soalan stpm sebenar & percubaan
5.62K subscribers
265 photos
4 videos
227 files
49 links
Bahan bahan untuk proses pembelajaran tingkatan enam

min @yaa_2911
Download Telegram
Forwarded from ALUMNI STPM BATCH 05 ‼️ (Aina najihah)
👍31
Forwarded from ALUMNI STPM BATCH 05 ‼️ (Aina najihah)
Kompilasi Soalan Esei PA Trial Sem 3 2024 (1).pdf
1.6 MB
Kompilasi Soalan Esei dan Idea
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 3 2024

Credit: Channel PA CNM
#STPMSem3 #PASem3
👍3
Forwarded from ALUMNI STPM BATCH 05 ‼️ (Aina najihah)
5
FAKTA ESEI PAM
2
Berdasarkan kompilasi soalan trial STPM 2024, tiga tajuk yang paling kerap muncul dan berkemungkinan tinggi keluar dalam peperiksaan sebenar ialah:
1. Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi Malaysia
• Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa seperti ASEAN, PBB, OIC.
• Kepentingan hubungan luar kepada ekonomi dan keselamatan negara.
• Isu keselamatan serantau seperti Laut China Selatan dan pengaruh kuasa besar.
• Impak ketidakstabilan politik negara jiran terhadap Malaysia.
2. Ekonomi Malaysia dan Cabaran Global
• Kemerosotan pelaburan asing (FDI) dan usaha menarik pelabur.
• Perdagangan bebas ASEAN dan impaknya terhadap Malaysia.
• Kesan lambakan barangan import terhadap industri tempatan.
• Isu kenaikan harga barang dan langkah menanganinya.
3. Kesihatan Awam dan Cabaran Global
• Penyebaran penyakit berjangkit dan langkah pencegahan.
• Ancaman kesihatan seperti pencemaran dan perubahan iklim.
• Peranan WHO dalam meningkatkan taraf kesihatan.
• Kemajuan pelancongan perubatan di Malaysia.

Tajuk-tajuk ini muncul dalam pelbagai bentuk dan sering dibincangkan dalam konteks manfaat, cabaran, serta langkah penyelesaian. Oleh itu, pastikan anda bersedia dengan fakta dan huraian yang baik bagi setiap topik ini!
👍4
Wacana

Konsep: satu satuan bahasa yang lengkap, unit bahasa yang Melebihi batas ayat

Ciri yang utuh: melebihi batas ayat, hubungan yang gramatis, idea Kesinambungan dan ayat dibina dengan kemas

Kohesi: hubungan yang gramatis

Koheren: Kesinambungan idea

Penanda wacana penghubung:

a) Tambahan: Menambahkan sesuatu: Selain itu, Tambahan pula, Di Samping Itu, Antaranya
b) Musabab: Nyatakan sebab sesuatu: Dengan demikian, Oleh itu, Maka, Oleh Sebab, Dengan itu
c) Tentangan: Bertentangan sesuatu maklumat: Sebaliknya, Akan tetapi, Namun begitu, Namun demikian
d) Kesimpulan: merumuskan sesuatu: Kesimpulannya, Tegasnya, Pendek kata, Oleh itu
e) Tempoh: Menunjukkan tempoh: Mula-mula, Selepas itu, Selanjutnya, Akhirnya

Penanda Wacana Rujukan: merujuk sesuatu.. (Abu, Ali, Ahmad - Mereka)

Penanda Wacana Penggantian: Menggantikan kata, frasa atau klausa

Penanda Wacana Elipsis: Pengguguran

Penanda Wacana Leksikal: pengurangan kata. (Kata yang sama, kata bersinom, berhiponim, berkolokasi)
2👍2
Forwarded from Study W Wawa Stpm ! 🐒🚩 (hanni ⟡🇵🇸)
senang je nak ingat jenis jenis retorik ni

pemerian
- describe sesuatu (cthnya perempuan itu cantik , tinggi dan bijak)

pendedahan
- kau mcm bagi fakta sesuatu, macam bagi maksud ke , bagi ciri ke , and fakta tu mesti betul , yela kau nak dedahkan sesuatu so mesti maklumat yang betul , berita ii kat tv tu retorik pendedahan la tu , sbb dia bagi maklumat dekat kita

penceritaan
- yang ni senang je , sbb bercerita , ada mesej yang kita nak sampaikan , pastu ayat dia pun mcm berbunga bunga

pemujukan
- pemujukan ni mcm kita pujuk orang supaya percaya cakap kita , kita nak mempengaruhi someone supaya ubah pendirian dia

penghujahan
- dia hampir sama dengan pujuk tapi sebenarnya tak , yes mmg dia pujuk orang jugak tapi yang ni dia lebih kepada macam bagi pendapat , pemujukan takde bagi pendapat, penghujahan mesti ada bukti , and ada perkataan (perlu, mesti,hendaklah)

faham tak ? senang je kan

credit to the owner! 🫶🏻
👍4
Semantik

Konsep - kajian berkenaan dengan makna sesuatu perkataan

Makna denotatif - Makna tersurat (nampak)

Makna Konotatif - Makna Tersirat

Sinonim- perkataan berbeza dan maksud yang kurang sama

Antonim - kata yang berlawanan Makna dengan kata lain

Homograf -Perkataan ejaan sama tetapi sebutan dan Makna berbeza

Homofon - Perkataan sebutan sama tetapi ejaan dan Makna berbeza

Homonim - Perkataan ejaan dan sebutan sama, tetapi Makna yang berbeza (2 Makna)

Hiponim - Ikan (superordinat), tenggiri, kembung, kerisi (subordinat/ hiponim)

Polisemi - persamaan bunyi dan ejaan sama tetapi Makna yang pelbagai (2 Makna lebih)

Meronim - sesuatu bahagian (Komponen). Anggota diri - jari, kaki, dan kepala

Perubahan Makna

Peluasan Makna - Makna asal secara umum tetapi Makna diluaskan lagi. Contoh saudara.

Penyempitan Makna - Makna yang umum tetapi Makna itu dikhususkan lagi. Contoh ustazah.
👍2
Kiasan

Kiasan asal - menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan sesuatu yang lain sebagai perbandingan. (Seperti, bak, bagai, macam, umpama)

Kiasan berpindah: tidak menggunakan kata perbandingan -

Kiasan sandar - perlakuan individu kepada benda lain mempunyai persamaan. Orang tua itu tidur-tidur ayam.

Kiasan terus - menyatakan sesuatu perkara dengan cara dikaitkan terus dengan benda lain. Ramli merupakan ayam tambatan (orang harapan) Pasukan bola sepak Kebangsaan.

Kiasan berbunga - menggambarkan maksud dengan menggunakan perkataan berbunga-bunga. (Lautan air mata)

Kiasan pemanis - tak elok cakap terus, tetapi dikiaskan. (Datang bulan, berbadan dua)

Kiasan melompat - melangkah satu tingkat daripada perkara yang sebenarnya. (Menjahit baju - menjahit kain untuk dijadikan baju)

Kiasan permanusiaan - memberikan sifat perlakuan manusia kepada objek yang tidak bernyawa. (Ombak memukul pantai)

Kiasan berkacau - menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta yang bertentangan
2
KESANTUNAN BERBAHASA # KIAW
RAGAM BAHASA
Macam mana bm harini membantai ke dibantai ?
🔥12👍1