ERMAN TAIB
4.02K subscribers
1.13K photos
124 videos
53 files
751 links
Terima kasih, bersama saya dalam berkongsi tips dan proses berkaitan kewangan dan hartanah.
Download Telegram
Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada sahabat saya Tuan Firdaus Md Fadil kerana sudi berjumpa saya hari ini. Beliau merupakan seorang Chartered Accountant, Tax Consultant dan masa yang sama biasa buat cukai untuk perunding hartanah.

Satu pertemuan bagi membincangkan satu program khas yang tertumpu kepada 3 modul utama seorang perunding hartanah kena mahir iaitu:

1. Listing Management
2. REN Account Management
3. Tax Planning and Compliance

Saya lihat dan sepanjang pengalaman saya dalam industri, ramai perunding hartanah tidak dapat mengawal bisnesnya sebagai seorang REN dengan baik kerana kelemahan pengurusan 3 perkara ini. Oleh kerana itu,

1. Listing sering terlepas pandang.
2. Lost track income dan expenses dalam bisnes.
3. Paling ngeri ialah, bila dapat surat

"Urusan Seri Paduka Baginda" menyeru untuk urusan cukai dan kena denda.

Kesannya bisnes tidak dapat bertahan lama dan sering "lost orientation".... Jika 3 perkara ini diuruskan dengan baik, urusan kewangan bisnes, pelaburan, urusan zakat dan cukai, semua boleh dikawal dengan kemas.

Saya plan nak buat secara besar2an supaya ramai boleh belajar 3 ilmu ini dalam masa sehari. Tapi belum berkesempatan nak dapatkan dewan yang sesuai. Kerana kalau boleh saya plan nak buat secara PERCUMA sahaja.... supaya ramai boleh belajar.

Anda ada dewan yang boleh muat 300 - 400 orang dalam 1 masa dan sudi nak taja (jadikan jariah pahala anda) hubungi saya segera.

Minggu ini saya buat secara kecil2an untuk Family Homefield saya dulu.

Ada rezeki dan sesiapa yang sudi kerjasama dengan saya untuk anjurkan kursus ni, insyaaAllah sama2 kita jayakan.
3 PERKARA PERLU ADA SEBAGAI PERUNDING HARTANAH
.
MIND SET
SKILL SET
TOOL SET
.
Gais! Saya tengah prepare video panduan 8 rahsia menjadi ejen hartanah berjaya ni. U gais semua eksaited tak?
.
Saya tak sabar nak launch. Semoga semua dapat manfaat daripada ilmu ini.
Saya share sikit intro video panduan yang bakal dilancarkan nantj
Anonymous Poll
48%
Pergh! Eksaited
23%
Bila nak launch sir?
30%
Saya ready ni!
Memahami keadaan semasa yang ramai ingin belajar secara lengkap dan padu, maka bermulalah "journey" cara perkongsian kami secara podcast..

Setiap isu dan tajuk akan dibincangkan secara lengkap dan komprehensif.. undangan dari pakar industri bagi menjawab dan membincangkan segala persoalan.

Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Ziadi Zaidon dan Mohd Zakwan Adenan dari Tetuan Asiah & Hisam diatas kesudian merasmikan sesi Podcast pertama bersama saya.

Tajuk yang kami bincangkan juga sangat "hot" berkaitan hartanah;

Tajuk 1 : Penyewa seram, apa hak anda sebagai tuan rumah dan proses sah undang2 nak keluarkannya

Tajuk 2 : Lot Lidi, isu dan cabaran. Mencari penyelesaian dan hak kepada yang dah terjebak.

Nantikan video podcast perkongsian lengkapnya di youtube Erman Taib.

Mohon doa dan sokongan rakan2 semua untuk saya dan team sentiasa bersemangat menyediakan content2 yang ilmiah dan terbaik manfaat untuk masyarakat.

Anda ada tajuk best nak berbual dan bincang dengan saya secara podcast??? Jom.

Ada tajuk best sesuai dengan semasa yang nak saya podcastkan? Mohon komen.
Assalamualaikum wbt....

Gais, nak tanya, macam biasa jadual kita setiap Khamis malam Jumaat jam 9 malam kita adakan sesi

"TANYA SIR, ANDA TANYA SIR JAWAB"

Memandangkan esok cuti, sesuai untuk kita proceed sesi macam biasa?

Mohon pandangan semua.....

Ikhlas,
Sir
RAHSIA 1 : STRATEGI PERSONAL BRANDING SEBAGAI REN
.
Dalam strategi ini saya akan share fundamental 3 cara untuk buat personal branding.
.
#MasterRen #ErmanTaib
Peluang anak muda dengan hartanah ni terlampau luas sebenarnya. Cuma mungkin ramai anak muda rasakan yang hartanah ni hanya sesuai orang yang ada diploma or degree estate management atau mereka yang berusia dan have2 sahaja.

Baik dari sudut kerjaya mahupun pelaburan.. keduanya boleh start pada seawal usia 20 tahun..

Berada dalam "circle yang betul" akan banyak membantu untuk berjaya dengan baik. Rasa kerdil usia muda tidak akan timbul bila berada sekeliling orang yang sentiasa kongsikan nasihat dan menonton sendiri aksi mereka dalam pasaran.

Dengarkan kisah anak muda hensem ini bernama Syauqi Atar dalam sesi podcast terbaru saya bersama dia yang fokus kupasannya pada potensi anak muda dengan hartanah dan result yang dia berjaya bina setakat ini..

Kalau dilihat, nampak dalam gambar ni macam 2 anak muda tengah berbincangkan??? Heheh 😁

Boleh tonton video penuh perbincangan podcast saya dengan Syauqi Atar di:

https://youtube.com/@ermantaib?si=UHrp_T_WD0SE-2kb

Macam biasa, jangan lupa like, subscribe dan tekan button loceng.

Akan ada lebih banyak perbincangan yang hangat dan padu akan dibawakan sentiasa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
LETIH GAIS HOUSE TOUR TADI!
.
Nantikan video di Youtube ya
Dalam dunia content dan sosial media, somehow kita tak tahu dan dapat measure dengan tepat siapa yang dapat manfaat dari usaha kita tu.

Semenjak saya dan team memulakan usaha dengan pesat buat content dari tahun 2019 lagi, fokus utama saya 1 je,

Pastikan pengisian contentnya mantap, audio nya padu dan sedap didengar dan sebolehnya berada di seberapa banyak platform sosial media.

Masa tu tak terlintas langsung nak glamer ke, influencer ke, ramai followers ke, hanya berbekalkan "passion" kesungguhan saya yang suka mengajar walau secebis ilmu dan pengalaman.

Alhamdulillah.... ramai dapat kebaikan dan manfaat darinya. Malah ramai mereka yang saya tak kenal pun.

Saya dan team baru sahaja mulakan aktiviti sharing content secara podcast. 2 video dah diudarakan. Masih ada beberapa sesi yang dalam proses editing dan hensemkan productionnya supaya semua dapat mendengar dan belajar dengan baik.

Dia bila dapat komen dan penulisan seperti ini kan gais, dia punya rasa gembira, syahdu, hiba dan terharu tu rasa nak senyum keriangan sepanjang hari.. 😁

Nak meleleh air mata pun ada 🥹

Tersentuh jiwa dan perasaan bila orang bagitau dapat manfaat pembelajaran dari usaha kita tu.
Siap boleh menjadi teman driving lagi. Heheh...

Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Mohd Akmal Vahidi diatas penulisan dan komen ikhlas.

Mohon semua doakan saya dan team sentiasa berada dalam kesihatan yang terbaik dan excited hasilkan lebih banyak content yang padu untuk lebih ramai insan manfaatkan.

Main2 gais....layan pdocast saya boleh tak perasan dah drive sejauh 1500 km.. ni kalau balik Kelantan, 4 kali pergi balik boleh ni.

Jadi, lepas ni jadikan podcast saya penganti muzik2 mengiburkan perjalanan. Cewah..... 🫣

Boleh follow video podcast saya di,

Youtube : Erman Taib

Saya ada juga buat 2 video podcast yang agak padu dengan financial faiz. Boleh search youtube nya.

Tajuk, panduan pembeli rumah pertama