#GegarAmerika Newsroom
167 subscribers
142 photos
5 videos
10 files
64 links
Gerakan anti-imperialis dan anti-Zionis yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menentang imperialisme Barat di seluruh Selatan Global.
Download Telegram
SELAMAT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2024

31 Ogos 1957 dan 16 September 1963 merupakan detik penting dalam sejarah penubuhan negara kita. Namun, enam puluh tahun kemudian, perjuangan kita demi penyahjajahan dan pembebasan yang sebenar masih jauh dari selesai.

Kita masih lagi mangsa sistem kapitalis kolonial yang sama, yang memecahbelah rakyat berdasarkan kelas dan kaum, merampas tanah adat Orang Asli, mengabai pembangunan saksama Sabah dan Sarawak, dan menindas rakyat bawahan serta pekerja migran demi kuasa dan untung. Semua atas dorongan golongan kapitalis yang berpakat dengan imperialisme Barat.

Dari Palestin ke Malaysia, perjuangan menentang kolonialisme berkait rapat. Penjajah yang menyebabkan Nakba di Palestin adalah penjajah sama yang menghancurkan perjuangan kemerdekaan Malaya pada tahun 1948. Seramai 12,000 pejuang kemerdekaan termasuk golongan progresif, sosialis, Islamis, dan ahli kesatuan sekerja dipenjarakan oleh penjajah.

Sebagai rakyat Malaysia, kami tuntut erti sebenar "Merdeka" — iaitu kemerdekaan daripada kapitalisme, imperialisme, dan segala bentuk penindasan berdasarkan kelas dan kaum.

Pada Hari Malaysia ini, kita menghormati mereka yang berjuang untuk kebebasan kita, sambil mengakui bahawa perjuangan untuk keadilan, sama ada di tanah air atau luar negeri, masih jauh dari selesai.

Ikuti media sosial kami dan sertai gerakan kami menentang imperialisme dan zionisme!

Twitter: x.com/G3G4R_official
Insta: instagram.com/gegaramerika
Whatsapp: https://chat.whatsapp.com/LFKlwPqLI8d2IxLpefq0Ov
Telegram: t.me/g3gar_4merika

GEGAR
16 SEPTEMBER 2024

#MalaysiaDay2024
#HariMalaysia2024
NATIONAL INDEPENDENCE DAY AND MALAYSIA DAY 2024

While we celebrate 31st August 1957 and 16th September 1963 as key moments in our nation's history, they also represent unfinished episodes in our struggle for true decolonisation.

For six decades, we continue to be victims of the colonial capitalist system, resulting in decades of racial divide and rule, underdevelopment of Sabah and Sarawak by peninsular elites, neocolonial theft of Orang Asli land, and the exploitation of the Malaysian working class by ruling elites aligned with Western imperialist interests.

The global mass movement against the ongoing genocide in Gaza has also awakened a shared solidarity with the Palestinian people's fight for freedom.

The same British forces that perpetuated the Nakba in Palestine also imposed a reign of terror against the Malayan national independence struggle in 1948. 12,000 nationalists, feminists, socialists, Islamists, and trade unionists were imprisoned by the colonisers for daring to resist colonial rule.

As Malaysians, particularly from the Global South, we continue to demand the true meaning of "Merdeka" — Merdeka from exploitation, imperialist domination and capitalist greed.

This Malaysia Day, we honour those who fought for our freedom, while recognising that the fight for justice, at home and abroad, is far from over.

Follow our social media and join the movement against imperialism and zionism.

*Twitter:* x.com/g3g4r_official
*Insta:* instagram.com/gegaramerika
*Whatsapp:* https://chat.whatsapp.com/LFKlwPqLI8d2IxLpefq0Ov
*Telegram:* t.me/g3gar_4merika

*GEGAR*
_16 SEPTEMBER 2024_

#MalaysiaDay2024
#HariMalaysia2024