๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
379 subscribers
83 photos
39 videos
15 links
everything happens for a reason ๊จ„
Download Telegram
๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
4. Umat islam saling bercakaran Ini juga satu punca, dan perkara yang menghalang pertolongan Allah datang. Apabila orang islam sesama islam asyik bergaduh, mengutuk, mencaci dan menghina sesama sendiri, bersangka buruk dengan umat islam, sedangkan bila denganโ€ฆ
APAKAH SOLUSINYA?

Solusinya bagi saya, KEMBALILAH kepada islam. Bertaubatlah, dan kembalilah ke pangkal jalan. Fahamilah islam, laksanakanlah dakwah, tinggalkanlah maksiat, bersepakatlah sesama umat islam. Itulah jalan untuk mendapat pertolongan Allah.

Islam takkan menang dengan pertolongan manusia semata-mata. Kerana itu, berjuta wang dan harta serta ubat-ubatan telah di berikan kepada rakyat palestin Syria, rohingya, dan lain-lain, pelbagai demonstrasi aman telah di lakukan bagi menyedarkan masyarakat tentang isu palestin dan sebagainya, pelbagai solat hajat dan qunut nazilah telah di lakukan, tapi, islam akan menang apabila pertolongan Allah datang!

Saya ulang:

โ€œIslam takkan menang hanya dengan pertolongan manusia semata-mata walaupun ianya adalah satu kewajipan kepada kita. Tapi, islam akan menang dengan pertolongan Allah, dan kita wajib menariknya dengan amal kita!โ€

Demi Allah, saya sikitpun tak merendahkan mereka-mereka yang berusaha membantu palestin dengan menyumbang, cakna, demonstrasi aman, ceramah-ceramah, boikot dan lain-lain. Bahkan, saya menyokongnya 100%, dan tak salah kalau saya kata, kita WAJIB melakukan ia.

Cuma, fikir-fikirkanlah point saya di atas.
๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
APAKAH SOLUSINYA? Solusinya bagi saya, KEMBALILAH kepada islam. Bertaubatlah, dan kembalilah ke pangkal jalan. Fahamilah islam, laksanakanlah dakwah, tinggalkanlah maksiat, bersepakatlah sesama umat islam. Itulah jalan untuk mendapat pertolongan Allah. Islamโ€ฆ
Masih lagi saya ingat satu kisah, di zaman HASAN ALBANNA, tika masyarakat ketika itu bertanya:

โ€œAdakah palestin akan kembali ke tangan umat islam semula??โ€

Maka, Albanna menghantar seorang ulamaโ€™ untuk ke palestin bagi mendapatkan beberapa maklumat, bagi menjawab seoalan tersebut. Setelah itu, ulama tersebut menyatakan:

1) Apabila aku mengajak mereka untuk solat berjemaah di masjid, masing-masing di antara mereka memilih untuk tak turut serta dengan pelbagai alasan.

2) Apabila aku mengajak mereka untuk mendalami dan menghayati Alquran, ramai di kalangan mereka memilih untuk tidak pedulikan.

3) Apabila aku mengajak mereka ke majlis ilmu agar mereka memahami agama dan mendapat kesedaran, mereka menolak dan mengabaikan.

4) NAMUN, apabila aku mengajak mereka untuk menentang kezaliman yahudi laknatullah, mereka terus bersemangat dan turun dari segenap penjuru untuk berdemontrasi menyokong perkara ini!!


Maka, apabila mendengar keadaan itu, Hasan Albanna menjawab:

โ€œPalestin takkan kembali ke saat orang islam di saat iniโ€ฆ..โ€

Kerana itulah, Hasan Albanna mulakan TARBIAH, mendidik masyarakat dengan dakwah. Sehingga hidupnya rijal hasil didikan albanna iaitu SYEIKH AHMAD YASSIN yang telah mentarbiah penduduk GAZA, mengajar mereka Alquran dan sunnah, mengembalikan roh dakwah dan tarbiah di kalangan mereka, serta menubuhkan HAMAS, yang kita lihat hari ini, hero umat islam!

Kerana mereka sedar, dengan kembali pada islam lah, islam akan bangkit dengan pertolongan Allah.
๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
Masih lagi saya ingat satu kisah, di zaman HASAN ALBANNA, tika masyarakat ketika itu bertanya: โ€œAdakah palestin akan kembali ke tangan umat islam semula??โ€ Maka, Albanna menghantar seorang ulamaโ€™ untuk ke palestin bagi mendapatkan beberapa maklumat, bagiโ€ฆ
PENUTUP

Wahai kawan, wahai umat islam yang saya sayang, wahai diriku sendiri!

Umat islam di palestine telah berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali pada islam. Di gaza, telah lahirkan beratus ribu para hafiz Al-quran di kalangan budak-budak, remaja, pemuda dan orang tua. Masjid mereka hidup, HAMAS dan FATAH telahpun sepakat, dan kecintaan mereka terhadap agama sangat tinggi.

Hatta, kalau nak tahu, SYARAT untuk MENYERTAI briged Izzuddin Alqassam sangat ketat! Kerana, meraka mahu pastikan pejuang-pejuang dan para mujahidin terdiri dari mereka-mereka yang bersih hatinya dan jujur dengan diri mereka sendiri, serta jujur dengan Allah!

Antara syarat untuk menyertai sayap jihad HAMAS iaitu briged Izzuddin Alqassam ialah:

1)Hafiz 30 juz dan lancar.
2)Hafal Hadith 40, lancar dan faham.
3)Dapat keizinan ibu bapa.
4)Wajib baca satu juz quran sehari,
5)Wajib pelajari TAFSIR quran.
6)Melazimi puasa sunat dan tahajud!
7)Mendapat keizinan ketua masjid di kawasan mereka bagi mengesahkan bahawa dia melakukan solat subuh berjemaah di masjid selama 3 bulan berturut-turut!
8)Tak hisap rokok.
9)Bijak dan cemerlang pelajaran.
10)Melazimi riadhah.
11)Melazimi zikir harian pagi dan petang.
12)Siap sedia untuk syahid pada bila-bila masa.

Inilah syarat nak masuk briged alqassam!!!Memang kita tak layak langsung!!

Sebab tulah, kemenangan demi kemenangan Allah berikan kepada penduduk gaza, walaupun di serang bertubi-tubi, sedikitpun mereka tak gentar, dan bantuan Allah datang tanpa jemu kepada mereka. Kerana mereka AMAT MENJAGA DIRI MEREKA DARI DOSA.

Bayangkan, BARU MEREKA menjaga diri mereka dari dosa, kalau SELURUH UMAT ISLAM menjaga diri mereka dari dosa, bayangkanlah pertolongan Allah yang macamana akan Allah curahkan? Bayangkanlah!

Namun, andai kita nak lihat pertolongan Allah datang mencurah-curah, jika kita nak lihat kemenangan islam di depan mata kita, tinggalkanlah dosa, bertaubatlah, dan kembalilah pada islam yang sebenar.

Janganlah di sebabkan kita, palestin, Syria, rohingya dan lain-lain dalam kesusahan. Dan suka untuk saya ingatkan, tiada siapa yang terlepas dari dosa dan maksiat, melainkan nabi saw. Namun persoalannya, adakah kita bertaubat dan tak terus-menerus melakukan dosa, atau kita dah tak rasa apa bila buat dosa?
๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
PENUTUP Wahai kawan, wahai umat islam yang saya sayang, wahai diriku sendiri! Umat islam di palestine telah berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali pada islam. Di gaza, telah lahirkan beratus ribu para hafiz Al-quran di kalangan budak-budak, remaja, pemudaโ€ฆ
Ingatlah, janganlah jadi orang yang hanya mampu mengutuk israel dan amerika, tapi pada masa yang sama kita menjadi punca umat islam kalah.

"Jangan sampai kalian hanya mampu melaknat orang zalim, tetapi hendaklah kalian memikirkan bagaimana untuk menghentikan kezaliman itu!!"
(Umar Telmisani)

"3 kelemahan umat islam. Pertama, tidak belajar dari SEJARAH lampau(tak baca sirah nabi, tak baca sejarah-sejarah dunia), kedua, tak merancang dengan teliti, dan yang ketiga, malas membaca!"
(Moche dayan, bekas panglima ketua pertahanan IDF-israel defense force)

"Umat islam jangan bermimpi ingin mengalahkan kami, selagi mana solat subuh mereka di masjid tak sama macam solat jumaat!!"
(Rahib yahudi)


Fikirkanlah...

โ€œYa Allah, andai dosa kami menjadi punca kau melambatkan kemenangan umat islam di seluruh dunia khususnya palestin, maka, kau ampunkanlah kami yang bodoh, hina dan penuh dosa ini ya Allah!โ€

Wallahuaโ€™lam.

-Adnin Roslan-
Over 7,300 Palestinians were killed during the ongoing Israeli aggression against Gaza, including more than 3,000 children. 27.10.23

ุฃูƒุซุฑ ู…ู† 7300 ุดู‡ูŠุฏ ู…ู†ู‡ู… ู…ุง ูŠุฒูŠุฏ ุนู† 3000 ุทูู„ ุฎู„ุงู„ ุงู„ุนุฏูˆุงู† ุนู„ู‰ ุบุฒุฉ
ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู… ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡

QIRFLY BERDUKA CITA, ATAS APA YANG BERLAKU PADA HARINI BERTARIKH 28 OCTOBER, SEMASA SEPATUTNYA MEREKA TIDUR, ZIONIST MENYERANG RUMAH DAN KELUARGA. BUKAN ITU SAHAJA SEBELUM SERANGAN ITU BERLAKU MEREKA TELAH MEMOTONG AKSES INTERNET DAN SEGALA KOMUNIKASI TAK DAPAT DICAPAI. QIRFLY BERHARAP INI BUKAN KEKALAHAN HAMAS DAN PALESTINE, INI HANYA SATU KEBANGKITAN DUNIA UNTUK SEDARI SIAPA SYAITAN SEBENARNYA.


ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงู†ู’ุตูุฑู’ ุฅูุฎู’ูˆูŽุงู†ูŽู†ูŽุง ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูุฌูŽุงู‡ูุฏููŠู†ูŽ ูููŠ ููŽู„ูุณู’ุทููŠู†ูŽ ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฏูŽู…ู‘ูุฑู ุงู„ู’ูŠูŽู‡ููˆุฏ ูˆูŽุฅูุณู’ุฑูŽุงุฆูู„ู ูˆูŽุดูŽุชู‘ูุชู’ ุดูŽู…ู’ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽููŽุฑู‘ูู‚ู’ ุฌูŽู…ู’ุนูŽู‡ูู…ู’


p/s: Doa lah dan sampaikan pada ahli keluarga, hanya itu kita mampu.

#QIRFLY
#PALESTINE ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
โœจDOA KETIKA ADA HUTANG ATAU MASALAH TEKANAN HIDUP ๐Ÿ•Š๏ธ

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅูู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู‡ูŽู…ูู‘ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุฒูŽู†ู ูˆูŽุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุนูŽุฌู’ุฒู ูˆูŽุงู„ู’ูƒูŽุณูŽู„ู ูˆูŽุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฌูุจู’ู†ู ูˆูŽุงู„ู’ุจูุฎู’ู„ู ูˆูŽุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุบูŽู„ูŽุจูŽุฉู ุงู„ุฏูŽู‘ูŠู’ู†ู ูˆูŽู‚ูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ุฑูู‘ุฌูŽุงู„ู
Allahumma inni aโ€™udzubika minal hammi wal hazan, wa aโ€™udzubika minal โ€˜ajzi wal kasali, wa aโ€™udzubika minal jubni wal bukhli, wa aโ€™udzubika min gholabatid dayni wa qohrir rijaal

Maksudnya: โ€œYa Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebingungan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepadaMu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan tekanan manusiaโ€
#semogabermaafaat
@iNeedYouArRahman
HATE 1$r43l #FREEPALESTINE ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
ig post @itsteme
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dozens of injuries arrive to the hospital following heavy Israeli bombardment in Jabalia refugee camp, north of Gaza. 31.10.23

ุนุดุฑุงุช ุงู„ุงุตุงุจุงุช ุชุตู„ ุงู„ู‰ ุงู„ู…ุณุชุดูู‰ ููŠ ู‚ุตู ุนู†ูŠู ุนู„ู‰ ู…ุฎูŠู… ุฌุจุงู„ูŠุง ุดู…ุงู„ูŠ ุงู„ู‚ุทุงุน
CEO Telegram SUPPORT PALESTINE #FREEPALESTINE ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
Precious Smiles (PalestinianKids)๐Ÿฅฐ๐Ÿ‰ #FREEPALESTINE ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
Islamic + Fantasy Book ๐Ÿ”ฎ [ Dark Signore ]
The funeral of the journalist Mohammed Abu Hatab who was killed with his family after bombing their home in Khan Younis. 3.11.23

‎ุตู„ุงุฉ ุงู„ุฌู†ุงุฒุฉ ุนู„ู‰ ู…ุฑุงุณู„ ุชู„ูุฒูŠูˆู† ูู„ุณุทูŠู† ุงู„ุดู‡ูŠุฏ ู…ุญู…ุฏ ุฃุจูˆ ุญุทุจ ุงู„ุฐูŠ ุงุฑุชู‚ู‰ ู…ุน ุฃูุฑุงุฏ ุนุงุฆู„ุชู‡ ุจุนุฏ ุชุฏู…ูŠุฑ ุทูŠุฑุงู† ุงู„ุงุญุชู„ุงู„ ู„ู…ู†ุฒู„ู‡ู… ููŠ ุฎุงู†ูŠูˆู†ุณ.