Jemput tonton secara langsung Seminar Membangunkan Malaysia Madani: Peranan Sektor Pendidikan di https://www.youtube.com/live/iLLF6gXdSL0?feature=share
Seronok dan bahagianya saya melihat semangat dan keletah anak-anak di hari pertama persekolahan.
Tahniah kepada para guru yang telah berjaya mencipta suasana mesra dan harmonis pada hari pertama persekolahan sesi akademik 2022/2024 yang bermula hari ini.
Ini selaras dengan pengumuman KPM bahawa tiada kelas akademik berjalan untuk minggu pertama sesi persekolahan.
Buat SK Felda Sungai Koyan dan juga SMK RPS Betau, Kuala Lipis yang saya kunjungi bersama Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, "Selamat kembali ke sekolah anak-anak!"

Selesai menggulung perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan Malaysia di Dewan Negara sebentar tadi.
Terima kasih kepada 19 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan serta memberikan pandangan, saranan dan teguran dalam pelbagai konteks berkaitan kementerian ini.

Meraikan komuniti pendidikan di Negeri Sembilan pada program Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Sembilan dan Majlis Berbuka Puasa bersama Bank Islam Malaysia Berhad.
Jerayawara sulung yang bertujuan untuk mendekatkan hubungan pemimpin tertinggi dengan warga pendidikan termasuk guru dan murid ini akan diteruskan dari negeri ke negeri lain.
Pada jerayawara ini juga, saya berkesempatan untuk menyaksikan pertukaran perjanjian sefahaman (MoU) antara Bank Islam dan Yayasan Didik Negara (YDN) bagi merancakkan aktiviti pendidikan negara.

Meraikan dan bersua muka dengan warga pendidikan Perlis dalam majlis iftar di Institut Perguruan Perlis (IPG), Kangar.
IPG menggalas tanggungjawab besar, bukan sahaja dalam memandu ekosistem pendidikan malah dalam masa sama, mencorak generasi pewaris negara.
Saya yakin peranan IPG akan terus kekal relevan dalam membentuk dan melahirkan bakal guru yang berkualiti serta berintegriti tinggi.

Alhamdullilah, berkesempatan meluangkan masa untuk bersahur bersama warga SMK Abi di Kangar, Perlis.
Turut bersama saya ialah YB Cikgu Zakri Hassan (Ahli Parlimen Kangar), YB Fakhrul Anwar (ADUN Bintong) dan Dato' Pkharuddin Ghazali (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia).
Saya turut mengambil peluang melihat fasiliti dan sekitar sekolah yang menempatkan 700 orang murid ini.