BHEPA USM😍
946 subscribers
1.06K photos
45 videos
3 files
845 links
This is a place where all information and event related to BHEPA USM will be published.
Download Telegram
Calling for USM Graduates!!
Public Bank is hiring. Scan the QR code and get your management trainee experience with Public Bank.
*BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR OLEH YAYASAN KEBAJIKAN SISWA (YKS)*

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) melalui Universiti Sains Malaysia menawarkan *Bantuan Pendidikan Pelajar (Kursus/ Latihan/ Pensijilan Profesional* sebanyak RM1,500.00 (One-Off).

Bantuan ini terbuka kepada;
1. Pelajar B40 yang berstatus aktif
2. Pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana
3. Pelajar memiliki sekurang-kurangnya CGPA 3.7 atau berprestasi tinggi (bagi Ijazah Sarjana –mod penyelidikan)
4. Merupakan pelajar *Tahun Akhir*
5. Pelajar mempunyai keperluan untuk menjalani kursus/ latihan/ pensijilan profesional bagi meningkatkan nilai kebolehpasaran (perlu sertakan bukti yang kukuh)

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut: https://forms.gle/kpn2whms8i1dZYFx5

Tarikh tutup bagi permohonan Bantuan Pendidikan Pelajar ialah pada *18 Januari 2023, jam 5:00 petang*.

Sebarang Pertanyaan sila hubungi En. Faiz Aiman - Unit Kebajikan Pelajar & OKU BHEPA di talian 04-6534670 (telefon/whatsapp).

Sekian terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut diumumkan senarai nama yang berjaya dalam Ujibakat Pencarian Pengacara Majlis Rasmi anjuran Pusat Pembangunan Bakat (TDC), BHEPA, USM 🎀

Anda akan dihubungi dalam masa terdekat. Terima kasih atas kesabaran anda.

Tahniah dan syabas kami ucapkan.

*Pusat Pembangunan Bakat (TDC), BHEPA, USM*
MAKLUMAN KEPADA PENERIMA PERANTISISWA YANG BERSTATUS LULUS (KAMPUS INDUK & KEJURUTERAAN)

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

EDARAN PERANTI SISWA SIRI KE-4

Tarikh      : 10 Februari 2023, Jumaat (9:00 pagi - 4.00 petang)
       11 Februari 2023, Sabtu (9.00 pagi - 2.00 petang)

Tempat     : Dewan Pembangunan Siswa 2, Kompleks Cahaya Siswa USM Induk


βœ…Pelajar yang telah mendapat kelulusan, tetapi belum mengambil peranti pada siri 3
βœ… Berstatus LULUS sahaja (Rayuan)


▢️Sila bawa Kad Pengenalan
▢️Memakai pelitup muka dan patuhi SOP yang ditetapkan
▢️ Wakil tidak dibenarkan sama sekali
▢️ Edaran terakhir peranti siswa

Sebarang makluman dan pertanyaan boleh menghubungi:

Encik Faiz Aiman (Pegawai Focal Point / Penolong Pegawai Tadbir BHEPA)
E-mel: faizaiman@usm.my
No. Pejabat: 04-6534670 (Telefon/Whatsapp)

Sekian terima kasih.
[ADIKARMA NIGHT OF CULTURE 3.0]

Tahun ini, buat julung kalinya Adikarma _Night of Culture_ (ANOC) 3.0 kembali memeriahkan suasana malam πŸ•Ί

πŸ“Œ Lokasi: Foyer KOMCA
πŸ“Œ Tarikh: 3 Februari 2023
πŸ“Œ Masa: 8.00pm - 11.00pm

✨ Pelbagai persembahan akan dipersembahkan
✨ MYCSD disediakan kepada peserta
✨ _Booth_ jualan mula dibuka jam 3:00 petang

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana pada hari kejadian.

πŸ”— Pautan pendaftaran
https://forms.gle/d8vrMzCfeVTq6oAB7

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
πŸ“ž 013 - 4592726 (Alief)
πŸ“ž 018 - 5703585 (Ariyan)

#KumpulanKesenianAdikarma
#AdikarmaUSM
*Alhamdulillah* *Ω±Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω لِلّٰهِ*

Dengan usahasama diantara *BHEPA* dan *Pusat Islam*, *FoodBank@HEPA* telah bermula pada 8 Februari 2023 bersamaan 17 Rejab 1444. Inisiatif FoodBank@HEPA ini boleh dinikmati oleh semua pelajar dimana kumpulan sasaran adalah pelajar *kelompok B40*.
Lokasi FoodBank@HEPA terletak dibangunan H20, Pejabat Pentadbiran BHEPA.
Semoga dengan adanya FoodBank@HEPA ini akan dapat membantu dan meringankan beban pelajar dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi di era ini.

Semua pelajar dipelawa untuk mengambil makanan daripada rak FoodBank@HEPA yang sentiasa tersedia untuk semua pelajar.

FoodBank@HEPA akan *dirasmikan pada 13 Februari 2023*. Semua pelajar turut dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.

*#BHEPAPRIHATIN*

*Profesor Dr. Azlinda Azman*
*Timbalan Naib Canselor*
*Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni*
*Universiti Sains Malaysia*
VID-20230213-WA0025.mp4
26.6 MB
*MAJLIS PERASMIAN MAIDATURRAHMAN FOODBANK@HEPA*

Program inisiatif USM *MRFoodbank@HEPA* dengan kerjasama antara BHEPA dan Pusat Islam USM.

Dengan adanya *MRFoodBank@HEPA,* pelajar boleh mendapatkan makanan kering secara percuma di Bangunan BHEPA H20. Semoga inisiatif ini dapat meringankan sedikit di sepanjang tempoh pengajian pelajar.

*Berita penuh di pautan:*

https://www.facebook.com/505961962764456/posts/pfbid0Cs1pDb8aRdGP9wwBdsZaf8RcCeP3h1zggDwqWjoF5ZtG84vFkjBvxJpSbrc7Rc5El/?mibextid=Nif5oz

https://www.instagram.com/p/ComOBOkvUoJ/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

*JOIN, LIKE & SHARE* untuk lebih banyak info terkini:
https://linktr.ee/usmbhepa

#USMPrihatin
#WeLead
TAHNIAH KEPADA PASUKAN DEBAT USM daripada Profesor Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni dan seluruh warga kerja Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni.

#welead
#debat
#usmstyle
#hebat

Disediakan oleh :
Unit Media dan Dokumentasi
TAHNIAH KEPADA MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD HANAFI daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan atas pencapaian Pendebat Terbaik Liga & Pusingan Akhir, daripada Profesor Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni dan seluruh warga kerja Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni.

#welead
#debat
#usmstyle
#hebat

Disediakan oleh :
Unit Media dan Dokumentasi
Seramai 60 orang Team sukarelawan USM yang diketuai oleh Cik Ezryn Natasha Binti Saipol (Penolong Pendaftar TDC Bhepa) telah berangkat semalam dalam Misi Pasca Banjir di beberapa daerah Johor. Semoga usaha murni ini dipermudahkan.
USM GERAK MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE JOHOR

11 MAC 2023 - Hari pertama untuk Misi Pasca Banjir di Johor telah selesai tepat jam 3 petang tadi yang bermula daripada 9 pagi di beberapa kawasan di Kampung Alai, Segamat. Antara lokasi operasi pembersihan adalah:

1) Sekolah Agama Gemereh, Segamat,
2) Surau Al-Islah Kampung Alai, Segamat, dan
3) 2 buah rumah penduduk di Kampung Alai yang terkesan pada kategori maksima.

Terima kasih kepada pihak Command Centre Daerah Segamat yang telah bekerjasama dengan sukarelawan USM sepanjang operasi pencucian.

Foto dan teks oleh : Ezryn Natasha Saipol (Pegawai Tadbir TDC)

Disediakan oleh :
Unit Media dan Dokumentasi