhB9 untuk sahkan tempat.

Tempat terhad untuk 200 pax sahaja.

Belum pernah menabung emas di Public Gold juga boleh hadir.
---------------------------
Bagi dealer #PGG100Network & #5GAssociates sesi Getting Started Right akan berlangsung jam 1:45 petang di dewan yang sama.

#G100RegionalTour
Seminar edukasi emas malam ini disampaikan oleh mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie di Jakarta tentang topik “Pensiun Dini Dengan Emas”.

Antara topik yang dikongsikan oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie malam ini adalah tentang bagaimana cara untuk menguruskan kewangan dengan betul dan membina kekayaan dengan emas.

Antara kesilapan ramai orang hari ini apabila mempunyai masalah kewangan adalah dengan menambah hutang dan menambah pelaburan.

Sebenarnya perkara paling penting apabila kita mempunyai masalah kewangan dan ingin membina kekayaan adalah dengan menambah ilmu.

Kekayaan adalah soal berapa banyak harta yang kita miliki, bukan soal pekerjaan apa yang kita lakukan dan berapa banyak pendapatan kita, tapi berapa banyak harta kita ada yang mampu untuk bertahan.

Formula kekayaan yang betul adalah:
[ Kaya = Tabungan + Harta - Hutang ]

Untuk membina kekayaan, pastikan setiap tahun hutang kita semakin berkurang dan tabungan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Nasihat untuk anak muda:

Belajar ilmu di universiti kita akan dilatih untuk menjadi pekerja yang baik. Bukan melatih kita untuk jadi orang kaya. Kalau nak jadi kaya kena belajar dengan orang yang kaya. Baru kita akan jadi kaya.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgoldindonesia
“Bersyukurlah dan hargailah apa yang ada”

Inilah antara point yang saya sangat tersentuh ketika bersembang dengan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie semasa kami bersarapan pagi tadi di Jakarta.

Berulang kali Tuan Zul cakap tentang ini. Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah nescaya baru kita akan hargai apa yang kita ada sekarang.

Sebab apa ramai orang sentiasa tidak “happy” dalam hidup mereka sebab mereka ingin sentiasa rasa happy dengan perkara yang tiada pada mereka. Sebab itulah kita kena sentiasa happy dengan perkara yang kita ada.

Apabila kita memikirkan benda yang tiada dalam hidup kita semestinya hidup kita tidak pernah akan rasa happy dan tenang. Hidup kita akan merasakan tidak pernah cukup dan sentiasa dalam kegelisahan.

Mentor saya sangat tekankan tentang bersyukur dan ucaplah terima kasih kepada orang yang memberi jasa dan menjadikan hidup kita lebih baik tanda kita hargai mereka. Ucaplah terima kasih.

Terima kasih Tuan Mentor atas segala tunjuk ajar kepada saya untuk sentiasa rasa bersyukur apa yang seadanya. Berterima kasihlah, hargailah dan hormatilah kepada orang yang berjasa kepada kita.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgoldindonesia
Ada penyimpan emas dibawah bimbingan saya membeli emas RM10,000 setiap bulan sebagai tabungan. Beliau masih lagi anak muda dan saya pernah berjumpa dengan beliau.

Pertama kali saya jumpa beliau di Menara Public Gold Kuala Lumpur dua bulan lepas, beliau datang naik motor kapcai sahaja dan pada waktu itu beliau beli 10 dinar emas bayar secara tunai. Bulan lepas beliau beli lagi, hampir RM10k dan hari ini beliau beli lagi RM10k.

Orang kaya ni ramai sebenarnya, mereka kaya sebab mereka ada tabiat menyimpan. Orang kaya mereka akan usaha untuk perbanyakkan simpanan dan aset mereka. Sebab itulah mereka bertambah kaya.

Pesan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie, asas membina kekayaan adalah dengan kita menyimpan. Selagi mana kita tidak menyimpan, selagi itulah kita tidak akan jadi kaya.!! Simpan duit selalu bocor, jangan teruskan dengan cara yang sama, tukar cara dengan menyimpan emas pula!!

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 (KKDE) & GOLD PARTY PUBLIC GOLD!

Rebut peluang join aktiviti aktiviti yang menarik semasa KKDE!

Bulan ini, Public Gold bersama team #PGG100Network dengan #5GAssociates akan menganjurkan 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦.

Karnival terbesar dan paling meriah dengan pelbagai aktiviti semua peringkat umur.

Berikut aktiviti sepanjang karnival dan open house yang bakal berlangsung:

Beli barang kemas dengan upah rendah
Jual & Trade-in barang kemas lama harga tinggi
Withdraw GAP tanpa kos GIT
Cuci dan uji ketulenan emas percuma
Pameran emas 999 dan 916
Cabutan Bertuah
Seminar emas


Masa dan tempat karnival:

📌 Menara Public Gold @TRX
⌚️ 10.00 pagi - 6.00 petang
🗓 25 Mei 2024 (Sabtu)

Datang beramai-ramai.
Pelbagai promosi dan gift menarik disediakan.

#KarnivalKayaDenganEmas #PublicGold #MenaraPublicGold
“Dalam beg encik ada mas ko?”

Terus terlintas dalam fikiran saya, “polis ni mesti orang Kelantan”. Kemudian baru saya jawab soalan polis tadi “ya tuan, emas dalam beg saya”. 😂

Masa nak masuk pintu perlepasan, kena scan beg macam biasa. Saya tidak risau tentang emas, hanya hanya risau takut dia ambil perfume saya ja. Tiba-tiba dia tanya pasal emas pulak.

Risau juga tadi, takut kena siasat ke apa. Nasib baik polis tadi kata “okey”. Lega rasa, takut emas saya kena rampas. Memang setiap kali travel saya akan bawa emas.

Emas adalah aset yang mudah dibawa kemana-mana. Ada emas bermakna kita ada duit, emas laku dan diterima dimana-mana diseluruh dunia. Sekiranya di negara itu ada manusia, maka emas akan bernilai.

Saya pernah ada pengalaman jual emas diluar negara. Sekadar untuk cuba cairkan emas kepada wang tunai dengan kadar yang segera. Ya, emas memang sangat mudah dicairkan kedalam bentuk wang tunai berbanding dengan aset lain.

Sebab itulah, emas adalah aset yang sangat mudah dikumpul sedikit demi sedikit dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. Ada emas bermkasud kita ada duit, jangan takut untuk simpan emas.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Reward diri bukan bermakna kita perlu bermewah-mewah atau bermegah-megah dengan kebendaan.

Kita kena hidup dibawah kemampuan baru ada lebihan duit untuk disimpan.

Biarlah kita nampak biasa-biasa, asalkan simpanan kita luar biasa.

Berkereta besar dan miliki rumah yang besar tidak melambangkan kita kaya.

Kaya bukan diukur besar mana kenderaan kita atau rumah yang kita ada, tapi ia diukur berdasarkan sebesar mana simpanan yang kita ada.

Hiduplah dengan gaya bersederhana, asalkan kita tidak hidup merana. Inilah yang saya belajar daripada mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Azam Amiri
#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Semalam saya hadir Master Dealer Workshop bersama Tuan Azim Aliif dan Puan Odah Solehah di ruangan perpustakaan UPSI yang dikongsikan oleh mentor kami Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Dalam bisnes, bukan orang yang paling pandai baru akan berjaya, tapi orang yang paling rajin akan berjaya. Kena rajin dan fokus untuk buat bisnes dengan cara yang betul.

“Repetition is the mother of learning, the father of action, which makes it the architect of accomplishment.” - Zig Ziglar

Makna pepatah ini adalah, semakin kerap kita mengulangi atau mengamalkan sesuatu, semakin tinggi potensi kita akan memahami dan menguasai kemahiran itu.

Dengan mengulangi atau mengamalkan, kita akan memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam dan meningkatkan kemahiran dalam melakukan tindakan tersebut.

Akhirnya, dengan kemahiran yang terus dipertingkatkan, kita akan mencapai kejayaan dan pencapaian yang diidamkan.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold
#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Wahai Anak Muda!!

Biarlah tidak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya!! Inilah pesanan daripada guru saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie penulis buku Misi Bebas Hutang dan Wang Emas Bertahan Ketika Gawat.

Anak muda, susah dan miskin waktu muda adalah satu pengalaman berharga buat kita.
Anak muda, ketahuilah susah dan jadi miskin diusia yang tua itu penjara dalam hidup kita.

Susah waktu muda, kita masih ada banyak masa, peluang dan tenaga untuk kita bina kehidupan sebaiknya. Tapi kalau miskin dan susah waktu tua, ketika itu kita sudah hilang banyak perkara.

Usia kita semakin meningkat, tenaga kita semakin kurang, masa kita semakin tiada. Tidak enjoy dan tidak nampak bergaya waktu muda bukan satu kehinaan pun.

Jangan tergopoh sangat inginkan perkara yang tiada pada diri kita. Jangan inginkan semua perkara yang ada pada orang lain. Nanti kita akan jadi orang yang tidak bersyukur.

Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah nescaya baru kita akan hargai apa yang kita ada sekarang.

Sebab apa ramai orang sentiasa tidak “happy” dalam hidup mereka sebab mereka ingin sentiasa rasa happy dengan perkara yang tiada pada mereka. Sebab itulah kita kena sentiasa happy dengan perkara yang kita ada.

Apabila kita memikirkan benda yang tiada dalam hidup kita semestinya hidup kita tidak pernah akan rasa happy dan tenang. Hidup kita akan merasakan tidak pernah cukup dan sentiasa dalam kegelisahan.

Terima kasih Tuan Mentor atas segala tunjuk ajar kepada saya untuk sentiasa rasa bersyukur apa yang seadanya.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgoldindonesia
Semalam jam 12.30 malam saya dan team sampai di KLIA, pagi ini jam 10.30 pagi flight saya ke Johor pula.

Alhamdulillah selamat sampai di Senai airport Johor dan terserempak dengan mesin Public Gold ATM. Saya terus keluarkan emas dari akaun emas GAP saya di mesin Public Gold ATM ini.

Sangat mudah sekarang nak keluarkan emas dari akaun GAP, bila-bila masa dan dimana jua kita berada boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP.

Nak saya bantu anda untuk mula simpan emas, boleh register secara percuma dan mulakan simpanan emas serendah RM100 atau terpulang kepada bajet anda.

Baca dan daftar akaun emas GAP disini:
https://mypublicgold.com/azamamiri/gap

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold