Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Kerap Kata Tak Boleh atau Jangan Kepada Anak, Kali Ni Katakan YA BOLEH.
.

Anak Nak Mainan, Anda Tak Nak Beri. Bagaimana?

.
Buat teknik negosiasi.


Anak : Mama Abang nak mainan Robot X.

Ibu/Ayah : Boleh. Cuma... Abang kena tunggu lagi 10 hari, boleh?
.
Anak : Hmmm… lamanya Mama…
.

Ibu/Ayah : Abang pilih, sama ada tidak dapat atau dapat tapi 10 hari lagi.
.

Anak : Hmm… ok lah.
.

Ibu/Ayah : Sementara tunggu tu, Abang lupakan saja, nanti tetiba Mama beri surprise benda tu, hehe. Dan teruskan buat baik macam Abang buat sekarang ni. Solat, dengar cakap, nasihat adik..
.

Mengajar menangguh keinginan adalah satu skil kehidupan untuk anak. Mereka akan lebih sabar dan ‘coped’ dengan realiti kehidupan, tak semua perkara yang mereka inginkan dapat serta merta.
.
.

Oleh: MI
TIPS TIDUR KUALITI ANAK:

Mula masuk katil/bilik tidur untuk Tidur selepas solat isya',

Adakan rutin momen istimewa seperti bacakan buku, storytelling sendiri, golek golek gelak main dsb (tangki layanan dan masa istimewa),

Doakan untuk anak, beri dia dengar (tangki perkataan baik)

Sebutkan apa mahu dia jadi esok (tangki perkataan baik),

Temani dia tidur bersama (tangki masa istimewa),

Gelapkan seluruhnya bilik agar gelombang otak tak terganggu, dengan tiada hp/laptop charging,

Pasangkan alunan surah Al Mulk dengan amat perlahan,

Cium dahi dan peluk mereka (tangki sentuhan)
.

Maznah Ibrahim
Jum Mulakan Awal Pagi Anda dengan:
.

🔛BismillahirRahmanirRahim
.

Lakukan:
.

1⃣ Pernafasan Dalam - In, Out, In, Out (6 kali)
.

2⃣ Sebut Alhamdulillah, nyatakan kesyukuran hari ini (masih bernafas, mata melihat anak, telinga mendengar bunyi aircond/kipas/dengusan anak/ azan/ alunan Quran/ dll, hati masih boleh merasai).
.

3⃣ Niatkan, nampakkan, segala urusan hari ini akan berjalan dengan lancar, terbaik, dan positif.
.
.

Ini untuk membentuk Momentum Hari Anda Yang Positif Tertinggi.💯

Saya yang berusaha,
Maznah Ibrahim.
Saya suka coaching ibu ibu dari subscriber saya,

Kerana saya dapat rasa,
Kekuatan hati mereka,
Mahu usaha perbuat yang lebih baik,
Setiap Masa.

Allah bersama mereka,
akan tunjuki dan bantu,
Dari pelbagai sudut

Maznah
ibrahim.
Mengapa Penting Menggunakan Bahasa Yang Baik, Penuh dan Tepat dengan Anak Kecil?

Pernah juga menerima segelintir komen mengenai penggunaan bahasa penuh saya kepada anak-anak.
.

Kata mereka, anak faham ke?
.

Kata saya, tak perlu tunggu anak faham,
yang pastinya anak dengar dan rakam!
.

(bersambung, klik untuk penuh)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1039718792869371&id=477691842405405
NAK TAK ANAK PILIH ANDA SEBAGAI SUMBER KEGEMBIRAAN DALAM HIDUP MEREKA???
.
.

Baru ni saya tanya Fateh, apa yang boleh buat dia gembira.
.

Katanya,
.

"Satu Allah, Allah sahaja buat Fateh rasa gembira (ek betul ke.. pandai pula dia jawab😆).

Dua, Mummy Ayah. Mummy Ayah buat Fateh gembira,

Tiga, mainan (ini sudah dijangka). Sebab mainan buat Fateh boleh main dan rasa gembira".
.

Saya kata: Okay, tolak Allah, sebab Allah paling utama dan besar, antara Mummy Ayah dan mainan, mana lebih utama?
.

"Mummy Ayah lah, lepas tu baru mainan. Kalau takda Mummy Ayah, Fateh takda mainan" (ambooiiii😂).
.

Saya syukur dan ucapkan penghargaan kat dia.
Puji dia.
Sebab dulu dia selalu rasa mainan penting dan gembirakan dia,
Kini dia tahu dan boleh fikir lebih baik,
Mummy Ayah ialah sumber kegembiraan utama dia juga..
.
.

Antara yang boleh saya senaraikan sebagai usaha kita nak bagi anak pilih kita ialah:
.

TIPS 1:
Penuhi 5 tangki emosi mereka selalu.
.

1) Biasanya yang mereka dambakan ialah 'Masa Istimewa', iaitu bermain dengan mereka bagi anak usia bawah 7,
.

2) Dan perkataan yang baik (puji dan tegur berhemah).
.

3) Sentuhan - serentak dengan masa istimewa bermain tadi sangat boleh disekalikan dengan sentuhan sayang seperti peluk cium geletek dsb.
.

4) Layanan kepada mereka: layan dengan baik, macam mereka ni tetamu VIP kita, mereka ni anak orang lain🤔.
.

5) Material bersesuaian dan merupakan layak sebagai reward sekali sekala mereka. Lebihkan suprise, beri pada ketika mereka tak jangka. Iaitu benda mereka teringin sangat yang tidak dibeli awal semasa mereka nak.
.

TIPS 2: Penuhi Peranan Anda Dalam Perkembangan Mereka
.

Jika anak usia 0-6 👶👦👧, BERMAIN adalah aktiviti utama mereka,
.

Maka pastikan IBUBAPA adalah RAKAN SEPERMAINAN mereka sejak bayi sampai usia 6-7 itu.
.
.

Jika anak usia 7 hingga 12/14, BERTUGAS / BEKERJA adalah peranan utama anak ini,
.

Maka jadilah GURU / MENTOR terbaik mereka, tunjuki mereka, peringat mereka, mereka akan ingati dan hargai.
.

Jika anak usia 12 ke atas, peranan utama mereka ialah RAKAN Satu Tim kita,
.

Maka jadikanlah mereka sebagai PARTNERSHIP kita, beri tugas besar yang dipantau dari semasa ke semasa, libatkan mereka dalam musyawwarah organisasi keluarga kita.
.

TIPS 3: INGATI INI

Tujuan besar kita buat ini semua ialah sebab kita nak jadi relevan dalam hidup mereka sepanjang mereka membesar sampai usia boleh mengundi (21) atau mula bekerja (24).

.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
ANAK ANAK SELALU BERGADUH?
.

Ia normal, sedangkan lidah lagi tergigit, kan?
.

Ajar Anak Teknik Berdiplomasi / Musyawarah Sesama Mereka (PART 1)
.

Sejak Khairunnisa' @KN usia dekat 2 tahun masa dia masuk fasa autonomi (nak ikut cara dia), kami train dia untuk bernafas 'breath in', dan komunikasi asertif (tegas diri) : tanya dan minta sendiri dengan abangnya, apa-apa dia mahu. Bukan menangis sahaja mengadu.
.

Contohnya dalam giliran duduk di kerusi kecil selamat di belakang basikal besar yang ayahnya kayuh,
.

Macam biasa Fateh yang tegas akan men dominasi, dia saja menang. KN juga keras, dan ada hasrat. KN cuba minta dengan suara halusnya, tak berjaya, meledak menangis terus dia. 😅
.

Latihan demi latihan diberi semasa setiap situasi berlaku.
.

Ajarkan skrip kepada adik: "Abang, Adik nak minta xxyyzz, boleh?"
.

Juga ajar skrip sama pada si Abang. "Adik, abang nak xxyyz, boleh? Adik buat/dapat aabbcc". (pandai dia exchange sebab nak dapat apa dia mahu) 😆
.

Biasanya bila ayat asertif bermula dengan perminta "boleh" atau "minta", pihak satu lagi akan terus kata "Boleh!".
.

Ini teknik 'leading' dalam NLP. Hala ke perkara kita mahu.
Tiadakan perkataan 'tak'.
.
.
[Video Lama sempat rakam, Fateh genap 5 tahun dan KN genap 2 tahun],

Masa ni ada la adegan berebut nak duduk di belakang basikal besar Ayah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=696685827172671&id=477691842405405
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim


Saya akan buat webinar bincangkan psikologi anak anak bergaduh dan solusi ibubapa pada Selasa 10.30-11.30 pm esok 13 November 2018.

Daftar di sini untuk masuk kelas webinar ini:


https://webinar.maznahibrahim.com/RegSiblingRivalry
https://webinar.maznahibrahim.com/RegSiblingRivalry
https://webinar.maznahibrahim.com/RegSiblingRivalry

Kongsikan dengan rakan anda dan pasangan anda ya ;)
ANAK SELALU BERGADUH?
.

Ajar anak Teknik Berdiplomasi / Musyawwarah Sesama Mereka (Part 2)
.

[Kisah Lama Fateh 5+ Tahun dan KN 2+ Tahun]
.

Semalam lepas maghrib, Fateh tak jadi ikut ayah nya keluar meeting,
.

Fateh dah kebuntuan tak da teman, ayah beri idea ke Fateh untuk 'bincang' / 'negotiate' dengan Mummy, nak tengok cerita movie kartun apa.
.

Jenis Fateh Te ni tak boleh seorang, kena ada orang teman gather gather ngan dia.
.

Saya nak tidurkan si Adik.
Saya kata tak boleh la Fateh sebab Mummy kena tidurkan Adik, gosok gosok adik ni gatal, eczema, kecuali Adik pun tengok sama.
.

Tetiba Adik segar dan nak tengok sekali.
.

Kelihatannya dua dua nak tengok cerita lain pula.
.

[Ada potensi akan berebut dan bergaduh]
.

Saya tinggalkan mereka berdua.
.

Saya kata : "Fateh bincang dengan Adik". Saya berlalu pergi buat kerja lain.
.

Tak lama kemudian mereka berdua keluar dari bilik tidur dan Fateh beritahu, Adik nak tengok cerita Boss Baby.
.

Saya kata Fateh okay ke, dia kata dia tak berapa suka, boring, tapi tak apa lah. (asal dia ada teman tengok😂).
.

Jauh di sudut hati, syukur, mereka boleh berbincang berdua, bernegosiasi, dan 'give in', walau keduanya Thinking, keras tegas belaka.
.

Beza satu perempuan, kecil sedikit usia, boleh dibentuk lagi, makan saman untuk dipengaruhi si abang. Si besar lebih dominasi namun boleh turun ke level lebih rendah.
.

Seorang ekstrovert memang nak berteman sparing partner sokmo seorang lagi tak kisah boleh seorang diri.
.
Alhamdulillah.
.
.
* NOTA *:
.

1⃣ Dah tahu semua anak / adik beradik akan ada sahaja conflict interest, saya sedia kan, bondingkan mereka sejak KN dalam kandungan.
.

2⃣ Sebaik adik pandai bercakap / tiru percakapan kita, saya ajarkan teknik negosiasi, asertif, bertoleransi. Biar mereka settle sesama mereka untuk belajar kendali konflik perhubungan.
.

3⃣ Sentiasa ajarkan skrip meminta/ request bukan mengarah. Orang tak suka diarah. Tapi fitrah suka memberi sebenarnya. Mereka tidak tahu ayat apa, bagaimana nak diucapkan. Kerap modelkan dan ajarkan Guna keyword 'terima kasih', 'maaf', 'tolong', 'boleh xyz' atau 'minta xyz'.
.

4⃣ Sentiasa mendengar keduanya, yang salah tetap ditegur teknik kesalahan walau anak kecil/besar (jika si abang, usaha cakap asing waktu lain untuk jaga maruah dia).
.

5⃣ Teknik nabi tegur kesalahan: Nyatakan apa tak boleh / tegahan, disusuli apa boleh : Adik tak boleh pukul abang bila marah, tapi beritahu aja baik-baik: "Boleh abang bangun ini kerusi adik, adik nak duduk".
.

6⃣ Anak-anak sentiasa perlukan model yang positif, dari ibubapanya, bertindak adil saksama dan bijak berhemah kepada mereka.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

.

Saya akan buat WEBINAR PERCUMA untuk bincangkan psikologi anak anak bergaduh dan solusi ibubapa pada Selasa 10.30-11.30 pm esok 13 November 2018.

.

Daftar di sini untuk masuk kelas webinar ini:
https://webinar.maznahibrahim.com/RegSiblingRivalry
Webinar Baru Mula..jika tuan/puan masih tk dpt link utk join
boleh daftar semula, anda akan dpt link spt ini. copy dan buka pada browser chrome atau firefox shaja.