BHEPA USM😍
941 subscribers
1.08K photos
45 videos
3 files
867 links
This is a place where all information and event related to BHEPA USM will be published.
Download Telegram
MAKLUMAN KEPADA PENERIMA PERANTISISWA YANG BERSTATUS LULUS (KAMPUS INDUK & KEJURUTERAAN)

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

EDARAN PERANTI SISWA SIRI KE-4

Tarikh      : 10 Februari 2023, Jumaat (9:00 pagi - 4.00 petang)
       11 Februari 2023, Sabtu (9.00 pagi - 2.00 petang)

Tempat     : Dewan Pembangunan Siswa 2, Kompleks Cahaya Siswa USM Induk


βœ…Pelajar yang telah mendapat kelulusan, tetapi belum mengambil peranti pada siri 3
βœ… Berstatus LULUS sahaja (Rayuan)


▢️Sila bawa Kad Pengenalan
▢️Memakai pelitup muka dan patuhi SOP yang ditetapkan
▢️ Wakil tidak dibenarkan sama sekali
▢️ Edaran terakhir peranti siswa

Sebarang makluman dan pertanyaan boleh menghubungi:

Encik Faiz Aiman (Pegawai Focal Point / Penolong Pegawai Tadbir BHEPA)
E-mel: faizaiman@usm.my
No. Pejabat: 04-6534670 (Telefon/Whatsapp)

Sekian terima kasih.
[ADIKARMA NIGHT OF CULTURE 3.0]

Tahun ini, buat julung kalinya Adikarma _Night of Culture_ (ANOC) 3.0 kembali memeriahkan suasana malam πŸ•Ί

πŸ“Œ Lokasi: Foyer KOMCA
πŸ“Œ Tarikh: 3 Februari 2023
πŸ“Œ Masa: 8.00pm - 11.00pm

✨ Pelbagai persembahan akan dipersembahkan
✨ MYCSD disediakan kepada peserta
✨ _Booth_ jualan mula dibuka jam 3:00 petang

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana pada hari kejadian.

πŸ”— Pautan pendaftaran
https://forms.gle/d8vrMzCfeVTq6oAB7

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
πŸ“ž 013 - 4592726 (Alief)
πŸ“ž 018 - 5703585 (Ariyan)

#KumpulanKesenianAdikarma
#AdikarmaUSM
*Alhamdulillah* *Ω±Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω لِلّٰهِ*

Dengan usahasama diantara *BHEPA* dan *Pusat Islam*, *FoodBank@HEPA* telah bermula pada 8 Februari 2023 bersamaan 17 Rejab 1444. Inisiatif FoodBank@HEPA ini boleh dinikmati oleh semua pelajar dimana kumpulan sasaran adalah pelajar *kelompok B40*.
Lokasi FoodBank@HEPA terletak dibangunan H20, Pejabat Pentadbiran BHEPA.
Semoga dengan adanya FoodBank@HEPA ini akan dapat membantu dan meringankan beban pelajar dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi di era ini.

Semua pelajar dipelawa untuk mengambil makanan daripada rak FoodBank@HEPA yang sentiasa tersedia untuk semua pelajar.

FoodBank@HEPA akan *dirasmikan pada 13 Februari 2023*. Semua pelajar turut dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.

*#BHEPAPRIHATIN*

*Profesor Dr. Azlinda Azman*
*Timbalan Naib Canselor*
*Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni*
*Universiti Sains Malaysia*
VID-20230213-WA0025.mp4
26.6 MB
*MAJLIS PERASMIAN MAIDATURRAHMAN FOODBANK@HEPA*

Program inisiatif USM *MRFoodbank@HEPA* dengan kerjasama antara BHEPA dan Pusat Islam USM.

Dengan adanya *MRFoodBank@HEPA,* pelajar boleh mendapatkan makanan kering secara percuma di Bangunan BHEPA H20. Semoga inisiatif ini dapat meringankan sedikit di sepanjang tempoh pengajian pelajar.

*Berita penuh di pautan:*

https://www.facebook.com/505961962764456/posts/pfbid0Cs1pDb8aRdGP9wwBdsZaf8RcCeP3h1zggDwqWjoF5ZtG84vFkjBvxJpSbrc7Rc5El/?mibextid=Nif5oz

https://www.instagram.com/p/ComOBOkvUoJ/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

*JOIN, LIKE & SHARE* untuk lebih banyak info terkini:
https://linktr.ee/usmbhepa

#USMPrihatin
#WeLead
TAHNIAH KEPADA PASUKAN DEBAT USM daripada Profesor Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni dan seluruh warga kerja Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni.

#welead
#debat
#usmstyle
#hebat

Disediakan oleh :
Unit Media dan Dokumentasi
TAHNIAH KEPADA MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD HANAFI daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan atas pencapaian Pendebat Terbaik Liga & Pusingan Akhir, daripada Profesor Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni dan seluruh warga kerja Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni.

#welead
#debat
#usmstyle
#hebat

Disediakan oleh :
Unit Media dan Dokumentasi
Seramai 60 orang Team sukarelawan USM yang diketuai oleh Cik Ezryn Natasha Binti Saipol (Penolong Pendaftar TDC Bhepa) telah berangkat semalam dalam Misi Pasca Banjir di beberapa daerah Johor. Semoga usaha murni ini dipermudahkan.
USM GERAK MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE JOHOR

11 MAC 2023 - Hari pertama untuk Misi Pasca Banjir di Johor telah selesai tepat jam 3 petang tadi yang bermula daripada 9 pagi di beberapa kawasan di Kampung Alai, Segamat. Antara lokasi operasi pembersihan adalah:

1) Sekolah Agama Gemereh, Segamat,
2) Surau Al-Islah Kampung Alai, Segamat, dan
3) 2 buah rumah penduduk di Kampung Alai yang terkesan pada kategori maksima.

Terima kasih kepada pihak Command Centre Daerah Segamat yang telah bekerjasama dengan sukarelawan USM sepanjang operasi pencucian.

Foto dan teks oleh : Ezryn Natasha Saipol (Pegawai Tadbir TDC)

Disediakan oleh :
Unit Media dan Dokumentasi
BHEPA USM😍
Photo
14 April 2023 - Bengkel Pengacaraan : Sesi Perkongsian Pengalaman Pengacaraan bersama penceramah jemputan Encik Mohamad Abdullah, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan,  Pejabat Naib Canselor, USM telah diadakan di Lantai Seni, Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) Bhepa USM. Bengkel yang diadakan secara tertutup dan memakan masa selama 2 jam itu telah dihadiri oleh seramai 30 orang pelajar. Para peserta terdiri daripada kalangan mereka yang terpilih menerusi ujibakat pengacaraan yang dibuat pada semester yang lalu.

Dalam bengkel tersebut , Encik Mohamad yang berpengalaman hampir 30 tahun  mengendalikan majlis - majlis rasmi universiti tidak lokek dan banyak berkongsi tip bagaimana menjadi seorang pengacara majlis yang hebat. Menurut beliau, seorang pengacara yang baik adalah pengacara yang membuat kajian tentang majlis yang bakal dikendalikan, kebolehan mengawal dan memantau pentas utama, juga berkebolehan untuk berkomunikasi dengan tetamu kehormat. Elemen-elemen ini dapat membantu seseorang pengacara tampil lebih berkeyakinan dan professional.

Pusat Pembangunan Bakat (TDC) melalui sektor kebudayaan telah merancang  untuk menubuhkan Sekretariat Pengacaraan yang menghimpunkan pelajar yang berbakat bagi tujuan  memudahkan pihak Universiti  khususnya pusat tanggungjawab (PTJ), pusat - pusat pengajian dan persatuan-persatuan  yang ingin mendapatkan khidmat pengacara majlis, sama ada formal atau semi formal bolehlah  menghubungi pihak TDC.

Bengkel Pengacaraan anjuran Pusat Pembangunan Bakat (TDC) ini akan diadakan secara bersiri demi untuk melatih dan menggilap bakat peserta agar mereka mampu mengacarakan majlis rasmi dengan sempurna. Selepas ini juga, para peserta akan diberi pendedahan dan peluang untuk mengendalikan program - program di bawah anjuran TDC.


Foto : MuhammadFikri
Unit Media dan Dokumentasi BHEPA

#WeLead
*SAMBUTAN MERIAH DALAM CAREER FAIR 2023*

Career Fair 2023 telah melabuhkan tirainya semalam. Bermula pada 12 hingga 13 April 2023 di Dewan Utama Kampus Kejuruteraan USM, sebanyak 60 syarikat pelbagai bidang industri telah mengambil bahagian. Seramai 3000 orang telah membanjiri Career Fair pada kali ini. Antara pengunjung yang hadir adalah terdiri daripada pelajar universiti dan orang awam.

Berita penuh di pautan :
https://www.instagram.com/p/CrApGaJJ_Pj/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

https://www.facebook.com/505961962764456/posts/pfbid02dmnfFN1fve3urrgNH4kmZdsXjbMMn7YeEsNMkYrpw9n43N11AtSroTLGa4xjfxXRl/?mibextid=Nif5oz

*Tingkatkan Pengorbanan, Suburkan Keikhlasan*

*JOIN, LIKE & SHARE* untuk lebih banyak info terkini.
https://linktr.ee/usmbh

#WeLead
*SUMBANGAN BAUCAR RAHMAH HE & SHE COFFEE KEPADA PELAJAR USM*

Satu majlis penyerahan mock cheque dan baucar rahmah telah diadakan di He & She Coffee yang disampaikan oleh Encik Zulkiflee Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas He & She Coffee.

Berita penuh di pautan :
https://www.instagram.com/p/CrBA2BkJDvW/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

https://www.facebook.com/505961962764456/posts/pfbid03xhm8WmxTpggJuMo9EiCarZjbNG2ghZdFDYksLefsGmLtxthKdqFFJgx8xGg2zV1l/?mibextid=Nif5oz

*Tingkatkan Amalan, Suburkan Keikhlasan*

*JOIN, LIKE & SHARE* untuk lebih banyak info terkini.
https://linktr.ee/usmbh

#WeLead
#USMPrihatin