Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
24.3K subscribers
1.44K photos
106 videos
21 files
1.58K links
Perkembangan Terkini Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Download Telegram
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

3 𝙈𝘼𝘾𝘼𝙈 𝙆𝙀𝙎𝘼𝘽𝘼𝙍𝘼𝙉

Manusia dalam kewajiban mengabdikan diri kepada Allah, dituntut untuk istiqamah dan juga dituntut untuk bersabar. Melakukan perintah Allah perlu sabar. Meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah, perlu sabar. Menghadapi musibah yang ditentukan oleh Allah juga memerlukan kesabaran.

Kesabaran ada 3 macam,
1. Sabar dalam taat
2. Sabar dalam meninggalkan maksiat
3. Sabar berhadapan dengan dugaan

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid
Live stream finished (1 hour)
Live stream finished (2 hours)
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝘽𝙀𝙍𝘾𝘼𝙆𝘼𝙋

Apa yang kita cakap itu yang akan dipertanggungjawabkan walau 1 kalimat. Tidak berlaku 1 lafaz kecuali lafaz itu dicatit untuk dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT. Perkataan ada timbangan khusus sehingga Allah menyatakan Kami akan datangkan kepada mereka atas apa yang mereka cakap untuk dipertanggungjawabkan.

Percakapan hari ini canggih dan moden. Tidak hanya dengan lisan tapi percakapan dengan tangan (menaip). Komen dalam FB adalah percakapan. Siapa orang beriman kepada Allah dan hari akhirat, bercakap yang benar yang baik atau diam. Tak tahu jangan bercakap.

Baginda Rasulullah ﷺ bersabda, cukup seorang itu sudah berdusta kalau bercakap apa saja yang dia dengar tanpa memastikan apa yang dia dengar itu betul atau tidak.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙆𝙄 𝘼𝙉𝘼𝙆-𝘼𝙉𝘼𝙆

“Kalau orang tua kasar, suka perli anaknya di hadapan orang, suka menghina anaknya, suka menjatuhkan air muka anaknya di hadapan orang. Ini akan menjadi satu tekanan mental kepada anak-anak.

Jangan marah atau maki kepada anak di dalam keadaan tiada orang, apatah lagi di hadapan orang. Jangan keluar kalimat maaf cakap ... ‘Bodoh’ kepada anak. Jangan keluar maki-makian kepada anak.

Tidak membantu makian kita untuk memperelok perangai, akhlak dan kejiwaan anak itu dengan makian.

Selamanya Allah tidak akan menjadikan kalimat yang dibenci oleh Allah sebagai penawar kepada orang.”

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙇𝘼𝙏𝙄𝙃 𝘿𝙄𝙍𝙄

Akhlak itu dicapai melalui usaha.

Sabda Nabi ﷺ
Sesungguhnya ilmu itu melalui pengajian/pembelajaran manakala kelembutan itu melalui penyantunan/perbuatan yang sopan.

Latih diri untuk menjadi seorang yang pemurah dengan membiasakan diri untuk memberi. Lama kelamaan akan menjadi seorang yang pemurah.

Latih diri untuk menjadi seorang yang penyantun atau penyabar dengan memperbanyakkan sabar dalam apa jua keadaan.

Latih diri untuk mendapatkan ilmu dengan melazimkan diri belajar dan menuntut ilmu kerana ilmu itu tidak dilahirkan ketika lahirnya seseorang itu dari perut ibunya akan tetapi melalui usaha.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Amanah tidak hanya kepada kebendaan yang diamanahkan kepada seseorang tetapi ilmu itu amanah, jawatan, keluarga, anak, pekerjaan, harta, kepimpinan dan ajaran dibawa oleh Nabi ﷺ juga amanah.

Tanda kiamat makin hampir bilamana amanah itu diabaikan. Kalau sesuatu diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaannya.

Memahami konsep amanah dengan tunaikan amanah kepada diri sendiri. Tubuh badan ini juga amanah. Pokok dalam pelaksanaan amanah adalah kepada diri sendiri terlebih dahulu. Kita bersama-sama bermuhasabah terhadap diri kita.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penziarahan dan Program bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di Negeri-Negeri Utara Malaysia. Semoga Allah memberi hidayah kepada seluruh manusia dan merahmati seluruh Ummat Islam dengan nikmat Iman dan Islam.

ezy.la/jumaatinfaq
#jumaatmubarakah
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

3 "𝙏𝘼"

3 cabaran yang halus yang ramai umat ini berhadapan dengan cabaran ini. Nabi kita sudah mendahuluinya dan memberikan contoh supaya umatnya ketika berhadapan dengan cabaran yang sama dapat mengambil iktibar. Apakah cabaran itu? Harta, takhta dan wanita.

Seorang pembesar Quraisy menawarkan kepada Nabi ﷺ pangkat tertinggi di Mekah, ditawarkan untuk menjadi orang paling kaya berharta dan juga ditawarkan wanita paling cantik agar Baginda ﷺ berhenti berdakwah. Namun Nabi ﷺ mengatakan hanya mahu mengajak orang ucap لاَ إِلَهَ إِلَّاالله.

Bukankah dugaan dihadapi manusia zaman sekarang pun dari 3 perkara ini? Siasat setiap permasalahan yang berlaku, tidak akan keluar (terkecuali) dari 3 perkara ini (atau salah satunya). Tidak kira siapapun orangnya.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙅𝘼𝘿𝙄 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙆𝙀 5

1. Jadilah kamu orang yang alim, luas ilmunya dan menyampaikan ilmunya

2. Atau jadilah orang yang belajar ilmu

3. Atau jadilah pendengar ilmu

4. Atau jadilah pencinta ilmu

5. Jangan kamu jadi yang ke 5
Tidak alim, tidak belajar ilmu, tidak mendengar ilmu dan tidak mencintai ilmu. Maka kamu akan binasa.

Harapan Baginda Nabi ﷺ adalah untuk umatnya menjadi orang yang semakin hari semakin bertambah ilmunya. Moga-moga kita menjadi orang yang memenuhi harapan Baginda Nabi ﷺ.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙇𝙀𝘽𝙄𝙃 𝙏𝘼𝙅𝘼𝙈 𝘿𝘼𝙍𝙄𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙋𝙀𝘿𝘼𝙉𝙂

Rasulullah ﷺ tidak pernah keluarkan kata-kata yang menyakiti orang lain. Rasulullah ﷺ tidak berkasar kepada mereka yang bersalah.

Tapi hari ini kata-kata yang tak diungkap melalui lisan diungkap melalui komen-komen di media sosial yang bukan hanya menyakiti seseorang bahkan semua orang yang membacanya.

Sebelum menulis apa-apa komen ingatkan diri bahawa kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Kata-kata yang kasar ini boleh menyakiti perasaan seseorang kerana ianya lebih tajam daripada pedang yang melukai zahir seseorang itu.

Allah mendidik Rasulullah ﷺ untuk berlemah-lembut kepada mereka walaupun kepada orang yang bersalah, orang yang bermaksiat kepada Allah. Didikan Allah kepada Rasulullah ﷺ ini hakikatnya adalah didikan Allah kepada semua umat manusia juga.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

"𝘽𝘼𝙉𝙔𝘼𝙆 𝙆𝘼𝙇𝙄 𝘿𝙀𝙉𝙂𝘼𝙍 𝘿𝘼𝙃..."

Jangan menganggap remeh kepada ilmu walaupun berkali-kali kita dengar.

Kita diajarkan, walaupun ilmu tu kita dah banyak kali dengar, anggap saja itu baru kali pertama kita dengar. Kerana ilmu ini yang didengar melalui telinga secara lafaznya, berbeza dengan pemahaman yang akan diberi oleh Allah. Lafaznya tak berubah tapi pemahaman tiada sesiapa yang boleh membatasi.

Pemahaman itu diberi oleh Allah SWT. Ayat (Al-Quran), hadis takkan berubah lafaznya tapi pemahaman akan sentiasa di’update’ dan diperbaharui oleh Allah SWT.

Rasulullah ﷺ bersabda;
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"Sampaikanlah kalian dariku walau hanya satu ayat."

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

‎Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.

Barangsiapa yang cinta kepada Allah pasti dia akan cinta kepada orang yang dicintai Allah.

Perumpamaan orang beriman dalam kasih sayang mereka dan juga cinta-mencintai sesama yang lain umpama satu jasad, satu sakit seluruh badan sakit. Yang perlu kita jalin, hubungan baik sesama Islam atas dasar kerana Allah SWT.

Kehadapankan akhlak ihsan dalam setiap aspek kehidupan seharian walau dalam memberi atau menjawab salam. Kenali hak orang lain untuk perolehi sifat adil dan kenali hak kita pada orang lain untuk kita perolehi sifat ihsan.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid