Halatuju PendidikanπŸ”°
8.28K subscribers
3.09K photos
25 videos
459 files
2K links
Anda lepasan SPM! STPM! STAM! Matrikulasi! Diploma! Asasi! Setaraf!? Kemana halatuju anda? Nanti nak sambung belajar apa?
🌹mobile.twitter.com/twtpendidik
🌹any questions? Join our Group Telegram @halatujuselepasspm
πŸ”°Since 2017
Download Telegram
πŸ”₯PENERANGAN STPM TAHFIZπŸ”₯

Pakej ini baru sahaja ditawarkan iaitu pada 2019 dan hanya dibuka di sekolah tertentu sahaja iaitu :-

🌹 6 Sekolah STPM Tahfiz

- SMKA Putrajaya, Putrajaya
- SMKA Kedah, Kedah
- SMKA Kerian, Perak
- SMKA Maahad Muar, Johor
- SMKA Tok Bachok, Kelantan
- SM IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu

🌹Subjek Wajib STPM
- 900 Pengajian Am

🌹4 Subjek Aliran Tahfiz
- 913 Bahasa Arab
- 930 Syariah
- 931 Usuluddin
- 932 Tahfiz Al-Quran

🌹 Malaysian University English Test (MUET) *wajib


πŸŽ“ Sukatan Kandungan Mata Pelajaran 932 Tahfiz Al-Quran

- Maharat Ulum Al-Quran
- Asas Maharat Qiraat Ilmi
- Amali Bacaan Qiraat Imam Asyarah
- Maharat Rasm
- Dhabit Al-Quran
- Fawasil

πŸŽ“ Keterangan

1. Perlaksanaan Tingkatan 6 Tahfiz menggabungkan antara hafazan AlQuran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa selama 3 semester.

2. Pengajian Tahfiz ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan AlQuran, dan cemerlang akhlak serta menyediakan pelajar ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

@halatujuspm
@halatujuselepasspm

#stpm #stpmtahfiz #tahfiz #qiraat #kamibudakform6 #form6maju #4flat
πŸ”₯πŸ•Œ KETERANGAN STPM TAHFIZ

πŸŽ“ Pelaksanaan Tingkatan Enam Tahfiz ini menggabungkan antara hafazan Al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa selama tiga semester.

πŸŽ“ Pengajian tahfiz ini bertujuan melahirkan murid yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran, cemerlang akhlak serta menyediakan murid ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

πŸŽ“ Kandungan mata pelajaran tahfiz Al-Quran yang diperkenalkan di tingkatan enam tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk Al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali bacaan Imam Qiraat β€˜Asyarah; dan mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil.

πŸŽ“ Murid yang mengikuti tingkatan enam tahfiz ini akan memperoleh peluang yang lebih luas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemanusiaan dan sastera di univerisiti awam mahupun swasta.

πŸŽ“ Murid yang cemerlang dalam mata pelajaran Pengajian Am dan Syariah juga akan mendapat kelebihan untuk diterima ke bidang undang-undang apabila memohon ke universiti kelak.

πŸŽ“ Murid yang mengikuti tingkatan enam tahfiz juga mempunyai peluang yang cerah dan diberi kelebihan untuk memasuki bidang perguruan di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang kini mensasarkan pengambilan penuntut daripada murid lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

🀍 SEKOLAH-SEKOLAH STPM TAHFIZ

🌹 7 Buah Sekolah STPM Tahfiz (KPM)

- SMKA Putrajaya, Putrajaya
- SMKA Kedah, Kedah
- SMKA Kerian, Perak
- SMKA Maahad Muar, Johor
- SMKA Tok Bachok, Kelantan
- SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan
- SMKA Kota Kinabalu, Sabah

🌹 1 Buah Sekolah STPM Tahfiz (JAKIM)

- SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu

🀍 PAKEJ TAWARAN SUBJEK

πŸ‘¨β€πŸŽ“ Subjek Wajib STPM
- 900 Pengajian Am

🌹4 Subjek Aliran Agama & 1 Subjek Tahfiz
- 913 Bahasa Arab
- 930 Syariah
- 931 Usuluddin
- 932 Tahfiz Al-Quran

🌹 Malaysian University English Test (MUET) wajib diduki


🀍 Sukatan Kandungan Mata Pelajaran 932 Tahfiz Al-Quran


- Maharat Ulum Al-Quran
- Asas Maharat Qiraat Ilmi
- Amali Bacaan Qiraat Imam Asyarah
- Maharat Rasm
- Dhabit Al-Quran
- Fawasil

πŸŽ“ Keterangan

1. Perlaksanaan Tingkatan 6 Tahfiz menggabungkan antara hafazan AlQuran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa selama 3 semester.

2. Pengajian Tahfiz ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan AlQuran, dan cemerlang akhlak serta menyediakan pelajar ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

@halatujuspm
@halatujuselepasspm
@bakalmahasiswa
@BakalMahasiswaChannel

#stpm #stpmtahfiz #tahfiz #qiraat #kamibudakform6 #form6maju
πŸ”₯ PERMOHONAN TINGKATAN ENAM (TAHFIZ) SMK AGAMA AMBILAN TAHUN 2021

πŸ“Œ Tarikh Permohonan : 8 Jun 2021
πŸ“ŒTarikh Tutup Permohonan : 19 Jun 2021

πŸ“‹ Borang Permohonan : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSevqK0EGTSTPar9BWyT_XhTcWDsIsCbrYgqq73QUrGgOlyr5A/viewform

πŸ› SMK Agama Putrajaya
πŸ› SMK Agama Kedah
πŸ› SMK Agama Kerian, Perak
πŸ› SMK Agama Maahad Muar, Johor
πŸ› SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
πŸ› SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan
πŸ› SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah

πŸ’š SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat yang ditetapkan untuk pengambilan calon adalah seperti yang berikut :

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa;

2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C; atau

4. Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari'ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-β€˜Ulum al Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah dan;

5. Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al- β€˜Arabiah al-Mu’asirah / Al-Adab wa al-Balaghah/ Turath Bahasa Arab dan;

6. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk.

7. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.

πŸ’š MAKLUMAN DAN PERHATIAN

1. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan oleh SPI Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan ke SPI Jabatan Pendidikan Negeri tempat dimana calon menghadiri temuduga yang lalu bermula 05 Julai 2021 hingga 09 Julai 2021.

πŸ’š NO TALIAN & EMAIL SPI NEGERI

πŸŽ“ Johor
No Tel : 07-2310071
Emel : najibnadzar@gmail.com

πŸŽ“ Perak
No Tel : 05-5015000
Emel : jpnperak.spi@moe.gov.my

πŸŽ“Kelantan
No Tel : 09-7418057
Emel : spikelantan03@gmail.com

πŸŽ“ Sabah
No Tel : 088-513436
Emel : spi.jpnsabah@moe.gov.my

πŸŽ“Kedah
No Tel : 04-7404273
Emel : spi.kedah@moe.gov.my

πŸŽ“ Putrajaya
No Tel : 03-88890000
Emel : jpn-wp-putrajaya-cm48@moe-dl.edu.my

πŸŽ“Negeri Sembilan
No Tel : 06-7653621
Emel : faisol.zaini@moe.gov.my
ibnuzaini79@gmail.com

** Sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut berkaitan tingkatan enam tahfiz.

Portal Rasmi
http://portal.mpm.edu.my/home

@halatujuspm
@halatujuselepasspm
@bakalmahasiswa
@BakalMahasiswaChannel

#stpmtahfiz
#smka
#kamibudaktahfiz
πŸ”₯ PENGAMBILAN CALON TINGKATAN ENAM TAHFIZ SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KEMAMAN (IKEM) AMBILAN TAHUN 2021 πŸ”₯

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Lima yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 seluruh negara khususnya rakyat negeri Terengganu untuk memohon mengikuti Tingkatan Enam Tahfiz bagi ambilanJulai 2021 yang ditawarkan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman.

πŸ’š SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat yang ditetapkan untuk pengambilan murid Tahfiz Tingkatan Enam SMIYT Kemaman adalah seperti yang berikut:

πŸ‘¨β€πŸŽ“ LULUS peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

πŸ‘¨β€πŸŽ“ Memperolehi kepujian tinggi atau sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Hifz al-Quran / Maharat Al-Quran dan telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran; atau

πŸ‘¨β€πŸŽ“ Memperolehi kepujian tinggi atau sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari'ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul al-Din/Al-Syariah/Manahij al-β€˜Ulum al Islamiah/Turath Al-Quran dan Al Sunnah/Turath Dirasat Islamiah serta telah menghafaz 7 juzuk Al-Quran; dan

πŸ‘¨β€πŸŽ“Memperolehi kepujian tinggi atau sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah al- β€˜Arabiah al-Mu’asirah/Al-Adab wa al-Balaghah/Turath Bahasa Arab; dan

πŸ‘¨β€πŸŽ“ Pemohonan terbuka kepada warganegara Malaysia rakyat Terengganu yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa; dan

πŸ‘¨β€πŸŽ“ Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
β€’ ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu; atau
β€’ ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.

πŸ‘¨β€πŸŽ“ Pengambilan kuota rakyat Luar Terengganu adalah sebanyak 5%;

πŸ‘¨β€πŸŽ“Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan dan personaliti;

πŸ‘¨β€πŸŽ“Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester;

πŸ‘¨β€πŸŽ“Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.

πŸ’š CARA PERMOHONAN

πŸŽ“Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang https://ytklik.terengganu.gov.my/application/11/online atau https://www.yt.gov.my/ mulai 10 Jun 2021(Khamis).

πŸŽ“ Yayasan Terengganu berhak mengambil tindakan atau menarik balik surat tawaran kemasukan jika didapati calon memberi maklumat salah/tidak benar memanipulasi dalam borang permohonan. Maklumat permohonan ini juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.

πŸŽ“Tarikh Tutup Permohonan
24 Jun 2021 (Khamis), Jam : 11:59 Malam

πŸ’š MAKLUMAN DAN PERHATIAN

πŸ‘©β€πŸŽ“ Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan oleh Bhg. Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu secara dalam talian di https://ytklik.terengganu.gov.my/application/11/online dan boleh disemak dari semasa ke semasa.

πŸ‘©β€πŸŽ“Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

PENGARAH
YAYASAN TERENGGANU
Bangunan Yayasan
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz)

Tel : 09-622 1733
Faks : 09-623 2944
ο€ΊEmel : imtiazyayasanterengganu@gmail.com

@halatujuspm
@halatujuselepasspm
@bakalmahasiswa
@BakalMahasiswaChannel

#stpmtahfiz
#smiytkemaman
#ikem
#kamibudaktahfiz