GOV.BN Official
38.3K subscribers
4.87K photos
169 videos
2.65K files
287 links
Your first stop for the latest official information, announcements and news on the Government of Brunei Darussalam.
Download Telegram
The National COVID-19 Vaccination Programme for youth aged 12-17 years old will be implemented in the near future.

Get the latest information on the COVID-19 vaccine for adolescent in this Frequently Asked Questions (FAQ) infographic.

#bersamamelindungi
Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan bagi belia berumur di antara 12-17 tahun akan dikendalikan dalam masa terdekat. Dapatkan maklumat terkini mengenai vaksin COVID-19 bagi remaja dari infografik Soalan-Soalan Lazim ini.

#BersamaMelindungi
Perkhidmatan Klinik Vaksinasi COVID-19 Bergerak di Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampong Sungai Asam.

Klinik ini terbuka kepada penduduk setempat di Kg Ayer dan persekitarannya yang berumur 18 tahun ke atas, yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19. Penduduk kampung adalah dialu-alukan untuk hadir secara walk-in bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Dokumen / maklumat yang diperlukan bagi individu yang ingin mendapatkan vaksinasi COVID-19 di Klinik tersebut adalah:

1) Kad pengenalan/ paspot
2) Kad atau nombor Bru-HIMS, jika ada.

#BersamaMelindungi
Sertailah Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama secara maya (selepas menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib, sembahyang Sunat Taubat dan sembahyang Sunat Hajat di kediaman masing-masing) pada setiap hari Sabtu (malam Ahad).

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai Malam Munajat bolehlah menekan pautan http://tiny.cc/munajatkhaskheu21 atau mengikuti secara langsung melalui Instagram @pdi_kheu (https://bit.ly/3Daw6QN). Aturcara dan Buku Munajat boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang disediakan.
Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 Di Negara Brunei Darussalam

Tarikh: Hari Jumaat, 22 Oktober 2021
Jam: 5:00 petang


1. Sidang Media akan bermula pada jam 5:00 petang (tertakluk kepada sebarang perubahan).

2. Sidang Media ini hanya dibukakan kepada agensi media yang dijemput sahaja (tertakluk kepada sebarang perubahan).

3. Orang ramai adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai sidang media ini. Bagi sesiapa yang didapati ikut hadir tanpa ada kebenaran tidak akan dibenarkan untuk masuk ke sidang media.

Siaran langsung boleh diikuti melalui Instagram @mohbrunei
Siaran_Akhbar_Situasi_Terkini_COVID19_di_Negara_Brunei_Darussalam.pdf
166.8 KB
Siaran Akhbar Situasi Terkini COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (22 Oktober 2021)
Press_Release_on_the_current_situation_of_COVID_19_in_Brunei_Darussalam.pdf
138.4 KB
Press Release on the current situation of COVID-19 in Brunei Darussalam (22 October 2021)
Status Terkini Wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (22 Oktober 2021)
Info Terkini Kluster Wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (22 Oktober 2021)