Ibu Rose - Mesejnya Kasih Channel
7.33K subscribers
707 photos
16 videos
2 files
1.21K links
Perkongsian Loving & Firm Parenting dari Ibu Rose (Rozieta Shaary) www.iburose.com pada umum
Download Telegram
I AM THE DIRECTOR OF MY LIFE ❤️
.
Sayang, masih ingat balik masa zaman belajar, zaman kat U atau kat kolej dulu. Bagaimana diri mu masa itu?
.
Masa tu tentu ceria, bersemangat, punya ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif dan wowww nampak hebat. Rasa lebih bebas…
.
Tapi, kenapa agaknya bila dah berkahwin, dah ada anak, ciri-ciri sebegitu semakin lama semakin luput, semakin lama semakin mengurang? Day in and day out…macam autopilot sahaja.
.
Ya, Ibu tau dan sedar, ramainya para wanita yang apabila sudah berkahwin, meletakkan keutamaan kepada keluarganya, suami dan anak-anak dan lupa akan keperluan diri sendiri. Sanggup korbankan apa saja demi kebahagiaan keluarganya. Ya, ini bagus dan mulia sebenarnya dan tidak salah.
.
Namun, jangan lupa kan diri mu sayang.
.
Jangan jadikan dalam tak sedar, diri kelihatan semakin ‘kusam’, semakin ‘tidak bermaya’, semakin ‘hilang semangat’.
.
Tambah lagi bila dibelenggu dengan pelbagai isu rumahtangga, isu di tempat kerja, isu ekonomi dan sebagainya.
.
“Arghhh…kenapa macam ni? Aku tak suka hidup begini. Aku educated. Tapi, dah terperuk kat rumah dengan anak-anak. Aku dah tak tau apa hala tuju hidup ni lagi. Apa fungsi hidupku kalau tak mampu beri manfaat pada kedua orang tuaku. Am I a looser? Aku tak guna.”
.
Atau
.
“Aku nak jadi ibu yang baik, sabar dengan anak-anak, tapi asyik melenting jer bila balik kerja. Senang sangat nak marah anak-anak…tapi bila kat tempat kerja rasa bersalah pulak tinggalkan mereka…anak-anak pun asyik suka menjerit dan gaduh…aku ni ibu yang tak pandai didik anak ke? Yang pentingkan kerjaya jer? Apa nak jadi dengan anak-anak aku?”
.
STOP!
.
Usah pandang buruk pada diri sendiri.
Usah berterusan sabotaj diri anda sendiri.
.
Anda takkan mampu untuk memberi anda anda tidak punya.
.
Bangkitlah wahai para wanita yang dikasihi.
Bangkitlah wahai para isteri.
Bangkitlah wahai para ibu.
Bangkitlah wahai para bidadari syurga.💛💛💛
.
Letakkan diri anda pada kedudukan yang betul dan tepat.
.
Jangan benarkan kepercayaan yang ‘salah’ menjadi pegangan hidupmu.
.
Katakan ini :
Saya wanita istimewa.
Saya wanita yang dikasihi Allah dan Rasulullah.
Saya wanita yang bahagia dan membahagiakan.
Saya wanita yang cergas, semangat dan positif.
Saya wanita yang penuh kasih sayang.🧡🧡🧡🧡
.
Ya..Kamu adalah Pengarah hidup mu, The Director of Your Life!.
.
Jangan benarkan orang lain mengawal kehidupan anda. Jangan benarkan orang lain mengawal pemikiran anda. Jangan benarkan diri mu mensabotaj diri mu. Kamu ISTIMEWA. SUNGGUH!
.
.
Kita tidak mampu kawal apa yang terjadi diluar, tapi kita mampu mengawal apakah respon yang boleh kita berikan terhadap sesuatu yang terjadi.
.
I AM THE DIRECTOR OF MY LIFE
.
Yes and Yes!
.
Dalam hidup jangan pernah mengalah. Betulkan balik pandangan kita tentang diri kita sendiri.
.
Selagi Allah bersama, tiada apa yang perlu ditakutkan. Perkara pertama yang perlu dilakukan, kembali kepada Allah. Cari ketanangan bersamaNya.
.
InsyaAllah, segala kekusutan dan kemelut yang berlaku selama ini akan dapat dirungkaikan perlahan-lahan.
.
Mari Ibu nak share 3 tips mudah pagi ini agar permulaan hari menjadi lebih tenang.
.
Cuba lakukannya secara rutin, setiap hari, agar hati lebih tenang.
.
1. Istighfar sekurang-kurangnya 100 kali sebelum subuh.
2. Selawat 100kali sebelum subuh.
3. Senaraikan 3 perkara yang disyukuri sejurus bangun tidur selepas baca doa bangun tidur.
.
InsyaAllah, hari itu anda akan laluinya dengan lebih baik. Mulakan hari dengan betul dan tepat. Cipta bahagia itu 😉
.
Satu petua untuk hidup bahagia dan sejahtera. Nak tahu?
.
Bahagiakanlah orang lain. Bila tenggelam dalam emosi sedih, arah diri mu bangun dan pergi melakukan sesuatu untuk membahagiakan orang lain kerana kasih mu kepada Allah dan RasulNya. Nescaya, secepat kilat, kebahagiaan dan kedamaian mula bertapak semula dengan lebih kuat di dalam diri mu. Dengan izin Allah. ❤️
.
Cuba lakukan.
.
Ibu dah share ilmu ini dengan anak-anak Ibu di di Strong Ladies Mastery Class. Seronok Ibu melihat mereka yang mengamalkan ini mula istiqamah bahagia. Dan yang bestnya, anak-anak yang dulu suka buat pera
ngai dan renggang, dah pandai sebut I love you, pada ibu mereka dan dah pandai peluk.
.
Bahagia sungguh Ibu melihat perubahan mereka. Mereka memang mengamalkan ilmu, ‘I am The Director of My Life’ ini. Mereka mudah kendalikan emosi mereka sebab mereka tahu, di tangan merekalah penentu emosi mereka.
.
Ibu share dengan mereka, kita tidak boleh kawal apa yang berlaku kepada kita; tetapi kitab oleh kawal bagaimana kita bertindak terhadap apa yang berlaku. Menyedari kita pengarah hidup kita dan kemudi di tangan kita, kita mampu memilih respon kita.

Btw,Ibu nak tanya, kalau Ibu buka intake baru untuk Strong Ladies, ada yang nak join ke?💖💖💖💖
.
.
Salam kasih,
Ibu Rose dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)
Semalam semasa LIVE Ibu ada berjanji untuk LIVE malam ni pukul 9.15 pm.
.
So, InsyaAllah kita LIVE malam ni ya.
.
Ibu bantu sesiapa yang nak lebih sabar didik anak-anak dan jadi para ibu yang STRONG, BIJAKSANA, TENANG dan PENUH KASIH-SAYANG.
.
Yang suami pun boleh join. InsyaAllah boleh bantu isteri.
.
Boleh tolong sebarkan agar ramai yang dapat manafaaat?
.
Ibu doakan special untuk semua yang tolong like, share dan jemput kawan-kawan.
.
Lebih extra special doa untuk yang komen, "Doakan saya jadi sabar Ibu!"💖
.
Masa LIVE nanti, Ibu akan doa pula untuk yang hadir. 💖💖💖💖💖
MINGGU SELF-EMPOWERMENT DAY 4🌟💪💖💖💖
.
SELALU SANGAT kita terlupa akan pentingnya kita diatas mukabumi ini. Kita terlupa untuk menghargai bahawa kita membawa perbezaan ke dunia ini. 😢
.
Kesedaran kita penting dan berharga ini bukanlah dalam konteks mendabik dada dan menjadi bongkak. Ia adalah suatu kesedaran bahawa kita ini dijadikan untuk membawa kebaikan dalam menambah nilai kerana Allah Ta'ala, Itulah yang dinamakan amalan soleh.
.
NAMUN, bila kita tidak ingat akan perkara ini, kita mungkin tereperangkap dalam cycle SABOTAJ DIRI.
.
Contoh:
Apa yang menyebabkan sesorang itu mudah sangat bertindak di luar kawalan. Contohnya, bila marah ana-anak sampai membantai mereka, menjerit-jerit kepada mereka atau asyik maraha dan baran sahaja, silap terjadi trigger walaupun sedikit? Ini adalah kerana mereka masih ada kelukaan semalam yang masih berdarah. Emosi masih belum sembuh. Ada sesuatu yang mungkin telah terbenam dan tidak disedari secara conscious, namun bila berlaku trigger maka ia akan surface dan orang itu akan melakukan sesuatu diluar kawalan. Bila tersedar, mereka ini akan menangis, menyesal dan mengutuk diri menangis di bucu katil. Saban hari mereka berjanji akan bersabar, tetapi mereka akan lebih banyak gagal dari berjaya.
.
Kenapa?

.
Kerana sakit itu belum sembuh. Belum dibalut dan diubati.
.
Belajar sesuatu sayang?
.
Ini minggu SELF-EMPOWERMENT dan Ibu telah mulakan 3 hari lepas. Ibu akan fokus memberi ilmu dan input dalam topik ini untuk 7 hari.
.
Ramai yang hadir sesi LIVE Ibu dan ikuti TERAPI yang Ibu lakukan. Ini diantara komen mereka setelah melalu sesi Terapi yang basic.
.
MALAM ni pukul 9.15 pm, Ibu akan LIVE sekali lagi di page dan IG untuk berkongsi ilmu mengenai HEALING.
.
Jemput join. InsyaAllah, ilmu mahal yang bakal Ibu kongsikan akan membantu anda LET GO, some of your pain yang menghalang diri mu membawa ke hadapan DIRI MU YANG INDAH.
.
Siapa nak Ibu bantu untuk jadi ibu/bapa yang lebih BERWAWASAN, TENANG dan DIHORMATI anak-anaK? TULIS KAT KOMEN, "SAYA IBU 🙋‍♀️🙋‍♂️💗!"
.
JEMPUT YA!💞💗

#strongladies. #strongladiescreatealoveworld
#miraculousliving. #imakeadifference
#selfempowerment. #selfleadership
MULTI-FOKUS YANG MELELAHKAN.
.
Biasa tak jadi macam ni :

Sambil masak, sambil basuh kain, sambil bagi anak makan, sambil dengar audio, sambil jawab soalan anak, sambil macam-macam. Haa….ada yang kata para wanita ni memang itulah kelebihannya, MULTI-TASKING.
.
Tapi, perasan tak, bila dah multi banyak sangat, akhirnya apa jadi pada mak ni adalah kepenatan yang teramat sangat. Penat mental, fizikal dan emosi. Habis drain tenaga.
.
Apa yang lebih mengharukan adalah, hasil kelelahan itu semua tiada sempurna. Banyak kekurangannya, banyak yang tidak selesai. Paling utama, sang ibu menjadi sangat tidak produktif dihujung hati. Hati rasa tak happy dan mudah meledak dek kerana kepenatan itu.
.
“Tapi Ibu, saya tak ada pilihan. Anak saya ramai. Saya bekerja. Bila balik, semua nak kena hadap. Nak tak nak tetap kena uruskan. Kalau nak harapkan suami..emm..lagi saya sakit hati.”
.
Sayang..tau tak apa silap mu. KESEMPURNAAN.
.
Baju, perlu disidai begini, kain perlu dilipat begini, rumah mesti berkeadaan begini, anak-anak mesti selesaikan tugasan begini-begini, aktiviti mesti dilakukan begini-begini, nak hasil jadi begini-begini.
.
Bila tak tercapai ‘expectations’ itu, apa yang terhasil adalah STRESS, TERTEKAN, BENGANG. Akhirnya, menyalahkan diri sendiri atas ‘kegagalan’ yang tidak diingini.
.
Sayang, sedarilah sesungguhnya anda bukanlah ROBOT.
Anda adalah manusia yang perlu waktu rehat, yang perlu belaian kasih, yang perlu masa ketenangan.
.
“Ibu..tak boleh. Anak saya kecik-kecik. Tak boleh ‘deligate’ kerja. Bila suami dah tolong tengokkan anak-anak, saya dah syukur sangat. Tapi, betullah kata Ibu, saya masih ada satu perasaan ‘kekosongan’ dalam jiwa. Terkadang penat ini semua buat saya hampir menghamburkan air mata. Nak tak nak, tetap kena buat, tetap kena hadap.”
.
Sebenarnya kan sayang, yang buat kita penat bukan MULTI-TASKING tu, tapi sebab MULTI-FOKUS. Memang penat, bila dalam pemikiran tu banyak perkara yang diFOKUSkan dalam satu masa. Tengah masak, dalam fikiran ingat anak belum dimandikan. Sambil lipat kain, teringat wasap boss yang belum di ‘reply’. Sedang makan bersama suami teringat kain yang belum disidai. Hakikatnya, MULTI-FOKUS itu sangat tidak produktif, sangat tidak bagus. Jadi apa nak buat?
.
Kembali FOKUS. Lakukan satu persatu dengan hati yang tenang.
.
Suka Ibu kongsikan tips yang mudah buat sayang semua yang perlu MULTI-TASKING ni.
.
Mungkin sayang boleh cuba amalkan apa yang Ibu nak kongsikan ini.

1. Mulakan hari dengan TAHAJJUD.

Pada permulaan hari, SERAHKAN MASA,URUSAN dan TENAGA kepada MAHA PENCIPTA SEGALA. Peruntukan masa khas berkhalwat bersama Allah Taala. Luahkan segala apa yang terpendam. Mohon kekuatan kepadaNya. Zikir, selawat, baca Al-Quran dan berdoalah sebelum subuh. Ketika itu, Allah sedang turun ke langit dunia. Allah mahu mengampunkan sesiapa yang minta ampun dan mahu mengabulkan apa saja yang dimohon oleh hambaNya. Dengan menyediakan masa untuk Allah pada permulaan hari, InsyaAllah hari itu akan menjadi lebih efektif. Bahasa mudahnya hari menjadi lebih berkat. Banyak urusan selesai, dipermudahkan, hati rasa lapang dan sebagainya.

2. JADUAL

Adakan jadual yang realistik untuk aktiviti sepanjang hari. Pentingnya jadual ini, adalah supaya seluruh ahli keluarga tahu apakah aktiviti seharian. Maka rutin yang positif boleh dicipta. Apabila anak tahu apa yang harus dilakukan sepanjang hari, maka ini akan bina rasa selamat pada diri anak itu sendiri. Para ibu bapa juga boleh kurang ‘membebel’ kerana anak sedar apa yang patut dilakukan.

3. Bahagikan tempoh 24jam atau sistem MENGKHUSUSKAN -Definition of Space.

Cuba lihat dapur kita, semua ada lokasi khusus. Di mana pisau disimpan, kuali disangkutkan, rempah ratus disusun, tidak caca-marba. Maka, bila kita mahu masak dan masuk ke dapur, semua jadi mudah dan terurus. Begitulah dengan masa. Khususkan masa untuk ALLAH, SUAMI, ANAK-ANAK, URUSAN RUMAH, ME-TIME dan lain-lain.

Begitulah 3 tips mudah yang mungkin sayang boleh amalkan dalam kehidupan harian. Tak kisahlah sama anda perlu bekerja di luar atau WFH. Sungguh, bila mulakan hari dengan Allah, In
syaAllah, banyak perkara akan selesai dan dipermudahkan. Usahlah jadi wanita yang MULTI-FOKUS yang akhirnya akan memenatkan dan melelahkan. Malahan hasil yang tercita sangat minimum.
.
Doa Ibu, semoga perkongsian Ibu pada pagi ini memberi semangat atau setidak-tidaknya memberi motivasi pada anda dalam memulakan hari.
.
Apa yang anda dapat pelajari dari sharing Ibu ni?. Boleh kongsikan sikit?
.
Salam kasih,
Ibu Rose dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)
JEMPUTAN FB LIVE QASEH JUNIOR HQ

Tarikh: 25 June 2020 (Khamis)
Masa: 12.00 pm
Topik: Persediaan Emosi Pelajar Hadapi Normal Baharu Di Sekolah
FB Page: https://www.facebook.com/QasehJuniorHQ/

Ketika ini kita berhadapan dengan new normal atau kebiasaan baharu akibat wabak Covid-19.
Norma baharu seperti penjarakan sosial, penjagaan kebersihan diri, penggunaan pembasmi kuman dan tidak bersesak dalam sesuatu keadaan adalah sangat dititikberatkan.
.
Mungkin mudah untuk diterapkan kepada orang dewasa. Tetapi adakah anak-anak kita mampu untuk berdikari dan dapat menerima norma baharu ini terutamanya sekembalinya mereka ke sekolah nanti ?
Adakah mereka jelas memahami tentang normal baharu ini ? Apakah peranan ibubapa untuk memberi kefahaman kepada anak-anak ?

Ikuti Live bersama Panel Family & Love Guru Ibu Rose bagi membincangkan tajuk ini.
GAJET DAN ANAK DI MUSIM PKP

“Aduh..stress betul tengok anak-anak ni. Asik ngan gajet je. Kalau tak bagi tantrum pulak. Tak bagi, nanti homework dan kelas online kena guna hp juga. Lagi sekat, lagi menjadi-jadi. Macamana nak buat ni?.”
.
Ibu faham, ramai antara anda yang mula resah bila screen time anak-anak meningkat dimusim pkp ni. Maklumlah, bila kelas dan kerja sekolah pun dah disampaikan secara online, nak tak nak, kena juga benarkan anak guna gajet.
.
Tapi, masalah timbul bila anak jadi tak terkawal dengan gajet.
.
Sanggup tak makan sebab gajet.
Sanggup tak tidur dengan gajet.
Malah ada juga ketakutan andai anak terrmelayari laman web porno. Nauzubillah.
.
Pada Ibu Min, kalau dah sampai tahap begini, ini sudah menunjukkan anak ini perlu diubati. Ibu bapa perlu jadi tegas dalam menguruskan gajet anak-anak. Bertindak segera sebelum terlambat.
.
Baiklah, untuk meringkaskan posting ini, Ibu Min kongsikan sedikit kaedah yang mungkin boleh digunakan bagi mengawal penggunaan gajet. Ini adalah dari perbincangan Ibu Min dengan Ibu Rose serta penyelidikan yang dibuat dari beberapa pakar yang lain.
.
1. PERJANJIAN

Sebelum serahkan gajet pada anak, perlu dijelaskan garispanduan penggunaanya. Buat secara jelas dan bertulis. Nyatakan untuk kegunaan apa, tempoh penggunaan, tanggungjawab menguruskan penggunaan gajet. Dan apa saja yang perlu dan baik. Nyatakan juga, sekiranya melanggar perjanjian, maka, kemudahan menggunakan gajet boleh ditarik balik dan akan dipertimbangkan dipulangkan mengikut budi bicara ibu bapa. Siap ada tandatangan persetujuan anak.

2. PEMILIKAN
Pastikan anak jelas, yang gajet itu pemiliknya adalah ibu bapanya. Maka, dia tidak berhak sewenang-wenangnya mengambil dan menyimpan gajet tersebut. Setiap hari, gajet itu dalam simpanan ibu bapa, melainkan pada waktu yang dibenarkan dan pada penggunaan yang dibenarkan. Dengan cara ini, anak akan lebih berhati-hati kerana ia bukan miliknya. Pastikan, setelah selesai penggunaan hp, ia perlu dikembalikan kepada simpanan ibu bapa. Pulangkan kepada ibu bapa sebelum malam. Jangan pernah benarkan anak tidur bersama hp.

Terlalu banyak kes yang anak nampak sangat naif di hadapan ibu bapa, tapi rupa-rupanya telah berhubung dengan orang luar dan melakukan aksi lucah secara maya. Nauzubillah.

Kalau dulu, kita perlu menjaga anak dara agar tidak ada orang ‘jahat’ yang cuba merosakkan anak kita. Tapi, hari ini ‘orang luar’ mudah-mudah saja masuk ke bilik anak kita tanpa kita sedari menerusi online.
.
3. PENJAGAAN AURAT

Secara berkala, ingatkan anak tentang peringatan Allah berkenaan nikmat yang telah Allah kurniakan. Semua yang Allah berikan, akan dipersoalkan kembali oleh Allah. Semua pancaindera akan menjadi saksi di hadapan Allah dihari akhirat nanti. Mata, apa yang kita lihat. Jari, apa yang kita taip. Semua akan berhadapan dengan mahkamah Allah Yang Maha Adil. Tiada satu pun yang akan terlepas. Jadi, sentiasa pelihara aurat ketika berada dimana-mana. Peringatan ini perlukan pengulangan. Mulakan dengan, “Kata Allah” atau “Kata Rasulullah”..
.
4. PASSWORD

Pastikan ibu bapa tahu segala password yang anak create. Jika gagal untuk menyatakan password, maka hak penggunaan hp boleh ditarik balik.
.
5. CELIK IT

Ibu bapa zaman ini tiada pilihan, perlu seiring dengan anak-anak. Perlu celik IT, perlu tahu kemana anak jelajah dengan hp tersebut. Dengan itu, InsyaAllah, sebarang penyelewengan akan dapat dikesan lebih awal.
.
6. SERAHKAN PADA ALLAH

Ini paling utama, penyerahan sepenuhnya pada Allah. Lakukan dalam solat sunat hajat, boleh juga pasakkan niat minta Allah bantu sebelum niat solat sunat. Penyerahan kepada Allah dan mohon bantuan Allah agar anak-anak dipelihara oleh Allah. Agar dipelihara dan terjaga dari godaan syaitan dan hawa nafsu yang jahat.
.
7. TEGAS DAN KASIH SAYANG
Ibu bapa perlu menjadi insan yang tegas dan sampai hati dalam mendidik sahsiah anak-anak. Tak perlu garang. Apa yang lebih penting adalah tetap dengan pendirian dan jelas atas tindakan. Janganlah jadi ibu bapa yang takut nak ambil tindakan pada kesilapan anak kerana takut anak merajuk. Ibu bapa perl
u ada karekter individu yang mampu untuk dihormati.

Sebagai ibu bapa, anda adalah orang yang diamanahkan untuk mendidik anak-anak oleh Allah Azza Wajalla. Namun, seandainya anak telah tersalah langkah usaha untuk betulkan kembAli. Jadikan itu sebagai satu titik penambahbaikan dalam jalan kehidupan. Boleh jadi, kesilapan yang anak lakukan itu, membantu untuk anak memahami sesuatu yang penting dalam hidup dan malah ibu bapa sendiri menjadi orang yang lebih baik pada masa
.
Stay strong.
Keep positif.
Take the right action.
Mohon petunjuk dari Allah.
.
Semoga perkongsian pagi ini, dapat membantu sayang dalam menjalani hari-hari yang semakin mencabar.
.
“PLEASE TAKE BACK YOUR POWER WITH GENTLE.”
.
Boleh kongsikan sikit dikomen? Apakah sharing pagi ni membantu sayang?. Gembira Ibu Min andai anda sudi membantu kami dengan memberi komen membina.😍😍
.
.

Salam kasih,
Hasil tulisan Yasmin Sari (Ibu Min, Apprentice Ibu Rose)
Dibenar post oleh Ibu Rose
.
Jemput ikuti Ibu Rose di Telegram : t.me/iburoselove
PERHATIAN: BATCH 3 UNTUK PROGRAM EKSKLUSIF STRONG LADIES MASTERY CLASS - SLMC - PENDAFTARAN DIBUKA. 💪💖
.
SEPERTI yang Ibu janjikan semasa Ramadhan hari itu bahawa Ibu akan buka batch ke-3 untuk Strong Ladies Mastery Class ini diatas permintaan ramai. Maaf kerana lama menunggu kerana Ibu mahu memastikan yang terbaik untuk anda. Alhamdulillah, Allah izinkan untuk Ibu buka pendaftaran untuk kelas masteri ini secara rasmi mulai hari ini.
.
Seorang ibu adalah MADRASAH pertama bagi setiap individu. Sejak dalam kandungan, anak yang dikandung akan menyerap emosi si ibu dan memahami dunia seperti yang ibu itu alami. Jika si ibu stabil emosi maka anak yang dikandung membentuk tanggapan positif terhadap dunia yang memudahkan dia berjaya dunia akhirat. Jika tidak, maka kesukaran dan masalah akan terjadi jika tidak berlaku penyembuhan atau intervention.
.
Jika saban hari si ibu kusut fikiran, tidak dapat mengawal emosi, asyik keliru dan berduka, tentunya payah mewujudkan situasi yang damai dan AJAIB dalam kerjaya apatah lagi famili. Tentu madrasah pertama anak-anak terjejas. Marah-marah dan kekasaran menjadi cara berkomunikasi. Sedangkan setiap ibu boleh dikatakan kasih mendalam kepada anak-anaknya. Dan hendak anak-anak berasa selamat dengan kita dan kita menjadi madrasah indah mereka yang pertama dan utama, betul tak?
.
Ibu faham ramai para wanita mahu menjadi seorang ibu, isteri dan anak yang berdaya mengharungi hidup ini dengan bijak, TENANG dan membawa manafaat, betul tak?
.
Jika anda seperti Ibu, famili adalah keutamaan tumpuan kita wanita. Dalam berkerjaya hebat pun kita masih mahu ambil tahu akan perihal famili dan anak-anak. Rasa tidak lengkap jika tidak memastikan anak-anak membesar dengan baik.
.
Sebenarnya, bukan berkerjaya atau sibuk dengan bisnes dan mencari rezeki yang menghalang kita menjadi ibu yang tenang dan sabar lalu anak-anak menjadi anak-anak yang berakhlak mulia. Sebenarnya, walaupun kita tak sibuk, jika tiada kemahiran, kita masih payah mendidik anak-anak dan rasa bahagia.
.
Kerana bila minda, hati dan jiwa tidak kuat, ditambah dengan kepenatan fizikal pula tu; adakalanya kita menjadi cepat melenting dengan anak-anak. Malah, apa yang lebih menyedihkan, kemarahan menjadi diluar kawalan. Maka terjadilah apa sahaja perbuatan anak-anak menjadi trigger kemarahan. Kenapa begitu sayang?
.
Sebab ada sakit semalam. Ada unresolved issues ATAU TRAUMA YANG BELUM SETEL. Ada yang perlu diSEMBUHKAN. Ada yang perlu di HEAL kan. Dan ada sikap, skil dan ilmu yang perlu diperolehi untuk istiqamah tenang dan bahagia.
.
Kita tidak akan cepat melenting jika tidak ada sakit diemosi yang belum sembuh.😢
.
Maha Kaya Allah, Subhanallah. Allah menyuruh kita mencari jalan keluar agar kita mampu mendidik anak-anak, menjadi lebih berdaya dan perkasa, memberi lebih banyak manafaat di dalam hidup kita yang tidak panjang ini.
.
Bangkitlah! Anda juga layak untuk hidup TENANG SEJAHTERA. Anda layak menjadi ibu yang dikagumi, dihormati dan disayangi bukan sahaja oleh anak-anak anda malah oleh semua orang. Anda layak membina SABAR dan menjadi insan yang membawa perbezaan indah ke dunia anak-anak mu, suamimu, ibu bapamu dan masyarakat mu.
.
Berhenti mengeluh. Ambil langkah mengatasi cabaran. Kerana semua cabaran adalah untuk mengasah keperkasaan diri kita.
.
Apakah potensi diri yang terbenam dik luka semalam sehingga anda lupa, anda sebenarnya dijadikan seorang pemenang sejak kewujudan fizikal mu di tulang sulbi ayahmu.
.
Ibu telah susun program online Mastery Class untuk para wanita yang mahu hidup yang lebih tersusun, tenang dan bahagia. Ibu susun dengan rapi dan penuh kasih saying program ini. Ibu amat terpanggil untuk membantu para wanita sembuh dan bangkit menjadi kebanggaan famili.
.
SLMC merupakan sebuah program ONLINE memfokus kepada Membangun, Memperkasakan dan MASTERI diri khas untuk wanita.
.
Pengisian program memfokus kepada ‘PENYEMBUHAN EMOSI (HEALING)’ dan membangkitkan POTENSI DIRI.
.
Peserta akan melalui SESI GROUP HEALING, dan pekongsian ILMU MAHAL melalui LIVE di Secret FB Group, Video-video Ilmu Mahal (Tambahan), Ebuku da
n Sesi Soal jawab terbuka untuk memastikan segala persoalan peserta mendapat perhatian.

Program akan berjalan selama 30 hari. Namun keahlian adalah seumur hidup. Bermakna setiap ahli boleh mengikuti program berkali-kali dengan hanya satu kali pendaftaran. Di bawah merupakan maklumat program dan pengisian program.
.
.
PENGISIAN PROGRAM secara ringkas. Untuk keperincian boleh klik link yang diberi.

1) Sembuh - Heal

2) Bangkit dan Keluarkan Diri Mu yang Hebat.

3) Membina Keluarga Penuh Kasih Sayang Penjemput Rezeki - Building A Loving Family Inviting Abundance of Wealth

4) Pengisian BONUS

Meningkatkan skil memimpin anak-anak. (Enhancing Leadership Skills to lead your children)

Ibu sertakan link PROGRAM STRONG LADIES MASTERY CLASS ini. You can check it out. Boleh baca detail yang Ibu sertakan di link ini. Jika inilah yang anda cari dan sesuai untuk mu,TERUS MENDAFTAR kerana sekarang ada diskaun hebat.
.
https://bit.ly/SLM-Jun2020
https://bit.ly/SLM-Jun2020
https://bit.ly/SLM-Jun2020
.
Jika perlu lebih info boleh wasap 0176802364 atau email ke iburoseservice@gmail.com

p/s – Class ini tidak besar kerana Ibu mahu memberi tumpuan penuh. Anda boleh rapat dengan Ibu untuk Ibu bimbing selama 30 hari dan seterusnya.
.
Pelaburan HANYA RM180 dari harga asal RM450 itu istimewa untuk mereka yang terawal sahaja iaitu sebelum 27hb June 2020. 💖
.
Pendaftaran dibuka sekarang.

Program bermula pada 30hb June 2020.

Jemput klik link dan daftar segera.
.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada followers Ibu Rose

Ibu sedang bersiaran di FB Page Tollyjoy Malaysia membincangkan topik 'Loving & Firm Parenting'

Jom sertai dan share! ❤️

https://www.facebook.com/tollyjoymalaysia/videos/581094565894365/
SAYA MAHU TERUS BEKERJA!
.
.
“Ibu, saya pilih untuk terus bekerja. Walaupun saya rasa kesian pada anak-anak, saya tak ada pilihan. Saya terpaksa terus bekerja Ibu.”
.
“Pilihan yang BETUL tetapi SALAH!”- Ibu Rose
.
Sayang, it is okay kalau anda mahu terus bekerja. Apa yang harus anda lakukan hanya perlu memurnikan NIAT. Apa yang anda RASA, itu akan MENARIK TENAGA dan memberi kesan pada sekeliling.
.
“Apa maksud Ibu, saya tak faham?”
.
Bagus, bila terus bekerja itu atas dasar mahu membantu ekonomi keluarga, meringankan beban suami, mahu bantu ibu ayah, adik beradik, tidak mahu menyusahkan suami atas komitmen yang dah dilakukan.
.
Namun, itu belum cukup 'Ummpph' kata orang. Apa kata naikkan sikit levelnya.
.
“Ibu saya mahu menjadi isteri yang melapangkan hati suami, mahu berkhidmat pada ibu ayah, memberi khidmat yang terbaik di tempat kerja kerana saya mahu bawa rezeki yang berkat dan bersih buat diri saya dan keluarga. Saya juga mahu selalu berinfaq dan menjadi pembayar zakat. Saya nak apa yang saya lakukan ini semua menjadi amal soleh yang dipandang Allah.”
.
Alhamdulillah, semakin baik niat tu.
.
Kan dalam agama segalanya bermula dengan NIAT.
.
Niat lagi power bila kita lakukan sesuatu untuk orang lain bukan sebab kita sahaja dan ULTIMATE adalah untuk mengejar REDHA ALLAH. Good.
.
Aha…ada satu perkara lagi adalah berkenaan RASA.
.
Pada ayat tadi, “Saya tak ada pilihan. Saya TERPAKSA terus bekerja Ibu.”
.
Bila kita TERPAKSA maka di situ hilang tenaga dalam melakukan sesuatu.
.
Haa….ini semua memberi kesan pada diri anda, orang sekeliling dan hasil kerja itu.
.
Semua perasaan atau RASA yang positif seperti semangat, bahagia, seronok, akan membawa kepada TENAGA yang TINGGI. Maka, anda akan melalui hari yang menyeronokkan dan membahagiakan. Ia juga akan dirasai oleh kawan sekerja, suami dan anak-anak atau siapa saja disekeliling anda. Buat apapun menjadi.
.
Sebaliknya kalau pergi kerja dengan RASA yang negatif seperti malas, terpaksa. Maka anda akan membawa TENAGA yang RENDAH. Rasa lemau kat tempat kerja, tak ceria, buat kerja pun tak enjoy, mudah sentap, mudah buat kesilapan dan sebagainya. Hari itu akan menjadi hari yang moody, tak best. Ia juga akan menjangkiti orang sekeliling. Semua jadi serba tak kena.
.
RASA yang POSITIF hasilkan TENAGA TINGGI dan hasilkan VIBRASI tinggi. Apa yang bestnya, bila VIBRASI kita TINGGI, ia akan menarik perkara yang bersifat TINGGI VIBRASInya juga pada kita seperti..kebahagiaan, kekayaan, kegembiraan. Haa…bestkan.
.
Begitu pula kalau RASA yang NEGATIF. Ia menghasilkan TENAGA RENDAH dan VIBRASI jadi RENDAH. Maka, ia mudah menarik perkara yang RENDAH VIBRASI nya seperti marah, sedih, sakit hati, susah, kesempitan dan seumpama dengannya. Tak best kan begitu.
.
Jadi, bagaimana nak tune kepada RASA yang POSITIF?
.
Ha, ia bermula dengan rutin sebelum tidur dan bagaimana kita bangun tidur. Nak cerita bab tidur ni pun panjang juga. Apa kata, Ibu sambung bab tidur ni esok. InsyaAllah.
.
Anda dapat sesuatu tak dari sharing Ibu pagi ini? Jika ya, komenlah “Dapat Ibu”. Ohh…2 hari lagi pertemuan pertama Ibu di Strong Ladies Mastery Class Batch 3. Buat semua yang dah mendaftar, jangan lupa temu janji kita di Secret Group kita ya. Pastikan dah join secret group itu.

Bagi yang nak join Mastery Class boleh klik link di bawah.

https://bit.ly/SLM-Jun2020

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)

Jemput join Telegram bersama Ibu Rose : t.me/iburoselove