Info Rasmi HEP UiTM
40.3K subscribers
501 photos
20 videos
44 files
428 links
Sumber Info Rasmi HEP UiTM
Download Telegram
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

Baru dapat perkhabaran rumah keluarga pelajar kita saudara Mohammad Noridham Norasmawi (CS241) di Jalan Kebun telah total loss hangus terbakar semalam. Sekarang pelajar sekeluarga tinggal sementara di homestay berdekatan yang kosnya ditanggung oleh jiran-jiran.

Ujian ini sangat berat buat pelajar kita dan marilah kita sama-sama sebagai satu keluarga menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan bebanan pelajar sekeluarga di:
https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AA/24/279

Semoga kebaikan kita menjadi ladang pahala dan rezeki berlipat ganda. Aamiin 🤲
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku.

YBhg. Prof Emeritus/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

*JEMPUTAN KE PROGRAM INTERNATIONAL STUDENT INVENTION INNOVATION DEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (i-SIIDEC) 2024*

2. Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Shah Alam akan menganjurkan program INTERNATIONAL STUDENT INVENTION INNOVATION DEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (i-SIIDEC) 2024.

3. Matlamat utama program i-SIIDEC 2024 adalah untuk menjadi salah satu platform bagi menggalakkan pelajar menghasilkan idea serta produk berunsurkan teknologi dalam bentuk prototaip. Melalui program ini, pelajar juga perlu membentangkan idea tersebut secara bersemuka (Business idea pitching) kepada wakil – wakil industri, agensi dan venture capitals untuk tujuan pengkormesialan dan peluang pendanaan.

4. Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya berbesar hati menjemput YBhg. Prof Emeritus/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke Program International Student Invention, Innovation Development Exhibition Competition (i-SIIDEC) 2024 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

🗓️ Tarikh : 19 – 20 Ogos 2024 (Isnin & Selasa)
Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang
📍 Tempat : Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Prof Emeritus/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Keterangan Lanjut:-
Website: http://masmed.uitm.edu.my/isiidec2024
Emel: isiidec@uitm.edu.my
Telegram: http://t.me/isiidec2024

Sekian, terima kasih.


#HEPUtama
#UiTMdihatiku
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

*PERTANDINGAN e-KUIZ KEMERDEKAAN HEP*

Dimaklumkan satu e-Kuiz Kemerdekaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UiTM Shah Alam akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : *13 September 2024, (Jumaat)*
Masa : *11.00 - 11.30 pagi (30 minit)*

_Keterangan Pertandingan_:
📌 Peserta mestilah di kalangan *Warga JHEP UiTM Shah Alam* dan juga *SEMUA pelajar _undergraduate_ UiTM yang berstatus aktif*.

📌 e-Kuiz hanya akan dibuka selama *30 minit sahaja*, peserta disarankan bersedia sebelum pukul 11, dan perlu menamatkan kuiz pada atau sebelum jam 11.30 pagi. Pautan ke e-Kuiz boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang tertera di poster.

📌 Pemenang akan dipilih berdasarkan dua kategori, iaitu *Kategori Kakitangan* (Johan, Naib Johan dan Ketiga) serta *Kategori Pelajar* (Johan, Naib Johan dan Ketiga).

📌 Pemenang bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada *17 September 2024 (Selasa)*, dan penyampaian hadiah akan dilakukan pada *26 September 2024 (Khamis)*.

Ayuhlah beramai-ramai memeriahkan dan menyertai e-Kuiz Kemerdekaan ini!

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Cik Alina di alamat nuralinaab@uitm.edu.my atau hubungi 0355442044 (Alina).



*اوسها، تقوى، موليا*
*"MALAYSIA MADANI"*
*“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"*
*HARI INI*
*JANGAN LUPA*

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

*PERTANDINGAN e-KUIZ KEMERDEKAAN HEP*

Dimaklumkan satu e-Kuiz Kemerdekaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UiTM Shah Alam akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : *13 September 2024, (Jumaat)*
Masa : *11.00 - 11.30 pagi (30 minit)*

_Keterangan Pertandingan_:
📌 Peserta mestilah di kalangan *Warga JHEP UiTM Shah Alam* dan juga *SEMUA pelajar _undergraduate_ UiTM yang berstatus aktif*.

📌 e-Kuiz hanya akan dibuka selama *30 minit sahaja*, peserta disarankan bersedia sebelum pukul 11, dan perlu menamatkan kuiz pada atau sebelum jam 11.30 pagi. Pautan ke e-Kuiz boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang tertera di poster.

📌 Pemenang akan dipilih berdasarkan dua kategori, iaitu *Kategori Kakitangan* (Johan, Naib Johan dan Ketiga) serta *Kategori Pelajar* (Johan, Naib Johan dan Ketiga).

📌 Pemenang bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada *17 September 2024 (Selasa)*, dan penyampaian hadiah akan dilakukan pada *26 September 2024 (Khamis)*.

Ayuhlah beramai-ramai memeriahkan dan menyertai e-Kuiz Kemerdekaan ini!

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Cik Alina di alamat nuralinaab@uitm.edu.my atau hubungi 0355442044 (Alina).



*اوسها، تقوى، موليا*
*"MALAYSIA MADANI"*
*“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"*
Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengucapkan TAHNIAH kepada bakal pelajar yang telah ditawarkan mengikuti pengajian di UiTM bagi Sesi Akademik 2024/2025.

Sehubungan itu, JHEP dengan kerjasama beberapa pihak yang berkaitan telah menyediakan pelbagai skim bantuan kewangan & kebajikan kepada semua pelajar baharu yang berkeperluan terutamanya bagi golongan B40.

Sekiranya pelajar menghadapi masalah kewangan untuk mendaftar di UiTM, mohon pelajar melengkapkan QR code yang tersedia untuk dihubungi.

#HEPUtama
#UiTMdihatiku
*Laman Sosial Rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar*

1. Instagram (hepuitmshahalam)
https://instagram.com/hepuitmshahalam?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

2. Facebook (Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Shah Alam)
https://www.facebook.com/hepuitmshahalam?mibextid=MKOS29

3. Twitter / X (HEPUiTMOfficial)
https://x.com/hepuitmofficial?s=21

4. Tiktok (hepuitmshahalam)
https://www.tiktok.com/@hepuitmshahalam?_t=8fqG0xx4GdW&_r=1

5. Telegram (Info Rasmi HEP UiTM)
https://t.me/hepuitmshahalam

Mahasiswa Universiti Teknologi MARA dijemput untuk mengikuti laman sosial rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi memperolehi makluman terkini mengenai Hal Ehwal Pelajar.

#HEPUTAMA
#UiTMDiHatiku
Hebahan: Sesi Pengaktifan Kad MySiswa bagi Pelajar Baharu Sesi Kemasukan Akademik 2024/2025 dan yang Berkeperluan UiTM Shah Alam

Kepada semua pelajar yang masih belum mengambil Kad MySiswa, dimohon untuk membuat tuntutan di Unit Hal Ehwal Akademik Fakulti/Kolej Pengajian masing-masing.

Sila pastikan anda membawa kad pengenalan dan Kad MySiswa semasa sesi pengaktifan dijalankan.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera

Saudara / Saudari

HARI TERAKHIR SESI PENGAKTIFAN KAD MYSISWA BAGI PELAJAR BAHARU SESI KEMASUKAN AKADEMIK 2024/2025 DAN YANG BERKEPERLUAN UiTM KAMPUS SHAH ALAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa hari terakhir Sesi Pengaktifan Kad MySiswa bagi Pelajar Baharu Sesi Kemasukan Akademik 2024/2025 dan Yang Berkeperluan UiTM Kampus Shah Alam sedang berlangsung seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 18 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Mawar Qaseh, Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam


3. Kepada semua pelajar yang masih belum mengambil Kad MySiswa, dimohon untuk membuat tuntutan di Unit Hal Ehwal Akademik Fakulti/Kolej Pengajian masing-masing.

Sila pastikan anda membawa kad pengenalan dan Kad MySiswa semasa sesi pengaktifan dijalankan.


*Penafian : Pihak UiTM tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan pelajar yang tidak hadir dalam tempoh yang telah ditetapkan.


Sekian pemakluman.


اوسها، تقوى، مليا

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
PERHATIAN!! PERHATIAN!! PERHATIAN!!.... SEMUA MAHASISWA UiTM SHAH ALAM DAN MAHASISWA UiTM CAWANGAN

Assalamualaikum & Salam sejahtera, Salam UiTM dihatiku.

HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK, PERINGKAT UiTM SEMALAYSIA📽️🎞️

Pusat Kebudayaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam menganjurkan pertandingan Video Pendek, yang bertemakan Colourful Campus Life!

Kami berbesar hati menjemput mahasiswa UiTM Shah Alam dan Mahasiswa UiTM Kampus cawangan menyertai pertandingan ini. Program ini dapat melihat kreativiti pelajar dalam menghasilkan video yang menarik sekali gus dapat dapat melihat gambaran warna warni kehidupan di kampus yang menarik kepada orang ramai.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !!

📢Tarikh tutup penyertaan : 8 November 2024

Link Pendaftaran dan syarat-syarat di link (email akaun uitm shj)
https://forms.gle/dk52SUdV4WrhXxJX8

Hubungi/whatsapp untuk keterangan lanjut

https://bit.ly/3NutHYi

Untuk maklumat lanjut
sila hubungi Puan Eltis Nazar - 0355443661 / 0355211494
Assalamualaikum & Salam sejahtera, Salam UiTM dihatiku.

HEBAHAN FESTIVAL BUSKERS, PERINGKAT UiTM SHAH ALAM
Pusat Kebudayaan Jabatan HEP UiTM Shah Alam menganjurkan TALENT SQUARE, yang bertemakan BUSKERS, Kami berbesar hati menjemput mahasiswa UiTM Shah Alam dan UiTM Kampus cawangan menyertai FESTIVAL ini. Program ini dapat melihat kreativiti dan bakat pelajar dalam persembahan nyanyian dan muzik yang menarik sekali gus dapat melihat gambaran warna warni kehidupan di kampus yang menarik kepada orang ramai.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !!
📢Tarikh tutup penyertaan : 4 November 2024

Sila Hantar Video anda untuk pemilihan ke
Link Pendaftaran dan QR : https://t.me/@azimpkuitm

📅 Tarikh: 13 November 2024
Masa: 12:00 Tengah Hari
📍 Lokasi: Foyer HEP UiTM Shah Alam

Hubungi untuk maklumat lanjut:
📞 Azim Azmi (012-2817819)
[SIARAN MEDIA] Baucar Buku Pelajar IPT Fasa Kedua: KPT agih guna platform MySISWAPLACE mulai 30 Oktober 2024.
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Perindu Legend!

GOLDEN PERINDU RUN SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN JUBLI EMAS PERINDU

Sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Perindu akan mengadakan Golden Perindu Run sempena Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Kolej Kediaman Perindu yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅Tarikh: 8 Disember 2024 (Ahad)
🕗Masa: 7.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
📍Tempat: Dataran Kolej Kediaman Perindu

📌Terdapat tiga pakej yang ditawarkan kepada peserta

📌 Pingat hanya terhad kepada 100 Finisher (L), 100 Finisher (P) dan 50 Peserta Alumni Perindu yang terawal

📌 E-merit dan sarapan pagi disediakan kepada pelajar UiTM dan peserta

📌Kepada pelajar yang ingin menyertai Golden Perindu Run ini, anda perlu mengisi pautan Google Form dibawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfxi59iYR_idK2Wk0ilg9TmlwotWgksN2moQCPY6h0CvJ7onQ/viewform?usp=sf_link

Sekian, terima kasih.
Sejarah bakal tercipta dan pasukan manakah yang bakal bergelar Juara Pertandingan MLBB Girls Tournament UiTM Shah Alam?

Sertai sebuah pertandingan anjuran bersama Institut Pemimpin Muda dan HAWA Malaysia dalam sebuah pertandingan e-sukan berprestij yang menemukan bakat pelajar perempuan dalam merangkul kejuaraan. Jumlah keseluruhan wang tunai yang bakal dimenangi oleh pemenang adalah sebanyak RM2000!

MLBB GIRLS TOURNAMENT oleh HAWA MALAYSIA
📍Tarikh: 30 November 2024 (Sabtu)
📍Lokasi: Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam

Tunjukkan bakat anda dan daftar sekarang melalui pautan di bawah atau imbas kod QR sebelum 28 November 2024. Pendaftaran adalah PERCUMA !

📌 https://forms.gle/z51vTBt9TVLAGG9k9