IFHD CHANNEL
852 subscribers
418 photos
20 videos
81 links
Dalami ilmu yang tepat untuk Mula UBAH. Satu-satunya program yang mengambil kira "Apakah disebalik parameter keputusan darah anda".

Merungkai MITOS dalam kesihatan
Menyingkap PUNCA penyakit melalui pemakanan
Belajar Ilmu RAHSIA badan
Download Telegram
Badan kita tak sempat nak clear buang sel² zombie (rosak/punah) yang banyak bersepah dalam badan. Bulan puasa ni dasyat, badan boleh bekerja gotong royong besar-besaran untuk buang segala sel ini.

Inilah Ramadhan, segala puji bagi Allah. Major servis 11 bulan non-stop yang kita makan.

Bila sel zombie banyak, tahap energy kita boleh jadi slow down & menjadi tua sebelum usia.

#IFHD
#Reversebloodtest
#Reversebodyage
Bila saya sebut 'KERADANGAN'. Istilah tu macam susah orang awam nak faham.

Sifat KERADANGAN (Merah, Bengkak, Panas). Contoh kalau ada luka kat kulit @ nanah. Itulah kesan radang ada ciri-ciri ni. Cuma radang ni berlaku sekejap tempoh pendek untuk bagi peluang badan repair.

Kebanyakan penyakit ni datang akibat dari tubuh yang radang dari keradangan dari dalam yang kita tak sedar pun ia wujud dalam tempoh yang lama (boleh rujuk imej kaki belah kiri).

Kesan keradangan pada imej kaki belah kanan berkurang sangat ketara selepas buat sesi grounding (pijak elemen alam tanpa alas kaki). Warna bertukar jadi biru, hijau lebih 'cool'.

Subhanallah....Begitulah hebat kuasa alam ♥️
Rawatan free tapi ramai tak mampu buat. Rugi kan....
Salam Nuzul Quraan 📖

Hari bersejarah turunnya Al-Quran, petunjuk bagi umat manusia. Semoga kita terus mendalami, menghayati, dan mengamalkan setiap dari kalamullah. Moga hati kita sentiasa dekat dengan wahyu-Nya.

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih lurus..." (Surah Al-Isra’: 9)

#NuzulQuran #HidayahUntukSemua #AlQuranDiHatiku
Usaha membuahkan hasil. Tiada yang mustahil 💪
Clue bila ESR melambung tinggi macam ni badan tengah meradang teruk dari dalam.

Tambah pulak level Vitamin D sangat rendah. Fungsi Vit D untuk kurangkan radang.

Ini semua kesan kekurangan Vitamin D. Bila saya tanya...semua signal ni beliau tengah alami sekarang. Emosi teruk sangat terganggu.

Cepat penat, lesu
Mudah sakit tulang/sendi
Imuniti lemah
Mood swings / rasa murung
Susah nak regulate hormon (boleh kacau metabolisma dan berat badan juga)

#reversebloodtest
#masterclassIFHD
Tahniah En Yahya. Update gambar jari perubahan selepas setahun IFHD.

Masalah kulit dapat dilihat ketara kalau diabetes bukan sahaja tangan juga kaki namun tatapan tangan untuk anda teruskan perjuangan.

Kerak hitam seolah-olah dahi di leher, tengkuk, di setiap sendi jari jemari ini tanda jelas berlaku kerintangan insulin dan ianya sangat mustahil dicuci dengan sabun² ajaib seperti yang diviralkan 🫣. Harap maklum.

#reversebloodtest
#masterclassIFHD
70% asid urik dibuang melalui buah pinggang
30% asid urik dibuang melalui usus.

Untuk kes gout, tak boleh sekadar bergantung pada makanan rendah purine. Kebanyakan makanan ada 'purine' sikit atau banyak. Kita akan dihantui dengan 'benda' ni sebab risau trigger sakit.

Fokus pada kunci penyembuhan. Bantu badan bekerja dengan cekap untuk buang asid urik yang menimbun.

#reversebloodtest
#masterclassIFHD
Kenapa lelaki mudah kena serangan GOUT berbanding wanita ?

1. Hormon Estrogen "protective" untuk wanita

Wanita ada hormon estrogen yang bantu buang asid urik melalui buah pinggang.

Sebab tu, wanita sebelum menopause jarang sangat kena gout.

Bila dah menopause, risiko naik sebab hormon estrogen turun, dah tak ada pelindung lagi.

2. Lelaki ada paras asid urik yang lebih tinggi

Naturally, badan lelaki hasilkan lebih banyak asid urik.

Bila badan tak mampu buang lebihan tu, dia akan terkumpul dan bentuk kristal, itulah punca gout.

Ikhtiar pulih gout selamanya 🤲

#reversebloodtest
#masterclassIFHD
Badan sukar bagi signal untuk merawat jika dalam keadaan stress samada stress fizikal @ emosi.

Proses penyembuhan perlukan ANDA tenang.

Teringat ada sorang peserta ni share journey dia nak kuruskan badan. Pernah join program kena kawal ketat bab makan, kena pantang, makan pun sikit sampai stress. Jadi sampai kesudah susah turun berat, kalau turun pun akan naik balik.

Tapi bila dia terjoin IFHD asbab suami. Dia enjoy sebab dia jenis suka makan & kena pulak paksa makan sampai kenyang dan selesa. Dah melanggar adat orang nak berdiet 😅

Tapi dia rasa makin teruja dan woww sangat sebab berat mudah je turun tak macam sebelum ni. Kena 'try hard' sangat Mat Saleh kata 🫢

Enjoy & trust the process 💪💪😍

Program IFHD ni kami fokus betulkan dan rawat dulu keradangan badan yang tak settle dari dalam. Toksin yang banyak tak terbuang. Insyaallah bila kita mula fokus pada puncanya, automatik senang je nak berat badan yang stuck boleh turun.

#reversebloodtest
#masterclassIFHD
Ini result darah dari someone yang pernah buat bariatric. Cuba anda zoom blood test dia bahagian Haematology. Sel darah merah dia hampir ke semua readings di situ ada masalah. Kenapa jadi begitu?

Anda kena faham ye..lepas potong perut. Perut tu akan luka yang besar . Bukan sikit2 punya luka. Jika dia tak disembuhkan dengan betul dia akan ganggu proses penghadaman makanan di situ. Bila nutirisi tak di proses dengan baik, darah kemungkinan tak cukup nutirisi tu tinggi. Darah yang tak cukup nutirisi jangan dibuat main .

Sebab anda nak selesaikan semua penyakit bergantung pada darah merah lah. Darah merah yang akan bawa oksigen, nutirisi, hormon ke seluruhan organ dan sel. Kita gemuk nak kurus pun bergantung pada darah merah. Mengandung nak anak sihat dan tak gugur pun bergantung pada darah merah. Someone yang tunjuk blood test ni dia memang alami simptom yang ketara, cepat penat rasa nak pitam, pening.

Sebab tu sapa2 yang nak buat program saya akan mintak full blood test. Kena teropong dulu satu-satu. Kita buat diet bukan semborono buat. Tengok result darah dulu. Bukan kurus dulu. Bila darah cantik, nak kurus ke nak flawless ke dia akan jadi selepas tu automatically..

P.s Bariatric ada yang buat 2 kali pun tak selesai masalah dia..gemuk balik. Bila gemuk kenapa nak salahkan perut tu??

#reversebloodtest
#antiinflammatorydiet
#masterclassIFHD

Kredit : FB Siti Salsaliah
Siapa yang tahu je tahu nilai hsCRP tu bagi gambaran apa.

Boleh terbeliak biji mata kalau tengok nilai dah cecah 12.1 🥵

hsCRP sebenarnya UJIAN darah untuk ukur tahap keradangan dalam badan. Kalau tinggi maknanya mungkin ada inflammation terutama dibahagian salur darah. Boleh jadi petanda awal risiko serangan jantung & strok.

hsCRP > 3.0 (Risiko tinggi)
hsCRP > 10 kemungkinan ada jangkitan @ acute inflammation - yang ni kena buat pemeriksaan lanjut.

hsCRP, homocysteine & ESR parameter penting untuk cek tahap keradangan badan. Boleh request tambah selain buat yang basic.

Sapa nak buat blood test. Boleh pm, nanti Fairus bagi lokasi terdekat & kita bantu review sekali sampai faham.

#reversebloodtest
#masterclassIFHD
Kalau 'fatty liver' peringkat awal. Mungkin result liver function semua nampak ok normal tak kacau pun. Tapi hati dah mula ada timbunan lemak. Kena buat ultrasound baru nampak.

Klien ni dah ada masalah metabolic. Berat dah melebihi 100kg. Lengkap 3 kombinasi dari 5 kriteria bawah ni kira risiko tinggi dapat serangan jantung, strok & diabetes walaupun hbA1c & gula puasa cantik. Kena ambik langkah awal & berjaga-jaga 🚫

Hypertension 130/85mmHg
Tg > 1.7
HDL < 1.0mmol
Ukurlilit pinggang > 90cm
Gula darah puasa > 5.7

#reversebloodtest
#masterclassIFHD