Ustaz Suhail Sufian, Perkongsian Ilmu-Fikrah-Syariah
569 subscribers
22 photos
4 videos
28 links
Download Telegram
Nota : Tarbiyah Zatiyah

Zaujah bertanya mengenai tarbiah Zatiyah, disebabkan beliau menjadi bidan terjun, maka sedikit coretan untuk dikongsi bersama daripada nota kepada beliau :
-----+++++++++------
Suhail Sufian:
1. mukaddimah

- Ahmad Ar-Rashid : tarbiah pecah dua - zatiyah dan jamaieyah
- Maksud tarbiah jamaieyah - jemaah sediakan untuk kita > program, wasilah, bahan bacaan, dll
- Maksud tarbiah zatiyah - kita sediakan untuk diri kita, tanpa ditolak oleh sesiapa pun.

2. Mengapa ada pembahagian ini?
- memberi fokus kepada tarbiah : bila ikut jemaah, biasakan muhasabah diri, mendengar tazkirah, mengikuti arahan, kerja tersusun dll
- bila zatiyah : fokus kepada kekuatan diri untuk pergi jauh
- Fokus tarbiah jamaieyyah : jundi yang berpotensi dan mampu disiplin dan menguasai segala elemen tarbiah dan dakwah yang diberi.
- Fokus tarbiah zatiyah : menjadi qiyadah yang mempunyai ilmu yang lebih dari orang lain, qiadah yang mempunyai kekuatan diri yang lebih kuat, dan qiadah yang lebih hebat dari semua aspek.

3. Perjalanan dakwah mengikut tarbiah ini :

awal dakwah : jamaie tinggi (semua masul dan naqibah kena buat), zatiyah rendah (hanya perlu tolak diri hadir program)

pertengahan dakwah : jamaie tinggi (kena ikut semua dengan disiplin). zatiyah semakin tinggi (perlo tolak diri urus program dan mempunyai pelbagai kekuatan)

semakin lama dalam dakwah : jamaie tinggi (perlu jadi qiadah yang disiplin) dan zatiyah meninggi setinggi tingginya (menuntut kita mengurus kehidupan dengan cemelrang, menuntut kita tolak diri menjadi lebih hebat)

*buat graf untuk lebih nampak

4. Apa kita nak buat?
- Tarbiayh zatiyah sepeuhnya atas kita.
- makin kita mahir kita akan lebih banyak menyelesaikan isu dakwah, memberi kesan dan semakin maju kehadapan.
- Apa tindakan kita?

* kenali potensi diri : kekuatan diri, minat diri, berdasarkan apa yang kita rasa, dan rakan sebut tentang kita
* buat aktiviti kertas kosong, tulis nama diatas, dan semua tulis kekuatan diri, kemudian rotate biar semua tulis kekuatan diri kita
* akhrinya dari potensi tersebut mula buat perancangan apakah 1. skil 2. sikap yang kita ingin bina bagi mencapainya.

Mula bertindak mengikut plan !

Selamat mencuba.

kesimpulan :

Segala kemunduran umat Islam berpunca dari individu yang tiada rasa tangunggjawab untuk tarbiyah zatiyah, Sahabat dahulu belajar bahasa yahudi, memanah, qiyamullail dll emunya atas asas tarbiyah zatiyah.

Maka dimanakah anda?
Forwarded from Zaidi Muji
Forwarded from Zaidi Muji
“ Sekiranya anda perhatikan keadaan manusia , anda akan dapati mereka yang paling banyak mempunyai aib adalah mereka yang paling banyak mengaibkan orang lain “ – ya Allah selamatkanlah lidah kami daripada mengaibkan orang lain .
"Aspirasi Malaysia dan Faiz Subri"

Tahniah kepada Faiz Subri.

Suatu masa dahulu kita divisikan supaya sentiasa melakukan suatu yang hanya jika ianya 'world class'.

Maka kita bina menara kembar tertinggi, mendaki gunung tertinggi, sukan Commonwealth, Litar F1 dan lain lain.

Berlalu zaman, visi tersebut hilang... Semua sudah tidak berfikir sedemikian.

Yang ada seolah hanya ingin menjadi juara kampung ataupun menyemalamatkan diri, seolah suasana semakin merudum hari demi hari.

Faiz Subri, mengingatkan kepada kita aspirasi Malaysia semula.

Ingat, bukan hanya sebuah sepakan mampu menjadi world class, semua negara yang kini hebat bermula dari kemunduran.

Moga Malaysia terus hebat.

Ameen.
Forwarded from Zaidi Muji
Forwarded from Zaidi Muji
Rasulullah s.a.w bersabda , bahawa Allah berfirman : “Wahai anak Adam, bersedekahlah, nescaya Aku akan memberi rezeki kepadamu”. { HR Al-Bukhari & Muslim } .... Pengajaran : kalau kita mahu harta kita berkekalan dan perniagaan kita maju lagi diberkati , maka biasakan diri kita dengan amalan bersedekah dan berinfaq .
Forwarded from Zaidi Muji
Forwarded from Zaidi Muji
“ Ketika anda bersedekah bukan bermakna wang anda akan hilang , tetapi sebenarnya anda telah mengirimkannya kepada diri anda sendiri di zaman yang lain { iaitu hari akhirat } “
Forwarded from Zaidi Muji
Forwarded from Zaidi Muji
“Sesiapa yang menundukkan pandangan dari memandang yang haram maka Allah akan mengurniakannya kemanisan iman di dalam hatinya hingga hari di mana dia akan bertemu denganNya “ . Dr Muhammad Ratib An-Nabulsi .
Forwarded from Zaidi Muji
Forwarded from Zaidi Muji
“Sesiapa yang mahukan rasa izzah di dunia dan mendapat rezeki yang halal serta kenikmatan hidup di akhirat maka dia hendaklah bertaqwa “
Forwarded from Zaidi Muji
Forwarded from Zaidi Muji
“ janganlah kalian melelapkan mata kecuali setelah kalian memadamkan api kedengkian di dalam hati kalian dan nyalakan cahaya kemaafan sebagai ganti . sesiapa yang memaafkan orang lain dan mengislah diri sendiri maka ganjarannya ada di sisi Allah “
Forwarded from Zaidi Muji
Forwarded from Zaidi Muji
Umar Abdul Aziz berkata : “ sekiranya kamu mampu , maka jadilah orang alim , sekiranya tidak mampu , maka jadilah orang yang menuntut ilmu , sekiranya tidak mampu maka jadilah orang yang mengasihini mereka dan sekiranya tidak mampu juga maka janganlah kamu membenci mereka “ .
Forwarded from Zaidi Muji
Forwarded from Zaidi Muji
“Akan datang satu masa kepada manusia, seseorang itu tidak lagi mempedulikan apa yang diambilnya, apakah dari yang halal atau dari yang haram”. (HR. Bukhari)
Forwarded from Zaidi Muji