Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
APAKAH GAME KLASIK PERTAMA ANDA DENGAN ANAK YANG SANGAT BERMANFAAT UNTUK PERKEMBANGAN MEREKA?

Game ‘Ba Ba Chak’

Nampak macam game mudah, namun ia ada elemen mencari (‘seeking’) yang besar pengaruhnya dalam kehidupan seorang anak kelak.

Ia menggalakkan ciri semulajadi anak manusia berfikir dan mencari jawapan kepada persoalan dalam diri.

Klik untuk bacaan lanjut.

https://maznahibrahim.com/game-klasik-pertama-anda-dengan-anak-yang-sangat-bermanfaat-untuk-perkembangan-kanak-kanak/
KESAN KERAP MARAH ANAK: KESAN NO 5 PALING NAK ELAKKAN

Ramai tidak tahu apa kesan lebih jauh pabila marah anak; kepada otak, emosi dan tingkahlaku mereka.

Kesannya berpanjangan kepada kehidupan dewasanya kelak.

Kalau dacing tu, timbangan marah lebih banyak dan lebih berat, melebihi dacing satu lagi, tunjukkan cara marah dengan cara lebih santun, wajar dan sesuai diterima anak manusia (kita bukan binatang ya).

Baca lanjut untuk ketahui kesan marah pada anak

👇👇👇

https://maznahibrahim.com/apa-kesan-marah-pada-anak/
Anak Adalah Cerminan Ibubapa.

Mahu anak cakap elok-elok, Ibubapa perlu cakap elok-elok dengan anak.

Selalu sebut 3 perkataan ini: “Tolong”, “Minta Maaf”, “Terima kasih”. Anak akan sebut 3 magic words ini selalu.

Mahu anak sentiasa minta maaf dan sedar kesalahannya, Ibubapa yang mulakan dahulu meminta maaf bila sedar kesilapan mereka.

“Mama minta maaf sebab tadi Mama tertinggi suara masa nak minta abang masuk tidur. Lain kali Mama akan cakap elok-elok tapi Abang dengarlah cakap Mama ya.”

Mahu anak yang ceria dan happy selalu, Ibubapa perlu tunjukkan emosi dan cipta suasana ceria dan happy selalu.

“Kita nak pergi mana semua? Kita nak pergi bersenaaaaam. Lepas tu kita gi makan kat kedai capati ya”.

Mahu anak yang sabar dan boleh menunggu, Ibubapa perlu selalu bersabar dengan kerenah anak dan boleh menunggu.

“Fateh, Mummy tunggu ni, Mummy beri lagi 5 minit Fateh tutup tv dan masuk tidur ya”.
-- “Okay Mummy”.
“Khairunnisa’, kakak gatal ya. Garulah. Nanti dah habis garu bagitau Mummy”.
-- “Kakak nak Mummy gosokkan..”

Jadilah apa yang kita nak anak jadi.

Oleh: MI
BINA/TINGKAT SELF ESTEEM ANAK:
GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK
.

Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka.
.

🏆 Waah.. ANAK HEBAT ayah berjaya buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri)
.

🏆 MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, ..)
.

🏆 You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah.
.

🏆 It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik.
.

🏆 BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara.

🏆 BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia.
.

🏆 Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math).
.



🔜 PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga.
Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti ;)
.

🔜 Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak.
.

❤️
Oleh : MI
Kait dengan penulisan tentang entropy dan parenting haritu,

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=806427102865209&id=477691842405405
.

bila tak set apa apa LUA (Law of Universal Attraction) positif hari anda setiap hari,
.

hari anda mudah aja 'tertarik' kepada perkara/situasi negatif.


Jadi, caranya:
.

Pagi sahaja, bangun, terus buat set minda LUA positif:
.

🅰 hari ini aku positif
🅰 hari ini emosi aku baik baik
🅰 hari ini anak anak aku emosi baik
🅰 hari ini perjalanan hantar anak lancar
🅰 hari ini kerja aku siap dengan cemerlang

.

Usaha beramal dengan ilmu ya.
.

MI
Assalamualaikum salam sejahtera,
Didoakan hari anda terbaik dan positif hari ini.
😊🏆
Kurangkan pergaduhan antara adik beradik, dengan:

🔛Kenali Bahasa Cinta Setiap Anak...

🔛Mulakan dari dalam kandungan, bonding mereka, sebaik anda mengandung setiap anak baru.

🔛Setiap anak special dan memiliki 100% kasih sayang anda dan tempat sebagai anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Tempat ini tak boleh diambil alih oleh sesiapa pun!
.

Maznah Ibrahim
.

Dapatkan
Ebook Mini PERCUMA saya yang dikeluarkan 2 tahun dahulu,

Alhamdulillah ketiga anak saya 'Baik' dan Ngam,

saya buat sendiri semua tips tu semasa mengandung anak kedua, dan konsisten menjadi sampai anak ketiga kini (Alhamdulillah dengan Izin Nya),
.
.

gaduh sikit sikit tu normal tau,

tak normal kalau tak gaduh,

tapi kita tak mahu sampai wujud perasaan dendam, benci dan sengaja cipta konflik tanpa wujud secebis kasih sayang sejati.. sampai besar, kan?
.
Kita mahu tanam dan develop 'Care System' di otak mereka, bagi komponen Bonding hubungan antara adik beradik selain Bonding hubungan antara IbuBapa-Anak, agar mereka kuat dan teguh dalam aspek EQ (komponen perhubungan manusia) pada masa hadapan.
.

Tips Adik Beradik Ngam Sejak Dalam Kandungan

ebook.maznahibrahim.com/ngam

*pls share link Ebook ini dengan rakan anda yang mungkin sedang mengandung anak baru / yang alami buntu konflik pergaduhan anak anak mereka. Terima kasih 😃
Apa saja yg anda lakukan untuk si anak,
walau sekecil zarah, atau cuma pasang niat,
tiada satupun yang sia-sia pada Nya,

Anak mungkin tidak 'nampak' sekarang,
tidak 'hargai' sekarang,
tapi ibarat mengukir di batu dengan air,
lama lama ada kesan jua,
dan tiada satupun yang sia-sia pada Nya.

Teruskan buat yang baik dan terbaik!


Maznah Ibrahim.
👆 sahabat seperjuangan IPN saya buatkan 😊😃😍. Terima kasih adik Rodhiah.
GUNA PERKATAAN INI BILA ANAK BUAT SILAP

Kerapkali kita mudah marah bila sesuatu berlaku di luar jangkaan kita. Sebab apa? Sebab fitrah kita manusia ni mahu semuanya baik-baik, 'in order and in place', teratur.

(BACA LANJUT DI SINI..)

https://maznahibrahim.com/perkataan-power-bila-anak-buat-silap/
Kadangkala,
atau biasanya tiap anak ujiannya lain - lain,

Kadangkala,
atau biasanya kita bila penat terungkap perkataan tak enak di telinga si anak,

Kadangkala,
atau biasanya anak anak ada rasa diri mereka menyusahkan ibu bapanya,..😔

Moga anak anak percaya dan rasa,
kita walau susah macam mana pun,
kita tetap enjoy dan gembira besarkan mereka..

Andai ada buat salah pada anak anak,
Mohon lah maaf spesifik kepada mereka,
atau umum sahaja buat permulaan jika ego / segan..

Mengharap keredhaan Allah jua,
atas setiap ujian dan kesukaran yang kita rasai.
Sesungguh nya doa anak kecil itu tak kurang hebatnya macam doa seorang ibu.

Maznah Ibrahim.