Tips Kewangan & Emas By Azam Amiri
2.76K subscribers
1.72K photos
49 videos
17 files
980 links
Channel Telegram rasmi Info Emas bagi mendapat perkongsian mengenai panduan, motivasi dan info terkini pasal emas dan kewangan.

Nak mula simpan emas serendah RM100 boleh pm saya terus di www.wasap.my/60179600278/SimpanEmasSerendahRM100
Download Telegram
Pagi tadi saya mengikuti majlis anugerah tahunan untuk dealer Public Gold bagi tahun kewangan yang lepas iaitu 2019/2020.

Alhamdulillah untuk hadiah dan pencapaian saya tahun ini saya dapat lima anugerah daripada Public Gold:

🏆Club 100 : Berjaya membimbing lebih 100 orang pelanggan baru dalam setahun kewangan Public Gold.

🏆 Star Master Dealer : Mempunyai empayar penyimpan emas lebih 1000 orang, sekarang empayar saya telah lebih 5600 orang penyimpan emas.

🏆 Million Dollar Producer : Jumlah jualan peribadi melebihi RM1 juta setahun tempoh kewangan Public Gold.

🏆 Single tiket percutian luar negara Russia : jualan peribadi RM1 juta dan jualan kumpulan RM3 juta dalam masa setahun kewangan Publiv Gold.

🏆 Founder Master Dealer : 500 orang pelanggan aktif dan jualan peribadi RM500 ribu dalam masa setahun kewangan Public Gold.

Jutaan terima kasih kepada Dato' Wira Louis Ng kerana menyediakan platform PG Group untuk dealer Public Gold buat bisnes.

Terima kasih kepada mentor-mentor bisnes En.Syukor Hashim, kerana memberi tunjuk ajar dalam melakukan bisnes Public Gold, Cikgu Zaidi Emas selaku introducer saya dan semua dealer-dealer Public Gold team #PGeT serta pelanggan-pelanggan emas saya yang berada diseluruh Malaysia dan luar negara.

Terima kasih juga kepada Abah Mohd Raffi Yusoff dan Umi Che Rahmatun Hussin yang sentiasa support dan mendoakan kejayaan setiap masa dan keadaan.

Untuk dealer-dealer team PGeT saya doakan semoga kita semua terus maju jaya dalam bisnes Public Gold.

Untuk bersama saya menyimpan emas dan membuat bisnes Public Gold boleh join channel telegram; https://t.me/IlmuEmasDanKewangan

Azam Amiri
Double Star Founder Master Dealer Public Gold
Ditugaskan bersama beberapa orang rakan yang lain di bawah "Bahagian Penerbitan dan Artikel" team PGeT merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang besar buat kami.

Objektif utama penubuhan bahagian / department ini adalah bagi menyediakan artikel yang berkaitan dan bersesuaian sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada team.

Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) serta berkongsi tips penulisan yang betul dan berkualiti.

Selain itu, bahagian ini turut menggalas tanggungjawab bagi menyediakan latihan yang berterusan kepada team berkaitan dengan penyediaan artikel yang baik dan bermanfaat.

Walaupun masih belum menguasai skill atau teknik penulisan dengan baik, bukan alasan untuk kami menolak tugasan yang diberi.

Insha Allah kami akan cuba menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin dan komited untuk bersama-sama membangunkan team PGeT ini berlandaskan sistem yang telah ditetapkan oleh syarikat Public Gold iaitu PG One System (PG1S).

Benarlah kata pujangga, untuk pergi laju bergeraklah seorang, namun untuk pergi jauh sebaiknya berpasukan. Sebuah pasukan yang bersistematik akan saling melengkapi antara satu sama lain agar matlamat dapat dicapai bersama-sama.

#PGeT
#publicgold

Cc: Tn. Adli Yusoff (Dealer Team PGeT)
Alhamdulillah malam ini saya bersama 60 orang dealer Public Gold team PGeT menghadiri Dealer Weekly Meeting yang diadakan setiap minggu untuk team kami.

Ini adalah rutin mingguan untuk saya dan dealer-dealer dibawah empayar saya recharge ilmu tentang bisnes, kami dealer Public Gold akan follow satu system yang sama untuk menjadikan bisnes lebih grow dan bersistem.

Untuk bertahan lama mestilah perlu dibimbing dan ikut flow yang betul, pesan mentor saya, kita tidak boleh syok sendiri apa yang kita lakukan, kita perlukan nasihat dan bimbingan daripada orang yang lebih tahu dan berpengalaman dalam sesuatu bidang tersebut kerena mereka telah berada dalam situasi tersebut lebih lama.

Untuk empayar saya, kami mempunyai mentor yang dan merupakan guru dalam bisnes PG iaitu En. Syukor Hashim yang sentiasa memantau pergerakan kerja buat kami dan kami sentiasa menerima tunjuk ajar dan bimbingan daripada mentor, InsyaAllah.

Didalam team PGeT setakat hari ini ada lebih 500 orang dealer emas (PGBO) yang bertanggungjawab dan bersemangat untuk membantu orang ramai dalam urusan jual beli emas. Alhamdulillah dalam team PGeT telah melahirkan dua orang Founder Master Dealer dan seorang Master Dealer Public Gold. Status inilah yang dinanti-nantikan semua dealer emas Public Gold yang aktif dan bersemangat dalam menjalankan bisnes bersama PG. InsyaAllah.

Azam Amiri
Founder PGeT
Double Star Founder Master Dealer Public Gold

#PGeT #publicgoldempireteam #publicgold
Testimoni penyimpan emas dibawah bimbingan saya yang baru saja dapat emas yang dipesan melalui GIT. Walaupun sekarang masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan ianya tidak menjadi masalah dan halangan untuk memudahkan kita beli dan simpan emas.

Di Public Gold semestinya mudah, murah, selamat dan patuh syariah untuk urusan jual beli emas. Kita boleh beli emas secara atas talian hanya KLIK-KLIK di website dan emas boleh dihantar terus ke rumah dengan menggunakan kemudahan GIT (Gold In Transit) pertama di Malaysia yang Public Gold sediakan. Semestinya selamat dan dicover insurans 100%.

Perkara yang saya paling suka adalah melihat orang lain suka. Saya sebagai dealer Public Gold bertanggungjawab untuk membantu segala urusan jual beli emas pelanggan saya dengan sebaiknya. InsyaAllah, terima kasih dan tahniah kepada semua penyimpan-penyimpan emas dibawah bimbingan saya dan team #PGeT. Saya doakan semoga anda semua terus konsisten menyimpan emas sebagai salah satu portfolio kewangan anda.

Azam Amiri
Double Star Founder Master Dealer Public Gold
Hanya usaha dan berserahlah kepadaNya.

Manfaatkanlah masa muda sebelum tua, masa muda adalah masa terbaik untuk belajar mendewasakan diri kearah yang lebih baik dan mencari ruang dan peluang yang pelbagai. InsyaAllah

Untuk berjaya dalam bisnes, hati kena kental menahan pelbagai perkara yang akan kita hadapi, fokus serta buat dengan konsisten dan yang paling penting niat kena betul. Orang bisnes mestilah mempunyai mindset yang betul, jangan mudah tersentap kerana itu akan mematikan bisnes kita awal.

Begitulah....

Guru saya selalu pesan, apalah sangat dengan kejayaan kamu kalau solat pun tak boleh jaga, apalah sangat kejayaan kamu kalau al-quran pun jarang buka.

Kejayaan ini sesiapa pun Allah boleh bagi, tapi kejayaan yang sebenar Allah pilih orang yang betul-betul mengejar kejayaan tersebut iaitu kejayaan dalam agama, selagi kita dapat mentaati perintah Allah SWT dan dapat meninggalkan larangan allah, serta dapat ikut sunnah baginda Nabi Muhammad SAW, inilah kejayaan yang sebenar-benarnya.

Kalaulah kejayaan itu ada pada harta, nescaya firaun lah orang yang paling berjaya. Tapi tidak, malah Firaun adalah orang yang dilaknat oleh Allah SWT, sahabat nabi R.A juga jutawan tapi mereka ini telah berjaya dunia akhirat sebab mereka gunakan kekayaan mereka untuk agama Allah SWT. Di dunia lagi para sahabat telah mendapat gelaran RadiaAllahu Anhum (R.A) iaitu semasa didunia lagi Allah telah reda.

Dunia hanya pegang ditangan bukan letak dihati, orang yang tinggalkan dunia adalah orang yang jahil, orang yang yakin dengan dunia adalah orang yang syirik. Dunia tetap kena ambil, tapi jangan tinggalkan akhirat.

Dunia sementara akhirat kekal selamanya...

P/s: Saya ada kongsikan pengalaman saya sepanjang dalam dunia emas dan pengenalan tentang diri saya dalam bisnes disini untuk anda baca dan ambil manfaat dan kebaikan daripadanya: https://azamamiri.com/pengenalan

Sekiranya ingin tahu lebih lanjut tentang kepentingan membuat simpanan, anda boleh baca perkongsian saya di sini: https://azamamiri.com/simpanan-kecemasan

Azam Amiri
Double Star Founder Master Dealer Public Gold

#PGeT #publicgoldempireteam #publicgold #pggroup #azamamiriempire #notaazamamiri
Luangkan masa bersama team PGeT pagi tadi untuk sesi new dealer orientstion.

Ini adalah rutin bulanan team #PGeT untuk menghadiri sesi "New Dealers Orientation" iaitu sesi suai kenal dan pengenalan tentang model bisnes Public Gold kepada dealer-dealer baharu dan semua dealer team PGeT yang diadakan 2 kali sebulan.

Untuk weekly meeting team PGeT pula diadakan pada setiap minggu hari Jumaat jam 9.00 malam melalui platform Google Meet dan juga Live Facebook Group. Dealer-dealer team kami akan dihidangkan dengan training yang cukup untuk buat bisnes Public Gold dengan cara yang betul dan mengikuti sistem bisnes yang telah disediakan oleh Public Gold yang dikenali sebagai PG1 System.

Semua dealer Public Gold yang berada diseluruh Malaysia dan juga luar negara buat bisnes dengan menggunakan system yang sama. Kami ada silibus yang telah ditetapkan. Bisnes akan lebih cepat grow sekiranya mempunyai cara dan ikut system yang betul. InsyaAllah.

Setakat hari ini team PGeT telah melahirkan lebih 10 ribu penyimpan emas dan lebih 500 orang dealer yang berada di seluruh Malaysia dan luar negara. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua, saya doakan semoga kita semua terus maju jaya dalam bisnes Public Gold. Aminnn

Azam Amiri
Founder PGeT
Double Star Founder Master Dealer Public Gold
Nak dipendekkan cerita, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk buat bisnes sublet bilik sewa. Kebetulan ada satu hari saya keluar sarapan pagi terjumpa dengan seorang Pak Cik dia ajak duduk makan semeja dengan dia. Borak punya borak, dia buka tajuk pasal rumah sewa dan dia bagitau saya ada rumah kedai baru siap untuk disewakan, harga sewa pun murah.

Mungkin masa tu saya tidak puas hati kerana tidak dapat beli rumah, saya ambil keputusan untuk sahut cabaran Pak Cik tadi untuk buat bilik sewa dan disewakan kepada pelajar dan juga orang awam. Rumah kedai baru sahaja siap, saya terus pergi jumpa pemilik untuk deal dan terus ambil kunci. Lebih kurang sebulan lebih renovate buat bilik, isi perabot dan sebagainya bilik sewa saya siap.

Untuk renovate rumah kedai tersebut yang dijadikan bilik sewa, saya gunakan semua duit yang saya simpan untuk bayar "downpayment" rumah sebenarnya. Saya tukar dan gunakan untuk modal renovation. Alhamdulillah dah siap dan sudah ada penyewa yang tinggal sehingga sekarang.

Kini saya ada pendapatan pasif daripada bisnes emas Public Gold, bilik sewa, kereta sewa (stop sementara kerana pelajar tiada), dan lain-lain bisnes. Saya gunakan ilmu yang saya belajar, saya perbetulkan pengurusan kewangan perniagaan saya dan sebagainya.

Tahun lepas 2020 saya berjaya "declare tax" untuk tahun pertama saya buat bisnes. Saya belajar dari kesilapan dan sentiasa mencari ilmu dalam pengurusan kewangan diri dan juga perniagaan. Saya ada 2 pernigaan yang berdaftar dengan SSM, satu perniagaan pemilikan tunggal dan satu lagi perniagaan perkongsian.

Bisnes emas saya bersama Public Gold dan lain-lain, untuk pengurusan kewangan saya masukkan dibawah perniagaan saya yang berdaftar sebagai perniagaan pemilikan tunggal dan satu bisnes lagi iaitu Koya Studio adalah bisnes perkongsian saya bersama team. InsyaAllah saya sudah buat persediaan dan tahun depan saya akan beli rumah pertama. Doakan saya...

Saya pasang impian kerana ianya percuma, dan saya berusaha untuk capai impian tersebut!! Kalau tanya saya sekarang, memang saya hanya fokus bisnes Public Gold.

Banyak lagi saya nak cerita sebenarnya, nanti lain kali saya sambung... InsyaAllah

Tahniah dan terima kasih kepada anda yang baca sampai habis perkongsian saya ini, semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Ini adalah cerita tentang pengalaman saya sahaja secara santai.

P/s: saya ada kongsikan pelbagai info tentang emas dan kewangan di Channel Telegram saya, jemput lah join: https://t.me/IlmuEmasDanKewangan

Azam Amiri
Misi Mencapai Financial Freedom

#NotaAzamAmiri #PublicGold #PGeT #MisiBebasHutang
Sekarang ni saya nampak banyak sangat promosi vacuum cordless handheld ni.

Saya pun tidak lepaskan peluang untuk beli vaccum brand Perysmith ini di PGMall Malaysia kebetulan ada PROMOSI. Sangat murah daripada harga asal dan saya terpaksa beli 2 sekaligus.

Saya hanya tunggu sehari dah sampai, sungguh cepat penghantarannya dan kualiti yang sangat bagus. Seminggu dua ni saya jadi rajin nak menyapu sebab senang ada vacuum ni.

Boleh tengok video saya unboxing dan review Vacuum Pertsmith Cordless Handheld di PG Mall. Jika tuan puan nak beli Vacuum ini dengan harga promosi boleh KLIK LINK ini dan akan dapat cashback setiap kali pembelian.

https://youtu.be/TA0QHXT36Og

#PGMall #publicgoldmalaysia #perysmith #pget
💐TERIMA KASIH 10,000 PENYIMPAN EMAS💐

Alhamdulillah, hari ini genap seramai 10,000 orang penyimpan emas dibawah bimbingan saya bersama team PGeT. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang mempercayai saya dan team PGeT.

Untuk capai 10,000 orang penyimpan emas ini bukanlah ambil masa yang singkat. Saya mula dalam dunia emas ini sejak tahun 2015 sampailah sekarang. Ianya bukan sekadar kejayaan, tapi ianya adalah tanggungjawab yang besar!!

Terima kasih kepada mentor saya dalam bisnes Public Gold En. Syukor Hashim & Jonaina Nordin, En. Mohd Zulkifli Shafie, guru-guru emas, introducer saya Cikgu Zaidi Emas dan team #PGeT, rakan-rakan dealer, staf-staf PG dan paling tidak dilupakan kepada Dato' Wira Louis Ng kerana menyediakan platform PG Group.

Azam Amiri
Triple Star Founder Master Dealer Public Gold

#PGeT #publicgoldempireteam #publicgold #pggroup #azamamiriempire
Peluang dan info penting untuk semua peminjam PTPTN, sekarang ada diskaun istimewa pembayaran balik. Rebutlah peluang keemasan ini.

Khas untuk peminjam PTPTN, ini peluang terbaik anda untuk membuat pembayaran balik sambil menikmati diskaun 15% atau 12% atau 10% seperti yang dibentangkan dalam bajet 2021.

Bajet 2021 memperuntukkan sebanyak 15% diskaun bagi penyelesaian penuh pinjaman. 12% diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayar. Diskaun 10% untuk bayaran melalui potong gaji atau debit terus (direct debit)

Peluang untuk mendapatkan insentif ini hanya terhad sehingga 30 April 2022.

Selain itu, peminjam yang membuat pembayaran melalui KWSP, dan online juga layak menikmati potongan bayaran balik sebanyak ini. Yang pastinya pembayaran balik pinjaman harus dibuat selewat-lewatnya 30 April 2022 ini.

Bayaran secara online sahaja pastinya paling MUDAH, CEPAT dan SELAMAT. Bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet, FPX, E-Pay, My Pay, MolPay, Jompay, Pay Quick, Kiple Pay, Best Pay, Kelantan Pay, Serawak Pay, kaunter bank, kaunter pos, kaunter PTPTN, Kredit kad, Debit kad, KWSP, Direct Debit.

Kepada peminjam PTPTN, ini masanya untuk anda bersihkan segala hutang PTPTN anda dengan kadar Potongan diskaun 15%, 12% dan 10%.

Untuk semak baki pinjaman, pertanyaan jumlah selepas diskaun, bayaran melalui KWSP dan kaedah bayaran.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi terus atau Whatsapp Cik Puan Aina (Staf PTPTN UTC Cawangan Ipoh)
http://www.wasap.my/60175570201/diskaunptptn

Anak muda wajib baca!!

Saya kongsikan kisah dan pengalaman saya bagaimana untuk setelkan hutang pinjaman PTPTN dalam masa dua tahun sewaktu zaman belajar, setelah sahaja tamat belajar bayar secara lumsum dengan menggunakan simpanan emas.

Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi anak muda diluar sana terutamanya kepada mereka yang masih belajar serta ingin belajar urusan kewangan dan membuat simpanan sebanyak mungkin untuk mencapai misi bebas hutang diawal usia, InsyaAllah.

Artikel penuh di: https://azamamiri.com/simpan-emas-bebas-hutang-ptptn

Atau anda boleh tonton video perkongsian saya dalam sesi interview bersama direct lebding disini: https://youtu.be/6SUC7_MrgS4

SHARE untuk manfaat bersama!!!

#PTPTNSediaBantu #ptptn #simpananemas #publicgold #notaazamamiri #misibebashutang #pget #pg1m #ptptn #upsi #tipskewangan
Dalam bisnes kita tidak boleh paksa orang buat seperti apa yang kita buat. Kadang-kadang tanpa kita paksa pun mereka akan buat apa yang kita buat sekiranya mereka nak.

Dalam bisnes juga penting untuk ada pasukan yang sentiasa melengkapi antara satu sama lain. Dengan adanya pasukan yang satu hati dan sentiasa supportive insyaAllah ianya akan menjadikan satu pasukan tersebut lebih kuat.

Pesan guru saya dalam bisnes, kita hanya bantu orang yang ingin dibantu sahaja. Jangan bantu orang yang tidak mahu dibantu. Senang sahaja kita boleh lihat orang yang ingin dibantu ataupun tidak ingin dibantu.

Antaranya ialah, jika kita memberi pesanan dan nasihat, mereka akan dengar dan ikuti nasihat yang diberikan. Ini adalah orang yang ingin dibantu. Jika kita memberi nasihat, tapi mereka hanya buat tidak tahu dan tidak mendengar nasihat kita, bermakna mereka tidak mahu dibantu. maka abaikanlah mereka!!

Sebagai seorang dealer emas semestinya saya bertanggungjawab untuk menguruskan hal penyimpan dan pelabur emas yang berada di bawah bimbingan saya dan juga bersama team saya PGeT. Tidak mungkin untuk saya lupakan dan abaikan mereka, ini adalah amanah dan tanggungjawab saya.

Tapi ada masanya juga kita perlu abaikan mereka yang memang dirinya sendiri yang dari awal lagi mengabaikan diri mereka sendiri. Mereka sendiri tidak mahu berusaha untuk membuat perubahan dan menerima teguran serta tunjuk ajar, mereka merasakan mereka paling tepat. Maka hal ini kita abaikan mereka, kita fokus kepada orang yang betul-betul memerlukan bantuan dan bimbingan.

InsyaAllah saya akan uruskan dengan sebaik mungkin demi kepuasan hati pelanggan dan tanggungjawab saya terhadap pelanggan dan penyimpan emas dibawah bimbingan saya dan juga team. Dealer dan staf Public Gold bekerja siang malam untuk uruskan hal pelanggan kami. Kadang-kadang ada terlewat, terlepas pandang dan sebagainya itu perkara biasa.

Apa-apapun kita tetap jalankan apa yang kita lakukan dengan hati yang penuh terbuka kerana ini adalah tanggungjawab. Saya adalah dealer dan juga introducer kepada beribu penyimpan emas dan pelabur emas yang berada di seluruh Malaysia dibawah empayar #PGeT, tidak mungkin akan sempurna kesemuanya. Semestinya akan ada serba sedikit kekurangan, saya mohon ampun dan insyaAllah akan diusahakan sebaik mungkin.

Mana ada ibu ayah tidak sayangkan dan abaikan anak-anak, begitulah juga dengan kami, sebagai dealer ibarat seorang ibu ayah yang bertanggungjawab untuk anak-anak iaitu para pelanggan saya supaya mendapat servis yang terbaik dan dapat me mb eri kepuasan kepada mereka. Saya adalah dealer hanya pemudahcara urusan jual beli emas untuk penyimpan emas dibawah bimbingan saya.

InsyaAllah doakan semoga saya dapat bantu lebih ramai lagi masyarakat diluar sana untuk mula menyimpan dan melabur emas dengan cara yang betul dan berilmu. Aminn...

Azam Amiri
Triple Star Founder Master Dealer Public Gold
Azam kau berniaga ka? tak nampak macam berniaga pun. Kau meniaga apa sebenarnya?

Inilah soalan yang sering kali saya terima dan sentiasa didengari dicuping telinga saya setelah hampir 8 tahun saya dalam dunia emas. Yang pasti sejak 8 tahun lepas saya tidak pernah berhenti untuk berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan kepada orang ramai.

Habis tu, meniaga apa sebenarnya? saya membimbing orang ramai untuk celik emas dan kewangan, walaupun saya tidak pakar tapi saya sentiasa belajar dan terus belajar daripada mereka yang pakar.

Mengapa saya berkongsi ilmu emas dan kewangan? sebab ilmu tentang emas dan kewangan jarang sekali orang berbicara sebelum-sebelum ini di media sosial apatah lagi dialam pengajian. Tapi sekarang alhamdulillah dah ramai orang yang membuka mata dan berkongsi ilmu emas dan kewangan secara meluas dan berterusan sampailah hari ini.

Nak kata saya meniaga emas pun tidak, nak kata saya tokey emas pun tidak, jauh sekali pelombong emas. Yang betulnya saya merupakan pembimbing emas iaitu membantu dan memandaikan orang ramai untuk faham tentang emas dan pengurusan kewangan yang asas.

Anda nak beli emas, taknak beli emas, nak simpan duit, taknak simpan duit itu terpulang kepada anda, janji tugas saya adalah untuk sampaikan sahaja manfaat dan kebaikan kepada mereka yang ingin menerimanya dengan hati yang terbuka.

Saya hanya sampaikan setakat apa yang saya tahu dan saya belajar daripada guru yang pakar dalam bidangnya. Jika anda nak tahu lebih lagi, bacalah buku dan carilah ilmu sebanyak mungkin. Dengan adanya ilmu InsyaAllah kita akan selamat.

Azam Amiri
Pembimbing Emas & Kewangan

#notaazamamiri #PGET #publicgold #tipskewangan #tipsemas