Ijazah FIK Sesi 2021/2022
123 subscribers
15 photos
17 files
24 links
Channel Bagi Semua Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kemasukan Sesi 2021/2022
Download Telegram
Assalamualaikum,

Saudara/i,

HEBAHAN KELULUSAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI KURSUS FAKULTI,PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER II SESI 2021/2022

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan akademik Fakulti Informatik dan Komputeran telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pemindahan kredit oleh sejumlah pelajar Ijazah Sarjana Muda sesi 2021/2022 sepertimana di lampiran.

3. Bersama-sama ini dilampirkan senarai pelajar yang berjaya membuat pemindahan kredit untuk rujukan dan perhatian pelajar.

Sekian,terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Ilmu dan Akhlak"
Forwarded from FIK UniSZA Rasmi
‼️‼️‼️PERINGATAN : PRAPENDAFTARAN KURSUS BAGI SEMESTER PENDEK DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SESI 2022/2023‼️‼️‼️‼️

1. Adalah dimaklumkan prapendaftaran semester pendek sesi 2022/2023 bagi yang terlibat telah dibuka:

📕 05 hingga 18 Jun 2022

2. Semua pelajar yang terlibat diwajibkan membuat prapendaftaran kursus.

3. sekiranya pelajar masih terdapat yuran tertunggak @ yuran berbaki bagi semester I sesi 21/22 - pelajar wajib menyelesaikan yuran tersebut sebelum membuat pradaftar.

4. sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kursus yang ditawar @ kursus yang akan diambil, dipohon pelajar merujuk dengan KPP masing².

5. Jika terdapat sebarang masalah dengan sistem pendaftaran ,dipohon untuk merujuk dengan Seksyen Penjadualan, Rekod dan Pendaftaran Kursus.

6. Slip prapendaftaran wajib di cetak atau dimuat turun untuk simpanan sebagai bukti jika berlaku sebarang masalah yang tidak diigini.

SEKSYEN PENJADUALAN,REKOD DAN PENDAFTARAN KURSUS, CoMAE-I
JEMPUTAN MENGHADIRI _ACADEMIC TALK_ BERSAMA PROFESOR PELAWAT, FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

2. Adalah dimaklumkan bahawa FIK akan mengadakan syarahan akademik bersama Profesor Pelawat, Prof. Dr. Imas Sukaesih Sitanggang pada butiran berikut :

PELAJAR TAHUN AKHIR
📣 22 Jun 2022/Rabu
🕝 2.30 ptg

🖥️ Link: https://tinyurl.com/ProgramProfesorPelawatFIKDay1
✍🏻 Tajuk : " IR4.0 : PELUANG DAN CABARAN "

3. Sehubungan itu, semua pelajar tahun akhir di FIK adalah dijemput hadir ke program tersebut. Sekian, untuk perhatian dan makluman pelajar terlibat.

Terima kasih.
‼️‼️[MAKLUMAN PENTING]‼️‼️

SENARAI PELAJAR PRASISWAZAH FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK) BERHUTANG SEHINGGA 30 JUN 2022

2. Untuk makluman semua pelajar, satu peringatan telah dikeluarkan oleh pihak Pejabat Bendahari terhadap senarai pelajar berhutang. Didapati seramai 203 orang pelajar aktif FIK masih mempunyai baki hutang yang belum dibayar.

3. Untuk makluman semua pelajar, Peraturan Akademik Prasiswazah UniSZA Sesi 2021/2022 telah menetapkan beberapa sekatan daripada meneruskan proses pembelajaran sekiranya pelajar tidak membuat bayaran yuran sepertimana berikut :

⚠️ Pelajar Tidak Dibenarkan untuk membuat pra-pendaftaran kursus sekiranya mempunyai yuran belum bayaran daripada semester sebelumnya.

⚠️ Pelajar Tidak Dibenarkan untuk mendapatkan slip menduduki peperiksaan sekiranya mempunyai yuran tertunggak/belum bayar daripada semester sebelumnya.

⚠️ Pelajar tidak dibenarkan mengakses keputusan peperiksaan sekiranya mempunyai yuran tertunggak/belum bayar daripada semester sebelumnya ; dan

⚠️ Pelajar tidak dibenarkan membuat pengesahan/add drop/ kursus sekiranya mempunyai yuran belum bayar/tertunggak daripada semua semester.

Oleh yang demikian, fakulti berharap semua pelajar mengambil cakna dengan perkara ini supaya tidak menjejaskan proses pembelajaran & pengajaran pada semester hadapan. Terima kasih.

‼️ Pelajar dikehendaki untuk menyemak portal masing-masing bagi melihat penyata yuran.

b.p. Ahli Pengurusan Fakulti
PENDAFTARAN KURSUS SEM 1 SESI 2022_2023.pdf
946 KB
PENDAFTARAN KURSUS SEM 1 SESI 2022_2023.pdf
☝🏻☝🏻☝🏻☝🏻
*Jadual Pendaftaran Kursus Semester I Sesi 2022/2023*- Diploma dan Sarjana Muda UniSZA


Mohon semua pelajar alert dgn tarikh2 ini ya...
PRAPENDAFTARAN KURSUS BAGI SEMESTER 1 SESI 2022/2023

Tarikh prapendaftaran kursus: 11/9/22 - 24/9/22

1. Semua pelajar *wajib* membuat prapendaftaran kursus.
2. *Simpan/ cetak* slip prapendaftaran kursus setelah selesai.
3. Bagi pelajar yang mempunyai yuran tertunggak, pelajar wajib menjelaskan yuran tersebut terlebih dahulu sebelum membuat prapendaftaran kursus.

Tkasih 🌹
Jemput Join Telegram Rasmi Fakulti.
MAKLUMBALAS BERKENAAN HEBAHAN TERBARU MPP UniSZA

Sehubungan hebahan MPP UniSZA berkenaan mod PdP pada minggu ke-6 dan ke-7 (_selepas cuti PRU dan sebelum cuti pertengahan semester_), pihak Pengurusan Fakulti Informatik & Komputeran memutuskan bahawa pelaksanaan PdP bagi Sem I 2022/23 adalah *kekal* mengikut apa yang telah dirancang di dalam DCI di mana semua kuliah/makmal/tutorial perlu dilaksanakan secara bersemuka. Sebarang perubahan pelaksanaan PdPu (sekiranya perlu atas sebab yang munasabah) perlu mendapat persetujuan pihak Pengurusan Fakulti terlebih dahulu.

Sehubungan itu, pelajar perlu pulang semula ke kampus setelah tamat cuti PRU15 bagi meneruskan PdP secara bersemuka bermula hari Selasa, 22 Nov 2022.

Yang menjalankan amanah,
PM Dr Mohd Khalid Awang,
Dekan FIK,
2:47, 11 Nov 2022.
HEBAHAN PENDAFTARAN MUET SESI 1 2023
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada semua pelajar ..mohon semak kursus dalam senarai pra-pendaftaran masing-masing dan pastikan pelajar daftar kursus sebagaimana penawaran dalam struktur pengajian masing-masing.. ini bagi mengelakkan daripada keciciran kursus yang tidak ber'pra-daftar'...

Bagi pelajar igot, pelajar boleh refer senarai kursus sem 4 (bagi pelajar sem 2) dan senarai kursus sem 6 (bagi pelajar sem 4)..

Harap Maklum 🌹🌹
‼️ PRA PENDAFTARAN KURSUS BAGI SEMESTER II SESI 2022/2023 ‼️

Tarikh prapendaftaran kursus: 1/1/23 - 14/1/23

1. Semua pelajar wajib membuat prapendaftaran kursus.
2. Simpan/ cetak slip prapendaftaran kursus setelah selesai.
3. Bagi pelajar yang mempunyai yuran tertunggak, pelajar wajib menjelaskan yuran tersebut terlebih dahulu sebelum membuat prapendaftaran kursus.

Tkasih 🌹
Forwarded from FIK UniSZA Rasmi
HARI INI - PILIHANRAYA KAMPUS: PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023

Assalamualaikum wbt. & selamat sejahtera.

Mahasiswa UniSZA yang berdaftar dan berstatus aktif sebagai pelajar dikehendaki menjalankan tanggungjawab turun mengundi memilih calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar yang akan berlangsung pada 19hb Januari 2023 bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang ini.
Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kpd seluruh Mahasiswa UniSZA.
🗣🗣 PEMAKLUMAN UNTUK SURAT AKUAN PELAJAR 🗣🗣

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar boleh mendapatkan surat akuan pelajar melalui portal pelajar yang telah digunapakai mulai 29 Julai 2021. Menu tersebut boleh dicapai melalui ketetapan berikut

Menu Surat Akuan Pelajar
Portal Pelajar > Profail>Surat Akuan Pelaja

Sekian untuk perhatian dan kerjasama semua pelajar. Terima kasih.
TATACARA_PENGESAHAN_PENDAFTARAN_KURSUS_PELAJAR_YANG_MENDAPAT_PNGK.pdf
931.6 KB
TATACARA PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR YANG MENDAPAT PNGK.pdf
TATACARA_PENGESAHAN_PENASIHAT_AKADEMIK_BAGI_PELAJAR_YANG_MENDAPAT.pdf
468.2 KB
TATACARA PENGESAHAN PENASIHAT AKADEMIK BAGI PELAJAR YANG MENDAPAT.pdf
Assalamualaikum

PERHATIAN BUAT SEMUA PELAJAR

Jika terdapat pelajar yang mendapat *PNGK 2.5 ke bawah*, mereka perlu mendapat rundingan terlebih dahulu daripada mentor,,dan mentor perlu memasukkan hasil rundingan tersebut ke dalam sistem bagi membolehkan pelajar membuat urusan pendaftaran, penambahan dan pengguguran kursus. Dilampirkan sekali lagi tatacara pengesahan tersebut. Mohon agar semua pelajar dapat menghubungi mentor masing masing bagi urusan ini.

Sekian, untuk makluman semua pelajar.
Photo from Ummi Khaleel
Photo from Ummi Khaleel
Pihak unit akademik fakulti menerima banyak aduan mengenai kes di atas. mohon semua pelajar mengambil perhatian langkah yang dinyatakan di atas.

1) register dulu mentor bagi sesi ini iaitu sem II 2022/2023❗️
2) maklum kepada mentor untuk key in konsultansi❗️
3) stdnt kena view comment baru stdnt boleh verify kursus❗️

Smg ini dapat membantu pelajar dengan urusan tersebut.