Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Benda ni murah saja,

magnet dalam plastik kedai runcit kecil,
RM1 sekali ada dua belon,
magnet 6 keping, comel belaka.

Beli semalam dengan KN berdua.

1 untuk dia dan 1 untuk KN,

Kemudian kami pergi lagi bertiga dengan Fateh dan KN, nak beli 12 pek untuk kawan kawan dia, dia kan suka memberi. Total RM12 sahaja. Gembira untuk 12 kanak kanak. Itu setelah dibincang bersama nak beli untuk siapa, kelas mana.

Balik dari sekolah,
dia sudah ada total 2 set.
1 lagi Fateh dapat sebab dia ingat ada lebih, beli 12 untuk rakan sekelas,
dia kata ada lebih, sedangkan Fateh dah ada dah mummy beli semalam.
(Mak nya memang niat 12 tu sekali tuk dia,
tapi memandangkan dia jujur gitu, adil saksama, mak senyap aja tak kata apa apa haha 😊😊😉)

Dia request nak lagi.

Sebbaik mak senyap, apply teknik RESPOND bukan react,
biasa ada react juga, jawab tak boleh terus,
harini senyap aja, tapi tanya:

"Fateh nampak excited. Fateh nak buat apa?"

dia jawab, Fateh nak buat robot, Fateh ada idea.

"Fateh nak berapa lagi untuk buat robot?"

dia kata, dia perlu 2 lagi untuk idea dia, siap jadi robot.

"OK boleh".

Malam nya, dia tunjukkan,

rupanya tak cukup,
dia plan kena tambah lagi 4 sebab baru dapat 1 tangan.

Layan.
Raikan.
Simple, tapi itu level idea dia.
Mak bangga dan support kamu, Fateh ku.

#FatehInitiativeStageDevelopment
MACAM MANA NAK HYPNOTISE DIRI ANDA JADI IBU YANG KEKAL POSITIF
.

1. Baca (LIHAT) banyak-banyak bahan bacaan positif kaedah kendali anak, seperti buku skrip teknik mendorong anak gaya nabi. Ni semua pada masa kini ia mudah didapati, dan bantu cepat. Bila kita baca banyak banyak bahan baik, minda kita mudah ke arah bertingkahlaku baik.
.
- Sama sebaliknya, kisah ibu negatif, abuse, video negatif semua elakkan dibaca dan dilihat ya, sebab kita nak pelihara LUA positif kita.
.
- Jujurnya saya jarang tahu kes viral sebab saya set LUA positive parenting. Bukan jadi katak bawah tempurung, tapi nature kerja saya sahaja memang banyak energi negatif, jadi itu cara saya nak pelihara LUA saya. Anda juga boleh pilih begitu.
.
.

2. DENGAR banyak banyak perkara baik-baik. Untuk ini, selalu dengar ayat dan kata-kata perangsang positif mungkin dari ikon kegemaran anda, di audio atau video youtube (Contoh Ibu Rose - Mesejnya Kasih set audio, atau live video) ia membantu menge set dan menghala minda ke arah positif - emosi dan pemikiran.
.

Contoh jika selalu dengar lagu berjiwa sedih kecewa, jiwa anda mudah terbawa-bawa ke emosi dan pemikiran negatif.
.
.

3. HATI - akan tersentuh dari dua deria di atas iaitu penglihatan dan pendengaran. Boleh juga sentuh hati dengan kata kata benar dari Qalamullah - baca Quran konsisten setiap hari, jangan tinggal. Sebaiknya baca juga terjemahan agar faham, jika nak baru mulakan, baca aja arab Al Quran tu bagi vibrasi positif circulate dalam menggetarkan jiwa hati kita ni.
.

OK itu 3 tips untuk kekal Positif ya.
.

Cuba amalkan secara konsisten.
.

PPH - Pendengaran Penglihatan Hati
.

Ibu Biasa Berusaha Seperti Anda,
Maznah Ibrahim
7 MATLAMAT KEIBUBAPAAN HARI INI

Ramai berusaha dan berniat nak jadi ibubapa positif setiap hari,

tapi ramai juga tersasar,

tiap kali tersasar, ingatlah anda di 'track' yang betul, sebenarnya 😉

Sebab yang diuji ialah yang berniat dan mengaku mahu berubah,

Ia tanda Allah sayang,
Allah dekat,
Allah perhati,
Allah nak BERI apa anda hasratkan itu, dan
Allah nak naikkan darjat ibubapa sabar diri anda itu.

BERTUAHNYA diri kita diuji.

Jadi,

DOA,
SABAR,
SANGKA BAIK,
TERUS PERBUAT BETUL.

Mulakan yang kecil kecil dulu, matlamat anda hari ini.

Contoh:

1⃣. Niat dan AIM kan nak RESPOND' pada anak, tidak react.
.
sebab kerapkali mak ayah tersilap react dulu tidak respond kepada apa anak nak sampaikan sebenarnya.
.

2⃣. Nak anak nampak wajah baik anda, yang manis, iaitu anda SENYUM pada anak, pandang matanya 😍
.
Sebab kerapkali anak nampak wajah mak ayah masam serius, bila nak marah / tegur, mereka jadi takut nak cakap / cerita.
.

3⃣. DENGAR dulu cerita anak, baru kita bercerita padanya. (konsep give first).
.
Kerapkali mak ayah cakap dulu baru anak boleh cakap.
.

4⃣. Katakan YA kepada permintaan anak, BOLEH, kemudian baru TAPI .. (Boleh main kat playground, tapi kita tak boleh beli mainan/makanan manis, Mama dah bawa air masak dan bekalan buah).
.
Kerapkali mak ayah kata 'tak boleh' tanpa fahami seluruh makna permintaan anak itu kerana trigger momen lampau dengan anak.
.

5⃣. PUJI anak dulu tiap kali sebelum TEGUR dia. "Bagus berani kakak nak kacau air panas ni, tapi kacaulah pelan pelan agar tak merecik", "Berani dan kreatif abang nak gayut dalam kereta, tapi kita HANYA boleh gayut kat playground, lebih selamat dari dalam kereta".
.
Kerapkali mak ayah terus tegur silap anak, lupa nak puji niat sebenar dan bakat anak bijak aktif ini.
.

6⃣. Aim kan dapat PELUK setiap anak, sebaiknya waktu pagi, untuk mulakan hari dia. Peluk minima 16 saat, buat sekurang nya SEKALI sehari. Kemudian tambah bilangan ke 3 dan 5 kali sehari.
.
Kerapkali mak ayah terlupa nak hadiahkan pelukan lama powerful untuk anak ni, sebab masa terhad sangat. Kualiti sekali sehari dah memadai.
.

7⃣. Masa nak tidurkan anak malam tu, DOA kan untuk dia, sebutkan hasrat dan apa kita nak pada dia, bagi DIA TAHU dan DENGAR, sebut yang positif dan elok sahaja perkataannya,

> contoh tak nangis bangun pagi kepada bangun pagi ceria dan senyum gembira.

[ Ammar senyum bangun pagi esok,
Ammar gembira nak ke sekolah esok,
Ammar solat subuh awal pagi esok,
Ammar cepat siap ke sekolah, etc...]
.
Kerapkali mak ayah doa dalam solat aja anak tak dengar apa kita doakan untuk dia, atau dia tidur dengan doa sebelum tidur saja, tak ada mesej untuk tingkahlaku baik mereka esok.
.
.

Kongsikan dengan pasangan anda dan rakan anda ya Terima kasih😃

Maznah Ibrahim.
TIPS TIDUR KUALITI ANAK:

Mula masuk katil/bilik tidur untuk Tidur selepas solat isya',

Adakan rutin momen istimewa seperti bacakan buku, storytelling sendiri, golek golek gelak main dsb (tangki layanan dan masa istimewa),

Doakan untuk anak, beri dia dengar (tangki perkataan baik)

Sebutkan apa mahu dia jadi esok (tangki perkataan baik),

Temani dia tidur bersama (tangki masa istimewa),

Gelapkan seluruhnya bilik agar gelombang otak tak terganggu, dengan tiada hp/laptop charging,

Pasangkan alunan surah Al Mulk dengan amat perlahan,

Cium dahi dan peluk mereka (tangki sentuhan)
.

Maznah Ibrahim
Jum Mulakan Awal Pagi Anda dengan:
.

🔛BismillahirRahmanirRahim
.

Lakukan:
.

1⃣ Pernafasan Dalam - In, Out, In, Out (6 kali)
.

2⃣ Sebut Alhamdulillah, nyatakan kesyukuran hari ini (masih bernafas, mata melihat anak, telinga mendengar bunyi aircond/kipas/dengusan anak/ azan/ alunan Quran/ dll, hati masih boleh merasai.
.

3⃣ Niatkan, nampakkan, segala urusan hari ini akan berjalan dengan lancar, terbaik, dan positif.
.
.

Ini untuk membentuk Momentum Hari Anda Yang Positif Tertinggi.💯

Saya yang berusaha,
Maznah Ibrahim.
PILIH YANG BETUL DAN BAIK SAHAJA
- NO MEANS NO
---------------------------

Jaga dan pelihara LUA kita,
Fikir yang baik-baik,
Rasa yang baik-baik,
Melihat yang baik-baik,
.

Sebab semua yg kita lihat + dengar tu mudah serap, meresap dalam diri,
.

Dari deria frontliner otak-mata-telinga-ke hati, jadi kepercayaan dan tingkahlaku,
(90% adalah subscons mind,
10% terjemahan di luaran yang orang nampak: iceberg).
.

So, PILIH YANG BAIK TERUS
Tak perlu cuba cuba.
Sebab nak sihat semuanya - baik dalam dan terjemahan di luarannya.
.

Saya melihat decision berasaskan Allah berbanding SELAIN Allah (hanya Iblis/Syaitan) (pilihan kerana sebab diri sendiri pun tak boleh percaya sebab dikhuatiri ada unsur bisikan syaitan berjaya goda),
Adalah amat penting,
Skil dalam Khalifah Method,
The Power of Choice,
Allah vs Syaitan.
.

Terjebak, memang Parah.
Sukar nak reverse nor.
.

Skill ni ajar ke anak,
Untuk decision making,
Cth video ganas, keburukan, perkataan, makanan jajan,
Terus pilih No.
No kompromi.
.

Untuk ajar anak, mak mula dulu.
No Means No.
.

Amal surah kahfi sebagai pelindung dari dajjal dan fitnah dunia kini. Nauzubillah.
.

Dan amalan asas SOLAT sebagai disiplin,
Tiang - dirikan - solat awal waktu buat dulu.
Celah tiang - baru masukkan aktiviti/agenda lain,
.

Dan Al Quran dahulukan,
sebagai asas ilmu pertama dan utama,
sebab ia haq anak,
mesej dan qalam dari Pencipta anak kita,
dan kita sendiri.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
.

*kalau FB tu ada terdetik sesuatu tak baik, tak perlu cuba nak lihat, decide terus tak perlu lihat, sangat bahaya. Biar media sosial untuk saluran kebaikan sahaja.

*kalau anak atau mak pak terjebak, ajar terus zikir istighfar dan solat sunat taubat ok.

============

How to decide?

Saya pernah tulis dalam salah satu email saya.
.

Saya ajar ke Fateh.
.

1) Cara saya, Letak tangan kanan ke jantung,
Breathe (bernafas dalam),
Tanya diri,
Ini pilihan baik Allah suka ke saya suka?
Contoh jajan,
Spontan anak akan jawab, ini pilihan diri dia, bukan Allah,
Dia tahu,
Allah sentiasa yang baik dan elok sahaja.

So, tak perlu.
.

2) Kaedah kedua ni saya belajar dari Dr Siti Earlyedukids,

Anak nak sesuatu,
Ada 3 syarat,

i) Allah suka?
ii) Rasul suka?
iii) MakAyah suka?

Jika 3 layer ni tak lulus,
No Means No la 😂.

Okay, cubalah ya.
.

Maznah Ibrahim
Reunion Dengan Anak Bagi Ibubapa Bekerja
.

Sebaik kembali dari kerja selama 10-11 jam,
.

dan berjumpa semula dengan anak-anak,
.

Ingat, anak-anak perlu satu special Time In sekitar 10 minit sahaja :
.

♥️ pandang wajah mereka full, hadiah visual untuk mereka,

♥️ dengari cerita, hadiah pendengaran untuk mereka,

♥️ fokus, full heart, hadiah hati kasih sayang anda untuk mereka.

Always PPH, pendengaran penglihatan dan hati.
.

Kerana mereka rindukan anda,

Mereka telah bergelumang dengan setting persekitaran yang lain,

dan mereka perlu satu bridging time untuk anda sebagai Ibubapa reconnect dengan mereka agar mereka tune in masuk ke sistem/setting keluarga anda pula.
.
.

Reminder diri bersama,
Maznah Ibrahim.
Antara Punca Ibu Ibu Marah Anak ialah:

Kepenatan Fizikal Melampau. Handle anak anak, kerja rumah dan kerja pejabat seharian.

Badan exhausted, emosi dan akal tidak dapat diimbangi, penat emosi, mental dan marah mudah merajai.

Cuba beberapa cara ini, ada dalam artikel ini ya.


Maznah Ibrahim

https://maznahibrahim.com/ibu-cepat-marah-apa-sebenarnya-punca-dan-cara-kendali-diri-dan-anak/
bismillah.

hari sentiasa berganti hari baru.

semalam adalah semalam yang telah dilalui.

tidak dapat diganti.

kesedaran diri untuk MAHU yang lebih baik adalah amat penting,

disusuli dengan DECISION untuk terus melangkah dengan BAIK, dan BERMANFAAT,

demi : diri sendiri, dan orang tersayang,

terutama anak anak yang meneruskan legasi anda.

teruskan PILIH YANG BAIK dan BERI MANFAAT sahaja.

maznah ibrahim.
👆gambar 2 tahun lalu😄
Isu penting,

hayati dan prihatin,

isu ini,

nak nak bila berkumpul ramai dengan sedara mara,
just listen to our children, dan trust mereka.

pedofilia ialah orang dewasa samada lelaki atau perempuan yg berminat seks / manipulasi seksual dengan kanak kanak belum akil baligh, tak kira jantina ya.

https://maznahibrahim.com/fahami-pedofilia-untuk-lindungi-anak-dan-mainkan-peranan-kita/
3 Tips Mudah & Pantas Penuhi Tangki Emosi Anak Musim Cuti Sekolah (Atau Bila-bila Pun)
.
.

Cuti-cuti sekolah dan peristiwa keraian ni, rasanya tangki masa diluang bersama keluarga bertambah, berlimpah ruah dari biasa (mungkin).
.

Namun bila banyak masa bersama dan banyak faktor luaran masuk ke dalam sistem keluarga dan anak kita, banyak la pula ragam dan onak liku nya.
.

3 Tips ini mungkin membantu, pabila anak cuba bercakap sesuatu dengan kita, mereka nak engage dengan mak ayah sebenarnya.
.

1) Pandang tepat mata nya, sama level
.

2) Sentuh bahu nya dengan sebelah tangan (sentuhan fizikal - boleh juga usap belakang/kepala sebentar)
.

3) Beri perhatian penuh tanpa berbelah bagi.
.
.

30 SAAT (atau tak sampai pun, sebab anak dah habis bercerita, terkesima mak layan best macam raja/puteri),
.

TANPA celah atau bertanya atau menegur.
.

Full beri perhatian dengan dorongan minima suara (hmm, ooh, aaa, ahaa, oohh) jika tak tahan nak keluarkan suara juga 😂.
.

Tengok hasil.
.

Tangki emosi positif meningkat (tangki layanan, sentuhan dan masa istimewa).
.

Anak gembira lain macam.
.

Anak mudah dengar kata, ikut kata, bekerjasama.
.

Mengapa?
.

Kerana anak rasa didengari, dihargai dan disayangi. Saya penting.
.

Yelah di celah-celah event orang dewasa banyak sangat, kan?
.

Rupanya suara hati kecil saya ini juga penting 😊😉😚.
.
.

reminder diri,
Maznah Ibrahim.