Info Rasmi HEP UiTM
40.6K subscribers
496 photos
20 videos
44 files
424 links
Sumber Info Rasmi HEP UiTM
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

Kepada semua mahasiswa UiTM, selamat berjaya dalam peperiksaan akhir! Ingat, usaha dan doa adalah kunci kejayaan.

#HEPUtama
#UiTMdihatiku
PENGUMUMAN

HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2 2024/2025 (KEMASUKAN MAC 2025)

Hebahan keputusan dan semakan surat tawaran Program Sarjana Muda boleh disemak mulai *21 FEBRUARI 2025 (Jumaat) jam 12.00 Tengah Hari*. Lepasan yang terlibat adalah:

1) STPM/STAM/ASASI/MATRIKULASI
2) DIPLOMA IPT LAIN/DVM/DLKM
3) PENERAPAN ASASI UNDANG-UNDANG UITM (PI005)

Sekian, dimaklumkan.

SELAMAT MAJU JAYA

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Semakan Temu Duga : pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm

Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174/ 2797/ 2798
Emel Unit Sarjana Muda:
pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
https://whatsapp.com/channel/0029Vb6sw4t2UPBAgNpstx0b

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

Channel WhatsApp Rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

Sukacita dimaklumkan berikut adalah pautan channel bagi penyaluran maklumat rasmi JHEP UiTM Shah Alam.

Sila ikuti untuk mendapatkan makluman berkaitan hal ehwal pelajar dan universiti.

Sekian pemakluman, terima kasih.



| Unit Korporat dan Tugas-tugas Khas, Jabatan Hal Ehwal Pelajar
🎙️PODCAST TEA & SEE LIVE: Siri 2

Jom sertai sesi infomatif bersama Hajah Ikhwana Haji Misnan, Pengarah Pusat Residensi dan Hospitaliti Pelajar UiTM, dalam perbincangan bertajuk:

"Kolej Kediaman; Layak kah daku mendiami mu "

🗓️ Tarikh: 26 Februari 2026/ Rabu
Masa: 10:10 pagi
📍 Platform: Youtube Hepi Media https://youtube.com/@hepimedia1?si=2qYfx7QWIUT2Ro82

🎁 Jam Latihan Disediakan bagi Staf UiTM & Merit Pelajar

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dasar dan polisi terkini penempatan pelajar di kolej kediaman, tarikh2 penting permohonan dan rayuan kolej kediaman serta informasi terkini berkaitan Residensi pelajar UiTM.

#podcastteaNsee
#teaNsee
#kolejkediamanuitm
#HepiMedia #UiTM
#UiTMDiHatiku
KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM PitStop by HEP DALAM KALANGAN PELAJAR UiTMالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera

Responden yang dihormati,


Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sedang menjalankan kajian bertajuk “Kajian Keberkesanan Program PitStop by HEP dalam kalangan pelajar UiTM. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan program PitStop by HEP di UiTM.



🔍 Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT dan akan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.



Kerjasama anda dalam menjawab soal selidik ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. 🙏🏻



🔗 *Pautan Soal Selidik:*

https://forms.gle/h7PE7MgH76HM9KYYA



Sekian, terima kasih.


اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor
03-55443551/3522
𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐄𝐊𝐒𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅 𝐌𝐇𝐞𝐱𝐩𝐥𝐨𝐫𝐞𝐫 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀

Kempen promosi eksklusif MHexplorer kepada seluruh pelajar UiTM sempena cuti Hari Raya.

Melalui program MHexplorer, pelajar akan menikmati tawaran istimewa berikut:

- Harga tetap ke Sabah & Sarawak
- Diskaun MHexplorer sehingga 30%
- Tambahan 5% diskaun

📌 Tempoh tempahan: Sekarang – 8 April 2025
📌 Tempoh penerbangan: 27 Mac – 8 April 2025

Selain itu, ahli MHexplorer juga berpeluang menikmati kelebihan berikut:

Diskaun sehingga 30% untuk penerbangan Malaysia Airlines & Firefly (untuk pelajar berumur 13-26 tahun)
Elaun bagasi percuma sehingga 45kg
Pengumpulan Mata Enrich
Kod Promosi Keluarga & Rakan – diskaun sehingga 20% untuk tiket penerbangan dan 10kg lebihan muatan bagasi percuma

Pelajar yang belum menyertai program ini boleh mendaftar secara percuma melalui pautan khas untuk UiTM: www.malaysiaairlines.com/mhexplorer-uitm.

#HEPUtama
#UiTMdihatiku
PEMAKLUMAN PERMOHONAN RAYUAN KOLEJ BAGI PELAJAR BAHARU LEPASAN DIPLOMA UiTM/ IPTA LAIN (SESI MAC-OGOS 2025)

Salam sejahtera,

📌Permohonan rayuan kolej kediaman bagi pelajar baharu lepasan Diploma UiTM/ IPTA lain sesi Mac-Ogos 2025 boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Pelajar selepas 24 jam pelajar membuat setuju terima tawaran. Tarikh penting berkaitan permohonan adalah berpandukan tarikh seperti di bawah.

📌Proses pemilihan akan dibuat berdasarkan kepada kekosongan penempatan kolej kediaman dan pelajar yang layak dan berjaya akan ditawarkan kemudahan kolej kediaman selama satu semester.
Disertakan Memo Jabatan PRHP untuk makluman saudara/saudari.

Sekian, terima kasih.

Pusat Residensi dan Hospitaliti Pelajar (PRHP)
Aras 3 Kompleks Budisiswa
UiTM Shah Alam
40450 Selangor
03 - 5544 3515/ 3513/ 3587/ 3520 / 3570
TARIKH DAN MASA PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN UiTM SHAH ALAM SESI 20252

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Bersama ini disertakan Jadual Pendaftaran Kolej Kediaman UiTM Shah Alam bagi sesi Mac-Ogos 2025.

Sila patuhi tarikh dan masa pendaftaran untuk mengurangkan kesesakan di dalam kampus pada 5 dan 6 April 2025.

Kerjasama saudara/saudari didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Pengarah PRHP
Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
PENGESAHAN BORANG HPIPT 2025

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Sila berurusan dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar kampus UiTM berdekatan atau bagi UiTM Shah Alam:

Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP)
Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
UiTM Shah Alam
Tel : 03-5544 2044 / 2010

Atau

Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar
Tel : 03-5544 3542 / 3545
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

*[BORANG TINJAUAN PELAJAR UiTM YANG TERJEJAS AKIBAT INSIDEN KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS]*

Merujuk perkara di atas, pihak UiTM sedang mengumpulkan maklumat mahasiswa yang terkesan akibat insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights baru-baru ini. Tujuan borang ini adalah untuk mengenal pasti keadaan semasa anda serta menilai bentuk bantuan yang diperlukan.

Berikut merupakan pautan _Google Form_ yang perlu diisi oleh mahasiswa yang terlibat:

🔗 _https://forms.gle/ynWtYXvRWAvavjUr9_

📌 Segala maklumat adalah *sulit* dan hanya akan digunakan untuk tujuan pengumpulan data bagi membantu mahasiswa yang memerlukan.

Pihak HEP dan MPP amat memahami kesukaran yang sedang dihadapi dan berharap agar anda semua terus tabah serta bersabar dalam menghadapi ujian ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

📞 *Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar*, Tel: 035544 3545/3542
📞 *MPP FAIRUZ:* _https://wa.me/601158671810_
📞 *MPP UMI:* _https://wa.me/60179806548_

Sekian, terima kasih.

*JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & KERJASAMA MPP 2024/205*
*UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM*

#UiTMDiHatiku
#HEPUtama
#30MPPSejiwa
#MPPperkasa
#MPPAction
𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐊𝐓𝐈𝐅𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐢𝐏𝐫𝐨 𝐑𝐇𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐀𝐃 𝐌𝐲𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌
akan diadakan seperti berikut:

📍 TEMPAT: Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, UiTM Shah Alam
🗓 TARIKH: 14 & 15 April 2025 (Isnin & Selasa)
MASA: 9.00 pagi - 5.00 petang

Semua Pelajar Baharu dan Berkeperluan diwajibkan hadir.

Pastikan Kad MySiswa dan Kad Pengenalan dibawa bersama.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar
📞 03-5544 3542 / 03-5544 3545
🌐 https://mysiswa.uitm.edu.my

#HEPUtama
#UiTMdihatiku
*لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
dan Salam Sejahtera,

Saudara/Saudari,

UiTM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atas semangat kolaborasi yang dimeterai melalui Memorandum of Understanding (MoU), memohon kerjasama semua mahasiswa UiTM untuk memberikan pandangan dan input berkaitan literasi kewangan.

Jom sertai kaji selidik celik kewangan dan ketahui tahap celik kewangan serta tingkah laku pengurusan kewangan anda.

Kaji selidik ini hanya mengambil selama 2 minit sahaja.

Pautan Kaji Selidik 🔗:

https://forms.office.com/r/Wf6mQRVmVg atau imbas Kod QR di poster:

​Sekian, terima kasih atas masa dan sokongan anda dalam usaha meningkatkan celik kewangan.


*اوسها، تقوى، مليا*

*"MALAYSIA MADANI"*
*"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"*
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

*PEMBUKAAN PERMOHONAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATABM) DAN 2 KATEGORI ANUGERAH LAIN BAHASA MELAYU TAHUN 2025*

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman, sebagai salah satu usaha mendaulatkan bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) secara tahunan bermula tahun 2012. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan ahli akademik daripada pelbagai bidang ilmu yang telah menunjukkan dampak dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat institusi pendidikan tinggi negara. Antara kategori yang dipertandingkan ialah:

i.Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu ( ATABM)

ii.Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu (ATHABM)

iii.Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal (ATBMST)

3. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ATABM, ATHABM dan ATBMST bagi tahun 2025 *dibuka mulai 14 April 2025 (Isnin) hingga 13 Jun 2025 (Jumaat)*.

4. Selaras dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan ATABM/ ATHABM / ATBMST 2025 tertakluk kepada syarat dan peraturan permohonan. Calon yang berjaya akan dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu/ Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu/ Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal dan akan menerima sijil penganugerahan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, piala iringan serta wang penghargaan.

5. Untuk maklumat lanjut, YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh melayari laman sesawang ATABM Kementerian Pendidikan Tinggi di http://atabm.mohe.gov.my.

6. Sebarang pertanyaan mengenai anugerah ini, boleh diajukan kepada urus setia anugerah seperti maklumat berikut:

URUS SETIA

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATABM) &

ANUGERAH TOKOH HARAPAN AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATHABM)

UNIT INOVASI DAN PEMERKASAAN BAHASA MELAYU

BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Aras 3, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 W.P Putrajaya

E-mel : atabm@mohe.gov.my

No.Tel : 03-8870 4430 / 5391 / 5064 / 4563 / 5327

Dan

URUS SETIA
ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR TEKNIKAL (ATBMST)

BAHAGIAN KURIKULUM
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4w, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 W.P. PUTRAJAYA

E-mel : atabm@mohe.gov.my

No.Tel : 03-8891 9395 / 9196 / 9033

7. Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Seksyen Parlimen, Inovasi dan Pemerkasaan Bahasa Melayu

Bahagian Perancangan Strategik
Kementerian Pendidikan Tinggi

Tel: 03-8870 4430
Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku

[TABUNG DERMA KILAT KEPADA ALUMNI UiTM]

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar alumni Universiti Teknologi MARA MUHAMMAD FITRI SHAZWAN FADZELY telah mengalami kemalangan pada 8 April 2025 (Selasa) yang mengakibatkan pelajar mengalami kecedaraan patah tulang kaki. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga saudara MUHAMMAD FITRI SHAZWAN FADZELY diberikan kesembuhan segera serta beliau dan seluruh keluarga tabah dalam mengahrungi ujian ini. Untuk meringankan bebanan keluarga saudara MUHAMMAD FITRI SHAZWAN FADZELY, sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun berikut: BANK: MAYBANK NO. AKUAN: 164043698563 NAMA: NURFARZANA BINTI FADZELY Jutaan terima kasih atas bantuan dan keprihatinan semua. Semoga beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.