Exam PTD Tips
9 subscribers
7 photos
5 links
Group info dan tips exams ptd m41
Download Telegram
to view and join the conversation
Sarawak
- Lembaga Pelabuhan Miri
- Lembaga Air Kuching
- Lembaga Air Sibu
- Lembaga Lada Malaysia
- Lembaga Pelabuhan Bintulu
- Lembaga Pelabuhan Kuching
- Lembaga Pelabuhan Rajang
- Lembaga Pembangunan Dan Lindungan Tanah Sarawak (PELITA)
- Lembaga Penyatuan & Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA)
- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)
- Perbadanan Pembangunan Perumahan & Bandar Sarawak
- Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak (PUSAKA)
- Perbadanan Stadium Negeri Sarawak
- Perbadanan Urusan Kejuruteraan & Limbungan Brooke
- Suruhanjaya Perumahan & Pembangunan Sarawak (Perbadanan Pembangunan Perumahan)
- Universiti Malaysia Sarawak
- Yayasan Sarawak

Selangor
- Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA)
- Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- Lembaga Lebuhraya Malaysia
- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
- Lembaga Muzium Negeri Selangor
- Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA)
- Lembaga Pelabuhan Klang
- Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
- Majlis Peperiksaan Malaysia
- Maktab Kerjasama Malaysia
- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
- Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor
- Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
- Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Teknologi Mara (UITM)

Terengganu
- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- Lembaga Muzium Negeri Terengganu
- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
- Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu
- Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
- Universiti Darul Iman Malaysia (UdiM)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Yayasan Islam Terengganu
- Yayasan Terengganu
.
📝 Nota 16:
Program 1Azam

1⃣AZAM Kerja

Bidang kerja yang menumpukan kepada beberapa jenis pekerjaan yang tidak memerlukan pendidikan dan kemahiran tinggi

Peneraju: Kementerian Sumber Manusia (MOHR)

pembantu rumah
pekerja stesen minyak
pengawal keselamatan
pembantu kedai/ pasaraya


2⃣AZAM Khidmat

Projek untuk golongan berpendapatan rendah menjadi pekerja atau usahawan.

Peserta juga diberi pilihan untuk terlibat sebagai pekerja sambilan atau sepenuh masa

Peneraju: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

kantin bergerak
perkhidmatan cucian kereta bergerak
memotong rumput
pusat penjagaan harian kanak-kanak dan orang tua


3⃣AZAM Niaga
Peluang perniagaan secara kecil-kecilan.

Menggalakkan penglibatan keusahawanan di kalangan golongan berpendapatan rendah

Peneraju: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

perniagaan pasar malam,
penjual ais krim,
peniaga gerai


4⃣AZAM Tani
Projek ini melibatkan projek-projek pertanian yang mendapat pulangan dalam jangka masa pendek

Peneraju: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA)

Tanaman jangka pendek seperti cili merah, sawi, kangkung, jagung,
Projek akuakultur seperti ternakan ikan, penetasan dan penjagaan benih ikan keli/ kelah/siakap/ kerapu dll.
Projek ternakan jangka pendek seperti projek pengemukan lembu
📝 Nota 17:
Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII)

📍Ditakrifkan sebagai aset (sebenar dan maya), sistem dan fungsi yang amat penting kepada negara yang ketidakupayaan atau kemusnahan sistem dan fungsi tersebut akan mempunyai kesan yang amat buruk kepada:

1⃣ kekuatan ekonomi negara;
Keyakinan bahawa kawasan pertumbuhan utama negara berjaya boleh bersaing di pasaran global di samping mengekalkan standard

2⃣ imej negara;
Unjuran imej negara ke arah meningkatkan kedudukan dan pengaruh global

3⃣ pertahanan dan keamanan negara;
menjamin kedaulatan dan kemerdekaan yang sama mengekalkan keselamatan dalam negeri

4⃣ keupayaan kerajaan untuk berfungsi;
mengekalkan usaha untuk melaksanakan dan menyampaikan perkhidmatan awam yang penting

5⃣ kesihatan dan keselamatan awam;
menyampaikan dan menguruskan penjagaan kesihatan yang optimum kepada rakyat


📍 Sektor-sektor CNII adalah:

Pertahanan & Keselamatan Negara
Perbankan & Kewangan
Maklumat & Komunikasi
tenaga
pengangkutan
air
Perkhidmatan kesihatan
Kerajaan
Perkhidmatan kecemasan
Makanan & Pertanian

..
📝 Nota 18:
Bahasa Kebangsaan

📍 Perkara 152, Perlembagaan Malaysia
memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.

📍 Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

📍 Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.
..
📝 Nota 19:
Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.


📍Lafaz Rukun Negara
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

...
📝 Nota 20:
Akta Berkaitan Media Sosial

1⃣ Akta Tandatangan Digital 1997
akta ini bertujuan untuk mengawal penggunaan tandatangan digital,
menjamin keselamatan bagi hal-hal yang berkaitan perdagangan elektronik dan mengesahkan penggunaan tandatangan digital melaui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pensijilan.

Antara produk atau rangkaiaan yang mendapat perlindungan akta ini ialah e-mail, laman web, pelayan perkhidmatan dalam talian dengan menggunakan teknologi enkripsi Secure sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET).


2⃣ Akta Jenayah Komputer 1997
akta ini mengandungi peruntukkan berkaitan dengan kesalahan penyalahgunaan komputer bertujuan untuk melakukan jenayah.
Di dalam akta ini dinyatakan bahawa akses secara tidak sah atau mengubah apa-apa program atau data yang terdapat di dalam sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman.

Akta ini juga berkesan kepada apa-apa jenayah yang dilakukan di luar Malaysia walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh seseorang atau dari sesuatu tempat di luar Malaysia selagi mana komputer, program atau data tersebut adalah berada di Malaysia atau boleh dicapai, dihubungkan atau digunakan dengan komputer di Malaysia.


3⃣ Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
akta ini mengawal aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan seperti penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut.

Selain itu, akta ini turut mengawalselia aktiviti yang mengandungi unsur-unsur lucah, sumbang, palsu mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera orang lain.

Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam akta ini yang membenarkan penapisan Internet.


4⃣ Akta Hakcipta (Pindaan) 1997
akta ini dikuatkuasakan bertujuan untuk melindungi pencipta dan penerbit sesuatu karya.

Orang yang berkarya mempunyai hak-hak ekslusif yang tertentu iaitu karya tersebut tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh disampaikan kepada orang awam, tidak boleh digunakan oleh orang awam, tidak boleh diedarkan dalam salinan dan tidak boleh disewa secara komersial.

Antara karya yang mendapat perlindungan akta ini ialah karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi dan penyiaran.

Secara umumnya, hak cipta bagi karya-karya seperti sastera, muzik atau seni wujud sepanjang hayat sehingga 50 tahun selepas kematian pengkarya tersebut.

Manakala bagi karya-karya lain pula, jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-mula diterbitkan.


5⃣ AKTA FITNAH 1957
mengawal segala informasi atau penulisan dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur fitnah.


6⃣ AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
berfungsi dalam memastikan data peribadi mereka tidak disalah guna oleh pihak berkepentingan.
📝 Nota 21:
EKUITI NASIONAL BERHAD (EKUINAS)

📍 Ekuinas ditubuhkan pada 1 September 2009.

Ekuinas merupakan sebuah syarikat berkaitan Kerajaan yang mengendalikan pengurusan dana ekuiti persendirian dengan matlamat untuk membantu Bumiputera memiliki saham terpilih serta menyelamatkan ekuiti Bumiputera jatuh ke tangan orang lain selain menggalakkan pegangan ekuiti dan penglibatan Bumiputera di dalam sektor ekonomi berdaya saing tinggi melalui penubuhan syarikat-syarikat peneraju gergasi baru di Malaysia.

Bagi menubuhkan Ekuinas, Kerajaan Malaysia telah menyediakan dana permulaan dalam bentuk geran dalam sebuah tabung amanah dikenali sebagai Yayasan Ekuiti Nasional.

📍 Pemegang-pemegang amanah Yayasan Ekuiti Nasional termasuklah:

YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri, Menteri Kewangan
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran
YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
YB Dato'Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri


📍 Nila-nilai Ekuinas
1) Didorong secara komersial
2) Prestasi tinggi
3) Berpegang pada merit
4) Bersemangat
5) Fokus
6) Rendah diri


Ekuinas mempunyai kepentingan dalam enam sektor teras:
1⃣ Makanan runcit dan minuman,
2⃣ barangan pengguna,
3⃣ oil & Gas,
4⃣ perkhidmatan,
5⃣ pendidikan
6⃣ penjagaan kesihatan

Antara syarikat-syarikat dan institusi yang dana Ekuinas mempunyai pegangan saham utama adalah:
Alliance Cosmetics Group,
ILMU Education Group,
Icon Offshore Berhad,
Orkim Sdn Bhd, dan
francais Malaysia dengan Pasar Ikan Manhattan dan
Tony Roma
..
📝 Nota 22:
Keselamatan Maklumat

📍 merupakan kajian aspek privasi maklumat peribadi dan teknikal. Persoalan utama dalam kajian ini ialah, bagaimana cara untuk mengurangkan risiko dan bencana yang diakibatkan oleh keselamatan maklumat yang gagal dikawal.

📍Ciri-ciri Keselamatan Maklumat:

1⃣ Kerahsiaan
Maklumat tidak boleh desebarkan sewenang-wenangnya

2⃣ Intergriti
Data maklumat Tepat, Lengkap dan Kemas Kini. Ianya boleh diubah dengan cara yang dibenarkan.

3⃣ Tidak Boleh Disangkal
Punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah dan tidak boleh disangkal.

4⃣ Kesahihan
Data dan Maklumat hendaklah dijamin kesahihannya.

5⃣ Kebolehsediaan
Data dan Maklumat hendaklah boleh dicapai pada bila-bila masa.


📍 4 Komponen asas keselamatan maklumat
Melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah.

Menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna.

Mempastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pengguna.

Mempastikan akses kepada hanya pengguna-pengguna yang sah atau penerimaan maklumat dari sumber yang sah
📝 Nota 23:
Akta Persaingan 2010

📍 Telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Mei 2010 dan diwartakan pada Jun 2010.

📍 Penggubalan Akta ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan meningkatkan dan melindungi proses persaingan di pasaran.

📍 Akta ini di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.

📍 Boleh dipakai kepada semua aktiviti komersial di dalam dan di luar negara yang mempunyai kesan kepada persaingan di pasaran Malaysia.

📍 Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa kegiatan komersial yang dikawal selia di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Tenaga.

📍 Menurut Rancangan Malaysia yang ke-10, persaingan yang sihat diperlukan untuk mewujudkan suasana ekonomi yang lebih cekap dan dinamik.

📍 Akta Persaingan 2010 ini menggalakkan persekitaran kompetitif yang sihat dan memberikan pelabur asing lebih keyakinan untuk melabur di Malaysia.

📍 Peniaga yang melabur ke dalam negara Malaysia tanpa halangan ini akan membolehkan negara menikmati pertumbuhan ekonomi.

📍 Pengguna juga mendapat barangan dengan harga yang lebih rendah dengan pilihan yang banyak.

📍 Persekitaran kompetitif ini menggalakkan pembangunan produk yang baru dengan kualiti yang tinggi.

📍 Tanpa persaingan yang sihat, peniaga tidak akan menitikberatkan kebajikan pengguna.
..
Share dengan rakan link ke channel ni ya @examptdtips
Assalamualaikum.. Ada yg ambil exam 16 Mei 2019 nanti?
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
——-
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Tarikh Peperiksaan : 16 Mei 2019 (Khamis)
Masa : 10:00 pagi hingga 12:25 tengah hari

Sila layari laman web :
-----------------------
http://e-semakan.spa.gov.my/ptd/
Makluman
========

Tempahan panduan bakal mencukupi kuota dan ditutup dalam masa terdekat.

Jadi calon yang masih menunggu-nunggu dinasihatkan untuk melakukan tempahan segera sebelum laman jualan ditutup

Harga rujukan ini bermula dari RM40 sahaja.

1- Penerangan format terkini 2019
2- Nota rujukan pantas pengetahuan AM
3- Formula penting Matematik
4- 50 Contoh soalan & jawapan seksyen A
5- 40 Contoh soalan & jalan pengiraan seksyen B
6- 30 Contoh soalan & jawapan seksyen C

Terus dapatkan pakej di atas di

http://www.kerjakosongkerajaan.info/PTD