Dunia Palestin 🇵🇸
131K subscribers
25.1K photos
6.66K videos
22 files
27.5K links
Saluran Informasi Palestin
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kanak-kanak yang tidak berdosa ini terselamat daripada serangan udara Israel yang menyasarkan mereka malam tadi di Gaza, tetapi mereka kini menjadi yatim piatu selepas kedua ibu bapa mereka terbunuh dalam serangan itu.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran. Menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/dunia/792/

𝗣𝗼𝗿𝘁𝗮𝗹 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestinnet
Mohammad Mokhber, Naib Presiden Iran mengambil alih jawatan Presiden buat sementara waktu selepas kematian Ebrahim Raisi dan delegasi pengiringnya dalam nahas helikopter semalam.

Sumber: The Cradle
t.me/duniapalestin
Kabinet Iran melantik Timbalan Menteri Luar Iran, Ali Bagheri Kani sebagai pemangku Menteri Luar selepas kematian Hossein Amir Abdollahian.

Sumber: The Cradle
t.me/duniapalestin
Pemimpin Tertinggi Iran mengisytiharkan 5 hari berkabung di Iran selepas kematian Presiden Iran dan delegasi pengiringnya dalam nahas helikopter.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Ahli keluarga yang berduka mengucapkan selamat tinggal kepada orang tersayang yang terkorban akibat serangan udara Israel di Bandar Gaza pagi tadi.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Briged Al-Quds: Adegan menembak tepat dron Zionis semasa ia menjalankan misi risikan di langit Bandar Gaza.

Sumber: Briged Al-Quds
t.me/duniapalestin
Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara di sekitar Hospital Yaman di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
Pusat Kesihatan Shuhada Al-Zaytoun di Bandar Gaza kini tidak berfungsi selepas dimusnahkan oleh tentera penjajah Israel semasa pencerobohan terbaru di kawasan kejiranan Al-Zaytoun.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adegan Mujahidin Al-Qassam memusnahkan kereta kebal dan menghapuskan askar musuh di timur bandar Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/duniapalestin
TERKINI | Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sedang berusaha untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Sinwar dan Netanyahu atas tuduhan melakukan jenayah perang.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) juga sedang berusaha untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Yoav Gallant dan dua pemimpin Hamas.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Mahkamah Jenayah Antarabangsa sedang mendapatkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Yoav Gallant dan tiga pemimpin Hamas atas alasan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan, pejabat pendakwaraya mengumumkan pada hari Isnin.

Di samping Gallant dan Netanyahu, pemimpin Hamas di Gaza Yahya Sinwar, ketua komander sayap tenteranya Mohammed Diab Ibrahim al-Masri, lebih dikenali sebagai Mohammed Deif dan pemimpin politiknya Ismail Haniyeh dinamakan dalam satu kenyataan oleh Ketua Pendakwaraya ICC Karim Khan.

Sumber: Middle East Eye
t.me/duniapalestin
Pemimpin Taufan Al-Aqsa 🔴🔴

- Yahya Sinwar: Pemimpin Utama Hamas
- Ismail Haniyeh: Ketua Biro Politik Hamas
- Muhammad Deif: Pemimpin Tertinggi Briged al-Qassam

Semoga Allah SWT memelihara mereka.

Kredit: 7alat Qassamiah
t.me/duniapalestin
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pendakwaraya ICC Karim Khan berkata kewujudan bukti menunjukkan bahawa PM Israel Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant memikul tanggungjawab untuk jenayah perang di Palestin sejak Oktober 2023.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
Mangsa dalam kalangan orang awam yang tidak bersalah dalam serangan udara Israel yang menyasarkan dataran kediaman di Beit Lahiya, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
Pendakwaraya Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC, Karim Khan:

- Jenayah terhadap kemanusiaan dilakukan sebagai sebahagian daripada serangan yang meluas dan sistematik terhadap orang awam Palestin.

- Israel dengan secara sistematik menyekat bahan-bahan yang sangat diperlukan oleh orang awam di semua kawasan Gaza.

- Israel mengenakan pengepungan ke atas Gaza, termasuk penutupan sepenuhnya lintasan dan sekatan sewenang-wenangnya ke atas pemindahan bekalan.

- Israel telah menggunakan kelaparan sebagai kaedah peperangan di Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
Briged Al-Qassam menyasarkan pasukan musuh yang ditempatkan di lintasan Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan peluru mortar.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/duniapalestin
Mujahidin Al-Qassam berjaya menembak tepat tentera Zionis di timur kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/duniapalestin
Netanyahu membalas keputusan Pendakwaraya Mahkamah Jenayah Antarabangsa: Ini adalah skandal dan mereka tidak akan menghalang kita.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin