iSaham
17.5K subscribers
1.11K photos
13 videos
7 files
1.1K links
Tips2 penggunaan iSaham, strategi saham dan update terkini berkaitan iSaham.
.
https://www.isaham.my
Download Telegram
Pelaburan jangka panjang ataupun 'long term' merupakan kaedah pelaburan dalam jangka masa lebih daripada setahun. Ia merupakan langkah pelaburan yang pasif dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Topik Persediaan Sebelum Melabur untuk Jangka Panjang menghuraikan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan oleh para pelabur sebelum memulakan langkah pelaburan jangka panjang.

Link: https://www.isaham.my/blog/persediaan-sebelum-melabur-untuk-jangka-panjang

#isahamblog
Boustead Plantations Berhad (BPLANT) telah mengumumkan laporan kewangan bagi suku tahun ketiga 2021 dengan pendapatan RM293.77 juta dan keuntungan sebanyak RM95.56 juta. Syarikat juga mengumumkan pemberian dividen RM0.0175 bagi setiap unit saham.

Penganalisis Maybank Investment Bank menjangkakan harga jualan purata bagi minyak sawit mentah bakal meningkat seterusnya akan memberi manfaat kepada BPLANT pada masa akan datang. Penganalisis juga beranggapan bahawa Cukai Makmur tidak akan memberi kesan kepada hasil pendapatan syarikat.

Harga semasa: RM0.715
Nilai yang diberi oleh penganalisis Maybank Investment Bank: RM0.930
Nilai purata yang diberi beberapa penganalisis: RM0.930

https://www.isaham.my/stock/BPLANT
MPI

Malaysian Pacific Industries Berhad (MPI) telah mengumumkan laporan kewangan bagi suku tahun pertama 2022 dengan pendapatan RM584.5 juta dan keuntungan sebanyak RM81.7 juta. Ia merupakan prestasi terbaik yang pernah dicapai oleh MPI.

Dengan peningkatan kapasiti syarikat sebanyak 15% sejak Ogos 2021, penganalisis RHB Investment Bank menjangkakan syarikat bakal terus menerima manfaat dari peningkatan permintaan produk semikonduktor di peringkat global.

Harga semasa: RM48.70
Nilai yang diberi oleh penganalisis RHB Investment Bank: RM53.34
Nilai purata yang diberi beberapa penganalisis: RM47.02

https://www.isaham.my/stock/mpi
Platform membeli belah atas talian Shopee telah memperkenalkan fungsi Shopee Pay Later ataupun SPayLater pada Mac 2021. Ia membolehkan pelanggan membeli barangan dengan menangguhkan bayaran.

Bagaimanapun, pelanggan yang hendak menggunakan fungsi tersebut perlulah memahami kontrak dan permasalahan Syariah yang terlibat dalam transaksi SPayLater. Topik Status Syariah dalam Penggunaan Pembayaran Shopee Pay Later menerangkan status Syariah dalam penggunaan SPayLater.

Link: https://www.isaham.my/blog/status-syariah-dalam-penggunaan-pembayaran-shopee-pay-later

#isahamblog
KERJAYA

Kerjaya Prospek Group Berhad (KERJAYA) telah mengumumkan laporan kewangan bagi suku tahun ketiga 2021 dengan pendapatan RM222.6 juta dan keuntungan sebanyak RM24.2 juta. Ia menjadikan keuntungan terkumpul bagi 9 bulan 2021 adalah sebanyak RM66.6 juta.

KERJAYA telah mencapai kadar vaksinasi 100% bagi para pekerja mereka. Penganalisis Kenanga Research menjangkakan kebenaran operasi bagi sektor pembinaan bakal meningkatkan pendapatan syarikat pada suku tahun seterusnya.

Harga semasa: RM1.20
Nilai yang diberi oleh penganalisis Kenanga Research: RM1.50
Nilai purata yang diberi beberapa penganalisis: RM1.35

https://www.isaham.my/stock/KERJAYA
MYEG

MY E.G. Services Berhad (MYEG) mencatatkan pendapatan RM156.8 juta dan keuntungan sebanyak RM78.46 juta bagi suku tahun ketiga 2021. MYEG berjaya mengekalkan pencapaian margin keuntungan yang tinggi hasil daripada perkhidmatan kesihatan seperti kemudahan kuarantin kendiri dan perkhidmatan e-ujian JPJ.

Penganalisis UOB Kay Hian menjangkakan segmen perkhidmatan kesihatan bakal terus menjadi tunjang pendapatan bagi MYEG pada suku tahun akan datang.

Harga semasa: RM1.09
Nilai yang diberi oleh penganalisis UOB Kay Hian: RM1.53
Nilai purata yang diberi beberapa penganalisis: RM2.10

https://www.isaham.my/stock/myeg
Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengemaskini senarai saham patuh syariah pada setiap hari Jumaat terakhir pada bulan Mei dan November. Pada 26 November 2021 lepas, senarai terbaru saham patuh syariah telah dikeluar untuk rujukan umum.

Topik Saham Terkini Patuh Syariah Bagi November 2021 mengulas tentang saham-saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah.

Link: https://www.isaham.my/blog/saham-terkini-patuh-syariah-bagi-november-2021

#isahamblog
KGB

Kelington Group Berhad (KGB) telah mengumumkan laporan kewangan bagi suku tahun ketiga 2021 dengan pendapatan RM106.4 juta dan keuntungan sebanyak RM7.9 juta. Ia menjadikan keuntungan terkumpul 9 bulan 2021 bagi KGB adalah sebanyak RM20.9 juta.

Dengan tempahan terkumpul bernilai RM979 juta, penganalisis Kenanga Research menjangkakan syarikat bakal menunjukkan prestasi yang lebih baik pada suku tahun akan datang.

Harga semasa: RM1.60
Nilai yang diberi oleh penganalisis Kenanga Research: RM2.50
Nilai purata yang diberi beberapa penganalisis: RM2.02

https://www.isaham.my/stock/KGB
PHARMA

Sesi penerangan korporat telah dianjurkan oleh Pharmaniaga Berhad (PHARMA) bagi menerangkan prestasi syarikat pada suku tahun ketiga 2021. Sehingga kini, PHARMA telah membekalkan 20.4 juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Penganalisis Hong Leong Investment Bank menjangkakan, PHARMA bakal terus menerima manfaat daripada PICK dengan terlibat dalam pembekalan dos penggalak. PHARMA juga sedang komited menjalankan usaha mengeksport vaksin Sinovac ke negara-negara ASEAN dan benua Afrika.

Harga semasa: RM0.815
Nilai yang diberi oleh penganalisis Hong Leong Investment Bank: RM1.040
Nilai purata yang diberi beberapa penganalisis: RM0.965

https://www.isaham.my/stock/PHARMA
KGB

Kelington Group Berhad (KGB) mengumumkan telah memenangi satu lagi kontrak yang bernilai RM85 juta. Ia merupakan projek menjalankan kerja-kerja pengedaran sistem gas bagi sebuah kilang milik GlobalFoundries di Singapura.

Kontrak terbaru ini menjadikan tempahan terkumpul bagi KGB adalah bernilai RM1.04 bilion. Berdasarkan kepakaran yang dimiliki syarikat, penganalisis Kenanga Research menjangkakan KGB mempunyai peluang untuk memenangi lebih banyak kontrak pada masa akan datang.

Harga semasa: RM1.59
Nilai yang diberi oleh penganalisis Kenanga Research: RM2.50
Nilai purata yang diberi beberapa penganalisis: RM2.02

https://www.isaham.my/stock/KGB
CYPARK Menjalinkan 2 tahun Kerjasama dengan Huawei

CYPARK telah memeterai Memorandum of Understanding (MOU) bersama Huawei Teknologi (Malaysia) Sdn Bhd untuk kerjasama jangka panjang dalam projek tenaga boleh diperbaharui (RE) berjumlah 500MW di dalam dan di luar Malaysia.

Dalam perjanjian itu, Huawei akan menjadi pemboleh teknologi dan akan menyediakan sokongan teknikal dan selepas jualan bagi semua produk dan penyelesaian. CYPARK pula akan berperanan sebagai pengguna dan pemasang produk tersebut. MOU ini telah berkuatkuasa bermula 3 Disember 2021 dan akan berjalan selama dua tahun. 

CYPARK
https://www.isaham.my/stock/CYPARK

https://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=3216792
IPO Siab Holdings Berhad boleh dipohon di portal MITI.
https://sahamonline.miti.gov.my/

Siab Holdings Berhad
https://siabmy.com/

Rujukan draf prospektus
https://www.sc.com.my/resources/prospectus-exposure/prospectus-exposure-siab-holdings-berhad
DIALOG

Dialog Group Berhad (DIALOG) dilaporkan telah menerima projek bernilai RM360 juta dari Petronas Gas Berhad. Projek tersebut melibatkan proses kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) di stesen pemampatan milik Petronas Gas Berhad.

Penganalisis Hong Leong Investment Bank menjangkakan, DIALOG bakal terus menerima manfaat pada fasa pemulihan ekonomi bagi perkhidmatan sektor minyak dan gas di peringkat global dan tempatan.

Harga semasa: RM2.48
Nilai yang diberi oleh penganalisis Hong Leong Investment Bank: RM3.38
Nilai purata yang diberi beberapa penganalisis: RM3.60

https://www.isaham.my/stock/dialog
IPO Farm Fresh Berhad kini sudah boleh dipohon di portal MITI.
https://sahamonline.miti.gov.my/

Farm Fresh Berhad
https://www.farmfresh.com.my/

Rujukan draf prospektus
https://www.sc.com.my/resources/prospectus-exposure/prospectus-exposure-farm-fresh-berhad
KGB

Kelington Group Berhad (KGB) mengumumkan telah memenangi satu lagi kontrak yang bernilai RM110 juta. Ia merupakan projek penghantaran gas berketulenan tinggi (Ultra High Purity) bagi sebuah kilang milik syarikat semikonduktor yang berpangkalan di Jerman.

Kontrak terbaru ini menjadikan tempahan terkumpul yang dimiliki KGB adalah bernilai RM1.23 bilion. Berdasarkan kepakaran yang dimiliki syarikat, penganalisis Affin Hwang Investment Bank menjangkakan KGB bakal memenangi lebih banyak kontrak pada tahun 2022.

Harga semasa: RM1.69
Nilai yang diberi oleh penganalisis Affin Hwang Investment Bank: RM2.10
Nilai purata yang diberi beberapa penganalisis: RM2.11

https://www.isaham.my/stock/KGB
Bencana banjir yang berlaku sekitar Lembah Klang dan beberapa kawasan di semenanjung Malaysia meninggalkan kesan dan impak yang besar buat mangsa yang terlibat.

iSaham bersama-sama dengan GlobalSadaqah telah mengambil satu inisiatif bagi membantu mereka yang terkesan. Penerangan lanjut di blog Bantuan Kecemasan: Ribuan Terjejas Akibat Banjir Buruk di 8 Buah Negeri.

Link: https://www.isaham.my/blog/bantuan-kecemasan-ribuan-terjejas-akibat-banjir-buruk-di-8-buah-negeri

#isahamblog