๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
436 subscribers
94 photos
40 videos
17 links
Everything happens for a reason ๊จ„
Download Telegram
๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—— ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ #๐—™๐—ฅ๐—˜๐—˜๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก๐—˜ ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐—ข๐—ฝ๐—ฒ๐—ป ๐˜†๐—ผ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฒ๐˜†๐—ฒ๐˜€ ๐˜๐—ผ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—ง๐—›! #๐—™๐—ฅ๐—˜๐—˜๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก๐—˜ ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
โ€œ๐—ฌ๐—ผ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ผ๐—ป'๐˜ ๐—ป๐—ฒ๐—ฒ๐—ฑ ๐˜๐—ผ ๐—ฏ๐—ฒ ๐— ๐˜‚๐˜€๐—น๐—ถ๐—บ ๐˜๐—ผ ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐˜‚๐—ฝ ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฒ, ๐˜†๐—ผ๐˜‚ ๐—ท๐˜‚๐˜€๐˜ ๐—ป๐—ฒ๐—ฒ๐—ฑ ๐˜๐—ผ ๐—ฏ๐—ฒ ๐—›๐—จ๐— ๐—”๐—กโ€

#๐—™๐—ฅ๐—˜๐—˜๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก๐—˜ ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐—ฃ๐—ฅ๐—”๐—ฌ ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก๐—˜ #๐—™๐—ฅ๐—˜๐—˜๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก๐—˜ ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
Tarbiah Sentap (Ustaz Adnin Roslan)

ISU PALESTINE >>>
Apakah cara nak menangkan islam?


Dunia dah nak kiamat. Makin hari, makin kucar kacir. Makin hari, pelbagai kisah-kisah, detik-detik, peristiwa-peristiwa yang membuatkan kita gelisah, tak tenang dan huru-hara. Palestin, Syria, Mesir, Rohingya dan pelbagai lagi Negara umat islam yang di serang bertubi-tubi, di layan bagai binatang, di perkotak-katikkan dan lain-lain.

Persoalannya ialah:

โ€œNak salahkan siapa? Ini semua salah siapa?!โ€


Lantas, kita menyalahkan Israel, Amerika, Rejim Assisi, dan lain-lain. Dari satu sudut, ianya sangat benar. Dan SIAPA YANG NAFIKAN perkara ini, dan menganggap Israel, amerika dan sekutu-sekutunya tak bersalah adalah SATU KEBODOHAN YANG NYATA. Memang mereka salah dan kita wajib menentang mereka. Menentang musuh Allah adalah satu ibadah.
๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
Tarbiah Sentap (Ustaz Adnin Roslan) ISU PALESTINE >>> Apakah cara nak menangkan islam? Dunia dah nak kiamat. Makin hari, makin kucar kacir. Makin hari, pelbagai kisah-kisah, detik-detik, peristiwa-peristiwa yang membuatkan kita gelisah, tak tenang dan huruโ€ฆ
Tapi, saya nak bawa kepada satu sudut lain, agar kita kembali ingat beberapa perkara. Kalau saya tanya semua dengan satu soalan:

โ€œApakah cara nak bantu rakyat palestin?โ€

Maka, kita akan beri jawapan ini:

โ€œKita kena boikot barangan Israel, kita kena sebarkan isu palestin kepada ramai orang agar rama yang ambil tahu dan cakna, qunut nazilah, update berita mereka, sumbangkan harta untuk mereka, dan lain-lainโ€ฆ.โ€

Amat tepat. Hatta, saya sendiripun CUBA usaha 100% untuk buat benda di atas. Usaha untuk boikot, beri sumbangan, update, sebarkan, beri kefahaman kepada orang tentang isu palestin dan lain-lain. Tapi, apa yang saya nak utarakan di sini ialah:

โ€œKenapa palestin, mesir, Syria, rohingya dan lain-lain masih belum dapat kemenangan yang sempurna, walaupun telah di beri pelbagai sumbangan, mendapat sokongan satu dunia dan lain-lain? Kenapa ya? Bilakah islam nak menang?!โ€

Maka, jawapan saya ialah:

โ€œKerana bantuan Allah belum tiba dengan sempurnaโ€ฆ.โ€

Terdiam jap. Timbul satu persoalan baru:

โ€œAntara bantuan manusia, dan bantuan Allahโ€ฆโ€ฆ..?!!โ€

Maka, di sini, saya akan hurai tentang isu ini. Mengapa bantuan Allah secara sempurna masih belum turun?
๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
Tapi, saya nak bawa kepada satu sudut lain, agar kita kembali ingat beberapa perkara. Kalau saya tanya semua dengan satu soalan: โ€œApakah cara nak bantu rakyat palestin?โ€ Maka, kita akan beri jawapan ini: โ€œKita kena boikot barangan Israel, kita kena sebarkanโ€ฆ
BANTUAN MANUSIA VS BANTUAN ALLAH

Ramai umat islam hari ini, dia sangka, CUKUP SEKADAR bantu dari sudut kewangan, boikot dan lain-lain, islam akan bangkit, dan kemenangan akan hadir. Sebenarnya, kita lupa satu hakikat. Hakikat yang sangat agung. Satu hakikat yang sangat perlu di ambil berat. Bahawa, dengan bantuan Allah lah, islam akan bangkit. Dengan bantuan Allah lah, palestin akan menang, begitu juga yang lain.

Tapi, bantuan Allah tak datang begitu sahaja. Bantuan Allah perlu di tarik. Dan, ianya amat berkait rapat dengan AMALAN orang islam itu sendiri. Percayalah. Saya nak nyatakan satu teori:

โ€œBila amalan umat islam baik, maka pertolongan Allah akan datang. Bila amalan orang islam teruk, Allah akan tarik kembali pertolongannyaโ€ฆ.โ€
๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
BANTUAN MANUSIA VS BANTUAN ALLAH Ramai umat islam hari ini, dia sangka, CUKUP SEKADAR bantu dari sudut kewangan, boikot dan lain-lain, islam akan bangkit, dan kemenangan akan hadir. Sebenarnya, kita lupa satu hakikat. Hakikat yang sangat agung. Satu hakikatโ€ฆ
So, tahu tak kenapa hari ini, umat islam masih tak dapat pertolongan Allah secara sempurna? Apakah amal-amal yang membuatkan Allah tak turunkan pertolongannya secara sempurna kepada umat islam?! Jom soroti satu-satu!

1) Tinggalkan dakwah.

Isu ini sangat penting. Kalau kita nak tahu, bila kita tinggalkan dakwah, bila kita tak ajak orang buat baik dan cegah orang buat maksiat, Allah takkan pandang kita. Allah takkan terima doa kita. Bahkan, Allah takkan bantu kita!

โ€œWahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepda kalian: โ€˜Serulah manusia ke arah kebaikan, dan cegahlah mereka dari melakukan kemungkaran, sebelum datang satu masa, di mana jika kalian BERDOA, tetapi doa kalian TIDAK AKU KABULKAN. Kalian MEMINTA KEPADAKU, tetapi aku TIDAK MEMBERI pada kalian. Dan kalian MEMINTA TOLONG kepadaku, tetapi, aku TIDAK MENOLONG kalian!!โ€

(Hadith riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Kalau perhati hadith kat atas, rasanya, Allah pandang ke doa dan qunut nazilah kita bila kita langsung tak ada usaha untuk berdakwah??!
๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
So, tahu tak kenapa hari ini, umat islam masih tak dapat pertolongan Allah secara sempurna? Apakah amal-amal yang membuatkan Allah tak turunkan pertolongannya secara sempurna kepada umat islam?! Jom soroti satu-satu! 1) Tinggalkan dakwah. Isu ini sangatโ€ฆ
2) Melakukan dosa dan maksiat.

Kalau tak buat dakwah (amar makruf nahi mungkar) pun Allah dah tak bantu, apatah lagi kalau kita sendiri buat dosa dan maksiat?! Rasa-rasanya Allah nak bagi bantuan tak pada umat islam? Ketahuilah, ketahuilah wahai kawan:

โ€œDi sebabkan dosa yang kita lakukanlah, Allah lambatkan kemenangan islam!โ€

Jangan ingat dosa yang kita buat ni just bagi kesan pada diri kita. Hakikatnya, dosa yang kita buat, memberi kesan kepada semua umat islam. Bahkan, dosa kitalah yang mempengaruhi cepat lambatnya kemenangan islam! Ikhtilat, couple, cintan cintun sini sana, main game sampai lewat malam sampai tinggal tahajud, tengok video lucah, zina, dengar lagu pelik-pelik, dan lain-lain, ini semua punca Allah lambatkan kemenangan islam!

Tak percaya? Masih tak percaya bahawa dosa kita adalah punca? Masih tak percaya bahawa dosa yang kita buat sorang-sorang, boleh mengesani seluruh umat islam?

Pernah dengar tak kisah nabi musa dan kaumnya? Biar saya ceritakan agar kita semua sedar dan buka mata!

***

Suatu ketika, negeri nabi musa dan kaumnya di landa KEMARAU yang sangat teruk. Dan akibat dari kemarau ini, semua kaum nabi musa terasa kesusahan dan terdesak. Lalu mereka menunaikan solat meminta hujan beramai-ramai. Lalu nabi pun berdoa agar Allah turunkan hujan. Lalu Allah jawab:

โ€œDi tengah-tengah kalian, ada seorang hamba yang telah melakukan maksiat kepadaKU selama 40 tahun. Oleh kerana itu, aku tidak menurunkan hujan sehinggalah dia keluar dari negeri kalian!โ€

Lalu, nabi musa pun menyuruh lelaki tersebut mengaku dan keluar. Pada masa yang sama, lelaki yang berdosa tu TERASA, dan dia rasa malu dan bersalah. Dia malu nak mengaku, dia takut di kutuk dan di ejek. Terus dia rasa menyesal dan insaf. Lalu laki tu berkata dalam hatinya:

โ€œYa Allah, kalau aku mengaku dan keluar dari negeri ini, aku dah bukak aib aku sendiri. Tapi, kalau aku masih duduk dalam negeri ni, semua penduduk akan mati kehausan di sebabkan aku! Ya Allah, tutuplah aibku, dan terimalah taubatku ya Allah! Mulai hari ini aku akan bertaubat!!โ€

Tidak lama lepas tu, hujan pun turun dengan lebatnya! Nabi musa terkejut, sebab takde siapa pun yang mengaku dan keluar dari negeri. Lalu nabi musa bertanya pada Allah:

โ€œYa Allah, hujan dah turun! Padahal, takde sorang pun yang keluar dari negeri ini!โ€

Lalu Allah jawab:

โ€œHujan turun, kerana taubatnya hambaKu yang dahulunya bermaksiat kepadaKuโ€ฆ"


And then nabi musa balas:

โ€œYa Allah, kalau begitu, tunjukkan kepadaku siapakah orang tuโ€ฆโ€

Dan Allah jawab dengan jawapan yang cukup menyentuh hati saya:

โ€œAku telah menutup aibnya. Apakah aku akan membuka aibnya sedangkan dia dah bertaubat??!โ€

***

Lalu,berdasarkan kisah di atas, apakah kita sedar, apakah kita SEDAR dan FAHAM, bahawa maksiat seseorang dapat MENGHACURKAN sekolompok umat?! Apakah kita sedar, dengan dosa yang kita lakukan, pertolongan Allah akan di tarik? Jangan di sebabkan kita nak puaskan nafsu, umat islam yang lain di tindas! Dosa kitalah PUNCA sebenar mereka di tindas!

Ketahuilah, musibah yang berlaku itu berpunca dari dosa dan maksiat. Dan jika kita ingin mengangkat musibah tersebut, adalah dengan BERTAUBAT.
๐‘ote to myself ๐Ÿ“จ
2) Melakukan dosa dan maksiat. Kalau tak buat dakwah (amar makruf nahi mungkar) pun Allah dah tak bantu, apatah lagi kalau kita sendiri buat dosa dan maksiat?! Rasa-rasanya Allah nak bagi bantuan tak pada umat islam? Ketahuilah, ketahuilah wahai kawan: โ€œDiโ€ฆ
3. Tinggalkan ajaran quran dan sunnah.

Makin jauh kita dari quran dan sunnah, maka, makin jauhlah pertolongan Allah kepada umat islam. Ini satu hakikat yang kita semua kena akur, jelas dan faham, serta muhasabah bersama! Ingat kisah perang UHUD?

Hanya di sebabkan beberapa orang yang tak patuhi arahan nabi (beberapa orang sahaja!), Allah beri pengajaran kepada umat islam dengan memberi mereka kekalahan! Hanya di sebabkan beberapa orang, yang tak patuhi ajaran dan arahan nabi.

Hari ni, kita dengan tenangnya tinggal solat, mengagungkan ideologi selain islam seperti liberal, sekular, syiah, hedonisme dan lain-lain! Sikitpun kita takde usaha untuk ikut suruhan Allah dan rasul. Bahkan, kita jadikan kafir dan barat sebagai ikutan dan role model. Lebih mengagungkan pemain bola sehingga rambut pun nak tiru mereka, dan lain-lain. Apakah pertolongan Allah akan hadir?!