Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
24.3K subscribers
1.44K photos
106 videos
21 files
1.59K links
Perkembangan Terkini Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Download Telegram
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
Kata Imam Syafi’e:

اصْبِرْ عَلَى مُرِّ الْجَفَا مِنْ مُعَلِّمٍ
فَإِنَّ رُسُوبَ الْعِلْمِ فِي نَفَرَاتِهِ

Sabarlah kamu dengan sikap yang kasar darupada guru yang mengajar kamu;
Kegagalan dalam pembelajaran itu bergantung pada darjat kesabarannya.

Kegagalan orang yang belajar itu kalau dia lari (merajuk) dari gurunya yang agak kasar kepada dia.

Jangan jadi murid yang manja. Jangan jadi orang yang ingin perhatian saja tanpa dia ingin beri perhatian.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
________________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱللَّهَ غَٰفِلًا عَمَّا يَعْمَلُ ٱلظَّٰلِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍۢ تَشْخَصُ فِيهِ ٱلْأَبْصَٰرُ

“Dan jangan kamu menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim, sesungguhnya ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka.”

Ayat ini lebih ditumpukan kepada orang yang tertanya-tanya, ‘Bila Allah nak hukum orang yang zalim?’

Kita hari-hari menantikan berita baik, tapi yang berlaku semakin hari semakin menggeramkan. Allah SWT menunda hukuman itu. Hukuman Allah itu ada yang cepat, ada yang lambat tapi hukumannya PASTI.

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
_________________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 564016637026
Majlis Ta’lim Darul Murtadza • Jumaat, 24 Mei 2024 @ Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa
Malam Cinta Rasul Universiti Malaya • 25 Mei 2024 @ Universiti Malaya
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
Nak buat macam mana kalau dia tak nak ?

Ada sahabat bertanya,“siapa yang tak nak itu ?”. Kata Nabi, “ Yang taat kepada aku, dia masuk Syurga. Yang dia maksiat ke atas perintah dan larangan yang aku bawa, dia enggan masuk Syurga.”

Maka, terpulang kepada individu itu sendiri. Diberi pilihan, maka jadilah orang yang bijak dalam memilih. Antara madu dan racun pastlnya kita akan memilih madu dan tidak mahu memilih racun.

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
__________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
Kalau yang memimpin zikir tunggu (makmum yang masbuq itu) selesai, maka jika dia diam, orang yang lain akan diam juga.

Kemudian, jika makmum tersebut sudah selesai lalu datang orang lain solat sunat pula. Bila jemaah nak mula berzikir?

- Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
_________________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 564016637026
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
BERJIHAD DENGAN LISAN.

Disebutkan dalam ayat tersebut, Allah akan menyempurnakan agamaNya. Dengan apa? Dengan melawan, dengan ‘bayan’ (keterangan), dengan kita memainkan peranan pada Facebook kita, IG kita, Tiktok, dengan apa pun wasail (perantaraan) media yang ada.

Pertolongan dan pembelaan kita kepada agama terhadap peristiwa yang berlaku sekarang ini hendaklah kita memainkan peranan juga melalui media. Tapi jangan main hentam, kita perlu belajar dahulu dan mengkaji sejarah.

Semoga Allah SWT beri pertolongan kepada mereka yang berada di Palestin daripada kejahatan orang-orang Yahudi. Dan mudah-mudahan Allah berikan kekuatan kepada kaum muslimin dan Allah berikan kelemahan kepada orang Yahudi Ya Rabbal ‘Alamin.

- Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
__________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 564016637026
Live stream finished (1 day)
Hormat & Taat: Ibrah Ibadah Korban

• 7 Jun 2024, Jumaat
• Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa

Muslimin & muslimat dijemput hadir.
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
Bila seseorang meyakini bahawa ‘Qabul’nya doa yang kita minta kepada Allah akan diberi sesuai dengan yang kita minta, dia telah sempit cara memahami ‘Qabul doa’.

Kalau kita minta kepada Allah dan minta diberi sesuai dengan apa saja yang kita minta, maka kita macam perintah pada Allah. Seakan-akan "Aku tak nak kecuali apa yang aku minta !".

Yang Tuhan siapa? Dia Tuhan, anda hamba. Biar Dia tentukan apa yang terbaik untuk anda.

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
_______________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
Untuk pergi ke sana juga bukanlah mudah seperti yang dibayangkan.

Agar tidak melakukan sesuatu, hanya mempunyai keinginan tanpa mengetahui cara dan wasilah untuk sampai kepada apa yang ditujukan. Belum lagi dengan undang-undang negara dan macam-macam lagi.

- Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
_________________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 564016637026
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
Anggota badan ini akan berkata pada lisan,”Hai lisan, kami ikut kamu. Kalau kamu lurus, kami lurus. Kalau kami terpesong, kami pun ikut terpesong.”

Kata syair, sesungguhnya lisan ini seumpama ular. Apa bahayanya ular? Mematuk. Bukan hanya mematuk, racun lagi.

Berapa banyak orang di kubur sudah mati kerana lisannya tak dijaga ketika hidup. Mungkin masa dia segar bugar orang takut dengan dia. Tapi yang bunuh dirinya siapa? Lisannya sendiri.

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
____________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026
Live stream finished (18 hours)
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
“Sesungguhnya Zakat tidak halal bagi Muhammad dan keluarga Muhammad. Zakat itu hanyalah merupakan kotoran manusia.”
(HR Muslim)

Zakat adalah lebihan (daki daripada kotoran) harta manusia, yang dikeluarkan untuk membersihkannya. Maka, tidaklah sesuai keturunan yang mulia menerima lebihan orang.
_________________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 564016637026
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
Dalam perbualan itu diceritakan hal-hal yang boleh menjadi sebab kepada (salah seorang) pasangannya buat salah kerana pasangannya (yang satu lagi) menjadi sebab.

Apa itu? Ketika isteri menceritakan perempuan lain kepada suami, atau suami menceritakan lelaki lain kepada isteri. Cerita-cerita yang boleh mengundang kepada hawa nafsu.

Seperti menceritakan tentang cantiknya perempuan lain, yang cerita isterinya. Penceritaan itu mengundang suaminya terfikir tentang perempuan itu.

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
__________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
KENYATAAN RASMI YAYASAN AR-RI'AYAH.

YAYASAN AR-RI'AYAH MENYOKONG SEPENUHNYA RANG UNDANG-UNDANG MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN 2024 INI.

Yayasan Ar-Ri'ayah menyeru semua umat Islam sama-sama menyokong RUU ini demi mempertabatkan Akidah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Al-Asya'irah Wal Maturidiyyah di Malaysia yang telah menjadi akidah utama rakyat Malaysia sejak sekian lamanya.

Semoga RUU ini diluluskan di Parlimen Malaysia.

اَللّٰـهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى أٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
Tidak bersanad tidak bermakna tidak boleh berzikir. Zikir itu adalah dianjurkan dalam segala keadaan.

- Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
_________________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 564016637026
Live stream finished (1 hour)