Ijazah FIK Sesi 2021/2022
123 subscribers
15 photos
17 files
24 links
Channel Bagi Semua Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kemasukan Sesi 2021/2022
Download Telegram
Forwarded from FIK UniSZA Rasmi
HEBAHAN PRADAFTAR KURSUS SEM II 2021-2022 SM & DIPLOMA-2.pdf
505 KB
HEBAHAN PRADAFTAR KURSUS SEM II 2021-2022 SM & DIPLOMA-2.pdf
Forwarded from FIK UniSZA Rasmi
HEBAHAN PRA PENDAFTARAN KURSUS BAGI SEMESTER II SESI 2021/2022

Bersama - sama ini disertakan hebahan pra pendaftaran kursus bagi Semester II Sesi 2021/2022 adalah bermula 9 hingga 22 Januari 2022 (2 minggu) untuk perhatian dan tindakan para pelajar sekalian.

Dimohon kecaknaan semua pelajar FIK berhubung perkara ini.

Terima kasih. 🌸
SURAT PELAKSANAAN IPPN UA.pdf
239 KB
SURAT PELAKSANAAN IPPN UA.pdf
Photo from Ummi Khaleel
Assalamualaikum,,
⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️
Mohon semua pelajar IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER 1 adalah DIWAJIBKAN untuk menjawab soal selidik di dalam sistem ini .

Terima kasih.
140122 FIK_BELUM JAWAB IPPN.pdf
486.7 KB
140122 FIK_BELUM JAWAB IPPN.pdf
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Berikut adalah senarai nama Pelajar TAHUN 1 IJAZAH SARJANAMUDA di FIK yang masih BELUM MENJAWAB IPPN dan menghantar SIJIL sebagai bukti penjawaban IPPN kepada pihak kami.
Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas. Semoga semua pelajar TAHUN 1 IJAZAH SARJANAMUDA mengambil CAKNA dan TINDAKAN SEGERA akan pengisian IPPN seperti yang dilampirkan sebelum ini. Mohon maklum kepada semua pelajar.
Sekian, wassalam.
Sebarang hebahan berkenaan Kembali ke kampus bagi Semester 2 Sesi 2021/2022
Boleh rujuk telegram rasmi fakulti di :

https://t.me/FIK_UniSZA_Rasmi

Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

HEBAHAN PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER II SESI 2021/2022

Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) akan membuka kembali permohonan Pemindahan Kredit kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester 2 (Tahun 1). Oleh yang demikian, pelajar-pelajar yang berkelayakan sepertimana digital poster yang diedarkan bersama ini, boleh memohon di link yang disertakan di bawah :

Link Dokumen Transfer Credit 2.0 sem 2 21/22: (Boleh rujuk semua keperluan dokumen di link ini)

https://drive.google.com/drive/folders/1rqnPByd4ALmvCXlfgauZTMjeGjyJHmAR?usp=sharing

Submit Borang pada : FOLDER SUBMISSION (tulis nama & no.matrik pelajar pada folder)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 MAC 2022

Untuk maklumat lanjut, pelajar-pelajar boleh berhubung terus dengan Ketua Pusat Pengajian (KPP) masing-masing.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum..
‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️
TAMBAH/GUGUR DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II SESI 2021/2022

1. Adalah dimaklumkan tarikh akhir proses TAMBAH/GUGUR DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II SESI 2021/2022 akan berakhir pada 31 Mac 2022.

2.Semakan oleh pihak kami mendapati masih ramai pelajar yang belum membuat pendaftaran kursus / pengesahan kursus.

3. Justeru, mohon pihak fakulti untuk memberi ingatan kepada pelajar untuk membuat proses pendaftaran kursus / pengesahan kursus dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

Seksyen Penjadualan, Rekod dan Pendaftaran Kursus
PUSAT PENGURUSAN KECEMERLANGAN & INOVASI AKADEMIK
Assalamualaikum Wm. Wbt.

*MAKLUMAN TARIKH AKHIR PERMOHONAN PENANGGUHAN YURAN PENGAJIAN BAGI SEMESTER II SESI 2021/2022*

Tarikh akhir bagi kesemua pelajar untuk membuat permohonan penangguhan yuran pengajian bagi Semester II 2021/2022 adalah pada *28 April 2022*. Sehubungan itu, pelajar yang ingin membuat permohonan penangguhan yuran bagi semester ini perlu berbuat demikian sebelum atau selewat-lewatnya pada *28 April 2022 pada jam 4.00 petang* melalui emel Puan Latifah Ilyana (Penolong Pendaftar) di latifahilyana@unisza.edu.my dengan melampirkan butiran seperti berikut :

⚙️ Surat permohonan yuran kepada bendahari melalui Dekan FIK (nyatakan justifikasi permohonan dibuat)
⚙️ Dokumen sokongan (slip gaji penjaga etc.)

Pohon class rep memaklumkan perkara ini pada semua ahli kelas masing-masing. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Pn. Latifah Ilyana di talian whatsapp : +60 11-7306 0450
SMSKKI_Belum Selesai Pendaftaran dan Pengesahan Kursus.pdf
564.1 KB
SMSKKI_Belum Selesai Pendaftaran dan Pengesahan Kursus.pdf
👆👆👆👆👆👆👆

Berikut adalah senarai nama pelajar *SMSKKI* yang masih tidak membuat pendaftaran dan pengesahan kursus sehingga 28/3/22. Mohon tindakan *SEGERA* pelajar yg terlibat bagi mengelakkan bayaran denda. Tk.
SENARAI_PELAJAR_BERJAYA_KELULUSAN_PEMINDAHAN_KREDIT_BAGI_KURSUS.pdf
916.5 KB
SENARAI PELAJAR BERJAYA KELULUSAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI KURSUS FAKULTI, PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA BAGI SEMESTER II SESI 2021:2022.pdf
Assalamualaikum,

Saudara/i,

HEBAHAN KELULUSAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI KURSUS FAKULTI,PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER II SESI 2021/2022

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan akademik Fakulti Informatik dan Komputeran telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pemindahan kredit oleh sejumlah pelajar Ijazah Sarjana Muda sesi 2021/2022 sepertimana di lampiran.

3. Bersama-sama ini dilampirkan senarai pelajar yang berjaya membuat pemindahan kredit untuk rujukan dan perhatian pelajar.

Sekian,terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Ilmu dan Akhlak"
Forwarded from FIK UniSZA Rasmi
‼️‼️‼️PERINGATAN : PRAPENDAFTARAN KURSUS BAGI SEMESTER PENDEK DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SESI 2022/2023‼️‼️‼️‼️

1. Adalah dimaklumkan prapendaftaran semester pendek sesi 2022/2023 bagi yang terlibat telah dibuka:

📕 05 hingga 18 Jun 2022

2. Semua pelajar yang terlibat diwajibkan membuat prapendaftaran kursus.

3. sekiranya pelajar masih terdapat yuran tertunggak @ yuran berbaki bagi semester I sesi 21/22 - pelajar wajib menyelesaikan yuran tersebut sebelum membuat pradaftar.

4. sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kursus yang ditawar @ kursus yang akan diambil, dipohon pelajar merujuk dengan KPP masing².

5. Jika terdapat sebarang masalah dengan sistem pendaftaran ,dipohon untuk merujuk dengan Seksyen Penjadualan, Rekod dan Pendaftaran Kursus.

6. Slip prapendaftaran wajib di cetak atau dimuat turun untuk simpanan sebagai bukti jika berlaku sebarang masalah yang tidak diigini.

SEKSYEN PENJADUALAN,REKOD DAN PENDAFTARAN KURSUS, CoMAE-I
JEMPUTAN MENGHADIRI _ACADEMIC TALK_ BERSAMA PROFESOR PELAWAT, FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

2. Adalah dimaklumkan bahawa FIK akan mengadakan syarahan akademik bersama Profesor Pelawat, Prof. Dr. Imas Sukaesih Sitanggang pada butiran berikut :

PELAJAR TAHUN AKHIR
📣 22 Jun 2022/Rabu
🕝 2.30 ptg

🖥️ Link: https://tinyurl.com/ProgramProfesorPelawatFIKDay1
✍🏻 Tajuk : " IR4.0 : PELUANG DAN CABARAN "

3. Sehubungan itu, semua pelajar tahun akhir di FIK adalah dijemput hadir ke program tersebut. Sekian, untuk perhatian dan makluman pelajar terlibat.

Terima kasih.
‼️‼️[MAKLUMAN PENTING]‼️‼️

SENARAI PELAJAR PRASISWAZAH FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK) BERHUTANG SEHINGGA 30 JUN 2022

2. Untuk makluman semua pelajar, satu peringatan telah dikeluarkan oleh pihak Pejabat Bendahari terhadap senarai pelajar berhutang. Didapati seramai 203 orang pelajar aktif FIK masih mempunyai baki hutang yang belum dibayar.

3. Untuk makluman semua pelajar, Peraturan Akademik Prasiswazah UniSZA Sesi 2021/2022 telah menetapkan beberapa sekatan daripada meneruskan proses pembelajaran sekiranya pelajar tidak membuat bayaran yuran sepertimana berikut :

⚠️ Pelajar Tidak Dibenarkan untuk membuat pra-pendaftaran kursus sekiranya mempunyai yuran belum bayaran daripada semester sebelumnya.

⚠️ Pelajar Tidak Dibenarkan untuk mendapatkan slip menduduki peperiksaan sekiranya mempunyai yuran tertunggak/belum bayar daripada semester sebelumnya.

⚠️ Pelajar tidak dibenarkan mengakses keputusan peperiksaan sekiranya mempunyai yuran tertunggak/belum bayar daripada semester sebelumnya ; dan

⚠️ Pelajar tidak dibenarkan membuat pengesahan/add drop/ kursus sekiranya mempunyai yuran belum bayar/tertunggak daripada semua semester.

Oleh yang demikian, fakulti berharap semua pelajar mengambil cakna dengan perkara ini supaya tidak menjejaskan proses pembelajaran & pengajaran pada semester hadapan. Terima kasih.

‼️ Pelajar dikehendaki untuk menyemak portal masing-masing bagi melihat penyata yuran.

b.p. Ahli Pengurusan Fakulti
PENDAFTARAN KURSUS SEM 1 SESI 2022_2023.pdf
946 KB
PENDAFTARAN KURSUS SEM 1 SESI 2022_2023.pdf
☝🏻☝🏻☝🏻☝🏻
*Jadual Pendaftaran Kursus Semester I Sesi 2022/2023*- Diploma dan Sarjana Muda UniSZA


Mohon semua pelajar alert dgn tarikh2 ini ya...
PRAPENDAFTARAN KURSUS BAGI SEMESTER 1 SESI 2022/2023

Tarikh prapendaftaran kursus: 11/9/22 - 24/9/22

1. Semua pelajar *wajib* membuat prapendaftaran kursus.
2. *Simpan/ cetak* slip prapendaftaran kursus setelah selesai.
3. Bagi pelajar yang mempunyai yuran tertunggak, pelajar wajib menjelaskan yuran tersebut terlebih dahulu sebelum membuat prapendaftaran kursus.

Tkasih 🌹