Global Peace Mission (GPM) Malaysia
2.16K subscribers
3.67K photos
910 videos
15 files
805 links
Download Telegram
๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐†๐Ž-๐๐†๐Ž ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

๐Œ๐„๐๐˜๐Ž๐Š๐Ž๐๐† ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐’๐˜๐‘๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€

Kami, mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia, dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap pembebasan Syria daripada cengkaman rejim Bashar al-Assad yang telah dicapai pada 8 Disember 2024 yang lalu. Peristiwa bersejarah ini bukan sahaja membawa harapan baru untuk rakyat Syria, malah menjadi langkah penting ke arah pembebasan Al-Aqsa dan Palestin secara keseluruhannya.

Dengan pembebasan ini, tanggungjawab yang lebih besar kini terletak di bahu kita semua untuk membangunkan semula Syria sebagai sebuah negara yang penting dalam perjuangan pembebasan Palestin. Pembangunan semula Syria bukan sekadar membina fizikal negara, tetapi juga memulihkan peranannya yang strategik dalam rantau ini.

Gabungan Bina Semula Syria (GBSS) telah ditubuhkan bagi menggerakkan usaha bersama NGO-NGO di Malaysia pasca pembebasan ini. Penubuhan gabungan ini membuktikan kesatuan dan keazaman NGO-NGO Malaysia dalam menggerakkan cita-cita yang sama untuk membina semula Syria.

Gabungan ini penting bagi memastikan gerak kerja yang sistematik dan tersusun dalam menyalurkan bantuan secara menyeluruh dan saksama kepada rakyat Syria. Inisiatif ini juga akan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa sebagai negara yang prihatin terhadap isu kemanusiaan global.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan sementara yang telah dilantik untuk memimpin negara pada saat genting ini. Kepercayaan rakyat Syria terhadap kepimpinan sementara ini diharap dapat menjadi asas kukuh ke arah pembentukan sebuah Syria yang adil, aman, dan makmur.

๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ณ๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐˜€ ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—š๐—•๐—ฆ๐—ฆ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต:

๐Ÿญ. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป
๐Ÿฎ. ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฟ๐˜‚๐—ธ๐˜๐˜‚๐—ฟ
๐Ÿฏ. ๐— ๐—ฒ๐˜„๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ฑ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ก๐—š๐—ข ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜†๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ
๐Ÿฐ. ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต
๐Ÿฑ. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—ฆ๐˜†๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ

Kami juga ingin menegaskan bahawa hubungan baik dan sokongan daripada negara-negara jiran serta masyarakat antarabangsa adalah elemen yang amat penting dalam memastikan kejayaan proses pembangunan semula Syria. Solidariti dan kerjasama serantau diperlukan untuk menyediakan bantuan kemanusiaan, pembinaan infrastruktur, dan pemulihan ekonomi bagi membawa Syria kembali ke landasan yang stabil.

Pada masa yang sama, kami mengecam sekeras-kerasnya serangan demi serangan yang sedang dilakukan oleh Israel ke atas Syria. Serangan ini hanya menambahkan penderitaan rakyat Syria dan mengganggu usaha pemulihan serta kestabilan yang sedang giat dijalankan. Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak tegas terhadap tindakan agresif ini dan memastikan keamanan serta kedaulatan Syria dihormati sepenuhnya.

Gabungan Bina Semula Syria (GBSS) komited untuk terus memberikan sokongan moral, material, dan teknikal kepada rakyat Syria melalui pelbagai inisiatif kemanusiaan dan pembangunan yang telah dibincangkan bersama. Kami mengharapkan sokongan dan dokongan berterusan daripada seluruh rakyat Malaysia dalam menjayakan misi murni ini. Kami yakin, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, usaha pembangunan semula Syria akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kami menyeru semua pihak untuk bersama-sama memperkukuh usaha ini demi
menjamin masa depan yang lebih cerah bagi Syria dan rakyatnya untuk masa depan
dunia yang lebih baik.

Akhir kata, kami berdoa agar Syria terus melangkah maju ke arah keamanan dan kestabilan, serta menjadi contoh kekuatan dan ketabahan kepada seluruh dunia. Semoga usaha murni ini juga membuka jalan ke arah pembebasan Al-Aqsa dan keamanan sejagat.

Bersama Membina Syria
yang Lebih Baik.

๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™ค๐™ ๐™ค๐™ฃ๐™œ ๐™ค๐™ก๐™š๐™
1. Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim
2. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
3. Syria Care
4. Muslim Volunteer Malaysia
5. Persatuan Alumni Syria Malaysia
6. Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
7. โ Childrity
8. โ Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
9. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
10. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
11. โ My Fund Action
12. โ Cinta Syria Malaysia (CSM)
13. โ HALUAN
14. MERCY Malaysia
15. โ MRA
16. โ Cinta Gaza Malaysia (CGM)
17. โ Alkhair Malaysia
18. โ Global Ehsan Relief Malaysia.
19. Muslim Care Malaysia
20. Pertubuhan Ikram Malaysia

๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—š๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฆ๐˜†๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ
๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿญ๐Ÿต ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ
๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐›๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐†๐๐Œ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐Ž๐ฅ๐ž๐ก ๐Š๐จ๐ฆ๐š๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐€๐‹๐๐€๐“๐“ ๐’๐ž๐ค๐ข๐ญ๐š๐ซ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐“๐จ๐ฎ๐ซ๐š ๐Ÿ‡ฑ๐Ÿ‡ง

Pada ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ lalu, Komander Malbatt 850-12 Kol Johan Effendi bin Hj Mohd Shalleh dan pasukannya di Lubnan telah mengagihkan sumbangan dari Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Hasil sumbangan anda, telah sampai ke bumi Lubnan dengan destinasi agihan kali ini, tertumpu di Bandar Toura, 80 km dari Pusat Bandar Beirut. Bantuan disampaikan kepada Datuk Bandar Toura, Mr. Mohammed Haydar untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sana.

Selain itu, Komander MALBATT turut meluangkan masa di Pusat Perubatan Imam Al-Sadr dan Sekolah Menengah Bnadar Toura untuk meninjau bentuan bantuan yang diperlukan di dua lokasi tersebut.
----------------------------
Untuk bersama menghulurkan bantuan, layari ๐Ÿ”—jomsedekah.com/pedulilubnan atau melalui pindahan/deposit wang tunai ke akaun bank rasmi Global Peace Mission (GPM) Malaysia :

๐Ÿ“Œ Bank Islam: 14-023-01-002-922-4
๐Ÿ“Œ Maybank Islamic: 5642-2161-1602
(๐‘๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ค๐š๐ง : ๐๐ž๐๐ฎ๐ฅ๐ข ๐‹๐ฎ๐›๐ง๐š๐ง)

Mereka perlukan bantuan kita !

#PeduliLubnan #Lebanon #WhatsHappeningInLebanon #AllEyesOnLebanon #Lubnan #PeduliPalestin #IsraelKoyak #IsraelCuak #IsraelBacul #AllEyesOnRafah #PalestinMerdeka #TaufanAlAqsa #Malaysia4Palestin
๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—›๐—ง๐—ฆ ๐—ข๐—™ ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—–๐—ข๐—ก๐—™๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ ๐—ข๐—ก ๐—–๐—จ๐—ฅ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—จ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ข๐—™ ๐—š๐—”๐—ญ@ ๐—”๐—ก๐—— ๐—ฆ๐—ฌ๐—ฅ๐—œ๐—”, ๐—”๐—Ÿ๐—ฆ๐—ข ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ง๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—ข๐—™ ๐—ช๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—›๐—จ๐— ๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐—ฃ๐—ฃ๐—˜๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—ฌ ๐—š๐—ฃ๐— 

Today, Global Peace Mission Malaysia brought together heartfelt updates and urgent calls for action in a press conference addressing the ongoing crises in Gaza and Syria. Featuring key insights from Dr. Mohammad Qutub, attendees gained a deeper understanding of the dire conditions on the ground and the urgent need for humanitarian aid. The event also highlighted the unwavering dedication of our Chief Executive Officer, Syahrir Azfar Bin Saleh, as he outlined GPM Malaysiaโ€™s Winter Appeal to bring warmth and hope to those enduring unimaginable hardship.

Watch the highlight to witness the impactful moments, from powerful speeches to the unveiling of our Winter Humanitarian Appeal, and join us in making a difference for Gaza and Syria this winter.

https://jomsedekah.com/donations/winteremergency2024/

#PressRelease #PressStatement #Humanitarian #Humanity
๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฅ๐—˜๐—๐—”๐—•

Detik ini pastinya mendekatkan kita dengan Ramadan yang makin menghampir tiba.

Amalkan doa ini di setiap masa sesuai sunnah Baginda

ุงู„ู„ู‡ู… ุจุงุฑูƒ ู„ู†ุง ููŠ ุฑุฌุจ ูˆุดุนุจุงู† ูˆ ุจู„ุบู†ุง ุฑู…ุถุงู†

๐™”๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™ก๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™–๐™๐™ ๐™–๐™ฃ๐™ก๐™–๐™ ๐™—๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™ ๐™š ๐™–๐™ฉ๐™–๐™จ ๐™ ๐™–๐™ข๐™ž ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™—๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™๐™š๐™Ÿ๐™–๐™—, ๐™Ž๐™ฎ๐™–โ€™๐™—๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™–๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ๐™ก๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ข๐™ž ๐™ ๐™š ๐™—๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™ข๐™–๐™™๐™–๐™ฃ

#Rejab #BulanMulia