Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Saya hadiahkan untuk semua sebagai rujukan sahabat

5 ayat bentuk dulu, ajak anak atau buat sndiri
5 gambar
10 helai sahaja

Kertas Ivory
Warna Putih
230gram Saiz A4
Pen Marker Merah
Penerapan Belief System Yang Betul dalam Diri Anak Kecil
=============

Semalam semasa saya nak membacakan buku pasal feeling,
.

Fateh pilih buku 'When I am Feeling Scared'.
.

ada part bullies.
.

Menariknya,
.

saya beri contoh buli biasa di kalangan kanak-kanak sebaya atau kanak-kanak lebih besar (seperti kes biasa saya lihat/handle).
.

Kesimpulan saya dapat ialah,
.

'tiada buli di sekolah AMS'
.

Kemudian yang saya suprise ialah,
.

sebab apa tiada buli di sekolah,

'penerapan sesuatu elemen yang baik telah berjaya diterapkan di dalam hati anak-anak ini',
.

semasa saya mengesahkan oh, tiada kes macam tu ya?
.

Fateh terus menyanyi lagu

🎼🎤
"We are Khalifah of Allah..."
.

dan saya tanya apa maksudnya?
.

dia jawab,
.

"Khalifah baik.."
.

(maksud khalifah kan baik atau khalifah buat baik)
.
.
.
MasyaAllah 😭
.

Saya rasa 'belief system' dalam diri (kepalanya) adalah sama seperti hasrat model sekolah mithali yang AMS (Aqrab Model School) hasratkan.
.
.

Syabas teachers semua.
.

Terima kasih kepada semua guru, pengetua terutamanya Tc Aswad dan kita semua ibubapa yang memilih sekolah ini.
.

Alhamdulillah.
.

Mudahan anak-anak ini akan terus tumbuh dan cemerlang sahsiah akhlaknya sebagai Khalifah Allah yang bermanfaat dan berhasil menjadi seperti tujuan penciptaan manusia oleh Nya sang Maha Pencipta...
.

Mesej:

Kita usaha pilih sekolah dan pengasuh anak (doa dan usaha, Allah bantu) yang menepati didikan yang kita mahu, berterusan, berpanjangan, dari rumah-sekolah-rumah.


Amin.

Maznah Ibrahim
Anak Juga Berkorban untuk Kita Ibubapa
=================================
.

Pabila kita berkursus dan tinggalkan anak,
sebenarnya bukan kita yang berkorban diri untuk tinggalkan anak dan belajar ilmu baru,
.

tetapi anak juga turut berkorban, untuk membenarkan masa mereka diambil oleh kursus itu untuk mak mereka belajar.
.

Jumaat lalu saya hadiri bengkel di Ipoh dan perlu meninggalkan KN seawal 5 am ke rumah pengasuh,
.

dia tidak sedar semasa ditinggalkan.
.

balik nya kami malam. Bengkel habis lewat pukul 7pm dan kami sampai Perlis 1130pm.
.

dia menahan cebek dan seolah gembira semasa reunion dengan mak ayah nya.
.

selepas satu ketika baru dia meletus kesedihan kerana ditinggalkan.
.

silap saya lupa nak prepare dia awal. 😢. kes lupa. aduh.
.

Fateh pula dibawa bersama. Tiba-tiba demam.
.

Menunggu sampai petang, semakin panas dan terpaksa pergi ke klinik 1malaysia berdekatan tempat bengkel saya. Suami bantu drive kan sebab tiada transport lain untuk saya ke Ipoh.
.

Terpaksa masuk ubat di punggung.
.

Ya Allah, apakah ini.
.

Anak-anak 'terkorban'.
.

KN siangnya di rumah pengasuh 2 kali diberi pcm kerana panas.
.

Menunggu kami pulang, untuk diberi ubat seterusnya.
.

Menariknya di rumah malam itu, dia taknak makan ubat, lalu saya hanya sapu dengan air asam jawa saja, Fateh pula sudi makan pcm 2.5 ml sahaja.
.

Saya sudah pm Ustaz Sattar untuk maklum keadaan anak-anak dan mungkin tak dapat present slot dalam Program Intro Stifin esok Sabtu.
.

Ustaz ok dan katanya tak mengapa dahulukan kesihatan anak-anak. Ada ustaz Firdaus boleh back up.
.

Magic Allah
--------------------
.

Kuasa Allah. Paginya, KN sembuh sendiri dan tak panas.😱
.

Fateh juga dah tak demam.😱
.

Takdir, saya dapat juga merasai pengalaman present slot di STIFIn. Slot Modul dua.
.

Separation Anxiety
--------------------------------

KN trauma lagi kerana ditinggalkan semalam Jumaat itu.
.

Maka Sabtu nya, nak dijadikan cerita slot saya sambung lepas lunch.
.

Bangun tidur petangnya dia trauma dan terus jerit mahu mummy.
.

Berjumpa sahaja terus melekap melekat dan clinging.
.

Harga yang perlu dibayar untuk merawat semula emosi anak kecil.
.

Tak mengapa. Harus layan saja dengan sabar dan berhemah.
.

Ucapkan maaf dan beritahu apa sebenarnya.
.

Anak attached, memang macam tu.
.

Pernah berlaku setahun lalu masa usia 1 tahun dia, saya ke Johor 3 hari untuk Seminar Autism Kebangsaan.
.

Clinging dia 3 hari lepas tu dia ok sebaik sahaja saya ucapkan ayat asertif dan reflektif emosi.
.

"Mami minta maaf pada Khairunnisa sebab tinggalkan Khairunnisa 3 hari.

Khairunnisa tahu mami nak pergi tapi KN tak sangka pengalaman itu sebegitu sekali.

KN cari mami malam malam tak jumpa. KN rasa pelik, sedih, keseorangan dan ditinggalkan. Mencari-cari mami.

KN anak solehah mami kuat jatidiri. Allah ada, Ayah ada dan Abang Fateh juga ada".
.
.

Belum habis cerita, KN dengan eczema nya lagi menyerang... Memang pakej lengkap ujian Allah beri. Tabah dan redha insyaAllah untuk tingkatkan iman dan sabar kita..

.

.....

Kesimpulannya

Ingat selalu anak dan suami.
Mereka juga berkorban untuk kita.
Syurga di bawah rumah kita.
Berpada-pada.
Memang nak kena buat PhD setelah semua anak usia 7 ke atas insyaAllah.
Moga Allah lindungi semua anak kita.
Ini kisah saya. Bukan semua sama.
.

Maznah Ibrahim.
Cup, sebentar....

peluk anak anak (tangki sentuhan)

katakan kepada mereka mama amat sayangkan kamu, terima kasih kerana hadir dalam hidup kami (tangki words)

bermain /luangkan masa beraktiviti dengan mereka (tangki special time)

suapkan mereka makanan kegemaran mereka, buatkan air kegemaran mereka, (tangki perlakuan)

dan hadiahkan mereka satu benda kecil yang anda mampu (tangki material)
.
.
.

Maznah Ibrahim
Penting untuk diproses akan apa jua isu psikologi zaman kanak-kanak yg blm resolved agar hidup seterusnya tidak dibayangi tanpa sedar (subcons mind) dgn isu lalu, terutamanya zaman kanak-kanak yg penuh dgn misunderstanding dan supressive/tertanam begitu sahaja.

.
Maznah Ibrahim
Sentiasa melihat iceberg kepada tingkahlaku mencabar anak,

utk memahami anak lebih baik, dan tepat bantuannya.

kebiasaannya dan kemungkinan besar anak bertingkahlaku mencabar kerana ada gap/lompong bab tangki emosi manusia (anak kecil juga adalah satu identiti manusia macam kita).
.
.

Maznah Ibrahim
Hari ini saya penuh sesi dengan patients di Pain Clinic.
.

Jelas, kesakitan berpanjangan tanpa kesembuhan dengan ubatan biasa,
.

pasti ada unsur kesakitan dalam emosi,
.

tidak dapat diukur, mahupun dilihat, atau mampu untuk diluahkan.
.

Luahkan.
.

Itu membantu untuk ruang penyembuhan dan kebangkitan seterusnya.
.

Kerana anda, dan kita semua, ada hak untuk hidup bahagia, bebas, dan terus gapai impian hidup masing-masing.
.

Benarkan untuk rawatan emosi mengambil tempat pula.
.

Maznah Ibrahim.
Hargai Tiap Detik Yang Ada

Di hari Jumaat yang muram ini (Perlis),
saya baru selesai melawat staf yang kematian suaminya, terlantar, dan sebelum itu koma.
.

Tidak bercakap dan terlantar, dijaga isteri yang tabah, selama 4 tahun. Ditakdirkan saya berpeluang memberi sokongan dan dokongan kepadanya, sebagai tempat bercerita selama 4 tahun....
.

Susah senang,
Perit,
Hanya Allah yang Bantu sebenarnya...
.

Kekuatan hati dan spiritual amat amat penting.
.

Lakukan aktiviti gembira dalam mengisi ruang duka, agar seimbang emosi dalam diri, tidaklah duka sedih pilu menguasai diri hingga kegembiraan tidak dapat masuk ruang hati.
.

Dalam masa sama, saya mengenang sahabat muka buku saya yang kematian suami, 4 tahun lalu, dalam keadaan anak keduanya lahir tanpa si ayah kerana telah pergi 😭 (beliau tag saya maka saya tahu beliau sangat terbuka untuk sharing)
.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
.

Tanamkan kesyukuran akan milik yang kita ada.
.

Terima kasih suami,
ibu,
ayah,
anak-anak
adik beradik
sahabat kenalan
.

Jangan disangka anak kecil kita selamanya dengan kita,
.

diharap memikul keranda kita bila sudah mati.
.

Kerana tiada yang pasti. Hanya doa yang mampu diusaha.
.

Terkenang seketika sahabat rapat yang kehilangan anak yang sudah dibelai, usia 6 bulan, mengejut (SIDS) dan tahun lalu sahabat yang kematian anak yang usia sudah dipelihara, usia 6 tahun...
.

Semuanya membuatkan saya terduduk seketika,
.

dan dalami perkara grief & berievement ini dengan lebih baik, selain klien kaunseling yang bukan sahabat/kenalan rapat..
.

iaitu,
.

hidup memang jambatan ke akhirat,
ada kuasa besar yang Satu, yang menentukan dan mengaturkan tiap satu perkara,
kelahiran, ajal, maut, jodoh semua nya hanya ketentuan Allah,
.

hargai tiap detik masa ada dengan orang tersayang,
kerana curahan kasih sayang itu amat tinggi nilainya,
dalam satu perhubungan suci,
dikenang bersama Rahim (Maha Penyayang) nya Allah swt.
.

Maznah Ibrahim.
Otak Jantung, Emosi, Pemikiran dan Tingkahlaku
.

Alhamdulillah, apa sahaja yang saya usahakan dalam terapi untuk emosi, semuanya berkaitan dengan apa yang saya perhatikan pada klien kaunseling, iaitu kepentingan emosi yang positif, kuat, dan stabil dalam keseluruhan manusia yang seimbang, sihat dan berjaya.
.

Pertama kali saya 'trigger' mengenai ini ialah dari sebuah artikel dalam majalah solusi banyak tahun yang lalu.
.

Qalb - jiwa - heart - jantung - 'hati'
.

Kan dari mata turun ke hati,
Apa jua berkenaan perasaan dikaitkan dengan hati.
Gambar Love pun banyak bentuk hati <3 kan.
Baik hati, hati lembut, hati keras, kuat hati, dan sebagainya.
.

Di sini saya attach kan satu penulisan dari Institut Heartmath yang telah membuat kajian sejak tahun 1991 (kini telah 26 tahun),
.

juga artikel berkenaan Jantung Organ Boleh Berfikir, ditulis oleh seorang doktor perubatan di hospital kerajaan,
.

dan teknik pernafasan yang saya sering beri tool nya kepada mana-mana klien kaunseling saya.
.

Sahabat ibu bapa juga boleh cuba.
.

Rythm nya ikut pace jantung masing-masing.
.
Deep breathing. Tak semestinya kiraan 8 macam latihan lain tu, memadai hingga 5 in dan 5 out pun ok. (5 maksud 5 saat),

.
asalkan rythm in dan out sama banyak dan seimbang, perlahan-lahan (biasanya out tu boleh cepat aja kan😂)
.
.
.

Artikel berkenaan Jantung, Emosi, Otak, Tingkahlaku:-

https://www.heartmath.org/programs/emwave-self-regulation-technology-theoretical-basis/
.
.
Maznah Ibrahim