Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Forwarded from Parenting Maznah Ibrahim
Sedarkah Anda, Mengenai Kepentingan Perkembangan Seksualiti Anak-anak Bermula Sejak Anak Dilahirkan?

1 Penulisan Jawapan Saya di sini beserta Sharing FB Live saya, ada 3, di sini:
.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=796870783820841&id=477691842405405

.
Beberapa artikel lama saya di sini:

https://maznahibrahim.com/category/pendidikan-seksualiti-kanak-kanak/


.
Maznah Ibrahim
Forwarded from Parenting Maznah Ibrahim
Saya mohon jasa baik sahabat untuk share kepada seramai mungkin kenalan anda, sekiranya anda telah tonton dan rasa ia perlu diketahui ramai orang kerana ia penting. Jzzkh saya dahulukan. ☺️
.

(1) - Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak, 0-6 Tahun, Apa Ibubapa Perlu Tahu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787123134795606&id=477691842405405
.
.

(2) Seksualiti Kanak-kanak: Personal Safety, Peraturan Sentuhan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787200204787899&id=477691842405405
.
.

(3) Seksualiti Kanak-kanak, Personal Safety, Peraturan Sentuhan (sambungan)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787215634786356&id=477691842405405
Forwarded from Parenting Maznah Ibrahim
Bagaimana Bentuk Self Esteem anak dari 0-6 tahun
----------------------------------------------------

Kajian menunjukkan kanak-kanak usia 5 tahun sudah kukuh, dan ada self esteem. Kebanyakannya mempunyai self esteem yang baik, mahu yang elok, baik untuk diri, label elok untuk diri, tahu beza label good and bad.

Tapi tak mustahil ada segelintir anak memiliki self esteem yang lebih rendah dan negative self concept, hasil corakan ibubapa sendiri (teringat kisah benar My Name Is Idiot 😞😞😞).

Artikel ini menerangkan lebih lanjut.

http://www.washington.edu/news/2015/11/02/childrens-self-esteem-already-established-by-age-5-new-study-finds/

Saya mendapati ia logik, kerana 5 tahun pertama adalah golden age, iaitu 90% otak kanak-kanak sudah developed, dari keseluruhan dewasanya.

Kanak-kanak usia 5, pabila masuk sekolah, sudah ada self esteem, bukan dibentuk di sekolah, tetapi pastinya bermula di rumah, bukan?

It is start at home.

Last week ada alumni ehsabar bertanya saya bagaimana nak bentuk self esteem anak,

InsyaAllah saya akan buat live sharing di FB page saya berkenaan ini,

bagaimana membina self esteem anak dari usia 0 tahun hingga 6 tahun, mengikut usia mereka,

saya kata sebenarnya ia tak sukar mana, secara fitrah sahaja, dan ia selari dengan peranan ibubapa memenuhi tugas perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, mengikut usia.
.

Nantikan hari ini,

12.00-1.00 tengahari
23 Ogos 2017, Rabu.

Maznah Ibrahim.
Hypnoscript akan mudah sukses pabila bersekali dengan modelling, iaitu anda buat seperti apa yang anda nak anak buat,
.

namun perkara 'abstrak' seperti main elok-elok dengan rakan' perlu dengan :

i) tunjuk video ideal kanak kanak lain seperti Video Omar Hana (ulang pasang macam iklan),
.

ii) peringatkan/ pesan sebelum dan semasa anak sedang bermain dengan adik/kawan sebaya, (kemudian puji pabila anak berusaha perbuat seperti pesanan anda),
.

iii) ditambah SABAR YANG BANYAK untuk anak kecil, yang sedang peringkat usia otak emosi (1.5-3.0 thn) : anak sedang belajar merasai dan melepas energi emosi dirasai spontan (somehow mereka juga belajar urus emosinya sedikit demi sedikit sampaila dia matang usia 40 hehehe, utk kanak kanak at least sampai usia 6-7, dah boleh berfikir baik).
.

Keynya,
perlu kefahaman perkembangan emosi kanak kanak dan kesabaran,
.

ulang-ulang, berapa kali?
.

baca selanjutnya.


https://maznahibrahim.com/berapa-kali-cukup-untuk-peringatkan-anak-benda-yang-baik/
Anak kecil yang masih dicorakkan pemikirannya perlu didengari sentiasa,

bukan dilihat sahaja dari jauh yang mereka ni selamat dan nampak elok.

Buka hati, minda dan mata kita,
Dengari lah mereka.


Maznah Ibrahim
Bila Ibu Ibu Penat Handle Bermacam Tugas dan Urusan Seharian,

Ibu ibu jangan lupa buat 'Self Care' tau.

Yalah asyik 'care' orang tersayang, si cenonet anak anak dan si besar ayah, kini tiba masa layan diri pula... Manjakan dirimu, bebaskan dirimu.

Ia sama macam penjagaan diri juga, cumanya ia lebih personal, spesifik untuk tiap diri ibu yang berbeza dan unik.

Ia penting untuk pastikan ibu ibu seimbang, jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman - emosi, spiritual dan pemikiran sihat) dan elak 'burnout' atau meletus macam bom jangka.
.

Di sini saya senaraikan idea 10 aktiviti 'Self Care' yang ibu ibu boleh cuba buat dan 'decide' jika sesuai:
.

1. Call kawan baik bff dan sembang. Ini kalau terbatas masa nak jumpa 'live'. Ada juga yang terbatas nak sembang call, whatsap/ mesej di telegram, meluah dan berkongsi pun ok sangat, lega. Tapi bff atau kenalan ni perlulah jenis yang positif orangnya. Meet up jumpa 'live' / online dengan kawan atau geng pun ok ;) (Tangki emosi: Perkataan). Ada juga yang sesuai dengan call dan dengar suara mak sendiri :) Pun sangat ok.
.

2. Hadiahkan diri dengan buat minuman panas / sejuk kegemaran sendiri, contoh hot chocolate ke, teh tarik sihat ke, air sirap bandung ke, kopi halia best ke, heheh apa apa lah asalkan ibu minat dan sekali minum terus rasa segar sampai perut dan otak. (Pepatah lama mengatakan, gendang gendut tali kecapi kan, kenyang perut suka hati, air kegemaran juga refreshing perut dan emosi kita).
.

Sama minuman ini ialah makanan, macam goreng pisang ke, kek secret recipe ke - sama ada pergi ke kedai atau cuba buat sendiri.

Makanan/Minuman ni sesekali boleh, sedikit, bukan banyak berlebihan, nanti gula naik pula ya. Kita kan nak sihat dan gorgeous selalu.
.

3. Hadiahkan diri dengan pergi ke SPA untuk urutan seluruh badan, SPA ni ada konsep persekitaran terapeutik yang membantu lapangkan emosi kita. Jika nak bajet, kenali / cuba pengurut yang bagus, sama ada pergi ke rumahnya atau upah dia mai rumah dan urutlah dalam sejam gitu. (Tangki emosi: Sentuhan)
.

4. Pergi bawa diri berjalan / window shopping, atau ke alam semulajadi yang ibu suka macam air terjun ke, sungai ke, track senaman ke, berbasikal ke, panjat gunung ke dan apa apa sahaja asalkan sesuai dengan diri dan ibu akan rasa 'release'. (Tangki emosi: Masa istimewa)
.

5. Menonton wayang / cerita yang inspirasi untuk diri. Dah lama tak tonton wayang / konsert, boleh pergi jika ada cerita sesuai. Ia sama juga, tidak perlu sampai banyak kali, sesekali akan banyak membantu hiburan seperti ini. (Tangki emosi: Masa istimewa)
.

6. Mandian air suam dengan bauan pati bunga yang menenangkan dan refreshing. Sama orang berpantang, ada mandian suam herba akar kayu, ia sangat menyegarkan urat dan badan seluruhnya. (Tangki emosi: Masa istimewa)
.

7. Join anak anak main sekali ! Ha ini kena sporting la ya, berlari sama, melompat sama, terbangkan belon sama, layangkan layang layang / wau sama. Memang rasa emosi ringan sangat. Sebab aktiviti kanak kanak secara fitrahnya ni memang meringankan emosi sebab kanak-kanak amat mudah let go dan lupa segala perkara berlaku bila mereka bergerak.
.

8. Membaca. Ada ibu ibu dah lama tak membaca. Bila dapat membaca buku novel cinta masa zaman remaja dulu/ komik, dapat baca lagi, fuhh best juga layan. Again, bukan tiap hari sampai ketagih, tapi sikit sikit aja.
.

9. Dengar lagu kegemaran lama lama masa zaman muda dulu, 90-an kita. Bila sesekali dengar, memang best layan emosi muda dan ringan tu. Sambil senyum sorang-sorang, ibu sendiri saja tahu. Hehehe.
.

10. Pergi tempat yang boleh jerit sekuat hati. Contoh bukit ke, laut ke, karoake ke, asal dapat jerit bebas tak kisah orang nak kata apa. Puas hati dan anak perut, hehehh.
.

Apa pun, pastikan aktiviti sihat, selamat dan berkat ya.

Ia akan activate sistem emosi positif di otak ibu ibu: 'Care/Attachment System', 'Play System' dan 'Seeking System'.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Sentiasa ucapkan perkataan self soothing untuk diri anda sendiri,

kerana perkataan ada energi.

Perkataan elok, energi elok, baik, positif.

Perkataan tak elok, energi tak elok, tak baik, negatif.

Setiap usaha anda cuba buat baik setiap hari kepada anak anak,

tetap dikira dan dicatat amal kebaikan,
walau hanya niat,

dan setiap yang tak baik, hanya dicatat pabila dah buat tak baik, itupun tetap ada maafnya bila tak da niat.

Jadi sentiasa niatkan yang elok, yang baik baik,

sebab bila takda pasang niat apa pun yang negatif sangat mudah dekati dan serapi diri.

Pause dan reset niat baik sekurangnya 5 kali sehari, setiap kali lepas solat wajib 😉,

sebab ia perlu diulang ulang banyak kali setiap hari,
bukan sekali sahaja setiap tahun tau 😘.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Selamat Hari Merdeka semua,

ceritakan pada anak anak mengenai perjuangan tok nenek kita dahulu,
sebelum merdeka,
bagaimana ditakluki dan dijajah,
dan bagaimana bebasnya mereka kini.

Fateh kata : bertuah Fateh hidup zaman ini.

Saya tambah lagi mengenai bertuahnya dia ada ibubapa yang banyak bantu dia untuk nikmati hidup yang lebih baik, disokong dan 'berjiwa merdeka', untuk berjaya kelak.

"cerita sitai, kisah jati diri anak merdeka",
sudah ditunjuk pada dia masa usia dia 3,
tak sangka dia masih ingat,

tanpa dia tengok semula cerita itu,
dia boleh recall cerita itu.
Subhanallah.
Memori dan hati anak kecil, amat kuat.

ini video Fateh sudi dirakam nak cerita pada kawan-kawan,

selepas rakam ini,
dia nak tengok lagi cerita Sitai.

Mummy buat video ini dulu, lepas ni baru beri dia dan KN 3 tahun tengok sama.😉

Tahniah ayah Fateh, Khairul Nizam
pengorbanan ayah Fateh pasti dia ingati,
mcm Sitai dan ayah nya..

Oh ya, link video Sitai oleh Saiful Nang,

https://youtu.be/pKhI5kzFjNQ
Apapun,
masa usia emas mereka tak berulang kembali, kan.

Jadi manfaatkan sebaik mungkin masa anda bersama mereka,
nego sebaik mungkin 'demand' permintaan mereka,
stick to the rule,
tapi masih boleh dibawa berbincang
dan tolerate.

Jika boleh diberi,
apa salahnya,
macam belon helium ke,
kuda pusing ke,
apa apalah,
sesekali😘,
bukan setiap kali, atau semua permintaan mesti dipenuhi.
Within out badjet of course.

Jika keluar,
pastikan set the rule before outing,
brief mereka apa akan dilakukan, dibeli,
balik pukul berapa,
then buat apa (contoh mandi, solat, tv sebentar, tidur)

Anak anak akan sentiasa test limit kita (namanya boundary/batasan),
dan mereka akan amat suka bila di contain dalam kontena selamat (makan minum tidur cukup, arahan jelas, aktiviti boleh expect/jangka apa akan berlaku, apa boleh apa tak boleh).

.
refleksi,
maznah ibrahim.
Bagaimana Nak Terap Disiplin Anak Membeli Barang Mainan

Rule : Sebelum, semasa dan selepas.
.

🔜Sebelum: ingatkan mereka, apa boleh apa tak boleh. Contoh setiap anak boleh pilih satu mainan sahaja. Jika kedai eco sudah tahu nilai nya RM2, boleh beri duit di tangannya siap siap (untuk latih berani beli, beratur dan bayar barang dibeli sendiri).
.

🔛Semasa: ingatkan mereka rule tadi jika nampak mereka ralit / terlupa
.

🔚Selepas : puji dan sentiasa kaitkan dengan syukur Alhamdulillah terima kasih Allah sebab mereka dapat mainan. Boleh review dengan mereka pada awal guna teknik jika mereka tidak berjaya, juga mengenai mereka beli lain mainan dari dirancang.
.

Kaedah sama saya guna jika anak kecil saya dahulu nak ke taman permainan dan saya dapati dia sukar nak balik bila tiba masa.
.

🔜Sebelum: beritahu kita main 30 minit/ 15 minit sahaja sebab masa singkat.
.

🔛Semasa: remind masa balance lagi berapa berapa minit, cth dari 30 minit kepada 15 minit, kemudian 10 minit, 5 minit dan hingga tinggal 1 minit.
.

🔚Selepas tamat masa: Konsep babai 👋 Babai taman permainan, (atau babai air terjun), lain kali saya datang lagi ya. Puji mereka kerana berjaya ikuti peraturan masa itu.
.

Sebenarnya mudah bila dah latih dari awal.
.

Macam beli barang mainan ni, saya latih Fateh sejak usia 4 bila kedai eco ini dibuka di sini. Lagi kedai ini dekat aja dengan sekolah dia, kalau balik tu terus ke Arau memang lalu dan nampak la dan godaan amat tinggi untuk dia (darah O juga macam saya).
.

Jadi saya gunakan duit syiling mereka dalam tabung, beri siap-siap.
.

Mula mula Fateh (sebab dia ekstrovert sangat mudah terpengaruh luaran) amat sukar nak disiplin, lelama dia boleh dengan mudah, dia akan round dan pilih beberapa kali dan finale kan satu pilihan item sahaja.
.

😃Boleh, dan mudah. KN lagi mudah sebab dia lagi kecil dan ikut abang dia.
.

Maznah Ibrahim.

+sharekan / tag suami dengan rakan anda yang mungkin perlu tips ini.

video di sini: (saya buat Jumaat lalu sebab ada kawan tanya camana K.Maz buat, latih anak beli 1 item sahaja)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=283791019069735&id=477691842405405
untuk semua ibubapa yang membaca ini.
syabas anda telah berusaha, dan cuba lakukan yang terbaik setiap hari 👏👏👏 untuk anak anak anda.

tutup mata pada ketidaksempurnaan
kerana proses melatih diri menjadi dan mencuba lebih baik setiap hari,
adalah amat besar nilainya,
walau progres nya anda nampak macam kecil.

Impaknya tetap ada,
usah mengalah,
petanda nak dekat jaya tu ialah pabila lagi diuji dan diuji kerana anda diuji dengan ilmu, dan kemahiran yang anda sudah ada,
walau dengan bacaan ringkas sahaja.

go ahead.
move forward.
do better in your every single day.😊😉
reward yourself,
do self care.


🌻
maznah ibrahim.