icebear notes ʕ•́ᴥ•̀ʔ
14.5K subscribers
514 photos
18 videos
767 files
154 links
hey there icebearries !
check out my icebear's notes in media and files
╒══════════════════╕
↳ disc group :-
@icebearrawrrdiscussion
↳ collab partner :-
@studywithadmin
↳ link :-
https://icebearrawrr.carrd.co/
╘══════════════════╛
Straight A+ SPM Aminn
Download Telegram
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Bagaimanakah kita mampu mempertahankan kemerdekaan negara kita ? (4m)

jawapan :
- mengenali dan menghormati raja dan pemimpin negara
- tidak terpengaruh dengan unsur-unsur budaya luar
- memupuk sikap patriotisme dalam diri rakyat
- tidak melakukan kekecohan dalam kalangan masyarakat
👍30🔥12🤩4🎉2😱1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Menurut Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj, pemisahan Singapura daripada Malaysia tidak dapat dielakkan. Wajarkah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia ? Berikan ulasan anda (4m)

jawapan :

wajar
- menjaga kepentingan kedua-dua negara
- memakmurkan rakyat
- mengelakkan unsur paksaan dan kekerasan
- mengelakkan ketengan negara berlaku

tidak wajar
- mempunyai hubungan sejarah yang rapat
- mengukuhkan pertahanan
- mampu menjadi kuasa besar di Asia tenggara
- pemimpin kedua-dua negara masih boleh berunding
👍32😁7🎉74🔥4😱2🤩1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Sebagai pengerusi kelab sejarah, cadangkan aktiviti yang menaikkan semangat cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah. (4m)

jawapan :
- mengadakan aktiviti sempena hari Malaysia dan hari Kemerdekaan
- mengadakan lawatan ke tempat bersejarah di Malaysia
- menggalakkan murid menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat
- mengadakan pertandingan sejarawan muda di sekolah
👍21🔥17🤩3🎉1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Sistem persekutuan membawa banyak kebaikan kepada negara kita. Beri ulasan anda. (4m)

jawapan :
- membebaskan negara daripada penjajahan barat
- warisan bangsa terpelihara
- negara dapat mencapai kemerdekaan
- kedudukan orang melayu dan kepentingan sah kaum lain terpelihara
👍33🎉8🔥71
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Mengapakah hubungan dengan negara luar perlu dikukuhkan? (4m)

jawapan :
- memudahkan negara untuk mendapatkan bantuan dari negara lain
- dapat menjamin keselamatan negara dan rakyat daripada serangan
- dapat memakmurkan ekonomi
- mengawal sempadan daripada penyeludupan
- meningkatkan pendapatan dalam aktiviti pelancongan
😱44👍36🤩129🔥7🎉7
korang nak yang soalan kbat 8 markah pulak tak ?
Anonymous Poll
96%
nak icee !
4%
ga apa apa :)
🤩62👍195😱3🔥1
siapa sini dahh isi upu ? 🙋🏻‍♀️🙋🏻
👍45🔥8
yang dah tuu, korang pilih apaa 😭 ice takdak idea ni semua UIAM HAHAHA💔
👍266
ok ok cita cita korang senanya nak jadi apa

ice nak jadi marine biologist au astu astu mama kata dia nak anak dia jadi dentist 😌
#yfjf
53👍22😱14🔥10🎉3
SEJARAH KBAT ( 8 MARKAH )
👍326🤩1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Terangkan kepentingan perlembagaan persekutuan terhadap negara bangsa ? (8m)

jawapan :
- sistem perundangan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik
- parlimen bertanggungjawab dalam menggubal undang undang
- dapat memasikan negara sentiasa aman
- sistem demokrasi dapat dikekalkan melalui pilihan raya
- kebajikan rakyat diberikan secara adil tanpa mengira kaum
- rakyat menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
- wujudnya sistem perundangan yg tersusun utk dipatuhi oleh rakyat
- agama islam dpt dikekalkan sebagai agama rasmi
👍8018🤩7🔥5😁5😱3🎉1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Sekiranya anda seorang pemimpin negara Malaysia , bagaimanakah anda menjaga hubungan luar dengan negara lain ? (8m)

jawapan :
- mengamalkan kerjasama dalam bidang ekonomi dengan negara lain
- dapat menjalankan aktiviti pertukaran teknologi dengan negara luar
- bekerjasama dengan Jepun yang terkenal dengan kemajuan teknologi
- memberikan pertolongan kepada negara lain sekiranya ditimpa musibah
- malaysia menghantar pasukan misi menyelamat
- dapat membina kepercayaan sesama negara
- tidak mencampuri hal ehwal negara lain
- menghormati dan memahami budaya dan adat negara lain
*soalan 8 markah boleh ada fakta, huraian dan contoh
👍49🔥83😱2🤩1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Wajarkan darurat diisytiharkan di negara kita semasa ancaman komunis ? Berikan hujah anda (8m)

jawapan :
*wajar
- untuk menjaga keselamatan rakyat daripada ancaman komunis
- untuk menangkap sesiapa yg bersekongkol dengan komunis
- pemimpin gerakan radikal , ahmad boestaman
- mengurangkan jumlah rakyat yang terkorban
- mengelakkan berlakunya rusuhan kaum di Malaysia
- rusuhan kaum cina dan kaum melayu
- dapat menambahkan jumlah rakyat yg berwarganegara persekutuan tanah melayu

yang tak wajar cer korang try 😂
👍242
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Berdasarkan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am anda, mengapakah toleransi antara kaum membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah ? (8m)

jawapan :
- pelbagai kaum bekerjasama
- berganding bahu mempertahankan negeri daripada anasir luar
- kekuatan semangat rakyat yang berbilang kaum
- mempu menunjukkan kekuatan sesebuah negara
- menggerunkan negara luar yg hendak menjajah dan menghalang kemerdekaan
- memupuk perpaduan antara kaum
- menghormati budaya dan adat resam kaum lain
- tidak menimbulkan sebarang isu sensitif dalam kalangan masyarakat
👍139😱3😁2🤩1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin negara, apakah usaha untuk memupuk perpaduan kaum di negara kita? Berikan hujah anda (8m)

jawapan :
- mengadakan sambutan sempena hari Malaysia dan hari Kemerdekaan
- menanam rasa cinta akan negara
- memupuk perpaduan dalam diri rakyat
- menyatukan rakyat berbilang kaum dalam pelbagai aktiviti
- subjek subjek berunsur sejarah diperkenalkan kepada murid
- menyediakan pelbagai rancangan dan usaha ke arah perpaduan kaum
- menghasilkan filem atau karya yg merangkumi perpaduan kaum
- menyebarkan informasi tentang perpaduan kpd golongan belia

* pernah dengar atau pergi RIMUP (Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan) ? boleh selitkan itu dalam contoh
👍206😱3😁1🎉1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Pada pandangan anda, mengapakah ideologi komunisme tidak wajar bertapak di negara kita ? (8m)

jawapan :
- berasaskan kekerasan
- rakyat tidak berasa bebas
- menyebabkan rusuhan antara kaum cina dan kaum melayu
- negara tidak akan aman
- ekonomi negara akan merosot
- keselamatan negara terancam
- kewarganegaraan tidak awak wujud
- keharmonian hubungan antara kaum akan terjejas
- wujud prasangka antara kaum
👍168😁1🎉1🤩1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Terangkan sumbangan anda untuk mengekalkan kedaulatan negara bangsa (8m)

jawapan :
- menyambut perayaan sempena hari Malaysia
- menghormati lagu Negaraku bagi menunjukkan sikap patriotik
- mematuhi undang undang dan perintah raja
- memberikan kesetiaan kepada raja
- menggunakan bahasa melayu sebagai alat komunikasi
- memahami rukun negara
- peka terhadap isu negara
- menjaga hubungan antara kaum
- sentiasa menjaga nama baik negara semasa di luar negara
👍156🤩4🎉2😁1😱1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dalam PBB. Berikan hujah anda (8m)

jawapan :
- mendukung piagam PBB
- memberikan bantuan terhadap negara yg menghadapi masalah
- membantu dlm menyelesaikan konflik antara negara
- tidak campur tangan dlm urusan hal ehwal negara lain
- konsep hormat menghormati kedaulatan wilayah negara kita
- memberikan hak asasi manusia untuk semua
- menggariskan prinsip yg antaranya berkaitan dengan pencapaian taraf hidup
- mendukung penuh piagam PBB yang selaras dengan pendirian negara
👍169😱4🎉4🤩4😁1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Sekiranya Sabah dan Sarawak tidak diserahkan kepada British, apakah yg mungkin berlaku kepada Sabah dan Sarawak ? (8m)

jawapan :
- masih di bawah penjajahan
- tiada kemajuan yg berlaku dari segi sosial
- kesukaran meningkatkan kemudahan infrastruktur
- ekonomi akan terus terjejas
- akan menjadi sasaran utama penjajah untuk menjajah
- tidak dapat mencapai kemerdekaan
- penduduk tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran
- berkemungkinan membentuk negara sendiri
👍30🎉75🤩2🔥1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Bagaimanakah cara untuk menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara ? (8m)

jawapan :
- rakyat mematuhi undang undang yg dikuatkuasakan
- mengadakan dan menyambut samputan hari kemerdekaan
- menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
- memperkenalkan subjek yg berunsurkan cinta akan negara di sekolah
- mengadakan kempen yg menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara
- memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
- tidak mempertikaikan titah raja-raja Melayu
- tidak melakukan rusuhan
👍499🎉5😱4😁1🤩1
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ice)
Buktikan kerajaan kita berjaya mengambil inisiatif bagi mewujudkan kelestarian alam sekitar di Malaysia (8m)

jawapan :
- mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
- pemberian anugerah dan pengisytiharan
- memberikan komitmen dlm menjaga alam sekitar
- melestarikan alam sekitar di malaysia
- menjalankan pelbagai kempen untuk menjaga alam sekitar
- menyiarkan pelbagai iklan disiarkan di televisyen tentang penjagaan kebersihan sungat
- memperkenalkan cara penjagaan alam sekitar kpd murid
- memulihara tempat yang masih terpelihara alam sekitar sebagai hutan simpanan
- mewujudkan taman-taman laut
- mengisytiharkan taman negara
👍67😱18🎉9🔥7🤩76