Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Keselamatan Peribadi
Kanak Kanak

Semalam Jumaat dapat buat sesi singkat 45 minit dengan anak anak sekolah usia 10&11, iaitu darjah 4 dan 5 di masjid behor empiang.

Menarik, program dental dengan KOA ni ialah satu kerjasama dengan majlis agama, dan ia diadakan di masjid.

Didoakan masjid boleh jadi sebuah tempat pendidikan dan program pendidikan untuk anak anak kita. 😊👏

Menarik juga, anak anak kecil ini amat bijak, proaktif, berkerjasama, dan mudah tangkap mesej saya. Jadi program macam ni amat baik dimulakan awal, seawal usia pra sekolah sebenarnya. Sebab lagi awal usia, lagi tinggi self esteem, konfiden diri anak anak ini dan mudah ajar skil protect diri ini.

1. mereka angkat tangan sentiasa, untuk menjawab soalan Kak Maznah ni. mungkin sebab ada gift kecil (oleh dental), juga saya banyak guna teknik nabi, banyak terdedah dan belajar dengan sifu puan Khairulaniza Khairuddin, mula dengan pujian, banyaaak pujian, beri rules siap siap, soalan diberi adalah mudah agar semua tahu jawab.

(menarik soalan ni, sebab anak anak seronok angkat tangan walau sebenarnya tidak tahu jawab soalan itu, tetapi semangat tu yg utama, berani, dan yakin diri. mereka rasa tiada halangan dalam diri untuk cuba menjawab).
.

2. mereka mudah faham semuanya berkait dengan perasaan sendiri

- sentuhan selamat (ok) dan tak selamat (tak ok), bergantung kepada perasaan penerima,

- rahsia juga, selamat atau tak, bergantung kepada perasaan si penyimpan nya, mereka sendiri, rasa ok maka ia rahsia selamat, rasa tak ok (budak budak jawab selain takut, gementar, risau,) maka ia rahsia tak selamat, kena beritahu pada org mereka percaya.
.

3. mereka faham asertif itu ialah cakap, bukan balas fizikal, dengan mulakan skrip 'saya', jelas tegas minta ia dihentikan, dan tak perlu balas dengan fizikal. MasyaAllah hebat anak anak ini, siap berebut nak modelkan perbuatan sentuhan tak selamat ini (tolak cubit pukul dll).😄😊😃😂

.

Hm saya ada buat video live sikit psl rahsia sahaja di page saya, blh tonton jika minat dan nak tahu camana nak ajar anak, bab rahsia sahaja ok.😉

...
Ajar anak mengenai RAHSIA yang boleh diberitahu.

Anak kecil dan orang besar macam kita ingatkan semua rahsia adalah rahsia dan TIDAK BOLEH BERITAHU.

Tahukah anda, ada rahsia yang MESTI diberitahu ?

Iaitu Rahsia Tidak Selamat.

Menyimpan Rahsia Tidak Selamat berpanjangan (berhari, berbulan, bertahun) adalah tidak baik untuk kesihatan emosi.

Nantikan live saya Tengahari nanti mengenai RAHSIA untuk anak kita.

*Untuk kawan yang bertanya dan K Maz tak sempat nak menulis, maka akak cakap aja, lebih cepat ya.

* Share kan dengan rakan dan pasangan anda untuk ilmu penting dan asas ini.

* Ia penting untuk cegah buli juga.

di sini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=698690850482025&id=477691842405405

*maaf sesangat, sebab video live ini mula2 lambat mula sebab saya lama tak buay buat live dan tak pasti microphone saya itu sihat ke tak. Selepas 5 minit ia pun dimulakan saja. Tak lama, kurang 30 min saja 😊
sharekan dengan rakan anda yang perlu tahu ilmu basic ini.

Maznah Ibrahim.
Salam Maal Hijrah 1440 H
.

Saya tahu setiap diri kita sebagai ibu bapa pasti mahu berikan dan lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita.
.

Dalam keperitan anda melaksana terbaik untuk mereka,
Pasti ada terselit satu semangat kental yang luar biasa,
.

Anda tak perasan dan mungkin tak pernah tahu,
Semangat luar biasa anda itu sebenarnya sama dengan ramai ibubapa di luar sana.
.

Wahai anak-anak,
Kami berusaha berubah,
Kerana apa?
Kerana Kami Sayangkan Kamu,
Maka begitu begini kami berperilaku.
.

Ketahuilah,
Anda tidak pernah terlewat,
Untuk melaksana lebih baik sehari hari,
Kerana dengan niat yang betul,
Allah bantu dan beri, tunjuki jalannya.
Caranya ada.
.

Anda tidak pernah terlewat,
Selagi nafas anda masih ada.
.

* 9 Kisah Alumni EHSABAR ini
Adalah satu hadiah istimewa untuk anda semua,
Bagi yang belum mendapatkannya,
Boleh dapatkan di link ini

bit.ly/AlumniEhsabar
bit.ly/AlumniEhsabar
bit.ly/AlumniEhsabar
.

Hadiah cerita 'Dalam Perit Ada Spirit',
Cerita dari Ibu kepada Ibu,
Pasti ada terselit,
Diri anda dalam diri mereka.
.

Dapatkan untuk diri anda,
Atau untuk pasangan anda,
Saya yakin,
Pasti ada manfaat,
Sesuatu.

bit.ly/AlumniEhsabar
.

Maznah Ibrahim
BAGAIMANA CARA IBU AYAH DENGARI SUARA HATI ANAK KECIL

Anak kecil ni biasanya tidak pasti apa dia rasa dan fikir.

Vokabulari kepada perasaan dan pemikiran mereka amat terhad.

Maka suara hati anak sebenarnya didengari dengan ibubapa prihatin kepada PETANDA TINGKAHLAKU mereka.

Contoh:

Anak berpaut kepada baju ibu ketika di suasana baru.
Apakah suara hati mereka?

1⃣ Anak ini mungkin rasa gelisah dengan suasana dan orang baru dijumpai.
2⃣ Anak ini mungkin rasa takut kerana tidak biasa.
3⃣ Berpaut kepada ibu membuatkan mereka rasa lebih selamat dan konfiden.

Maka ibubapa prihatin akan tidak memaksa anak untuk terima suasana baru atau orang baru dijumpai, dengan berkata-kata yang merendahkan maruah anak kecil seperti:

“Alah, tak ada apa”
“Cikgu aja pun”
“Ini kan sekolah adik nanti?”
“Apa ni senget baju mama. Dah berdiri elok-elok”.
“Apa lah anak ayah ni, penakut betul”.

Sebaiknya ibu ayah tunduk atau duduk sama level mata anak dan berikan kata dorongan yang positif.

“Ya, ayah tahu adik MUNGKIN RASA TAK SELESA sebab adik tak pernah jumpa cikgu ini. Cikgu ni baik. Dia lah yang akan jadi cikgu adik nanti. Nanti lama-lama biasalah kan”. (Senyum sambil usap belakang si anak).

Prihatin kepada emosi dan kondisi si anak, dengan memberikan PERKATAAN EMOSI mereka sebagai sebahagian AYAT yang kita boleh UCAPKAN kepada si anak.

Maka anak akan rasa diri difahami, dihormati dan berkembang mengikut tahap kemampuan mereka kerana setiap anak unik dan berbeza perkembangan mereka (GROWTH VS DEVELOPMENT)
.

Boleh semua ibu ayah?
Dengari suara hati anak kecil kita dengan prihatin kepada tingkahlaku luar kebiasaan mereka.
.

Maznah Ibrahim
#TIPSPOSITIVEPARENTING_MI
4 LANGKAH PABILA ANAK MEMUKUL ATAU MENENDANG KERANA APA DIMINTA TAK DAPAT,

1. Tahan tangan atau kakinya agar tidak berjaya cedera atau sakitkan badan anda.
.

2. Pandang matanya dan sebut dengan jelas, tegas:

“Kaki untuk buat benda baik, berjalan dan berlari, bukan untuk pukul orang” atau

“Tangan untuk buat benda baik bukan sakitkan atau cederakan orang”. (Skrip peraturan umum ini ‘applied’ untuk semua orang, bukan skrip untuk kesalahan dia sahaja).
.

3. Tambah lagi: “Ayah rasa sakit, ayah tak suka Abang buat macam ni”

-- (beritahu perasaan genuin kita, fokus pada PERASAAN si IBU/AYAH kesan dari tindakan si anak, BUKAN fokus kepada KESALAHAN TINGKAHLAKU si ANAK).
.

4. Akhiri dengan: “Ayah minta Abang stop sekarang dan pergi pukul bag/bantal/tilam sana”

-- (Channelkan energi di tangannya kepada objek lain yang selamat. Objek selamat adalah yang lembut dan boleh ‘absorb’ pukulan kuat, bukan objek keras tak selamat seperti dinding atau meja/kerusi).
.

5. Bincang dengan anak akan tingkahlaku dia tadi bila dia dah tenang. Teroka apa perasaan dan pemikiran dia. Ada berkemungkinan dia ada isu terpendam yang bukan berpunca dari Ibu Ayah tapi orang lain seperti guru / rakan di sekolah. Ini namanya ‘tips of Iceberg’.

OLEH: MI

#TIPSPOSITIVEPARENTING_MAZNAHIBRAHIM
Sangat PENTING Skil Ini
Untuk Semua Anak Kita
Agar Tidak Kekal Pasif
Atau Terlalu Agresif,
Jadi Sederhana :- Asertif (tegas diri pertahankan hak diri, dalam masa sama tidak lukakan hati orang lain)

Silakan :


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=751621311679122&id=477691842405405
satu yg saya belajar dari Yumna si pemurah senyuman ialah

'smile' / senyum dan 'keep calm'.

walau apa keadaan, especially:-

1) depan anak, agar anak nya memori dgn ibu adalah bukan muka 'masam' garang tapi muka manis tenang (Fateh selalu ingat yang minoriti muka ibu dia ni, muka mami masam sedangkan fitrah saya bila serius memang muka jenis masam😄😅)
.

2) bila basuh pinggan banyak pun saya senyum, saya rasa semua kerja mudah, smooth
.

3) bila stres ke apa juga senyum dan say alhamdulillah (lagi rasa tenang).
.

semua ni backed up by science,

iaitu

otak akan ingat kita ni 'happy',
bila otot digerakkan mode senyum,
maka hormon terembes ialah hormon2 gembira dan antistress.

Saya selalu kata,

"ubah emosi dengan ubah fisiologi badan"

itu NLP.

so just smile semua ibu.
.

Maznah Ibrahim
Anak Adalah Cerminan Ibubapa

Mahu anak cakap elok-elok, Ibubapa perlu cakap elok-elok dengan anak.

Mahu anak sentiasa minta maaf dan sedar kesalahannya, Ibubapa yang mulakan dahulu meminta maaf bila sedar kesilapan mereka.

Mahu anak yang ceria dan happy selalu, Ibubapa perlu tunjukkan emosi dan cipta suasana ceria dan happy selalu

Mahu anak yang sabar dan boleh menunggu, Ibubapa perlu selalu bersabar dengan kerenah anak dan boleh menunggu.
.

Jadilah apa yang kita nak anak jadi.

🌻
Maznah Ibrahim
SAKIT EMOSI - - > LEAD KE SAKIT FIZIKAL

Kesakitan dan Emosi memainkan peranan dalam perkembangan dan kesejahteraan fizikal seseorang individu dan diri sosialnya. (Laventhal and Everhart, 1979).
.

Pernah alami tak?
.

Bila emosi tak ok, tak stabil, fizikal pun rasa tak elok. Macam sakit kepala, sakit bahu, sakit perut, sakit macam-macam.
.

Kanak-kanak semuda prasekolah, sekolah rendah, juga alaminya. Komplen sakit kepala, sakit dada, sakit perut.
.

Psikosomatik namanya. Saya biasa berhadapan dengan individu yang sakit psikogenik, cek semua, sihat belaka, tetapi sakit kepala/dada/tangan/perut memang real sakit punya.
.

Iyerkan kesakitan mereka. Ia real dialami, dirasai mereka. Cuma tidak, pada sudut kesihatan fizikal.
.
.

Benar?

.

Bagaimana ubatinya,
.

Mudah sahaja, guna kan kuasa dadah CINTA.
.

Cinta sejati, kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bagi.
.

Brain scan untuk individu yang patah hati, penolakan cinta sama = dengan Cocaine Craving.
😱
.

Ia satu yang amat menyakitkan, dan menyeksakan. Sama macam pesakit ketagihan dadah.
.

Tanamkan cinta. Sebarkan cinta. Empati Sentiasa.
.

Maznah Ibrahim.
.

sumber gambar dan artikel mudah faham:

http://www.dailymail.co.uk/health/article-2877890/How-break-affects-body-chest-pain-drug-like-withdrawal-symptoms-reveal-real-effects-heartache.html?ito=whatsapp_share_article-masthead
5 CARA SEGERA UNTUK TAHAN MARAH KEPADA ANAK:
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️
.

1⃣. Ketapkan bibir, tahan jangan bercakap apa-apa (NONVERBAL)
.
2⃣. Menunjukkan wajah tak suka (serius, marah) dengan perilaku anak (tidak bersuara) (NONVERBAL)
.
3⃣. Tarik nafas dalam-dalam sekurangnya sekali (FISIOLOGI NONVERBAL)
.
4⃣. Pergi dari situ dan buat kerja fizikal (GUNA TANGAN DAN KAKI SECARA SELAMAT)
.
5⃣ Pergi dari situ untuk akses air – samada minum air, ambil wudhu’, mandi laju-laju.
.

*Ini untuk beri anak tidak kena tempias lahar gunung berapi anda.
*Setelah tenang, perlu lah bercakap dengan anak dengan jelas apa yang anda tak suka tadi.
*Kadangkala biarkan seketika situasi yang buat marah tu, anak dan situasi akan selesai sendiri (contoh gaduh adik beradik).

.

MAZNAH IBRAHIM

* Sharekan dengan rakan anda untuk sama sama berkongsi tips dari channel ini.