Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Anak Adalah Cerminan Ibubapa.

Mahu anak cakap elok-elok, Ibubapa perlu cakap elok-elok dengan anak.

Selalu sebut 3 perkataan ini: “Tolong”, “Minta Maaf”, “Terima kasih”. Anak akan sebut 3 magic words ini selalu.

Mahu anak sentiasa minta maaf dan sedar kesalahannya, Ibubapa yang mulakan dahulu meminta maaf bila sedar kesilapan mereka.

“Mama minta maaf sebab tadi Mama tertinggi suara masa nak minta abang masuk tidur. Lain kali Mama akan cakap elok-elok tapi Abang dengarlah cakap Mama ya.”

Mahu anak yang ceria dan happy selalu, Ibubapa perlu tunjukkan emosi dan cipta suasana ceria dan happy selalu.

“Kita nak pergi mana semua? Kita nak pergi bersenaaaaam. Lepas tu kita gi makan kat kedai capati ya”.

Mahu anak yang sabar dan boleh menunggu, Ibubapa perlu selalu bersabar dengan kerenah anak dan boleh menunggu.

“Fateh, Mummy tunggu ni, Mummy beri lagi 5 minit Fateh tutup tv dan masuk tidur ya”.
-- “Okay Mummy”.
“Khairunnisa’, kakak gatal ya. Garulah. Nanti dah habis garu bagitau Mummy”.
-- “Kakak nak Mummy gosokkan..”

Jadilah apa yang kita nak anak jadi.

Oleh: MI
BINA/TINGKAT SELF ESTEEM ANAK:
GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK
.

Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka.
.

🏆 Waah.. ANAK HEBAT ayah berjaya buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri)
.

🏆 MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, ..)
.

🏆 You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah.
.

🏆 It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik.
.

🏆 BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara.

🏆 BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia.
.

🏆 Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math).
.



🔜 PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga.
Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti ;)
.

🔜 Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak.
.

❤️
Oleh : MI
Kait dengan penulisan tentang entropy dan parenting haritu,

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=806427102865209&id=477691842405405
.

bila tak set apa apa LUA (Law of Universal Attraction) positif hari anda setiap hari,
.

hari anda mudah aja 'tertarik' kepada perkara/situasi negatif.


Jadi, caranya:
.

Pagi sahaja, bangun, terus buat set minda LUA positif:
.

🅰 hari ini aku positif
🅰 hari ini emosi aku baik baik
🅰 hari ini anak anak aku emosi baik
🅰 hari ini perjalanan hantar anak lancar
🅰 hari ini kerja aku siap dengan cemerlang

.

Usaha beramal dengan ilmu ya.
.

MI
Assalamualaikum salam sejahtera,
Didoakan hari anda terbaik dan positif hari ini.
😊🏆
Kurangkan pergaduhan antara adik beradik, dengan:

🔛Kenali Bahasa Cinta Setiap Anak...

🔛Mulakan dari dalam kandungan, bonding mereka, sebaik anda mengandung setiap anak baru.

🔛Setiap anak special dan memiliki 100% kasih sayang anda dan tempat sebagai anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Tempat ini tak boleh diambil alih oleh sesiapa pun!
.

Maznah Ibrahim
.

Dapatkan
Ebook Mini PERCUMA saya yang dikeluarkan 2 tahun dahulu,

Alhamdulillah ketiga anak saya 'Baik' dan Ngam,

saya buat sendiri semua tips tu semasa mengandung anak kedua, dan konsisten menjadi sampai anak ketiga kini (Alhamdulillah dengan Izin Nya),
.
.

gaduh sikit sikit tu normal tau,

tak normal kalau tak gaduh,

tapi kita tak mahu sampai wujud perasaan dendam, benci dan sengaja cipta konflik tanpa wujud secebis kasih sayang sejati.. sampai besar, kan?
.
Kita mahu tanam dan develop 'Care System' di otak mereka, bagi komponen Bonding hubungan antara adik beradik selain Bonding hubungan antara IbuBapa-Anak, agar mereka kuat dan teguh dalam aspek EQ (komponen perhubungan manusia) pada masa hadapan.
.

Tips Adik Beradik Ngam Sejak Dalam Kandungan

ebook.maznahibrahim.com/ngam

*pls share link Ebook ini dengan rakan anda yang mungkin sedang mengandung anak baru / yang alami buntu konflik pergaduhan anak anak mereka. Terima kasih 😃
Apa saja yg anda lakukan untuk si anak,
walau sekecil zarah, atau cuma pasang niat,
tiada satupun yang sia-sia pada Nya,

Anak mungkin tidak 'nampak' sekarang,
tidak 'hargai' sekarang,
tapi ibarat mengukir di batu dengan air,
lama lama ada kesan jua,
dan tiada satupun yang sia-sia pada Nya.

Teruskan buat yang baik dan terbaik!


Maznah Ibrahim.
👆 sahabat seperjuangan IPN saya buatkan 😊😃😍. Terima kasih adik Rodhiah.
GUNA PERKATAAN INI BILA ANAK BUAT SILAP

Kerapkali kita mudah marah bila sesuatu berlaku di luar jangkaan kita. Sebab apa? Sebab fitrah kita manusia ni mahu semuanya baik-baik, 'in order and in place', teratur.

(BACA LANJUT DI SINI..)

https://maznahibrahim.com/perkataan-power-bila-anak-buat-silap/
Kadangkala,
atau biasanya tiap anak ujiannya lain - lain,

Kadangkala,
atau biasanya kita bila penat terungkap perkataan tak enak di telinga si anak,

Kadangkala,
atau biasanya anak anak ada rasa diri mereka menyusahkan ibu bapanya,..😔

Moga anak anak percaya dan rasa,
kita walau susah macam mana pun,
kita tetap enjoy dan gembira besarkan mereka..

Andai ada buat salah pada anak anak,
Mohon lah maaf spesifik kepada mereka,
atau umum sahaja buat permulaan jika ego / segan..

Mengharap keredhaan Allah jua,
atas setiap ujian dan kesukaran yang kita rasai.
Sesungguh nya doa anak kecil itu tak kurang hebatnya macam doa seorang ibu.

Maznah Ibrahim.
TUNE IN SKILL FOR PARENTS

Antara teknik dalam EHSABAR LEVEL 2 ialah belajar dan praktis skil 'Tune In' secara verbal dan nonverbal untuk komunikasi berkesan dengan sesiapa yang kita mahu deal. Anak, suami, rakan, etc.

Bagaimana ya?

Saya share asas.
Jika emosi anak excited No 9/10, ibubapa sebaiknya respons excited juga tahap 9/10. Baru Matched. Puas.

Sebaliknya jika anak sedang sangat marah 9/10, ibubapa sebaiknya respons SABAR 9/10 ya 😅. Sabar, sabar...

Jangan sama kan mereka anak kecil dengan diri kita. Usia mereka jauh beza dengan usia kita. Maka tanggungjawab kita memang besar untuk mengasuh,
mendidik dan melindungi mereka.


Maznah Ibrahim
Ada Yang Bertanya Pasal Time Out,

Begini cerita dan methodnya.

Penulisan penuh di sini beserta link artikel kajian berkenaan di dalam penulisan saya ini.

👇👇👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=741145909393329&id=477691842405405
.

suka quote dlm ayat artikel berkenaan:

"Misbehavior is often a cry for help calming down, and a bid for connection".

- ingat pasal iceberg yang selalu saya bentangkan, misbehaviour / tingkahlaku mencabar anak adalah satu petanda di atas iceberg (10%), dan puncanya ialah dalaman mereka, ada sesuatu yang mereka perlukan tak dipenuhi (90% punca adalah bawah dari iceberg kelihatan itu),

1) hayati berkenaan 5 tangki emosi?
2) do self reflection / muhasabah diri selalu,
3) TIME IN selalu.
.

Maznah Ibrahim.
Ahad semalam, gi cuci kereta di tempat cuci robot (namanya dipanggil oleh si anak).

Hmm..

Takut juga bila kena gear N dan jangan picit minyak 😁.

Fateh kata,

"Tak pa Mummy, Sabar dan Doa.. ++++(apa tah dia kata lagi)".

(Aik, macam pernah ku dengar dua keyword itu 🤔)

Oh ya, baru sebut pagi itu.

Fateh bising kereta robot dia hilang.

Saya ajak dia baca Innaliahi wa inna ilaihi rojiun...

Moga barang hilang akan kembali pada dia.

Saya keep sebut Sabar dan Terus Doa,
Allah akan tolong.

Always relate dengan kuasa lebih besar iaitu Allah, bukan pada manusia.

Masa cuci kereta ni,
dia tenangkan saya.

Saya cepat cepat repeat lakonan emosi mak dan tengok dia respond ayat itu camana.

Inilah dia rakamannya.

1. anak ikut skrip kita sama da baik or buruk 😔 (part buruk tu Allah, sedih rasanya, part baik, kita kongsikan).

2. keep sebut keyword penting sewaktu event berlaku, macam Nabi Muhammad hero, Ayah hero, Fateh usaha pasti boleh. Tetiba teringat tadi KN panjat motor nak sidai baju, dia hypnoscript sendiri "Kakak boleh, kakak berusaha pasti berjaya"😁😂 hebat kakak), agar terkesan dan boleh relate benda abstrak dengan kehidupan sebenar.

Itu aja nak share.

#MummyMazMoment

video Fateh:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214462182600733&id=1004411173
Hilang penat ayah jaga anak anak bila anak kecil KN buatkan kopi untuk ayah masa mak tiada.

Anak 3-6 Tahun Yang Berusaha
(Initiative vs Guilt)

Anak yang berusaha buat sendiri semua,
diberi galakan dan pujian,
diletakkan kepercayaan yang dia boleh proceed idea, dan daya usahanya,

sebaliknya anak mudah rasa bersalah jika / bila dimarahi sebab berusaha buat sesuatu lepas tu silap/tak sempurna dan kecah (sepah) semua, dimarahi dipersalahkan semua, anak akan rasa bersalah.... (sampai besar mudah trigger tau, sikit sikit rasa bersalah, sikit sikit rasa bersalah, tak konfiden...😔)

Minggu lalu penuh hari kursus di UPSI,

ayahnya KN ttiba anta report ini,

Allahu, bangganya rasa hati ibu, sayu juga ada, tak sangka,

dan, hmm kagum lagi ada sebab si ayah sangat supportive, semua pun 'boleh!" hehehe,

mak ni beri juga la kadang tertahan juga,
dari 10 kali dia nak buat nak buat (cth cedok beras, basuh beras, buat pankek, masak pankek kuali panas semua), dalam 8 kali mak beri, dua kali mak saja saja delay sebab nak siap sendiri cepat (hahahahaha tetiba dah siap baru beri dia buat, mcm mop tu hehehe 😄😄😄)

ayah dia jarang, tapi tiap kali anak request itulah, 100% ayah beri ruang peluang, always said "BOLEH!".

bab kopi tu, KN biasa buat bersama,
semudah tlg pegangkan tangan saya sekali untuk cedok pun dia dah rasa puas hati, macam dia buat sendiri 😁

Biasa kami dua kata,
"Ayah, kopi dah siap, kakak buatkan"
Ayah puji melambung,
KN muka happy benor, bangga anak kecil yang tulus suci hatinya,

self esteem.

Mahal harganya,
tak dapat dibayar,
tapi dapat diraih percuma,
bila kita tahu ilmu perkembangan kanak2,

oh ya, ada pernah tulis di blog, baca sini ya.

https://maznahibrahim.com/bagaimana-nak-buat-anak-tak-mudah-putus-asa-yakin-diri-dan-berinisiatif/

#KNInitiativeStageDevelopment