IDEAS Malaysia
208 subscribers
51 photos
28 files
73 links
IDEAS is policy research organisation dedicated to finding solutions to public policy challenges
Download Telegram
to view and join the conversation
Mengulas tentang laporan tersebut, Wan Ya Shin berkata “Pandemik COVID-19 telah membuka mata kita terhadap jurang yang wujud dalam sistem perlindungan sosial, yang dibentuk pada tahun 1950an. Dengan proses urbanisasi dan globalisasi yang berlaku rancak, satu anjakan paradigma dalam peranan perlindungan sosial dalam masyarakat kita amat diperlukan. Tiba masanya untuk kita mengadakan perbincangan mengenai bentuk dan fungsi sistem perlindungan sosial Malaysia dalam masyarakat kita.”


Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh berkata, “Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk pertimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kertas ini. Walaupun sistem perlindungan sosial kita telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Malaysia selama ini, terdapat keperluan untuk memperkemas dan menyatukan program-program yang kini terpecah, untuk akhirnya memastikan golongan yang paling berisiko akan mendapat bantuan yang mereka perlukan terutama ketika COVID-19.”


Salinan Policy IDEAS No.69 boleh dimuat turun pada pautan ini https://bit.ly/covid19socialprotection.
MEDIA STATEMENT

For immediate release

This International Anti-Corruption Day, IDEAS urges the government to prioritise the curbing of money politics and strengthen good governance practices

Kuala Lumpur, 9 December 2020
: In line with the theme of this year’s International Anti-Corruption Day (IACD) “Recover with Integrity”, IDEAS urges the government to take bold steps to eradicate corruption by prioritising the curbing of money politics and strengthening good governance practices. By doing so, Malaysia can begin to regain its regional economic competitiveness and achieve post-pandemic recovery on the grounds of robust institutional governance.

Curbing money politics is of utmost importance. What is crucially needed in Malaysia are structural reforms through the enactment and enforcement of laws, particularly the Political Funding Act and the Government Procurement Act.

Manager of the Democracy and Governance Unit, Aira Azhari, commented, “Through our work with youth wings from political parties this year, we are convinced that the lack of transparency in political funding remains to be one of the fundamental causes of corruption in Malaysia. There have been too many stories about politicians receiving bribes and owning large amounts of cash, which ties into the role our politicians play in servicing their constituents. Apart from this, government procurement practices are also in urgent need of transparency and opening up to public scrutiny, to ensure efficient delivery and best value of taxpayers’ money. The government has shown commitment to reform in both these areas in the National Anti-Corruption Plan, which we hope will be implemented without delay. Malaysia has also ratified the United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) and is therefore bound to its provisions as well.”

Furthermore, as highlighted by the recent downgrade in Fitch ratings, weak governance practices have greatly affected Malaysia’s economy and hampered our competitive advantage.

“The Fitch downgrade shows clearly that good governance practices are not just crucial in curbing corruption but are fundamental for Malaysia’s economic recovery and attractiveness to foreign investors. I truly hope that this IACD can be a reminder to our government that weak institutions and opaque governance practices harm the economy and in turn the livelihood of many Malaysians,” ends Aira.


#UnitedAgainstCorruption #IACD2020 #RecoverBetter

--- END ---

For media enquries, please contact Aira Azhari, aira@ideas.org.my
KENYATAAN MEDIA

Untuk sebaran segera

Pada Hari Antirasuah Antarabangsa ini, IDEAS menggesa kerajaan untuk mengutamakan pembendungan politik wang dan mengukuhkan amalan tadbir urus yang baik

Kuala Lumpur, 9 Disember 2020
: Selari dengan tema Hari Antirasuah Antarabangsa (IACD) pada tahun ini, “Pemulihan Berintegriti”, IDEAS menggesa kerajaan untuk mengambil langkah berani membanteras rasuah dengan mengutamakan pembendungan politik wang dan mengukuhkan amalan tadbir urus yang baik. Dengan melakukan sedemikian, Malaysia akan mula mendapatkan kembali daya saing ekonomi serantaunya dan mencapai pemulihan pasca wabak berpaksikan tadbir urus institusi yang mantap.

Membendung politik wang merupakan satu perkara yang amat penting. Hal yang sangat diperlukan di Malaysia ialah pembaharuan struktural melalui penggubalan dan pelaksanaan undang-undang, terutamanya Akta Pendanaan Politik dan Akta Perolehan Kerajaan.

Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus, Aira Azhari mengulas, “Melalui kerja kami bersama sayap pemuda parti-parti politik pada tahun ini, kami yakin bahawa kekurangan ketelusan dalam pendanaan politik kekal menjadi salah satu sebab utama rasuah di Malaysia. Terdapat terlalu banyak kisah ahli politik menerima sogokan serta memiliki sejumlah wang tunai yang besar, yang berhubung kait dengan peranan ahli politik kita memberi khidmat kepada kawasan yang mereka wakili. Selain itu, amalan perolehan kerajaan juga sangat memerlukan ketelusan dan keterbukaan kepada penelitian awam.untuk memastikan kecekapan pelaksanaan serta nilai terbaik untuk wang pembayar cukai. Pihak kerajaan telah menunjukkan komitmen untuk melakukan pembaharuan dalam dua perkara ini dalam Pelan Antirasuah Nasional, yang kami harap akan dilaksanakan tanpa sebarang penangguhan. Malaysia juga telah meratifikasi Konvensyen Anti-Rasuah Bangas-bangsa Bersatu (UNCAC) dan terikat dengan syarat-syarat didalamnya.”

Tambahan pula, seperti yang ditunjukkan melalui penurunan penarafan Fitch baru-baru ini, amalan tadbir urus yang lemah memberi kesan yang amat besar terhadap ekonomi Malaysia menghalang kelebihan daya saing kita.

“Penurunan penarafan Fitch ini dengan jelas menunjukkan amalan tadbir urus yang baik bukan sahaja penting dalam membendung rasuah bahkan merupakan asas kepada pemulihan ekonomi Malaysia serta daya tarikan terhadap pelabur-pelabur asing. Saya amat berharap Hari Antirasuah Antarabangsa ini akan menjadi satu peringatan kepada kerajaan institusi yang lemah dan amalan tadbir urus yang tidak telus memudaratkan ekonomi dan seterusnya mata pencarian ramai rakyat Malaysia”, kata Aira mengakhiri ulasannya.
--- TAMAT ---

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi Aira Azhari, aira@ideas.org.my
MEDIA STATEMENT

For immediate release

IDEAS: Democracy must not be sacrificed in the fight against COVID-19; why the need for an Emergency?

1.) IDEAS is alarmed by the decision by the government to invoke an emergency and questions the need for an Emergency Declaration

2.) The COVID-19 crisis must be addressed, but this can and should be done within our democratic process

3.) The suspension of Parliament and state assemblies undermines the vital mechanisms and accountability

4.) The government should prioritise defeating COVID-19 and alleviating the burdens on the people instead of implementing an emergency, which can be construed to be for political reasons.

Kuala Lumpur, 12 January 2021: The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) is alarmed by the Emergency Declaration announced by the Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today.

While the rise in COVID-19 cases around the country is indeed concerning, the Movement Control Order (MCO) that was announced yesterday evening should have been more than sufficient to contain the spread and ease the burden on our healthcare system. There has been no clear justification of what actions the government is unable to take which require an Emergency.

IDEAS notes that the commandeering of military and use of private hospitals has been cited as justification for the Emergency, but questions whether there could have been other laws enacted for such a purpose.

“The Emergency was announced on 12 January, when in fact the Emergency began on 11 January 2021, which demonstrates a lack of public transparency on a decision that will significantly affect the nation and its people’s livelihoods”, comments Tricia Yeoh, CEO of IDEAS.

“The abrupt announcement has also led to the speculation that it is being carried out for political reasons instead of for public health concerns, which the MCO more than sufficiently meets.”

“The most worrying aspect of this Emergency is the suspension of Parliament and all State Assemblies. At a time when government policies need to be scrutinised more than ever, this suspension can only lead to arbitrary and unaccountable decision-making.

“We welcome the guarantee that the Judiciary will be unimpeded, and that the All-Party Parliamentary Group alongside all Parliamentary Select Committees will carry on their activities.

However, it is important for the government to note that their current uncertain majority in Parliament will only lead to further instability. Parliament would have been the natural alternative means to resolve the current political impasse, but Parliament has now been suspended. If the bipartisan committee is truly independent as announced, we would therefore welcome the commitment to hold a general election once they declare it safe to do so,” said Tricia.

Furthermore, the negative impact of an Emergency on the economy and businesses cannot be overstated.

“COVID-19 has already impacted many businesses, particularly SMEs negatively. Many have had no choice but to lay off workers and some have even closed down. Now that an Emergency has been declared, we fear that business and investor sentiment will be further affected”.

“Whatever decisions that will be made from this point onwards, we in civil society will consistently keep the government transparent and accountable. This is the time for tough decisions to be made; to prioritise good governance that delivers for all Malaysians and to ensure there is absolute focus on recovery,” she adds.

Abuse of power and struggles for political survival must be cast aside for the sake of the country.

--- END ---

For media enquiries, contact tricia@ideas.org.my
VERSI BAHASA MELAYU

KENYATAAN MEDIA

Untuk sebaran segera

IDEAS: Demokrasi tidak perlu dikorbankan dalam perjuangan memerangi COVID-19; adakah perintah Darurat itu satu keperluan?

1.) IDEAS bimbang dengan keputusan kerajaan menggunakan perintah darurat serta mempersoalkan keperluan satu Perisytiharan Darurat

2.) Krisis COVID-19 harus ditangani, tetapi hal ini boleh dan seharusnya dilakukan dalam ruang lingkup proses demokrasi kita

3.) Penggantungan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri melemahkan mekanisme-mekanisme penting serta kebertanggungjawaban

4.) Kerajaan perlu mengutamakan usaha menewaskan COVID-19 serta meringankan bebanan rakyat jelata berbanding melaksanakan darurat, yang boleh ditafsirkan sebagai dilaksanakan sebab-sebab politik

Kuala Lumpur, 12 Januari 2021: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) merasa bimbang dengan perisytiharan darurat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

IDEAS mengakui peningkatan jumlah kes COVID-19 di seluruh negara begitu membimbangkan, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan petang semalam mencukupi untuk mengawal penyebaran jangkitan dan meringankan beban terhadap sistem penjagaan kesihatan negara. Tada justifikasi jelas apakah tindakan-tindakan yang tidak dapat diambil oleh kerajaan yang memerlukan pelaksanaan perintah darurat.

IDEAS mengambil maklum akan pengambilalihan tentera serta penggunaan hospital swasta telah digunakan sebagai justifikasi perintah darurat, tetapi mempersoalkan sama ada terdapat undang-undang lain yang boleh diguna pakai bagi tujuan tersebut.

“Perintah Darurat diumumkan pada 12 Januari, sedangkan sebenarnya Perintah Darurat ini dilaksanakan bermula pada 11 Januari 2021, menunjukkan kekurangan ketelusan awam terhadap satu keputusan yang akan memberi kesan amat ketara kepada negara serta mata pencarian rakyat, “ulas Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh.

“Pengumuman secara mengejut telah membawa kepada spekulasi bahawa perintah ini dilaksanakan atas sebab-sebab politik berbanding disebabkan oleh kebimbangan terhadap kesihatan awam, ketika mana pelaksanaan PKP sendiri sudah memadai.

“Aspek yang paling merisaukan berkenaan Perintah Darurat ini ialah penggantungan Parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri. Pada ketika dasar-dasar kerajaan perlu diberi penelitian lebih dari sebelumnya, penggantungan ini hanya akan membawa kepada proses membuat keputusan yang dilakukan sewenang-wenangnya serta tiada kebertanggungjawaban.

”IDEAS menyambut baik jaminan bahawa Institusi Kehakiman tidak akan terganggu, dan juga Kumpulan Parlimen Semua Parti (APPG) selain semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan meneruskan aktiviti mereka.

”Bagaimanapun, amat penting untuk kerajaan mengambil kira ketidaktentuan majoriti semasa di dalam Parlimen hanya akan membawa kepada lebih ketidakstabilan. Parlimen seharusnya menjadi kaedah alternatif semulajadi untuk menyelesaikan kebuntuan politik yang sedang melanda kini, tetapi Parlimen kini digantung. “Jika jawatankuasa dwipartisan benar-benar bebas sebagaimana yang diumumkan, kami sangat mengalu-alukan komitmen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum sebaik sahaja mereka membuat pengumuman bahawa keadaan selamat untuk diadakan pilihan raya, “ kata Yeoh.

Tambahan pula, impak negatif perintah darurat terhadap ekonomi dan perniagaan bukan satu penekanan yang berlebih-lebihan.

“Covid-19 sudah pun memberi kesan terhadap banyak perniagaan, terutamanya secara negatif terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Banyak antaranya yang tiada pilihan lain selain dari terpaksa memberhentikan para pekerja malah terdapat juga yang terpaksa menutup perniagaan mereka. Kini apabila Perintah Darurat sudah diisytiharkan, saya khuatir perniagaan dan sentimen pelabur akan lebih terjejas.
“Apa sahaja keputusan yang akan diambil mulai sekarang, IDEAS yang berada dalam organisasi masyarakat sivil secara konsisten akan terus memastikan agar kerajaan bertindak secara telus dan bertanggungjawab. Kini adalah masanya membuat keputusan-keputusan yang sukar; memberi keutamaan kepada tadbir urus baik yang melaksanakan tanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia, dan untuk memastikan tumpuan penuh diberikan kepada pemulihan, “ tambahnya.

Penyalahgunaan kuasa dan pergelutan demi kelangsungan politik harus diketepikan demi negara.

--- TAMAT ---

Untuk sebarang pertanyaan media, hubungi tricia@ideas.org.my
MEDIA STATEMENT

For immediate release

IDEAS urges MOE to expand teaching and learning on television to help avoid lost generation

Kuala Lumpur, 13 January 2021: The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) welcomes the expansion of educational TV announced by MOE and urges MOE to ensure comprehensive coverage of main subjects for all levels from primary to secondary on television.

With the implementation of MCO 2.0, face to face schooling sessions in Johor, Melaka, Penang, Sabah, Selangor and Wilayah Persekutuan would be closed except for students sitting major local examinations in 2020 and 2021. Teaching and learning for other students will be transferred to online learning. The Education Minister announced yesterday that educational programmes will be provided on television.

Commenting on the issue, Wan Ya Shin, Research Manager of Social Policy Unit in IDEAS, said “As we know there are many challenges in accessing online learning for students. Challenges such as lack of proper devices, access to the internet and steady connection, conducive environment for learning and parental guidance as parents need to work. The continuation of online learning that does not address these issues will result in a “lost generation” and increase education inequality.”

“We need to expand the coverage and reach of the teaching and learning to students who do not have access to online learning as they are the most vulnerable and more likely to drop out of school.”

“The expansion of classroom teaching via television should be comprehensive to cover all main subjects for all levels from primary to secondary to be aired on television throughout the day to ensure that children are not left behind.”

“We are unsure how long this situation will persist. Therefore, we cannot risk the future and education of our children.” she said.

A policy paper published by IDEAS, titled Brief Ideas No.19 “Education during Covid-19” (see appendix), suggested that television would be the best reach as 98.6% of households have television compared to only 87% households have internet according to the ICT Use and Access Survey in 2018.

Tricia Yeoh, CEO of IDEAS added, "After almost a year of experiencing continued disruption to our children's education, we must now identify innovative solutions to ensure they are able to continue learning. The COVID-19 situation is nowhere near easing, and implementing television-based learning is certainly a low-hanging fruit that can be immediately put into place. I look forward to seeing how the government can adapt existing facilities creatively to achieve continued education."



Brief Ideas No. 19 can be downloaded from:

https://www.ideas.org.my/brief-ideas-no-19-education-during-covid-19/



--- END ---


For media enquiries, contact Wan Ya Shin at yashin@ideas.org.my

Appendix: Brief IDEAS No 19: Education during COVID-19
There are 1.5 billion students from over 165 countries who are out of school due to the COVID-19 pandemic as announced by UNESCO on 26 March 2020. Malaysia is one of the 165 countries which has closed schools due to the pandemic. School holiday in Malaysia has been extended by 3 weeks after the school holidays in March. At the time of writing, there is still a possibility of the extension of the Movement Control Order (MCO) beyond 14 April 2020.

There are many scenarios that might play out after 14 April 2020. First, we might resume back to business as usual, where businesses and schools will be reopened. Second, the MCO might be extended. Third, we might resume businesses and schools but would go back to MCO if there is another surge in the number of infections. In these circumstances, what would happen to our children’s education? What would happen to their learning?
VERSI BAHASA MELAYU

KENYATAAN MEDIA

Untuk sebaran segera

IDEAS menggesa Kementerian Pendidikan untuk meluaskan pengajaran dan pembelajaran di televisyen untuk menghindari generasi yang hilang

Kuala Lumpur, 13 Januari 2021: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan perluasan TV pendidikan seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan serta menggesa pihak kementerian untuk memastikan liputan menyeluruh mata pelajaran utama bagi semua peringkat dari sekolah rendah hingga sekolah menengah di televisyen.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, sesi persekolahan secara bersemuka di Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, dan Wilayah Persekutuan terpaksa ditutup kecuali untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama tempatan bagi tahun 2020 dan 2021. Pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar lain akan dipindahkan ke pembelajaran dalam talian. Menteri Pendidikan telah mengumumkan semalam bahawa program-program pendidikan akan disediakan di televisyen.

Mengulas isu ini, Wan Ya Shin, Pengurus Penyelidikan Unit Dasar Sosial di IDEAS berkata, “Seperti yang kita ketahui terdapat pelbagai cabaran kepada para pelajar dalam mengakses pembelajaran dalam talian. Cabaran seperti kekurangan peranti yang sesuai, akses kepada internet serta sambungan yang stabil, persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan bimbingan ibu bapa disebabkan keperluan ibu bapa untuk bekerja. Kesinambungan pembelajaran dalam talian yang tidak menangani isu-isu yang disebutkan ini akan menghasilkan satu ‘generasi yang hilang’ dan meningkatkan ketidaksamaan pendidikan.”

“Kita perlu meluaskan liputan dan juga capaian pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar yang tidak mempunyai akses terhadap pembelajaran dalam talian kerana mereka merupakan kumpulan yang paling terdedah dan cenderung untuk tercicir dari sekolah.

“Perluasan pengajaran di bilik darjah melalui televisyen perlu menyeluruh untuk merangkumi semua mata pelajaran utama pada semua peringkat dari sekolah rendah hingga sekolah menengah akan disiarkan di televisyen sepanjang hari demi memastikan kanak-kanak ini tidak ketinggalan.

“Kita belum dapat memastikan sampai bila situasi ini akan berlarutan. Justeru, kita tidak boleh meletakkan masa hadapan serta pendidikan anak-anak kita dalam risiko,” katanya.

Satu kertas cadangan dasar telah diterbitkan oleh IDEAS, bertajuk Brief Ideas No.19 “Education during COVID-19” (lihat lampiran) telah mencadangkan bahawa televisyen merupakan medium capaian terbaik dengan 98.6% isi rumah memiliki televisyen berbanding hanya 87% isi rumah mempunyai sambungan internet berdasarkan kepada Tinjauan Penggunaan dan Capaian ICT 2018.

Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS menambah, “Setelah hampir setahun mengalami gangguan berterusan terhadap pendidikan anak-anak kita, kini kita harus mengenal pasti penyelesaian inovatif untuk memastikan mereka mampu meneruskan pembelajaran. Situasi COVID-19 ini tiada tanda akan reda, dan melaksanakan pembelajaran berasaskan televisyen merupakan satu langkah mudah yang boleh dilaksanakan serta-merta. Saya menantikan untuk melihat bagaimana pihak kerajaan dapat menyesuaikan kemudahan sedia ada secara kreatif untuk mencapai pendidikan yang berterusan.”

Brief Ideas No.19 boleh dimuat turun di pautan:

https://www.ideas.org.my/brief-ideas-no-19-education-during-covid-19/

--- TAMAT ---

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Wan Ya Shin di yashin@ideas.org.my.


Lampiran: Brief IDEAS No 19: Education during COVID-19
Terdapat seramai 6.5 bilion orang pelajar dari 165 buah negara yang tidak bersekolah akibat wabak COVID-19 seperti yang diumumkan oleh UNESCO pada 26 Mac 2020. Malaysia merupakan salah satu daripada 165 buah negara yang telah menutup sekolah kerana wabak. Cuti sekolah di Malaysia telah dilanjutkan selama 3 minggu selepas cuti sekolah pada bulan Mac. Ketika kertas cadangan ini ditulis, masih ada kemungkinan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melangkaui 14 April 2020.
Terdapat banyak senario yang berkemungkinan berlaku selepas 14 April 2020. Pertama, kita mungkin akan kembali ke keadaan sedia kala, di mana perniagaan dan sekolah akan kembali dibuka. Kedua, PKP mungkin akan dilanjutkan. Ketiga, perniagaan dan sekolah akan disambung semula tetapi PKP kembali dilaksanakan jika terdapat peningkatan jumlah jangkitan. Dalam keadaan seperti ini, apakah yang akan terjadi kepada pendidikan anak-anak kita? Apakah yang akan berlaku kepada pembelajaran mereka?
IDEAS Media Statement: IDEAS: Malaysia’s deteriorating score in CPI 2020 demonstrates the need to prioritise the National Anti-Corruption Plan (NACP) implementation
Media Statement

IDEAS: Government needs comprehensive strategy to return the economy to growth in 2021
Media Statement: The National Unity Blueprint 2021-2030 is an opportunity to evaluate race relations more critically
MEDIA STATEMENT - IDEAS: Malaysiakini’s verdict and Gerakbudaya’s raid present grave threats to freedom of the media and expression
Paddy and Rice Sector Policy Roadmap: Towards Equity and Sustainability

How can we transform the paddy and rice industry in Malaysia into a more progressive, equitable and sustainable industry?

This study is an extension of the previous study conducted in 2019 by IDEAS. Titled the “Effectiveness of State Trading Enterprises in Achieving Food Security: Case Studies of BERNAS in Malaysia and BULOG in Indonesia”, the study made a number of policy recommendations to transform the sector towards a more progressive, equitable and sustainable industry. As a result of the follow-up study carried out in 2020, we now produce this report that translates those recommendations into a policy roadmap, which will serve as a guide to policymakers, as well as a framework for further intellectual discourse.

Read the paper:
https://www.ideas.org.my/policy-paper-no-71-paddy-and-rice-sector-policy-roadmap-towards-equity-and-sustainability/