Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Orang sabar akan menang akhirnya.
Bijak pada strategi bukan pada peperangan fizikal dan emosi.

Terima sahaja ter'kalah' sebab tak beritahu awal-awal kepada anak akan syarat atau batasan yang kita nak tetapkan buat mereka.

Jadi, pada momen seterusnya, kita siap sedia dengan perisai: beritahu peraturan/batasan kita mahu perkenalkan kepada anak.
.

Contoh,
Beritahu tutup skrin pada pukul 7 malam.
Mandi dulu baru tengok tv.
Kerja sekolah siap kita ke taman permainan.
Hadiah tertentu bila capai tertentu.
Phone ibu 10 minit aja, alarm bunyi pulangkan semula, dan request lagi baru dapat lagi.

Ini bagi menyediakan minda anak untuk apa tidak boleh dan apa boleh.
.

Jika tidak, bersedialah, drama ketegangan akan berlaku, kerana anak tidak tahu setakat mana dia boleh langkaui kita, atau anak sengaja test batasan kita, atau anak sedang beremosi besar serta tidak mampu mendengar apa-apa penjelasan mengenai batasan (yang baru nak disebutkan) lagi.....

Maznah Ibrahim,
T.mazn.me/chan
.
[Webinar Percuma]

Jika anda free sekarang, boleh jemput sertai webinar ini ye.

https://meet.google.com/tgo-umqy-baa
Transgenerational Trauma. Bilakah mahu mula ubah? Sekarang.

Betapa kita berusaha untuk 'break the cycle', pada ketika ini, kerana kita sendiri akan nampak kesan anak dimarahi teruk kerana emosi ibu bapa sendiri (tanpa penerangan jelas dan logik), kepada 'circle' anak itu sendiri;
- dia kepada adiknya
- dia kepada rakannya
- dia kepada ibu bapa pula

Belajar bersabar dan lebih berhemah dalam menyantuni anak walau dia masih bayi.

Sebagai individu dewasa, kita sendiri boleh refleksi sendiri kelayakan kita menguruskan emosi dengan menghambur kepada anak kecil jauh bawah usia adalah tidak sesuai sama sekali.

Urus emosi sendiri dengan sebaiknya.

Tarik nafas,
Hembus,
Syukur kerana boleh 'pause' dan tak teruskan yang tidak baik kepada anak.


Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Peringatan untuk diri kita sendiri, iaitu berusaha menjadi dan berkata seperti apa kita mahu anak berkata dan jadi.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Mesej saya untuk semua ibu ayah yang rasa sentiasa ada cabaran dan diuji dalam perjalanan keibubapaan kita.
Saya mendoakan kita semua tetap kekal tabah dan dimudahkan semua urusan.
Kekal berpegang eguh kepada tali yang kukuh bersama prinsip yang baik.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
.
Ibu Bapa, Sampai Bila Nak Terus Rasa Bersalah?

Anda cuba jadi ibu bapa terbaik, tapi dalam diam...

Rasa bersalah makin menghantui – "Adakah saya cukup luangkan masa dengan anak-anak?"
Terbeban dengan ‘standard masyarakat’ – "Apa kata orang kalau cara saya berbeza?"
Keyakinan makin pudar – "Adakah keputusan saya sebagai ibu bapa ini betul?"

Setiap hari, tanggungjawab yang tiada hentinya dan kurangnya sokongan sosial menjadikan tekanan ini semakin berat.

Dan yang lebih menyedihkan… emosi ini turut menjejaskan hubungan anda dengan anak-anak.

Tapi ada cara untuk keluar dari kitaran ini.

Anda tak perlu hadapi semuanya sendirian.

*Apa yang akan dikongsikan:*
✔️ Memahami Emosi Negatif Ibu Bapa
✔️ Mengurus Rasa Bersalah dan Keraguan Diri
✔️ Menangani Kesedihan dan Keletihan
✔️ Alat Praktikal untuk Pengurusan Emosi

Sertai Puan Maznah dalam Webinar Hands On ini:

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/emosi
2 Minggu Lagi - Healing & Transformasi

Join Webinar Emosi Besar Kita bulan ini – kita guna *ekspresi seni* untuk luahkan rasa & fikiran, agar hati lebih lega. 🎨

Apa yang anda akan dapat:
Kenali ‘coping skill’ sesuai utk cabaran anda
Jumpa kekuatan tersembunyi & cara baru fahami perasaan
Praktikal & boleh diguna segera selepas webinar

Kita akan explore teknik visual & kinestetik (otak kanan), termasuk topik:
🌟 Mengurus rasa bersalah & keraguan diri
🌟 Membina keyakinan

Jangan lepas peluang ni utk healing & transformasi melalui seni. ❤️

👉 Daftar sekarang: https://webinar.maznahibrahim.com/emosi

Yuran: RM59 sahaja (terhad!)

Ambil langkah pertama utk jemput inspirasi. Jangan tunggu lagi! 🚀

#WebinarEmosi #HealingThroughArt
4 Tips Persediaan Mental Emosi anak Kembali ke Sekolah.

Boleh baca tips saya di setiap foto ini ya.

https://www.facebook.com/share/p/164e52SuX2/?mibextid=oFDknk
🔸 Ramadan hampir tiba!
Semoga kita dan anak-anak bersedia menyambut bulan penuh keberkatan ini dengan hati yang bersih dan jiwa yang tenang.
Moga Ramadan kali ini lebih bermakna untuk kita sekeluarga. Ramadan Kareem!

Maznah Ibrahim
Pemangsa tak datang sebagai orang asing.

Mereka sabar.
Mereka bijak.
Mereka ada strategi.
Mereka dipercayai.
Mereka jadikan diri mereka ‘berguna’…

Inilah sebabnya kes penderaan seksual sukar dikesan—sehingga semuanya sudah terlambat.

Ini dipanggil Grooming Process… proses manipulasi yang buat anak percaya dan patuh tanpa sedar & kita ibubapa sukar nak percaya kepada anak apabila mereka mengadu.

Dalam Webinar Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak, saya akan kongsikan bagaimana ia berlaku & cara melindungi anak sebelum terlambat.

Sempena Jualan Balik Kampung – Dapatkan webinar ini sekarang bersama 21 webinar-webinar yang lain.

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung
.
p/s: yuran akan meningkat petang ini.
Tips Balik Kampung Lebih Tenang dengan Hypnoscript!

Jika anda sedang dalam perjalanan atau sedang bersiap - semoga perjalanan balik kampung lancar & bahagia! ❤️

Bimbang anak meragam semasa raya? Cuba ulang-ulang ayat hypnoscript di bawah:

🌟 “Dalam kereta, kita duduk elok-elok ya.”
🌟 “Seronoknya main dengan sepupu, kita kongsi mainan sama-sama.”
🌟 “Kita bercakap dengan suara lembut pada atuk & nenek, orang tua dan semua ya.”
🌟 "Nak mengadu apa-apa, bisik kat telinga ibu atau ayah ya".

Ulang dengan nada tenang & penuh kasih sayang—anak lebih mudah serap! 😊

Oh ya, 22 rakaman webinar parenting masih dibuka sempena Jualan Balik Kampung! Akses setahun, boleh tonton perlahan-lahan sepanjang tahun.

📌 Klik sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung
Ramadhan & 10 Kebaikan yang Wajar Dikekalkan Sepanjang Tahun untuk Diri dan Keluarga

Ramadhan bukan sekadar sebulan ibadah, tetapi peluang membentuk tabiat baik yang boleh diteruskan sepanjang tahun. Berikut adalah sepuluh amalan yang memberi manfaat besar kepada diri dan keluarga:

[Aspek Fisiologi]

1. Tidur Kurang, Ibadah Bertambah – Masa rehat berkurang, tetapi peluang membaca Al-Quran dan solat sunat bertambah.

2. Makan Kurang, Perut Berehat – Jarak waktu makan yang lebih panjang memberi rehat kepada sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih sihat.

3. Cakap Kurang, Marah Berkurang, Sabar Bertambah – Latihan menahan diri daripada bercakap sia-sia dan marah mengasah kesabaran (walaupun ramai yang lebih diuji!).

[Aspek Rutin]

4. Bangun Awal untuk Sahur, Bersedia Awal untuk Kerja/Sekolah – Disiplin bangun awal memberi kelebihan dalam mengurus masa dengan lebih baik.

5. Makan Berjemaah, Masa Berkualiti Bersama Keluarga – Sekurang-kurangnya dua kali sehari (sahur & berbuka), mewujudkan kebersamaan yang erat.

6. Solat Berjemaah, Kesatuan Keluarga Lebih Erat – Solat Subuh dan Maghrib bersama mengukuhkan ikatan keluarga dalam suasana penuh keberkatan.

[Aspek Keibubapaan & Kekeluargaan]

7. Berkomunikasi dengan Kasih Sayang – Dalam Ramadhan, kita lebih menjaga tutur kata dan berusaha lebih memahami perasaan ahli keluarga. Teruskan amalan ini dalam komunikasi harian.

8. Berkongsi dan Bersedekah Bersama Anak-anak – Ramadhan mengajar kita memberi. Jadikan sedekah sebagai budaya keluarga, sama ada berkongsi rezeki atau membantu mereka yang memerlukan.

9. Berkongsi Ilmu & Tazkirah Keluarga – Dalam Ramadhan, kita lebih banyak mendengar ceramah atau berkongsi ilmu agama. Teruskan amalan ini dengan sesi tazkirah keluarga, walaupun hanya 5 minit sehari.

10. Membantu & Menyantuni Pasangan – Sepanjang Ramadhan, suami isteri saling membantu dalam urusan rumah tangga, dari menyediakan sahur hingga berbuka. Jadikan ini sebagai kebiasaan harian, bukan hanya di bulan puasa.

Ramadhan mengajar kita disiplin, kesabaran, dan kasih sayang dalam keluarga. Mengapa tidak teruskan amalan ini sepanjang tahun?

Salam Akhir Ramadhan,
Moga ketemu Ramadhan berikutnya,
Sementara itu niatkan untuk kekalkan rutin yang baik ini ya 🤩.

Care,
Maznah Ibrahim

Telegram channel keibubapaan positif kita:-
T.mazn.me/chan
Autonomi anak bermula sejak bayi kecil lagi.

Setiap tangisan, genggaman tangan, atau usaha menolak sudu adalah tanda awal mereka belajar mempercayai diri sendiri.

Bila bayi menghulurkan tangan untuk memilih mainan, atau berpaling bila dipaksa, itu bukan melawan — itu suara kecil autonomi yang baru bertunas. Ingat ya ibu ayah.
Bila suara kecil ini dipupuk dengan sabar dan kasih, kelak anak membesar menjadi individu yang tahu membuat pilihan, berani menyuarakan pendapat, dan yakin mempertahankan maruah diri.

Namun bila suara ini sering ditolak, anak mungkin membesar dengan rasa ragu-ragu terhadap dirinya sendiri, takut membuat keputusan, dan mudah terikut-ikut dengan orang lain.


Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Autonomi anak berumur 2 hingga 3 tahun

- Sering muncul dalam bentuk 'No!' yang lantang, percubaan mereka untuk memakai baju sendiri, memilih makanan tertentu, atau menjerit bila dilarang.

- Kadang-kadang, mereka lambat (selesai makan atau mandi atau berpakaian), mereka bersepah, dan selal buat silap — semua ini tanda bahawa mereka sedang berusaha mengawal dunia kecil mereka sendiri.

==> Bila ibu ayah cepat marah atau terus mengawal semua pilihan anak, benih keyakinan ini boleh layu.

==> Tapi kita beri ruang dengan bimbingan sabar, anak belajar bahawa dirinya mampu mencuba, memilih, dan memperbaiki kesilapan.

==> Ini nsagatlah penting sebagai tapak asas membina rasa percaya diri dan kecekalan bila mereka dewasa nanti.....

Nota penting fasa ini:

~ Ini fasa "I do it!"."I made it". "What if I do this way".. 😀😀😀

~ Normal untuk ibu ayah selalu rasa penat, nak cepat, jadi susah nak tahan sabar. End up, marah.

~ Tapi ingat percayalah, sabar itu sebenarnya PELABURAN jangka panjang dalam membesarkan ANAK YANG BERANI, BERUSAHA DAN TIDAK TAKUT GAGAL.
.

Maznah Ibrahim.

Telegram saya lama menyepi, boleh masuk untuk tidak ketinggalan info penting fasa anak kita ya:

T.maz.me/chan
Autonomi anak usia 3 hingga 6 tahun.

Anak-anak mula melangkah lebih jauh dari sekadar 'aku boleh buat sendiri' kepada 'aku ada idea sendiri'.

Mereka mencipta cerita, berpura-pura bermain, bertanya soalan tanpa henti, dan berinisiatif membuat 'projek besar' mereka sendiri — kadang-kadang bersepah, kadang-kadang di luar jangkaan.

Bila inisiatif ini disambut dengan dorongan dan bimbingan lembut, anak membesar dengan rasa bangga terhadap diri sendiri dan semangat meneroka yang sihat.

Tapi bila sering diperlekeh, disindir atau ditekan, anak mungkin membesar dengan rasa bersalah, malu untuk mencuba, atau takut diejek bila ada idea sendiri.

Dalam Fasa Erikson, mereka di peringkat Initiative vs. Guilt

Anak suka berimaginasi, berinisiatif, 'bossy', kadang buat silap besar 😄😄😄— dan itu normal!

Ibu bapa perlu pupuk keberanian mencuba sambil letak had secara mesra saja.

🌱 Kesan Positif (Bila Autonomi dan Inisiatif Disokong):

-Anak membesar dengan rasa yakin terhadap idea dan tindakan sendiri.

-Anak berani mencuba perkara baru tanpa takut salah.

-Anak mampu ambil inisiatif untuk selesaikan masalah kecil sendiri.

Anak mempunyai imaginasi dan kreativiti yang sihat.

-Anak belajar bahawa buat silap itu biasa dan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Anak mempunyai asas keyakinan untuk menjadi seorang pemimpin kecil, atau sekurang-kurangnya individu yang tidak mudah mengikut tanpa berfikir.

🌪 Kesan Sebaliknya (Bila Autonomi dan Inisiatif Ditekan/Salah Urus):

-Anak membesar dengan rasa takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

-Anak jadi takut gagal dan mudah rasa malu bila berbuat salah.

-Anak mungkin terlalu bergantung pada arahan orang lain, kurang inisiatif sendiri.

-Anak cepat mengalah, atau terlalu mengelak tanggungjawab kecil.

-Anak membina internal voice negatif ("Aku memang tak pandai", "Kalau aku buat mesti salah").

-Dalam jangka panjang, anak boleh membesar menjadi remaja atau dewasa yang sukar yakin dengan idea sendiri, atau takut dinilai oleh orang lain. Dan itulah yang sedang kita hadapi dalam fasa individu dewasa di tempat kerja yang sukar nak menonjolkan idea dan projek sendiri.

Maznah Ibrahim.

Telegram channel keibubapaan dan psikologi anak:
T.mazn.me/chan