Dunia Palestin 🇵🇸
123K subscribers
21.3K photos
5.54K videos
21 files
22.7K links
Saluran Informasi Palestin
Download Telegram
Wartawan Al-Jazeera: Seorang anggota Briged Tulkarm dibawah Briged Al-Quds terbunuh selepas keretanya ditembak oleh pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Hamas: Kami mengecam serangan perkhidmatan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin ke atas rakyat kami dan pejuang pembebasan kami.

Tindakan Perkhidmatan keselamatan Pihak Berkuasa mengejar pejuang pembebasan di Tebing Barat adalah aib politik dan merugikan negara yang hanya memberi keuntungan kepada penjajah.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Universiti Texas di Dallas: 17 orang ditangkap atas tuduhan 'menceroboh' kerana mendirikan khemah solidariti untuk Gaza di kampus universiti.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kementerian Kesihatan Palestin: Penjajah Israel menghalang kemasukan peralatan perubatan yang diperlukan untuk memulakan semula Kompleks Perubatan Nasser | Laporan: Hisham Zaqout

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Briged Jenin dibawah Briged Al-Quds, menerbitkan adegan penempatan pejuangnya di jalan-jalan utama dan jalan raya menuju ke kem Jenin di utara Tebing Barat, untuk menghalang ketibaan pasukan khas Israel ke lokasi pejuang.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Buat pertama kali sejak 7 Oktober, penjajah Israel membuka lintasan Erez di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pemandangan trak bantuan tiba di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Penjajah Israel merosakkan bantuan untuk Gaza dalam serangan terbaru ke atas konvoi kemanusiaan dari Jordan.

Makanan dan ubat-ubatan telah disekat daripada sampai ke Gaza beberapa kali kerana sabotaj pendatang haram Zionis.

Sumber: The Cradle
t.me/duniapalestin
"Free Palestine" dari Hind Hall di Universiti Columbia.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/duniapalestin
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Buat pertama kali sejak 7 Oktober, 30 trak bantuan memasuki utara Semenanjung Gaza melalui persimpangan Erez.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
𝗥𝗔𝗞𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔

Lebih 200 hari berlalunya Taufan Al-Aqsa. Apakah yang menyebabkan Hamas melancarkan suatu operasi yang telah mengubah geopolitik Timur Tengah dan pandangan dunia terhadap perjuangan Palestin dan penjajahan Zionis?

Fahami naratif yang ingin disampaikan oleh Hamas melalui sesi webinar ini yang akan mengupas dokumen Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa dengan kajian perkembangan semasa di Palestin.

- Rakaman penuh webinar beserta
sesi soal jawab selama 2 jam
- E-sijil dan slide diberikan
- 𝗣𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 e-book Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa (Bahasa Melayu).

𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴.
Klik di sini: bit.ly/duniapalestin006

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin
1,300 pelajar telah digantung setakat ini di universiti-universiti Amerika kerana bersolidariti dengan Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Israel telah mengancam ketika perbincangan dengan AS bahawa mereka akan bertindak balas terhadap Pihak Berkuasa Palestin jika ICC mengeluarkan waran tangkap untuk pegawai kanan Israel, menurut laporan yang diterbitkan.

Sumber: Anadolu Agency
t.me/duniapalestin
Washington Post: Bilangan tahanan semasa protes di universiti-universiti Amerika meningkat kepada 1,700.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Polis Perancis dengan kejam menyerang penunjuk perasaan di Lyon yang menuntut dihentikan perang genosid di Gaza.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/duniapalestin
Pertemuan Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken sebelum mesyuarat Majlis Kerjasama Negara Teluk (GCC) dan Amerika Syarikat bersama Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal pada hari Isnin di Riyadh bertujuan untuk memuktamadkan perjanjian normalisasi 15rael dan pembinaan Gaza pasca perang.

Menurut pusat kajian IRIS Institute, AS dilaporkan menerima tuntutan-tuntutan Arab Saudi seperti menubuhkan pakatan keselamatan menyerupai NATO, kerjasama kuasa nuklear dan perolehan senjata canggih.

Pada masa sama, AS akan memberikan sokongan ketenteraan sekiranya wilayah di Arab Saudi diserang. Tuntutan ini merupakan fokus Arab Saudi sejak proses normalisasi bermula.

Katanya, AS memberi jaminan bahawa pentadbiran baharu Palestin akan dipimpin oleh kerajaan proksi dibawah pengaruh negara-negara Arab dan negara-negara Eropah termasuk Norway.

Sumber : IRIS Institute
t.me/duniapalestin
Kabinet keselamatan dan politik Israel akan membincangkan hari ini keputusan untuk menutup pejabat rangkaian Al Jazeera di seluruh Palestin yang dijajah.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
Israel's Broadcasting Corporation melaporkan bahawa menteri pertahanan Israel, Yoav Galant enggan melepaskan jenazah tahanan Walid Daqqa.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
Hamas mengalu-alukan keputusan Colombia untuk memutuskan hubungan dengan Israel berhubung perang "pembunuhan beramai-ramai" di Semenanjung Gaza yang terkepung, menyifatkan pendirian Presiden Gustavo Petro sebagai "satu kemenangan untuk pengorbanan rakyat Palestin".

Sumber: Anadolu Agency
t.me/duniapalestin
10,000 orang hilang di bawah runtuhan bangunan yang musnah sejak permulaan pencerobohan Israel ke atas Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Menyeru kepada tindakan perundangan di parlimen untuk menyokong gerakan boikot, platform "Al-Quds Merentas Parlimen" menyokong boikot global terhadap Israel dan penyokongnya.

Sumber: Anadolu Agency
t.me/duniapalestin