Halatuju Pendidikan๐Ÿ”ฐ
8.23K subscribers
3.09K photos
25 videos
459 files
2K links
Anda lepasan SPM! STPM! STAM! Matrikulasi! Diploma! Asasi! Setaraf!? Kemana halatuju anda? Nanti nak sambung belajar apa?
๐ŸŒนmobile.twitter.com/twtpendidik
๐ŸŒนany questions? Join our Group Telegram @halatujuselepasspm
๐Ÿ”ฐSince 2017
Download Telegram
Afrina Ibrahim:
Ni share dari group sekolah.

Panduan Pelajar๐Ÿ“:
MAKLUMAT TAMBAHAN PERMOHONAN UPU ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

Dr Kassim, UIA๐Ÿ“
- Pilihan 12 universiti perlu dibuat secara SISTEMATIK๐Ÿ“‹
- EITHER STICK TO ONE U BUT DIFFERENT COURSE OR STICK TO ONE COURSE BUT DIFFERENT U. Lebih baik begitu. Kena sistematik macam ni sebab ada je yang jadi masalah sebab terlalu banyak pilihan U and course, ada yang kena reject. Masalah dapat course yang kita tak suka pun kurang. InsyaAllah. Kalau korang nak buat campur-campur jugak, terserah. TAPI JANGAN LA JUMBLE UP 12 U AND 12 COURSE BERBEZA. Kurang selamat!๐Ÿ’ข๐Ÿ’ข
- Kalau lepas result apa semua nanti, dapat je mana-mana U atau apa-apa course, TERIMA dulu, sebab susah permohonan nak tukar course ni secara rayuan luar. Meaning, korang masuk dulu U tu, dah buat penukaran course masa dah masuk U. Its safer. Its called rayuan dalaman. Daripada tak dapat mana-mana U lagi susah๐Ÿ’๐Ÿป๐Ÿ’๐Ÿป
-ADA SESI RAYUAN. SILA ALERT. Kalau UIA sendiri ad 3 kali intake, so jangan putus asa kalau tak dapat. Try lagi. Buat rayuan terus mase UPU buka rayuan.โ˜๐Ÿปโ˜๐Ÿปโ˜๐Ÿป
- Sistem akan terus reject kalau tak lepas qualification. Know it right. SILA SEMAK SEBELUM QUALIFICATIONS U YANG KORANG MINTAK UNTUK CERTAIN COURSE.๐Ÿ‘Œ๐Ÿป๐Ÿ‘Œ๐Ÿป
- Medic, farmasi, and dentistry takkan terima BUKAN bumiputera. Ini adalah syarat kementerian. Through IC dia dapat tau, so like ayah jawa ke mak indon stay in Msia for like 30 years, tak lepas lah tu kalau tak silap๐Ÿค”๐Ÿค”

Untuk 4/12 mesti letak program yang ada temuduga.
Nak tahu ada temuduga. ADA TANDA #โƒฃ

Begitu juga kalau nak mohon UA yg hebat2 spt UIA, UKM, UPM, UM, UPNM pastikan diletakkan dalam PILIHAN 1 HINGGA 4

KESERAGAMAN KURSUS MENGIKUT BIDANG JUGA PENTING.

Maksud saya pilihan 1 hingga 4
Baiki/kemaskini . Seragam kursus ikut bidang juga penting.

Contoh
1. Bidang pengajian islam.
LETAK BIDANG P.ISLAM PADA PILIHAN 1-4

2. Bidang kejuruteraan.
LETAK KURSUS KEJURUTERAAN PADA PILIHAN NO. 5-8

3. Bidang pendidikan.
LETAK BIDANG PENDIDIKAN PADA PILIHAN 9-12

JAWAB SOALAN BALAS๐Ÿ’ซ
Nak letak random tak apa, tapi kalau gagal masuk u jangan salahkan saya.
Saya bagitahu yg betul sahaja๐Ÿ’๐Ÿป
Sebab masa saya hadir kursus, pegawai dari upu pesan kena susun secara mengikut bidang dan teratur.
Kalau berterabur atau random, RISIKO TAK DAPAT TAWARAN MASUK U SANGAT BESAR. Kena fahamโ˜๐Ÿ™

@biasiswapelajar
[3/12, 6:56 PM] +60 13-679 1407 : Ringkasan perjumpaan sebentar tdi:

ยฐPermohonan upu bahagian pilihan course hendaklah di isi secara berkumpulan u tersebut 4 4: contonya,

1. Ukm
2. Ukm
3. Ukm
4. Ukm
5. Uia
6. Uia
7. Uia
8. Uia
9. Usim
10. Usim
11. Usim
12. Usim

ยฐPilihan u yang ingin anda plih ialah berdasarkan pointer anda seperti:

Pointer 3.3 -> 4.0
Ukm
Usm
Upm
Uia

Pointer 2.0 -> 3.29
Usim
Uitm
Unisza
Upsi
Ums
N so on

Pointer 0.0 -> 1.99
Mohon upu, dan doa.

ยฐBagi fakulti pendidikan islam:
B. Arab: C+ -> A
Juga subjek agama lain

Course SYARIAH hnye 3.6 -> 4.0 pointer saja bole letak pada pilihan pertama.
Jika tidak letak COURSE LAIN pilihan pertama.

ยฐFakulti sains sosial:
Sej dan Am: B- -> A

Course is open for you... ๐Ÿ˜Š
[3/12, 6:57 PM] +60 13-679 1407 : for those who's applying upu, kami ada kna ajar bgini:

1. dalam pilihan 1-5, make sure itu course yg kau betul2 nak. but make sure kamu kena SUSUN DGN CARA YG BETUL bcus dia system computer, not a freaking hooman ๐Ÿ™†๐Ÿป
2. so contoh susun la kan, susun from 1-5 either SAME COURSE or SAME UNIVERSITY. for example:
๐ŸŒ1. UM-law
๐ŸŒ2. UiTM-law
๐ŸŒ3. UKM-law
๐ŸŒ4. UPM-law
OR
๐ŸŒš1. UM-law
๐ŸŒš2. UM-Tesl
๐ŸŒš3. UM-business
๐ŸŒš4. UM-masscomm
Forwarded from Aisyah
Forwarded from Aisyah
Rasanya group sebelah dh jawab.. Hehe.. Tapi saya jawab jugk๐Ÿ˜

Soal Jawab Soalan di Dalam Sistem Aplikasi Unit Pengurusan Universiti (UPU)

1. Adakah anda bersetuju untuk ditempatkan ke tempat selain pilihan anda?

Jika anda tandakan โ€œyaโ€ untuk soalan ini, katakan kelak ketika keputusan UPU keluar, awak tak dapat mana-mana tawaran daripada 8 pilihan tu. UPU akan memberi tawaran jurusan lain, bergantung kepada kekosongan jurusan secara rawak. Dan akhirnya, awak akan mendapat tawaran universiti daripada UPU, tapi bukan untuk jurusan yang awak mohon. Awak tidak layak memohon Rayuan selepas itu kerana Rayuan hanya untuk pelajar yang tidak menerima apa-apa tawaran sahaja. Kalau awak dah terima tawaran, tidak kira itu jurusan yang awak minat atau tak, awak tak layak mohon Rayuan.

Pentingnya di sini, untuk menandakan โ€œTidakโ€ untuk butang soalan di atas. Kelak jika anda tidak mendapat tawaran apa-apa daripada UPU, sistem akan memberi laluan kepada anda untuk memohon Rayuan.

2. Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)?

Jika anda tandakan ya, anda akan menerima SMS. Contoh seperti, jika anda tidak melengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup, UPU akan menghantar SMS untuk anda kemaskini dan lengkapkan permohonan anda. UPU tidak akan menghantar SMS untuk tawaran UPU. Pihak Schoollah Malaysia sarankan tandakan โ€œYaโ€ untuk soalan ini.

3. Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN?

Pelajar yang tandakan โ€œYaโ€ untuk soalan ini akan menerima cek (cheque) daripada PTPTN berjumlah RM1,500 untuk membeli keperluan sebelum masuk ke universiti. Diingatkan, ini bukan wang percuma. Kelak, selepas tamat belajar, anda diwajibkan membayar balik + interest, tidak kisah anda memohon PTPTN atau tidak. Jika anda menunaikan cek (cheque) tersebut, secara automatik, PTPTN akan menyimpan data anda (anda berhutang dengan pihak mereka RM1,500).

โ€œBoleh ke saya tunaikan, tapi nanti saya tak mohon PTPTN sebab dapat Asasi. Asasi kan dapat elaun. Saya nak pakai duit untuk beli barang masuk universiti.โ€

Ya, boleh tunaikan. Tetapi kelak, saat anda habis belajar Degree, penyata hutang akan dihantar kepada anda untuk membayar.

โ€œKalau saya tandakan โ€œYaโ€ pada soalan itu, tapi nanti masa menerima cek (cheque) tu, saya tak pergi tunaikan, boleh ke?โ€

Boleh, anda boleh tandakan โ€œYaโ€ untuk soalan ini sekarang, dan nanti saat menerima cek (cheque) tersebut di rumah, anda boleh saja abaikan dan buang. Tiada apa-apa masalah. Jika anda tidak tunaikan cek tersebut dalam masa 3 bulan, secara automatik, cek itu hanya sekadar kertas tiada nilai. Dan PTPTN tak akan keluarkan apa-apa penyata hutang kepada anda.

4. Adakah anda bersetuju untuk membenarkan data peribadi anda dibekalkan untuk kegunaan Kementerian Pendidikan Tinggi?

Tandakan โ€œYaโ€ jika anda bersetuju jika KPT sebarkan data anda (alamat, nombor kad pengenalan, dan sebagainya) kepada pihak lain.Contohnya seperti IPTS.

4. Adakah anda BERMINAT dengan empat (4) Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) iaitu UTP, MMU, UNITEN, dan UNIKL?

UPU akan memberi tawaran universiti daripada GLU jika anda menepati syarat asas & khas IPT berkenaan. Diingatkan, UPU hanya akan membantu anda mendapatkan tawaran universiti, bukan tawaran penajaan. Penajaan dan yuran pengajian ditanggung oleh para pelajar. Jalan alternatif ialah, memohon biasiswa daripada agensi lain untuk mendaftar di GLU. Semua itu haruslah dimohon oleh para pelajar sendiri. UPU hanya membantu mendapatkan tawaran penempatan di GLU sahaja.

โ€œKalau saya tandakan โ€œYaโ€, adakah 8 pilihan UPU saya akan terjejas dan UPU bagi tawaran GLU kepada saya? Saya tak berkemampuan nak masuk GLU.โ€

Tidak, pilihan UPU dan pilihan GLU adalah 2 benda berbeza. Jika anda mendapat tawaran UPU daripada 8 pilihan anda, UPU tidak akan tawarkan tawaran penempatan GLU. Penempatan GLU akan diberikan kepada pelajar yang gagal mendapat penempatan di IPTA sahaja. Jangan risau. GLU adalah inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar keciciran pembelajaran di kalangan pelajar lepasan sekolah.
Forwarded from Aiman Panda
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut:

Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;

Pelajar adalah Warganegara Malaysia;

Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);

Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;

Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.
Forwarded from Aiman Panda
Kaedah Menunaikan WPP

Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN.

Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.

Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN

MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.
Kepada Pelajar Lepasan STPM/SETARAF (Form6, Matriks, Asasi, Diploma ) boleh membeli no Pin mulai 25/2/2019
Forwarded from UPU ONLINE 2020/2021
Hello UPU ! UPUPocket 2.0 !

Aplikasi mudah alih ini untuk smart phone anda boleh didapati di Play Store dan App Store.

Anda boleh menyemak kelayakan kemasukan, ePanduan, status permohonan UPU, keputusan permohonan dan rayuan dan juga rujukan Tarikh Penting.

๐Ÿ“Œ Join @UPUOnline untuk hebahan kemasukan UPU!
[PERTANDINGAN DEBAT ZEROES 2.0]

Anda mempunyai minat untuk mengasah bakat anda dalam dunia perdebatan? Inilah masa yang sesuai! Kelab Orator Bahasa Melayu (KOUBM) UniSZA sekali lagi akan mengadakan pertandingan Debat Zeroes khas untuk semua Mahasiswa UniSZA, sekolah menengah, dan IPT sekitar Pantai Timur

Butiran pertandingan :

๐Ÿ“Œ Tarikh : 8-9 Mac 2019
๐Ÿ“Œ Masa : 8am (Jumaat) - 10.45pm (Sabtu)
๐Ÿ“Œ Tempat : Bangunan Akademik UniSZA

๐Ÿ’ธ Yuran yang dikenakan hanyalah RM50/kumpulan
Ahli kumpulan terdiri daripda 3 orang sahaja๐Ÿ•ด๐Ÿป

๐Ÿ›๐Ÿ“œ Makanan peserta dan sijil penyertaan turut disediakan

TEMPAT ADALAH TERHAD
Jom daftar cepat-cepat sebelum terlambatโ€ผ

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi :

Nadiah - http://www.wasap.my/60183944180
Baihaqy - http://www.wasap.my/601140350340
Untuk pelajar lepasan SPM 2018 ,luangkanlah msa anda hanya 2 minit membaca ini sambil berdoa.

Bismillahirrahmannirahim,
"Ya Allah ,aku memohon kepada-Mu,permudahkanlah urusan ku ketika aku mengambil keputusan SPM nanti.Ya Allah,berikanlah aku khabar yg baik2 dan hindarilah aku dari mendapat khabar yg buruk2 .Ya Allah ,aku berdoa semoga aku dan rakan seperjuangan SPM ku yang lain memperolehi kputusan SPM yang lulus dan cemerlang serta mendapat sijil SPM.Kami berharap dapat mencapai kejayaan bersama dan melanjutkan pelajaran utk mencapai cita2 msing2 .Ya Allah ,berkatilah ilmu yg telah guru2 ku beri kepadaku dan rahmatilah kehidupan penyemak2 kertas kami yg telah bersungguh2 dan tabah menyemak kertas kami . Ya Allah ,aku ingin menangis air mata kegembiraan semasa hariku mengambil keputusan bersama ibubapaku ,rakan2ku dan guru2ku .Lindungilah mereka ini kerana mereka telah byk membantuku sepanjang peperiksaan berlangsung .Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi ,makbulkanlah doa kami ini." Ameen..

kongsikan doa ini dengan rakan2 sperjuangan SPM anda

ikhlas dari kami pelajar Islam lepasan SPM 2018

doa yg baik2, semuanya akan baik2


Tinggal beberapa hari saja lagi keptusan SPM akan keluar,perbanyakkan solat hajat dan solat taubat ,Insha Allah semuanya akan dipermudahkan. "Sesungguhnya Allah akan memberi yang lebih baik berbanding yang engkau minta dari-Nya"
Semoga semua pelajar SPM 2018 mendapat keputusan yg cemerlang.โค
Aamiin.....๐Ÿ˜Š

@hazdib
@halatujuspm
Forwarded from ALUMNI KMS (Faizal)
Mohon forward kan broshure ini kepada pelajar matriks sains.. terima kasih
Forwarded from UPU ONLINE 2020/2021
PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM 2018
Forwarded from UPU ONLINE 2020/2021
Hello, UPU!

Hello ! Dukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan UPUOnline mengalami masalah gangguan teknikal. Kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan oleh pihak yg terlibat. Hebahan akan dimaklumkan semula setelah sistem permohonan UPUOnline pulih semula. Mohon maaf atas kesulitan.

๐Ÿ“Œ Join @UPUOnline untuk hebahan kemasukan ke UA!
Forwarded from UPU ONLINE 2020/2021
Forwarded from UPU ONLINE 2020/2021
Jom Masuk IPT 2019 Zon 1 (Selatan) ! 1 hari lagi !

Bertempat di Padang Kawad UTHM, pada 2 hingga 3 Mac 2019, jam 9 pagi hingga 5 petang. Medium terbaik untuk semua lapisan masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan. Masuk adalah percuma.

Ayuh, datang beramai-ramai !